Headlines News :

Game 18 BPL 10/11 - Liverpool 0-1 Wolverhampton

Written By saleehs gerrard on Thursday, December 30, 2010 | 13:20

ROY 0-1  Wolverhampton

Sedih, marah, bengang, sakit hati & macam2 lagi perasaan aku muncul untuk menyatakan rasa kecewanya aku terhadap game Liverpool pagi tadi. Untuk kali keduanya aku betul2 sakit hati dengan Roy. Yang pertama dulu selepas kekalahan dengan Blackpool di Anfield. Kemudian aku slow balik. Hari ni selepas perlawanan dengan kelub cap ayam juga di Anfield. Setakat team power2 kalah kat Anfield aku tak ler kisah sangat. Tapi....


Bukan sebelum ni tak pernah kalah. Kalah menang tu adat permainan ler. Lagi2 kalau kalah kat tempat lawan, team cap ayam pun aku tak kisah sangat. Ni kat laman sendiri, pun main macam apa je. Makin lama aku tengok strategi Roy makin mengarut. Kuyt yang biasa main sebelah kanan, dihantar ke sebelah kiri. Bagilah Kapten Fantastic patner dengan Torres. Kat tengah dah tentu Meireles serasi dengan Lucas. Ni makin berterabur. KAYU, TUNGGUL, TIANG punya Roy.


Nak kata dalam minggu2 game yang padat, tak juga sebab berehat panjang 17 hari tu. Melompat dua game akibat ditunda kerana salji tebal. Sepatutnya rehat yang panjang digunakan secukup2nya untuk mentimpan segala tenaga. Ini makin lembab. Siput babi pun tak lembab macam korang.


Aku harap NESV dapat membuat perubahan drastik. Tolonglah singkirkan roy. Aku masih sayangkan Liverpool, Steven Gerrard & juga pemain2 yang lain. Tetapi aku benci Roy. Semakin tebal sabar aku, rasa semakin nak gila pula. Please NESV, buanglah Roy dalam tong sampah. Aku dah jijik nak tengok muka dia. Adakah nak tunggu jatuh ke dasar liga lagi baru nak pecat.. gila2....


Aku harap game awal tahun ini (hari sabtu) bertemu Bolton tak main macam beruk pagi tadi. Tahun baru, mesti dengan semangat baru. Kalau masih dengan keadaan yang sama, kalah lagi di Anfield game nanti, Apa lagi yang perlu peminat lakukan. boikot? Tukar kelab? entah le.....

Barclays Premier League
0 - 1

Liverpool vs Wolves

Anfield
29 December 2010, KO: 20:00 Attendance: 41,614

Piala AFF Suzuki 2010 - Malaysia juara

Indonesia 2-1 Malaysia
Agg : 2-4

Walaupun skuad Malaysia tewas 1-2 pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Gelora Bung Karno, tetapi bekalan jaringan yang dibawa dari tanah air telah memberi kejuaraan mutlak dengan kesudahan agregat 4-3 4-2. Tahniah pasukan Harimau Malaya kerana buat julung kalinya menjuarai Piala AFF Suzuki ini setelah 14 tahun diperkenalkan.

Walaupun sebelum perlawanan berbagai provokasi yang dilancarkan oleh pihak media & juga penyokong2 pasukan Indonesia, ia tidak sedikit pun melemahkan semangat juang anak2 muda wira negara ini. Seperti yang diramal, pasukan Malaysia lebih bermain dalam corak bertahan. Ini memberi peluang kepada pasukan Indonesia untuk bertubi2 menyerang kubu Malaysia. Ketangkasan Khairul Fahmi telah banyak menyelamatkan gawangnya dari dibocori serta berjaya menggagalkan sepakan penalti ketua pasukan Indonesia.


Dalam kerakusan menyerang, Safee Sali menghukum kealpaan pasukan Indonesia apabila merembat kencang menewaskan Markus. Tetapi ia tidak lama, seperti mendapat suntikan semangat yang baru, akhirnya Indonesia berjaya juga memperolehi dua gol sebagai penawar.

Tahniah kepada pasukan Malaysia diatas kejayaan ini. Terima kasih juga kepada mereka2 yang kuat provokasi yang akhirnya memakan diri sendiri. Semoga kejayaan ini akan berterusan.

Antara provokasi2 :
Laser : Muka Khairul Fahmi terkena juga tembakan laser hijau dari penonton
Jupe : Ingin memakai bra laser, tetapi tak kesampaian
Malingsia : (Pencuri @ perompak). Nampaknya Malaysia berjaya mencuri piala diatas kealpaan & keegoan mereka. Malaysia lebih cekaplah dari mereka kerana bijak mengambil kesempatan & kelemahan Indonesia.
Rajagombal : (Kain buruk). Kain buruk inilah yang membersihkan & mengharumkan nama Malysia. Kemudian kotoran yang melekat di kain buruk itu dihadiahkan untuk Garuda. baguskan..hehehehe

Jadi selepas kekalahan ini, nak tunggu & lihat, apa lagi alasan mereka2 ini. Nak mengaku kalah atau masih nak menegakkan benang yang basah. Semoga menerima kekalahan dengan hati yang terbuka.


Apa pun Terima kasih kepada Perdana Menteri kita kerana telah mengistiharkan pada Jumaat 31/12/2010 ini cuti umum diatas kemenangan pasukan Malaysia ini.


   


Bagi kita peminat & penyokong pasukan Harimau Malaya, Adakah tahun 2010 ini tahun kebangkitan bolasepak negara kita? ataupun setakat ini sahajakah jauhnya perjalanan kita. Semua jawapan ada ditangan anda. Nilailah sendiri.

Apabila istilah sukan disalah ertikan

Written By saleehs gerrard on Tuesday, December 28, 2010 | 04:02

Selepas kemenangan bergaya pasukan bolasepak Harimau Malaya membaham pasukan Garuda dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki semalam, kecoh peminat2 di dua buah negara ini mempertikaikan dan memperlekehkan perlawanan. Pihak2 media mula membuat provokasi untuk menaikkan kemarahan peminat. Berbagai ancaman dan ugutan telah terkeluar dari peminat2 diatas rasa ketidak puas hati mereka dengan apa yang terjadi semalam. Hanya berpunca dari benda kecil yang hanya seberat sekitar 50 gram, mengakibatkan manusia boleh berubah dari menghormati antara satu sama yang lain, menjadi ganaz dan berdendam.

Kita sememangnya tidak boleh menafikan, setiap orang akan taksub dan fanatiknya terhadap pasukan, atlet dan individu kesayangan masing2. Tetapi fanatik mereka itu ada batas2nya. Kita kena ada sikap profesional dalam apa jua keadaan. Seperti kata pepatah "bola itu bulat". Bola yang bulat itu sendiri membawa maksud yang cukup kesaksamaan. Jika ia terletak di tempat yang rata, maka ia tidak akan berganjak. Maka sesiapa yang mempunyai kelebihan dan tuah akan berjaya mengalihkan bola tersebut mengikut hala tuju mereka.


Apa tujuan sebenarnya sukan itu diwujudkan. Kita sebenarnya kena faham konsep sukan itu sendiri. Sukan adalah diwujudkan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya. Selain itu sukan juga adalah salah satu cara mengeratkan persahabatan dalam kehidupan. Walaupun bergusti, lawan pedang, ragbi itu adalah acara yang ganas dan merbahaya, tetapi profesionalnya kita akan menjadikan sesuatu yang ngeri menjadi keseronokan dan keakraban. Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi yang aktiviti sukan itu akan dinikmati semata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta dan peminat. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan.

Masalah kurang berpuas hati ini akan sentiasa ada dalam kehidupan masing2. Tetapi profesionalnya kita menangani keadaan itu lebih dihormati dari kemenangan yang diperolehi. Maruah dan tingkah laku kita lebih dipandang mulia oleh mereka2 yang faham konsep sukan itu sendiri. Kalah atau menang adalah adat pertandingan. Adakah kita rasa kita paling bagus untuk menang sahaja tanpa ada kekalahan? Fikir2kan.

Apa yang terjadi di Stadium Bukit Jalil semalam adalah ikhtibar bagi pihak penganjur dan semua peminat untuk memastikan ia tidak berulang. Sememangnya manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan. Tetapi sekiranya bersukan untuk membinasakan diri sendiri dan merosakkan harta benda dan orang awam, semangat kesukanan telah menjadi semangat keganasan, lebih baik kita jangan terbabit dengan sukan. Hanya menyusahkan orang lain.

Diharap untuk perlawanan akhir kedua di Jakarta nanti tiada perkara2 yang buruk berlaku. Walaupun berbagai ancaman telah kedengaran, diharap pihak berkuasa dapat menyelesaikannya dengan aman. InsyaAllah perbalahan akan menjadi keseronokkan. "Majulah Sukan Untuk Negara". Sesungguhnya tiada hari tanpa sukan. Jadi, bersukanlah tanpa was2.

Fakta disebalik Air Mani.

Written By saleehs gerrard on Monday, December 27, 2010 | 05:10

  • Air mani mengandungi hanya 10 peratus sperma selebihnya enzim, vitamin C, kalsium, protein, sodium,zink,asid sitrik dan gula fruktos.
  • Rasa air mani boleh dipengaruhi oleh pemakanan lelaki. Diet yang mengandungi daging merah, produk tenusu, bawang, bawang putih dan kopi akan menyebabkan air mani terasa pahit dan berasid.
  • Diet yang mengandungi gula semula jadi seperti buah-buahan boleh menjadikan air mani terasa manis.
  • Kelajuan purata pancutan air mani adalah 31 bsj iaitu lebih laju dari seekor harimau kumbang.
  • Jarak purata pancutan air mani adalah 7 hingga 10 inci.
  • Rekod pancutan air mani paling jauh ialah 18 kaki.
  • Lima hari ialah jangka masa sperma boleh hidup dalam badan wanita.
  • Tiga jam adalah jumlah masa sperma boleh hidup di luar badan.
  • Dianggarkan lima peratus dari wanita mengalami alahan air mani.
  • Jumlah air mani setiap kali pancutan adalah bersamaan satu sudu dan satu sudu teh air mani boleh mengandungi 200 hingga 500 juta sperma.

Final pertama Piala AFF Suzuki 2010 - Malaysia 3-0 Indonesia

Written By saleehs gerrard on Sunday, December 26, 2010 | 23:53

MALAYSIA 3-0 INDONESIA


Tahniah kepada anak2 buah K. Rajagopal. Dengan semangat juang yang tinggi, pasukan kebangsaan Malaysia telah berjaya menghampiri untuk menjulang Piala AFF Suzuki. Perlawanan akhir pertama yang di langsungkan di Stadium Bukit Jalil dibanjiri peminat2.Walaupun tiket paling murah RM30, tetapi ia tidak menghalang peminat2 memenuhi disetiap sudut stadium.


Pemain2 Indonesia nampaknya tenggelam pada malam ini. Pemain2 Malaysia dapat mengawal permainan dengan baik sekali. Jauh perbezaan dengan perlawanan ketika dalam kumpulan dulu. 3 gol dalam masa 15 minit seperti sudah meranapkan impian Indonesia untuk menjulang piala ini.


Nampaknya penyokong2 yang datang ke stadium masih degil dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Mercun, pancaran laser masih berleluasa. Hampir2 pasukan Indonesia memboikot perlawanan ini. Ini kerana Markus, penjaga gawang Indonesia mengadu di tembak sinaran laser oleh penonton. Ini menyebabkan perlawanan dihentikan selama 5 minit. Setelah kata sepakat diterima, perlawanan diteruskan. Selepas waktu inilah, Malaysia mula merobek pintu gol Indonesia. Semangat si pengantin baru, Norshahrul Idlan Talaha, menjadi duri dalam daging pasukan apabila gerakannya yang  mengelirukan berjaya mengumpan kepada Safee Sali untuk menjaringkan Gol pertama serta Mohamad Ashari Samsudin untuk gol ke 2.


Nampaknya pemain2 Malaysia tidak puas dengan 2 gol sahaja, sekali lagi Safee menjadi wira apabila menanduk masuk untuk gol ke 3. Peminat berpesta merayakan kemenangan ini. Malaysia berjaya membawa bekalan selesa untuk bertandang ke Stadium gelora Bung Karno Jakarta pada rabu nanti. Malaysia hanya perlu mengekalkan corak permainan dimana hanya perlu bermain selamat sahaja. Seri sudah memadai untuk pasukan kita menjulang kejuaraan.


Diharap pada hari rabu nanti, Malaysia dapat mengharungi perlawanan di Jakarta dengan baik. Sudah pasti stadium Gelora Bung Karno akan dipenuhi dengan warna merah putih. Harap jangan gentar. Semoga 2010 menjadi tahun keceriaan bagi sekuad bola sepak kebangsaan.

VOTE - Layakkah Rafa Banitez menjadi Jurulatih Liverpool kembali?

Written By saleehs gerrard on Saturday, December 25, 2010 | 15:58

Beberapa hari yang lalu kedudukan Rafa Banitez di Inter Milan telah musnah. Spekulasi selama ini bahawa pihak pengurusan Inter ingin memecat beliau telah menjadi kenyataan. Walaupun Rafa berjaya membawa Inter Milan menjuarai piala Kelab2 dunia, tetapi ia tidak membawa sebarang erti bagi pengurusan Inter dengan kedudukan pasukan yang tidak menentu di liga Itali serta berada di no. 2 di belakang Spurs dalam kejohanan liga juara2.


Khabarnya Rafa kini telah berada di Liverpool untuk berehat di rumah keluarga beliau. Walaupun berita ini sedikit sebanyak mengusarkan Roy Hodgson tentang masa depannya di Anfield, tetapi tiada berita rasmi mengenai perbincangan Rafa bersama pengurusan Liverpool.

Bagi kita peminat setia Liverpool, sudikah kita menerima kembali Rafa ke kem Liverpool kita?



create free polls | comment on this

Carragher bakal jadi jurulatih?

Written By saleehs gerrard on Thursday, December 23, 2010 | 22:50

Nampaknya Persatuan Bola Sepak (FA) England dilaporkan telah berminat untuk menawarkan jawatan jurulatih kepada pemain pertahanan berpengalaman kita iaitu Jamie Carragher. Tawaran ini bukanlah untuk mengalas tugas bagi pasukan utama England, tetapi menjadi jurulatih pasukan remaja bawah 16 & 18 tahun.

Nampaknya masa depan Carragher apabila bersara selepas tamat kontraknya bersama Liverpool 18 bulan lagi kelihatan cerah dan lebih condong kepada bola sepak. Memang benarlah kata kapten Fantastik kita Steven Gerrard, bahawa Carragher sememangnya layak untuk meneruskan karier bola sepaknya dalam bidang kejurulatihan. Ini kerana hidup & kegiatan hariannya sentiasa bercerita tentang bola.

Untuk rekod, walaupun  Carragher masih seorang pemain, tetapi beliau telah mengambil beberapa sijil kejurulatihan dan Ketua FA England, Trevor Brooking mahu memberikan dia peluang bagi menunjukkan kepakaran & pengalamannya dalam bola sepak. Selain itu ia juga antara usaha FA England bagi memastikan bekas pemain skuad Three Lions itu menjadi jurulatih berbanding membina karier di media.

Diharap Carragher tidak menolak peluang ini. Siapa tahu, mungkin selepas 5 tahun berkhidmat untuk England, pengurusan Liverpool pula memerlukan khidmatnya. Bayangkan sekiranya dia menjadi jurulatih Liverpool dan penolongnya pula Steven Gerrard. Mesti meletup pasukan kita akan datang. Tapi Gerrard mungkin tidak berminat bidang kejurulatihan. Ini kerana dia lebih berminat untuk menghabiskan masa bersaranya untuk keluarga. Tapi siapa tahu masa akan datang. Segala2nya ditangan idola2 kita ini. Kita tunggu & lihat.... YNWA..

Gambar - wanita yang pasang IUD

Written By saleehs gerrard on Sunday, December 19, 2010 | 04:52

Age 25 – Entire Cycle, IUD

These cervical photos are from a 25 years old woman who has never given birth.  She has a copper Paraguard IUD which was placed inside her uterus about a year ago.  This is not a hormonal form of birth control, so she ovulates, which you can tell from the changes in her discharge.  You can see the strings of the IUD protruding through the os in the photos.  The IUD sometimes causes her occasional cramps or heavier bleeding.

Her cycle has been somewhat erratic since she stopped birth control pills about a year ago.  Before she went on birth control pills (sometime in her late teens) she was fairly regular with cycles about every 30 days or so.    She has always had normal pap smears.

The notes about each day are below each picture.

Day 1
Minor cramps
Moderate flow

Day 2
More bleeding
No cramps
Used a tampon today

  
Day 3
Used a tampon today

Day 4
Feeling good
Moderate Bleeding
Used a pad today

Day 5
Light Flow
Used a Diva cup
More tired today

Day 6
Spotting
Feeling well
Partner/photographer says cervix is deeper in the vagina today


Day 7
Minimal spotting
Tired

Day 8
White/yellow scant discharge with no odor

Day 9
Feeling well
No discharge

Day 10
Had sex 10 hours before photo was taken

Day 11
Some milky discharge at end of the day

Day 12
Slight amount of white discharge

Day 14
  
Day 15

Day 17
Watery discharge

Day 18
Cervical fluid is eggwhite consistency

Day 19
Cervix appears lower in vagina today

Day 20

Day 21

Day 22

Day 23

Day 24

Day 25

Day 26

Day 27
A few minutes of very heavy pressure in vagina, some pain, then tingling for about 5 minutes

Day 28
One minute in morning of feeling pressure and crampy like yesterday morning,  otherwise normal
Slightly fishy vaginal odor

Day 29
One pang of crampy pain today

Day 30

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger