Headlines News :
.

Steven Gerrard sambung MC lagi

Written By Unknown on Saturday, July 30, 2011 | 23:10

Sah Kapten Fantastic Liverpool, Steven Gerrard masih belum cergas dan bergelut dalam memulihkan kecederaan pangkal pehanya. Hari ini Gerrard telah dimasukkan semula ke hospital untuk menerima rawatan antibiotik kerana beliau telah terkena jangkitan selepas dari pembedahan pangkal pehanya. Gerrard akan berada dihospital untuk beberapa hari lagi sehingga beliau benar2 pulih dari jangkitan berkenaan.

Selepas itu Gerrard akan kembali semula ke kem latihan Melwood untuk meneruskan program pemulihannya dan dijangkakan akan pulih sepenuhnya sekitar awal bulan September nanti. Ini bermakna Gerrard akan terlepas aksi pembukaan menentang Sunderland pada 13 Ogos, Arsenal dan Bolton untuk perlawanan seterusnya. Begitu juga dengan aksi kelayakan EURO 2012 pada awal September nanti menentang Bulgaria dan Wales, walaupun Gerrard dijangkakan sudah pulih, tetapi yang pastinya sudah tentu Dalglish tidak akan memberi pelepasan kepadanya.

Jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, Gerrard akan muncul untuk aksi pertamanya pada musim 11/12 ini pada perlawanan menentang Stoke City pada 10 September nanti. Hakikatnya jika ia bermain pada perlawanan itu, adakah beliau 100% pulih. Sekiranya belum adalah baiknya beliau terus disimpan sehingga Oktober. Ini kerana kita tidak mahu, Gerrard yang masih belum cergas sepenuhnya akan kembali tercedera. Diharap pihak perubatan serta Dalglish dapat memastikan pemain idola penyokong2 Liverpool ini tidak melalui musim baru dengan hanya memanaskan bangku penonton sahaja. Good Luck Steven G..

Friendly 2011 - Galatasaray 3-0 Liverpool. Asyik kalah je..

Written By Unknown on Friday, July 29, 2011 | 05:14

Hari ini Liverpool berkunjung ke Istanbul, Turki bagi satu lagi perlawanan persahabatan pra musim 2011/2012 menentang kelab Galatasaray. Tiba ke Istanbul dengan membawa seribu kenangan final Champion League 2005 dengan harapan akan menjadi pendorong mencipta kejayaan dalam mengemaskinikan pasukan.

Malangnya kejayaan yang dicari masih lagi belum dapat dikecapi. Kali ini sekali lagi The Reds dirundung malang dengan menerima kekalahan buat kali kedua berturut2 selepas tewas kepada Hull City minggu lalu. Dua jaringan oleh bekas wira Liverpool di Istanbul 2005, Milan Baros serta satu gol dari pemain simpanan Elmander sudah cukup untuk menewaskan The Reds 3-0.


Apa yang menghairankan, kali ini Dalglish tidak menyenaraikan ramai pemain2 utamanya. Kebanyakkan yang tersenarai adalah pemain2 muda serta sampah yang bakal dilelong kelak. Mungkin kita tertanya2 mengapa Dalglish membuat keputusan sedemikian. Kenapa beliau tidak menurunkan pemain2 utama bagi menstabilkan pasukan. Pelik bin ajaib.

Adakah Dalglish sengaja menurunkan pemain2 sampah seperti Poulsen, Insua, Shelvey, Aquilani dan Joe Cole untuk memberi mereka talian hayat lagi bagi memperbaiki prestasi mereka? Ataupun Dalglish sebenarnya sudah menemui formula bahawa barisan yang diidam2kan selama ini telah pun diperolehi. Jadi Dalglish perlu merahsiakan strategi serta kepowerran Liverpool sehingga waktu yang sesuai nanti. Apapun hanya Dalglish yang lebih mengetahui tentang strategi serta pembangunan pasukan kita ini.

Selepas ini, The Reds akan bertemu dua lagi pasukan dalam perlawanan pemanas badan. Adakah dua perlawanan ini nanti sudah cukup bagi Dalglish memperkukuhkan pasukannya bagi memulakan pertandingan sebenar menentang Sunderland nanti. Kita tunggu dan lihat perkembangan semasa pasukan kesayangan kita ini. Semoga The Reds maju dan bertambah maju serta terus maju selamanya. YNWA.


Senarai pemain Liverpool 

Doni (Jones) "46", Insua, Flanagan, Kyrgiakos, Kelly (Ayala) "70", Robinson (Aquilani) "46", Degen (Kuyt) "46", Shelvey (Spearing) "69", Poulsen (Coady) "82", Cole, Carroll (Wisdom) "82".

Kelayakan Piala Dunia 2014 - Malaysia 1-1 Singapore. Harimau tersungkur layu.

Agregat : MALAYSIA 4-6 SINGAPORE 

Apa komen anda selepas melihat aksi anak2 harimau bermain malam tadi? Perlukah diberi pujian? Ataupun sepatutnya kutukan. Tepuk dada tanyalah hati masing2. Nak kutuk lebih2, nanti kata bila kalah semua kutuk. Bila menang semua puji melangit. Peminat juga yang kena. Apalah nasib penyokong2 di Malaysia ni yer.

Hoi Rajagopal!! Apa lagi alasan yang bakal kau beri selepas tersungkurnya dari saingan piala dunia ini. Walaupun hati ini tak sampai hati nak mengutuk, tapi jari jemari ini tetap juga nak meluahkan tidak kepuasan yang membelenggu dijiwa. Bayangkan skuad orang tua boleh menjinakkan skuad muda yang kononnya bertenaga. Tak sangka ye, rupanya injin antik lebih power dari injin baru. Pakai turbo kot ni. huhuhu

Jika dibandingkan perlawanan timbal balik tadi dengan perlawanan pertama di Singapore lalu, rasanya permainan skuad kebangsaan lebih bagus lagi pada perlawanan pertama. Walaupun kita dibolosi dengan 5 jaringan, tetapi skuad kita tetap memberi tentangan hebat sehingga dapat merapatkan jurang menjaringkan 3 gol. Tetapi sebaliknya pula berlaku di halaman sendiri. Tak nampak pun kita sering membuat serangan merbahaya. Boleh dikatakan penjaga gol Singapore boleh duduk2 sambil hisap rokok menantikan bola sampai kepadanya. Malangnya musuh seposisinya Khairul Fahmi pula yang bertungkus lumus menyelamatkan gawangnya dari dibocori. Sememangnya Khairul fahmilah hero Malaysia pada perlawanan tadi. Harapkan pertahanan, tetap sama macam dulu, lalai lembik tak bermaya. Tengah langsung tak kreatif. Bila tengah dah tak hidup, jadilah Safee seperti orang gila tanpa arah tujuan. Nampak sangat tiada kelibat Syafiq Rahim, tiada leader yang boleh mengubah corak permainan.


Sememangnya pasukan Malaysia bermain dalam tekanan. Tetapi apa gunanya pengalaman mereka sebelum ini tidak diguna pakai. Kita tidak perlu menyalahkan pemain2 Singapore yang mengambil kesempatan dengan melambat2kan permainan. Memang itulah sebenarnya corak permainan pasukan di Asia Tenggara ni. Bila dah mendahului, pasti buat2 injured dan macam2 lagi. Malaysia kalau dah leading pun macam tu juga. So pandai2lah nak ambil peluang untuk beri tekanan tu pada mereka pula. Tapi apa yang telah diperkatakan tadi, memang kuda tua Singapore power. Kalau tak power masakan tidak boleh gelek sampai 5 orang pemain kita sebelum diselamatkan oleh Khairul Fahmi. Makin tua makin pekat santannya.

Secara keseluruhan, SG tetap menerima kekalahan ini secara terbuka. Kalah atau menang sememangnya adat permainan. Tetapi walaupun kalah, tunjuklah mutu permainan yang tinggi. Biar kalah melawan. Jangan membiarkan diri diperbodoh2kan.

Khas untuk K. Rajagobal
  • Dulu kau kata penyokong Malaysia tak patriotik. Tak nak sokong negara sendiri. Malam tadi kami buktikan bahawa kau salah. 100 ribu membanjiri SNBJ. Walaupun Malaysia kalah di Singapore, kami masih lagi berharap dan memberi sokongan penuh. Masih tak nampak lagi ke?
  • Kau dah tahu pertahanan goyah. Kenapa kau tak buat perubahan drastik? Masih lagi nak kata pemain macam dah kena pukau ke?.
  • Pemain utama cedera dan digantung perlawanan. Habis tu pemain2 lain dalam skuad kau ni, tak boleh pakai ke. Kalau dah tahu macam tu, kenapa ambil dia orang? Pandai ke tak ni pilih pemain?
  • Adakah kau masih nak kata "Singapore bernasib baik kerana telah menjaringkan gol2 mudah" pula. Nak samakan dengan game Liverpool gak ke? Tolonglah jangan menyalahkan atau merendah2kan pasukan lawan.
  • Cakap besar. Tolonglah selepas ini jangan buat perangai macam tu lagi. Biar yakin jangan takbur. Mulut kena jaga. Janganlah asyik nak menyakitkan hati orang lain.
Apapun terima kasih sahabat2ku yang sudi memenuhkan SNBJ malam tadi. Dalam sejarah, tak pernah SNBJ penuh macam malam tadi. Langsung tak ada ruang. 100 ribu maksimum kapasiti. itu belum lagi dikira yang dirumah, restaurant2 dan dataran2. Sokongan kami ini, adakah masih lagi dianggap tidak patriotik lagi? renung2kan..

Alvaro Pereira - Misi melengkapkan pertahanan kiri

Written By Unknown on Thursday, July 28, 2011 | 03:36

Khabarnya Dalglish telah mula menjejaki pemain pertahanan kiri bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh Konchesky. Pemain yang menjadi sasaran beliau kali ini sudah tentu Alvaro Pereira pemain dari kelab Porto merangkap pemain kebangsaan Uruguay yang telah ditabalkan juara Copa Amerika 2011 baru2 ini.

Setelah membelanjakan £ 50m untuk membeli Adam, Henderson dan Downing, Liverpool bersedia untuk membayar £ 17.5m untuk mendapatkan Pereira. Walaubagaimanapun, bukan Liverpool sahaja berminat terhadap rakan senegara Suarez ini, malah Arsenal dan Juventus juga mula menunjukkan minat dengan prestasi semasa pemain ini. Menjaringkan 2 gol dalam kejohanan Copa Amerika baru2 ini, ia sudah pasti menjadi rebutan banyak pasukan.

Ketika ini Liverpool sememangnya mempunyai masalah pemain pertahanan dibahagian kiri. Ini kerana Aurelio kecergasannya amatlah diragukan. Sementara Insua pula sudah dalam senarai untuk dilelong. Musim lepas Dalglish terpaksa menggunakan khidmat pemain serba boleh Glen Johnson, walaupun hakikatnya pemain ini adalah dari posisi sebelah kanan. Diawal musim perpindahan Liverpool cuba mendapatkan Gael Clichy dari Arsenal. Malangnya pemain itu memilih Manchester City sebagai majikan barunya. Walaupun begitu Liverpool sebenarnya masih menaruh harapan terhadap pemain Newcastle Jose Enrique untuk berpindah ke Anfield.

Suarez dan Pereira - Gandingan mantap ketika aksi Copa Amerika 2011 lalu
Jika dibandingkan prestasi semasa antara Enrique dengan Pereira, sudah tentu Pereira adalah yang terbaik.Sumbangan anak didik bekas pengurus Porto yang menyertai Chelsea Andre Villas Boas ini terhadap Porta serta Uruguay amat le besar sekali. Pengalaman serta kejayaan sebagai benteng pertahanan, sekurang2nya boleh membantu merealisasikan impian Liverpool.

p/s: Suarez, bodek2lah Pereira tu. Dah tentu dia antara partner ko yang terbaik dalam skuad Uruguay. Pujuk tau...

Tangan dan Atmosfera - Rahsia kebesaran Allah

Written By Unknown on Wednesday, July 27, 2011 | 02:27

Saya mendapati fakta-fakta yang menarik untuk dikongsi bersama di kalangan kita .. Baca, ia menarik lebih-lebih lagi jika anda baru sedar.. Mudah2an ia menginsafkan kita semua.

Selama ini banyak perkara yang kita tidak tahu malahan tidak ambil peduli diatas kewujudannya. Kita hanya setakat merasa kagum dengan sesuatu keanehan tetapi kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita lihat serta miliki.

Allah menjadikan sesuatu itu mesti ada sebab. Walaupun ia bersaiz kecil seperti zarah2 dalam badan manusia, ia amat bermanfaat dalam sistem badan kita. Kita tidak perlu pergi jauh, cukuplah setakat apa yang kita perolehi dari pemberian Allah terhadap tubuh badan kita. Pernahkah kita mengkaji kepentingan dan rahsia disebalik pemberian anggota badan ini?.

Sebagai contoh - tangan. Apa yang kita tahu tentang tangan? Tangan adalah anggota yang terlalu banyak memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita. Tanpa tangan kita tidak boleh menyuap makanan. Tanpa tangan kita tidak boleh menulis. Jadi apa yang kita ketahui terpulanglah kepada diri masing2 untuk menggunakan tangan itu untuk jalan kebaikan atau kejahatan. Tetapi, pernahkah kita terfikir rahsia disebalik tangan kita ini. pernahkah kita mengkajinya. Alhamdulillah dikesempatan ini, hasil dari pemberian sahabat2 di yahoo group, saya kongsikan rahsia ini bersama sahabat2. Semoga bermanfaat.

Bab tapak tangan ni, selalu juga kita lihat, renung2kan serta memadankan bersama tapak tangan sahabat2 lain. Apa yang kita tahu sebelum ini ditapak tangan kita tu adalah huruh "M"

  



Sumber : Yahoo. Group

Final Copa Amerika 2011 - Uruguay 3-0 Paraguay - Suarez memang terbaik.

Written By Unknown on Monday, July 25, 2011 | 11:32

Suarez oh Suarez. Kau memang terbaik dari ladang. Kehadirannya dalam kejohanan Copa Amerika kali ini menenggelamkan nama2 besar seperti Messi, Neymar dan Tevez. Kau memang hebat Suarez.

Uruguay amat bertuah kerana mempunyai gandingan tiga serangkai yang mantap. Luis Suarez, Diego Martรญn Forlรกn dan รlvaro Pereira adalah pelengkap kejayaan gemilang Uruguay bagi tahun 2011 ini. Jaringan Suarez (1) serta Forlan (2) membawa Uruguay dimahkotakan sebagai juara Copa Amerika mengalahkan Paraguay 3-0.


Tapi sayang, 1 gol sumbangan Suarez itu tidak cukup untuk menjadikannya penjaring terbanyak kejohanan. Ini kerana jika sebelum ini Suarez membuat jaringan yang sama banyak bersama Sergio Agรผero iaitu 3 gol, tetapi semalam ia telah dipintas oleh pemain Peru, Josรฉ Paolo Guerrero yang menjaringkan hatrik dalam penentuan tempat ketiga dan keempat. Guerrero mengumpul keseluruhan 5 gol dan diikuti Suarez 4 gol. Walaupun ia sedikit mengecewakan Suarez, tetapi kejayaannya menjulang negaranya sebagai juara sudah memadai.


Apapun tahniah kepada Suarez serta rakan sepasukannya kerana telah berjaya menjadi wira kepada Uruguay. Kepulangannya ke kem latihan Melwood sudah pasti akan ditunggu oleh rakan2 Liverpool untuk meraikan kejayaannya bersama.


Senarai penjaring terbanyak kejohanan
  1. Josรฉ Paolo Guerrero (Peru) - 5 Gol
  2. Luis Suarez (Uruguay) - 4 Gol
  3. Sergio Agรผero (Argentina) - 3 Gol
  4. Felipe Caicedo (Ecuador) - 2 Gol
  5. Pato (Brazil) - 2 Gol
  6. Neymar (Brazil) - 2 Gol
  7. Radamel Falcao Garcia (Colombia) - 2 Gol
  8. รlvaro Pereira (Uruguay) - 2 Gol
  9. Diego Martรญn Forlรกn (Uruguay) - 2 Gol
p/s: Alangkah bagusnya kalau Liverpool sambar partner2 suarez ni. Mesti tip top meletop. Tapi Carroll nak letak kat mana pula? huhuhuhuh

Kelayakan Piala Dunia 2014 - Singa 5-3 Harimau

Written By Unknown on Sunday, July 24, 2011 | 11:00

Starting, pehhh.. 26 saat dah score. Dasyat Safee merangkap Harimau Malaya. Baru SG ingat nak solat Maghrib dulu, hold kejap. Ada bayangan singa turun tahta dan diganti harimau jadi raja rimba. Dalam hati, kena belasah gak singa malam ni. Pe pun lepas tengok ulang tayang gol, SG solat dulu..

Running, lorr... kena serang jer dah. adoiii.. Huru hara pula anak2 harimau dikerjakan Singa. Akhirnya 2 free kick, 2 gol. Dah trasa pula, kalau 10 kali free kick, mau 10 gol masuk ni. Nampak sangat pertahanan longgar selonggarnya. SG masih teringat kata2 K. Rajagobal selepas lawan Liverpool tempoh hari "Liverpool bernasib baik kerana telah menjaringkan beberapo gol mudah". Bagi SG, mana tak mudahnya, kalau pertahanan lembik, selalu buat kesilapan bodoh. K. Rajagobal ni suka nak memperlekehkan orang, tapi tak study ke kenapa boleh terjadinya gol2 mudah tu. Padahnya beberapa gol Singa tersangat2lah mudah & tak sepatutnya gol.

Nampak seolah2 anak2 harimau ni dah pancit pun ada. Mungkin tak biasa guna padang rumput tiruan. Mungkin juga trauma sebab penyokong Singa pakai baju merah. Nasib baik 2nd half boleh control game semula walaupun tak sepenuhnya.

Finishing. Sepatutnya kekalkan keputusan 4-3. Tapi sekali lagi kebodohan yang tak perlu lagi diceritakan berlaku. Dah jauh balik beza jaringan. 5-3 keputusan yang agak perit juga untuk diterima. Hakikatnya keyakinan Safiq, Safee dan K. Rajagobal sebelum perlawanan memakan diri sendiri.

Perlawanan timbal balik di SNBJ nanti sudah pasti harimau perlu membuat sesuatu perubahan. Mencari sekurang2nya 2 gol tanpa balas bukan semudah yang disangka. Tapi kita sebagai rakyat Malaysia harus yakin kepada anak2 harimau ni. Semangat Malaysia boleh bukan hanya pada slogan, tapi perlulah dibuktikan & dilaksanakan. Tak perlulah mengharapkan jaringan besar 3-0, 4-0 atau sebagainya. Cukuplah setakat 2-0 @ 3-1 dimana walaupun agregatnya seri tapi harimau masih menang jaringan ditempah lawan iaitu 3 gol.

Apapun, pertahanan perlu dirombak. Bagi mereka minum tongkat ali banyak2. biar power sikit. Gunakan kesempatan dihadapan penyokong sendiri untuk membenam Singa. Peluang masih ada. Cuma mereka sahaja yang merealisasikannya. Good luck Harimau Malaya...

p/s: Rasanya pertahanan skuad olimpik lagi power dari skuad kebangsaan. Perlawanan persahabatan telah membuktikan, skuad kebangsaan bertemu Arsenal dengan Liverpool yang main2 boleh bolos 10 gol. Tapi skuad olimpik jumpa Chelsea yang main mati2an dengan semua star2nya turun bolos hanya 1 gol. itupun gol yang tak sepatutnya diiktiraf. Fikir2kanlah wahai K. Rajagobal....

Friendly 2011 - Hull City 3-0 Liverpool

Selepas mengharungi 3 perlawanan persahabatan dalam siri jelajah Asia minggu lepas, Semalam Liverpool memulakan pula kempen persahabatan bersama kelab2 dibenua Eropah kembali. Pasukan pertama yang menjadi sasaran sudah tentulah kelab yang telah diturunkan taraf dari Premier League iaitu Hull City.

Berkunjung ke Hull City dengan harapan mengembalikan kecergasan, menguji pemain2 baru serta menserasikan persefahaman pemain2 adalah menjadi aspek utama yang amat penting. Menang atau kalah itu soal kedua walaupun hakikatnya setiap manusia tidak mahu kalah.


Sememangnya diketahui oleh semua peminat Liverpool di Malaysia, malam semalam tiada siaran langsung di Astro. Tapi kalau ada pun, SG tak dapat nak tengok sebab balik kampung isteri. So bila dah kat kampung isteri, nak live streaming pun tak merasa. Maklumlah, Astro tak der, internet tak ada. Nak layan brookband pun line hidup segan mati tak mau.(Nak kutuk lebih2 pun, kampung bini gak. huhuhu) Sabar je ler..

Tapi apa yang SG dapat tau dari info sahabat2 yang layan Live Streaming tu, game teruk. Nampak sangat persefahaman tu masih belum ada. Aquilani saja yang nampak main bagus sikit. Yang lain seperti tak bermakna. J. Cole, Poulsen dan Ngog hanya boleh ayam2kan pemain2 Asia je. Bila jumpa sekulit, dia pula kena ayam. Mengenai debut pertama Stewart Downing, Alexander Doni dan Jordan Henderson nampak ok sikit ler. Yang lain masih lagi tercari2 rentak.


Apapun seperti yang SG katakan tadi, kalah atau menang bukanlah tujuan utama pasukan. Sebaliknya mencari kelemahan pasukan serta mencuba gandingan2 baru adalah penting sebelum bermulanya EPL nanti. Seharusnya Dalglish serta semua dalam skuad utama Liverpool perlulah bekerja keras bagi memastikan persefahaman serta keserasian pemain menjadi satu pencapaian yang terbaik menjelang sepak mula EPL nanti.


Diharapkan dalam 3 siri perlawanan persahabatan selepas ini menentang Galatasaray (A), Valerenga (A), Velencia (H) akan menjadi titik permulaan serta kebangkitan pasukan dalam mencipta kejayaan bagi musim 2011 yang penuh mencabar ni. Good luck Liverpool. "YNWA"

Senarai pemain :

1st Half : Doni, Robinson, Carragher (C), Sรกnchez Ayala, Kelly, Rodrรญguez, Aquilani, Poulsen, Coady, Cole, Ngog,

2nd Half : Jones, Carroll, Henderson, Kyrgiakos, Kuyt (C), Downing, Spearing, Wilson, Adam, Flanagan, Insua

Malaysia 0-1 Chelsea - Menang dengan gol kesian.

Written By Unknown on Thursday, July 21, 2011 | 23:45

Geli hati betul SG tengok team blues ni main. Nama saja bintang2 gemerlapan, tapi hakikatnya malap. Lagi2 tengok mamat yang pakai jersi no. 9 tu, tah sapa namanya SG pun tak ingat. Main sama gak macam waktu2 merajuk dulu. Hampeh dan lembik. Seronok gak bila dia ni kena belasah dengan anak2 harimau.

Tahniah kepada pasukan Olimpik Malaysia di bawah pimpinan Ong Kim Swee. Memang ada class tersendiri. Walaupun bermula dengan agak goyah, tapi dipenghujung2 perlawanan cemas John Terry dibuatnya. Terpaksa Terry jadi gengster tak nak bagi anak2 harimau ni lepas. Kalaulah gol yang sepatutnya memang tak gol pun tu tak diterima, sudah pasti menjadi satu tamparan hebat buat Villa Boas dan juga K. Rajagombal.

Rajagombal? apa kena mengenanya dengan game Chelsea ni. Sememangnya tiada kena mengena, tapi, bila dia tengok anak2 buah Ong Kim Swee ni main, pertahanannya lagi hebat. Penjaga gol, tak payahlah nak komen lagi. Bengang je budak merajuk & Drogba keeper dapat halang percubaan mereka. Geng2 gombal 2 perlawanan lepaskan 7 gol. So gombal kenalah belajar sesuatu dari game tadi. Tingkatkan mutu pasukan anda dari dok menyalahkan penyokong orang lain.

Rasanya kalau 1st half tadi harimau tak guna kuda2 tua seperti Norhafis, Amri dengan Khairuddin, rasanya kita dapat lihat permainan seperti separuh masa kedua tadi. Apapun kita bangga walaupun kalah, hakikat yang sebenarnya seri kerana bola kelihatan jelas tak melepasi pun garisan gol. Mungkin waktu kejadian ada penonton tembak laser kot kat mata linesman, tu yang silau  & terus kata bola dah masuk. Tapi Chelshit? balik dengan kegagalan. Macam ni punya main, mau rasanya musim depan dia terima pula nasib macam Liverpool dulu. Tukar2 dan sama2 rasa. barulah tau langit tu tinggi ke rendah. hehehhehhe

Jom layan gol yang tak bermaruah ni...


p/s: Sabtu ni tak sabo nak tengok anak2 buah Gombal main. Jangan cakap je lebih tapi habuk pun tak ada sudah le. Walauapapun, Malaysia tanah tumpahnya darahku, Liverpool tetap dihatiku selamanya. YNWA...

Copa Amerika - Uruguay 2-0 Peru. Lagi2 Luis Suarez.

Written By Unknown on Wednesday, July 20, 2011 | 21:30

Rugi rasanya pagi tadi tak dapat nak tengok live game ni. Kalaulah tak kerja, memang layan punya. Lagi2 bila super star Liverpool Luis Suarez sekali lagi menjadi wira untuk membawa Uruguay melangkah ke Final Copa Amerika.

Kedua2 gol dijaringkan oleh Suarez membuatkan pasukan Peru mengigit jari, Alex Fuckinson resah hati melihat kehebatan pemain ini. Memang selama ini pun kelibat Suarez amat dicemburui oleh pasukan lawan. Apalagi pasukan dan geng2 setan yang masih teringatkan Suarez memperbodoh2kan 5 orang pemain MU sekali gus ketika menentang Liverpool sebelum disudahkan oleh Kuyt.


Sudah pasti kelibatnya pada EPL musim baru nanti amat kita tunggu2. Kita ingin melihat percaturan Dalglish pemain2 dari pembelian terkini digandingkan dengan Suarez dan Caroll akan mengegarkan EPL. Harap Suarez dapat meneruskan kejayaan bersama pasukan Uruguay pada perlawanan akhir nanti. YNWA....


Liverpool Asia Tour - Meninggalkan seribu kenangan..

Written By Unknown on Monday, July 18, 2011 | 23:35

Tamatlah sudah sesi lawatan Liverpool di negara2 Asia ini. Bagi peminat2 Liverpool di Malaysia ia memberi seribu kenangan indah yang sukar dilupakan. Rasanya sebulan belum tentu habis lagi cerita2 di Stadium Bukit Jalil (SNBJ) dan aktiviti lawatan pasukan Liverpool di sekitar Kuala Lumpur. Bagi yang tak dapat bersama2 berhimpun, sudah pasti tidur tak lena, mandi tak basah akibat terkilan dan kempunan dengan suasana yang amat meriah menyambut kedatangan wira2 Anfield. Silap2 mana2 yang sedang mengandung, pasti bila anaknya lahir nanti air liurnya asyik meleleh je akibat hajatnya nak ke stadium tidak kesampaian.


Begitulah kehebatan yang amat sukar digambarkan oleh penyokong2 Liverpool di Malaysia. Siapa sangka dengan keadaan pasukan yang terumbang ambing pada sesi 2010/2011 lalu, rupanya tidak sedikit pun melunturkan semangat bersama pasukan kesayangan ini. Bila diberi peluang berhimpun di SNBJ penuh stadium dengan lautan merah. Dianggarkan lebih 84 ribu penonton bersorak dan bersantai meraikan 9 jaringan samaada untuk Liverpool ataupun Malaysia. Memang sporting penyokong Liverpool. Bersama2 penyokong seolah merasakan kemesraan itu sudah terjalin lama. Bertegur sapa, bersembang2 tanpa mengira bangsa seperti semuanya 1 keluarga. Itulah semangat yang kita pegang serta sanjung selama ini dengan satu slogan  "YOU'LL NEVER WALK ALONE" atau YNWA....


Tetapi, selepas perlawanan berbagai2 berita yang kurang enak di dengar dari mulut2 yang iri hati dengan penyokong2 Liverpool ini. Sebenarnya dari sebelum dan ketika perlawanan berlansung lagi ada penyokong2 pasukan lain yang telah membuat provok ingin merosakkan pesta Liverpool ini. Tak cukup dengan memakai jersi pasukan selain Liverpool dan Malaysia, mereka2 ini membawa sepanduk pula ingin membanggakan pasukan mereka. Salah tempatlah kawan nak buat hal macam tu. Itu belum lagi dengan luahan terbuka dua orang kuat pasukan kebangsaan yang kononnya penyokong Liverpool tidak patriotik kerana tidak memakai jersi Malaysia. Macam2 cara mereka ingin menjatuhkan semangat penyokong2 Liverpool ini.


Apa pun jika kita fikirkan kembali, disebalik provok dan kutukkan mereka ini sebenarnya kita sepatutnya berasa bangga. Pasukan Liverpool yang dilanda masalah dalaman suatu masa dulu, berada di rangking ke 6 dalam carta liga rupanya masih ada yang cemburu dan takut dengan pembangunan pantas yang berlaku sekarang ini. Itu belum lagi bermulanya musim 11/12. Kalau dah mula tak tau apa lagi yang mereka2 akan lakukan. Harap2 mereka akan terdiam dan menyepikan diri akibat malu dengan tahap pasukan yang mereka cintakan itu.


"We'll be back, Malaysia". itulah kata2 Ian Ayre. Beliau amat teruja dengan sambutan luar biasa yang tidak pernah mereka alami dalam perlawanan persahabatan selain dimalaysia. Mungkin itulah yang dapat dibayangkan oleh peminat2 Liverpool diseluruh dunia bahawa kapasiti penonton lebih 84 ribu ini bakal memenuhi stadium baru Liverpool di Stanley Park. Sudah pastinya penyokong2 di Malaysia menyambut baik dengan impian Ian Ayre itu. Kalau dulu hajat pasukan untuk ke Malaysia tidak kesampaian akibat tajaan dari Carlsberg, tetapi kini setelah diambil alih oleh Standard Chartered pintu negara ini sentiasa terbuka. Semasa tajaan Carlsberg sememangnya sukar bagi peminat untuk mengayakan jersinya. Tapi kini tidak lagi. Pak2 Haji pun dah tak rasa bersalah memakai jersi Liverpool di restauran2 sambil layan game. Memang fantastik. Terima kasih Standard Chartered.



Untuk akhirnya, semoga penyokong Liverpool dapat bersatu kembali berhimpun seandainya impian Ian Ayre ini menjadi kenyataan. Walauapapun terjadi musim hadapan dan selamanya hati kita tetap bersama Liverpool dan Malaysia. YNWA....


TERBAIK DARI LADANG....

K. Rajagobal dan Safee Sali yang lupa diri..

Hari ni SG geram, marah dan sakit hati betul dengan kenyataan K. Rajagobal serta Safee Sali ni. Jangan mempermainkan isu patriotik kalau sendiri pun hakikatnya tak serupa bikin. Bayangkan berapa ribu malah juta orang rakyat Malaysia yang selama ini menyokong pasukan kebangsaan, hanya berubah baju atau jersi semata2 menyambut ketibaan kelab kesukaan mereka dalam waktu yang singkat dilabelkan tidak patriotik.

Dalam temubual K. Rajagobal bersama TV3, beliau menyatakan penyokong2 yang tidak memakai baju biru dilabelkan sebagai tidak patriotik yakni tidak mencintai negara. Apa punya ceteklah pemikiran dia ni. Habis tu bagaimana pula mereka2 yang memakai jersi kuning? Tak patriotik gak ke. Bukan ke itu jersi no. 1 Malaysia. Ke takut nak sebut warna kuning sebab nanti kena label menyokong BERSIH. Tolonglah jangan memainkan isu2 yang tak berkenaan dalam sukan. Ni mesti tak faham apa istilah sukan itu yang sebenarnya.

Walaupun kenyataan itu sememangnya dituju khas buat lebih 80000 penyokong2 Liverpool yang telah membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan berpakaian merah semalam, Tapi beliau kena ingat, di Malaysia ni, bukan ada Liverpool punya peminat saja, malah Arsenal, MU, Chelsea dan sebagainya. Adakah mereka semua tak patriotik? Tak dengar ke sewaktu perlawanan semalam semasa Safiq dan Safee menjaringkan gol, siapa yang bersorak, melompak bagai nak gila kat stadium tu kalau bukan penyokong yang memakai jersi merah itu sendiri. Melaungkan nama Malaysia, takkan K. Rajagobal dah pekak kot.

Safee pula mengulas dilaman sosial FBnya, mengajak semua peminat menyokong pasukan kebangsaan dengan datang ke Stadium memakai baju biru juga. So bila nanti perlawanan menentang Chelsea pula bagaimana. Bukan ke Chelsea juga biru. Kenapa tak cakap je kuning dan biru. Trauma juga ke nak sebut kuning ni. Suka2 je nak melebalkan penyokong tak patriotik. Sebenarnya Safee kena tanya diri sendiri dan rakan2, patriotikkah mereka ni. Siapa selama ini di sebalik tabir kejayaan mereka yang tak penat2 menyokong pasukan kebangsaan. Aduhai....

Bagi K. Rajagobal dan Safee, ingatlah anda sebenarnya perlu membetulkan pasukan kebangsaan. Bukan membetulkan penyokong2. Tanpa penyokong siapalah anda. Sepatutnya mereka berterima kasih kerana bukan mudah nak  mengumpulkan penonton ke stadium seramai lebih 80000 orang ni. Lagi2 dalam perlawanan persahabatan. Dalam diam2 FAM tersenyum lebar bila kantongnya penuh diisi oleh duit tiket peminat. Bayangkan ambil purata saja RM60 satu tiket. Darab 80000, kira ler sendiri. Itulah duit buat bayar gaji mereka2 ni. Itu pun x bersyukur lagi.

Baru berada diatas sikit dah nak mengutuk peminat. Tolong ler sedar diri. Profesional sikit. Jangan duduk bawah katak tempurung lagi. TV3 pun satu. sepatutnya tak perlulah menyiarkan ulasan K. Rajagobal ni. jagalah hati penyokong2 ni. Jangan asyik nak kumpul cerita panas je sampai tak tahu menilai mana yang baik dan buruknya. Jangan sampai ada yang boikot korang dah ler...

Lepas ni sekuad kebangsaan tak payahlah nak sebuk2 wat game persahabatan dengan team2 luar negara. Lawan jer team2 kat malaysia ni.. Barulah patriotik fantastik kot.. Dasar Kolot...

p/s: Lepas ni SG nak datang stadium tak payah pakai baju. Jadi penyokong neutral. Sokong pengadil....huhuhuhu

Malaysia 3-6 Liverpool - Aquilani dan Ngog diberi peluang kedua di Anfield

Written By Unknown on Sunday, July 17, 2011 | 00:15

Siri jelajah pasukan Liverpool di Malaysia hari ini ditamatkan dengan perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Malaysia. Perlawanan persahabatan ini adalah amat ditunggu2 oleh seluruh peminat Liverpool samaada di Malaysia, Singapore, Thailand dan Brunei. Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri penyokong yang mula tiba di perkarangan stadium sekitar 10 pagi lagi. Dianggarkan semasa perlawanan lebih 84000 penonton hadir. Sememangnya Liverpool FC kaya dengan mencipta sejarah. Rasa dah macam dalam suasana perlawanan akhir pula.

Buat pertama kalinya dalam sejarah pasukan Liverpool menjejakkan kaki ke bumi Malaysia dan menentang pasukan kebangsaan. Keputusan penuh 6-3 yang memihak pasukan Liverpool adalah kemenangan kedua selepas menang 4-3 di China menentang Guangdong dalam siri jelajah Asia 2011. Walaupun ia sebagai perlawanan pemanas badan, ia amat perlu bagi menjamin kecergasan serta persediaan bagi mengharungi EPL musim 2011/2012 bulan hadapan.


Charlie Adam (pen), Ngog (2), Maxi rodriguez (2) dan Kuyt adalah penyumbang gol bagi pasukan Liverpool. Sementara jaringan cantik dari sepakan percuma Shafiq Rahim dan dua gol dari Safee sali pula memberi gambaran bahawa pasukan kebangsaan bukanlah mudah untuk dijinakkan. Apapun tahniah kepada skuad kebangsaan dibawah bimbingan k. Rajagobal kerana berjaya mengekang beberapa asakan lawan serta dapat bertindak balas dan menghukum atas kealpaan pertahanan pasukan Liverpool. Ini menjanjikan pengalaman yang amat berharga bagi persediaan menentang Singapore minggu hadapan.




MALAYSIA: Mohd Sharbinee Allawee (Khairul Fahmi Che Mat), Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra, Mohammad Fadhli Mohd Shas (Mohd Rizal Fahmi), Shafiq Rahim (C) (Ismail Faruqi), Amar Rohidan (K. Gurusamy Govandar), Ahmad Fakri Shaarani (Shahrizal Mohd Saad), Abdul Hadi Yahaya (Izzaq Faris Ramlan) (Mohd Safee Mohd Sali), S. Kunalan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Muslim Ahmad.

LIVERPOOL -1st Half : Brad Jones, Jonathon Flanagan, Raul Meireles, Daniel Agger, Andy Carroll, Joe Cole, Jack Robinson, Jay Spearing, Conor Coady, Jamie Carragher (Ketua Pasukan), Charlie Adam.

2nd Half : Martin Kelly, Christian Poulsen, Jonjo Shelvey, Alberto Aqualini, Maxi Rodriguez, Sotirios Kyrgiakos, Dirk Kuyt, Emiliano Insua, Dany Wilson, David Ngoc, Peter Gulacsi (Martin Hansen)

Dalam perlawanan tadi juga kita dapat saksikan bagaimana peminat amat memuji dengan persembahan Aquilani dan Ngog. Oleh itu selepas tamat perlawanan tadi, pemilik Liverpool John Henry dalam Twitternya tanpa berselindung bersedia memberi peluang kedua kepada mereka berdua untuk terus berada di Anfield.

Aquilani yang dibeli oleh Rafael Banitez pada tahun 2009 untuk mengantikan posisi Xabi Alonso, bergelut dengan masalah kecederaan sepanjang musim 2009/2010. Akhirnya pada musim lalu dibawah kendalian Roy Hodgson beliau dipinjamkan ke Juventus. Walaubagaimanapun Juve tidak berminat untuk menandatangani pemain berusia 27 tahun ini. Dengan rela hati beliau kembali semula ke Anfield dan hasilnya pengalamannya berada di Juventus telah pun beliau persembahkan dan memberi kemajuan kepada pasukan.

Ngog selama ini kedudukannya hanyalah sebagai penyerang gantian sahaja. Pada awal musim 2010/2011 beliau telah berjaya membuktikan kebolehannya dengan menjaringkan beberapa gol penting. Dengan keadaan prestasi bekas penyerang Liverpool ketika itu Torres yang agak merundum, beliau mula diberi kepercayaan oleh Hodgson. Malangnya di pertengahan musim, aksi beliau mula menghampakan. Akibatnya beliau mula dipinggirkan setelah kehadiran Suarez dan Caroll. Apapun beliau mula bangkit memukau semula dalam dua perlawanan dalam siri pemanas badan Asia tour ini.

Nampaknya ketika ini, semua pemain2 di kem Liverpool berlumba2 bagi memastikan tempatnya kekal di Anfield. Selain Ngog dan Aquilani, Joe Cole juga mula mencuri perhatian. Apapun ia adalah persaingan sihat demi meningkatkan semula mutu permainan dan kejayaan pasukan. Bagaimana pula dengan Caroll? sedikit kecewa dengan persembahannya tadi. Charlie Adam pula terus memukau dan menyakinkan.


p/s: Separuh masa pertama tadi isteri SG cakap, kenapa le Liverpool ni lembik sangat. SG cakap" main petang tu, mana dia orang biasa. lagipun senarai pemain 1st half tadi kurang menyakinkan. Tengoklah 2nd half nanti." Ramalan SG benar belaka.. 2nd half punya pemain lebih menyakinkan....

Ibu mertuaku - Akhirnya kau pergi juga. Alfatihah....

Written By Unknown on Saturday, July 16, 2011 | 11:02

Tanggal 9 Julai 2011 yang lalu, SG sekeluarga terpaksa merelakan pemergian ibu mertua untuk selamanya. Arwah yang sememangnya sudah lama terlantar menanggung kesakitan, akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 01:40 pagi. Arwah yang bernama Hajah Khatirah Binti Sadirun telah pergi ketika usianya menjangkau 63 tahun.

Sebenarnya pada malam itu, SG sekeluarga seperti susah untuk melelapkan mata. Anak2 pula tidur tidak lena. SG bersama isteri, kebetulan baru nak masuk tidur. Isteriku dkejutkan dengan panggilan bahawa ibunya sudah tiada. Dengan otak yang buntu, kami berkemas barang apa yang nampak, mendukung anak2 yang sedang tidur dan terus balik ke kampung isteri. Jarak perjalanan tak ler jauh mana. 25 minit je. Sampai disana, sudah ramai adik beradik isteri sudah berkumpul. Menangis meratapi pemergiannya serta sudah ada yang mula mengaji AlQuran.

Rasanya hampir 8 bulan juga Arwah sudah merana. Masuk wad & ICU dah banyak kali. Rawatan tradisional hanya SG sekeluarga saja yang mahu buat. Adik beradik isteri yang lain. Semua tak percaya. Dulu SG pernah posting artikel penyakit arwah yang bertajuk "Antara wang ringgit dan ibu bapa - Manakah yang lebih penting?". Cukuplah artikel itu meluahkan rasa terkilannya SG sekeluarga. Tak perlulah diungkit2 lagi. Walaupun hospital dah tak boleh terima Arwah lagi, semua adik beradik tak boleh nak fikir apa lagi usaha yang nak dibuat. Sampai ada yang kata, "dah tak boleh nak buat apa. Hospital pun dah tak boleh rawat". Astagfirullah. Tapi apa yang pasti hanya bulan lepas sekali sahaja adik ipar membawa Arwah ke Darul Syifa. Malangnya tak ada pun rawatan susulan.

Last SG jumpa Arwah sewaktu SG balik kampung. Itupun 3 minggu sebelum Arwah meninggal. Bukan apa, selepas SG balik dari kampung tu, SG kena Chicken Pox. Seminggu dah kena kuarantin. Hujung minggu kedua pula, rumah emak saudara buat kenduri. Minggu ke-3 barulah dapat balik, tapi itupun Arwah sudah meninggal dunia. Ada kebaikan juga hari2 terakhir sebelum meninggal, arwah dimasukkan ke wad. Jadi Isteri SG dapatlah menjeguknya selama dua hari berturut2. Walaupun sewaktu nazaknya isteri tiada disisi, sekurang2nya isteri dapat juga berjumpa diwaktu2 terakhir hayatnya. Jumaat terakhir Arwah telah pun diarahkan pulang. Ini berkemungkinan pihak hospital juga sudah mengetahui hayatnya tidak lama. Kalau dulu pulang dari hospital berbekalkan sebakul ubat, kali ini hanya 1 jenis sahaja yang dibekalkan.

Apapun Arwah selamat dikebumikan pada pagi Sabtu tersebut. Orang lain sibuk pasal perhimpunan BERSIH, kami pula sibuk menguruskan Arwah. Mungkin hari kematiannya mudah dikenang. Sehari dengan BERSIH 2.0 (9 Julai 2011). Cuma apa yang mengelikan hati SG sikit, permit pengkebumian tu tarikh yang tertera adalah salah. Sepatutnya 9/7/2011, tapi polis yang mengambil report tu tulis 09/06/2011. Itupun pagi setelah edaran slip2 ni ada yang bagi tau. Bila tanya Abang Ipar yang buat report tu, tak check ke? emmm.. Dah tau le apa jawapannya. Itulah padahnya bila Pihak polis pun dah trauma pasal 9 Julai ni. Gara2 kerahan tenaga sempena BERSIH ni. Pe pun terima kasih kepada pihak Polis kerana sudi membetulkan kembali. Biasalah manusia. mesti ada silap. Lagi2 pagi2 buta wat report.

Hari ini, genaplah seminggu pemergian Arwah. Selesailah sudah tahlil 7 hari berturut2 serta berkampung dirumah mertua juga 7 hari berturut2. Barulah ada masa terluang untuk kembali aktif dengan kegiatan harian kembali. Apapun yang pergi tetap akan pergi dan tak akan kembali. Anak2 yang masih ada jadikanlah ia satu pengajaran diatas apa yang mereka lakukan. Semasa masih ada ayah lagi ni, buatlah yang terbaik. Janganlah bertelagah kembali seperti yang sudah2. SG hanya sebagai menantu, apalah daya SG berbanding kuasa anda anak2 dari darah dagingnya. Semoga roh Arwah dicucuri rahmat. AlFatihah.......








Pergi Tak Kembali - Rabbani
Mp3-Codes.com

Perpindahan musim panas 11/12 - Stewart Downing pemain ke 4 Liverpool miliki.

Selepas 4 jam menandatangani penjaga gol Roma Alexander Doni, kini sekali lagi berita gembira untuk peminat2 Liverpool FC kerana akhirnya sandiwara berkenaan pemain sayap Aston Villa Stewart Downing terlerai sudah. Menurut laman web rasmi LiverpoolFC, Downing telah selesai meletakkan pen di atas kertas perjanjian contrak setelah melepasi ujian perubatan di Melwood.

Downing yang berunur 26 tahun mempunyai 27 caps bersama skuad England, Melengkapkan perpindahan dengan kontrak jangkamasa panjang di Anfield. Dengan yuran perpindahan sebanyak £20 juta dari Aston Villa, ini bermakna Downing adalah pemain keempat termahal dalam sejarah kelab merangkap pemain keempat yang berjaya dimiliki oleh Comolli dan Dalglish di musim perpindahan 2011 setakat ini.


Menurut Downing di laman web rasmi LFC. " ia adalah sesuatu perasaan yang hebat. Masa yang panjang dan terpaksa menunggu berminggu2 dan akhirnya saya gembira kerana berjaya berada disini".

"Dengan tradisi pemain, pengurus serta peminat, berbagai cubaan dan halangan besar yang menghalang saya untuk menuju kesini. Ia akan menjadi sesuatu yang hebat bermain di Anfield kerana selain dari suasana yang mengembirakan ia juga dari peminat2 yang hebat".


"Apabila saya mahu datang ke Liverpool, perkara pertama yang saya fikir adalah - bermain di Anfield di depan peminat setia yang hebat. Saya benar-benar berharap kepadanya".

Nampaknya 75% misi Comolli dan Dalglish tercapai. Sekarang hanya pemain dibahagian pertahanan saja yang menjadi buruan. Apapun kita hanya akan melihat kelibat Downing yang dijangka membuat penampilan pertamanya bersama Liverpool menentang Hull City selepas kembalinya pasukan dari jelajah Asia.


Profile Downing

Full name : Stewart Downing
Date of birth : 22 July 1984
Place of birth : Middlesbrough, England
Height : 1.80 m (5 ft 11 in)[1]
Playing position : Left Winger


Semoga kehadiran Stewart Downing ini, akan memberi impak besar kepada pasukan. Semoga anda berjaya dan memberi yang terbaik untuk Liverpool.. YNWA......


p/s: Melepas ler kita nak tengok aksi Doni & Downing di Malaysia. Kalau tak lagi bertambah meriah le Jelajah Asia ni.
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger