Headlines News :
.

Geng Pengembaraan Bermula - Upin & Ipin

Written By Unknown on Tuesday, March 24, 2009 | 10:37



Geng: Pengembaraan Bermula (juga Geng: The Adventure Begins untuk pasaran luar negara, asalnya Geng: Misteri Hantu Durian[3]) dilaungkan sebagai filem cetera animasi 3D CGI pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem yang telah dibangunkan oleh syarikat Les' Copaque Production ini menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009.

Filem Geng dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada 11 September 2007 bersama-sama siri animasi pendek Upin & Ipin yang berikatan dengan filem berkenaan. Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, Kementerian Pelancongan Malaysia turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan Malaysia melalui filem ini. Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa selasa lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia.

Setelah disiapkan, filem Geng mula ditayangkan selama tujuh minggu mulai 12 Februari 2009 di 56 buah pawagam seluruh negara.[4] Dilaporkan bahawa filem Geng berjaya mengaut kutipan mencecah RM 6,314,526 dari hari pembukaan hingga 1 April, yang boleh ditafsirkan sebagai sumbangan 813,604 penonton[5], sekaligus menghampiri rekod Lagi Lagi Senario yang mengutip RM6.33 juta ketika ditayangkan pada tahun 2001. Ekoran kejayaan besar tersebut, filem Geng bakal dieksport ke beberapa negara, sementara DVD Geng dipasarkan di Malaysia mulai September 2009.


Upin & Ipin Official Website: Klik Disini !!!



DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Or
Full Download
Or
Full Download

Sitemap

Written By Unknown on Monday, March 23, 2009 | 17:04

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger