Headlines News :

Jadual dan keputusan Piala Malaysia (Selangor) 2013

Written By saleehs gerrard on Tuesday, July 30, 2013 | 03:45


Di dalam undian Piala Malaysia yang telah berlangsung pada 27/07/2013 lalu, Selangor telah diletakkan didalam kumpulan A bersama-sama pasukan ATM, Johor FA dan juga Sime Darby. Kejohanan Piala Malaysia kali ini akan bermula pada 20/08/2013.

Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan Piala Malaysia 2013 yang membabitkan pasukan Selangor. InsyaAllah SG akan updatekan keputusan dari masa kesemasa.

PIALA MALAYSIA 2013
GAME
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
Group A (1)
Johor FA
20/08/2013 20:45
Away
0 - 0 
Group A (2) 24/08/2013 20:45
Home
2 - 3
Group A (3)
Sime Darby
27/08/2013 20:45
Away
3 - 0
Group A (4) 31/08/2013 20:45
Home
1 - 1
Group A (5) 17/09/2013 20:45
Away
1 - 1
Group A (6)
Johor FA
21/09/2013 20:45
Home
2 - 1


Setahun diam menyepi

Written By saleehs gerrard on Monday, July 29, 2013 | 03:00


Assalamualaikum. Lama sungguh SG tak aktif dalam bidang penulisan ni. Diam-diam dah setahun rupanya tak menulis sebarang artikel pun dalam blog kesayangan sallehsgerrardku ini. Kesian sungguh terbiar sepi dialam maya tanpa sebarang berita sensasi.

Nak kata terlalu SG terlalu sibuk, tak juga. Nak kata tak berminat lagi untuk menulis pun tak juga. Mungkin mood SG untuk menulis hilang tah kemana dan membuatkan blog SG ini tersadai. Ramai juga sahabat-sahabat blogger yang bertanya kepada SG, apa sudah jadi dengan blog yang tak update-update ni. SG sendiri pun tak tau nak jawab apa. Sekadar mengambil hati, tunggu masa yang sesuai untuk aktif kembali.

Sebenarnya sudah banyak kali pun SG membiarkan blog ini tanpa sebarang update. Mungkin bezanya waktu dahulu, 2,3 bulan tak update je. Tapi untuk kali ini, setahun lamanya. Sampai ada masanya, terlupa SG ni ada blog sendiri. Kadang-kadang terfikir gak, penat-penat dulu menaikkan trafik blog sallehsgerrard ni, takkan nak biarkan usang begitu sahaja. Sungguh rugi rasanya. Harap lepas ni SG tak mengabaikan blog ini lagi. Semoga SG rajin kembali blog walking untuk meningkatkan kembali rangking blog sallehsgerrard ini.

Ohhh yer, baru SG ingat. Bukan sahaja blog sallehsgerrard ni sahaja yang tersadai, rupanya ada tiga lagi blog yang SG handle pun menerima nasib yang sama. Walaupun ketiga-tiga blog tersebut SG dah serahkan kepada admin lain untuk mengupdatekan secara bersama, malangnya mereka pun sama-sama juga tidur macam SG gak. ketiga-tiga blog tersebut ialah, mppzon16mdkl , tegarfishing club, dan juga kelab peminat Liverpool Malaysia .

Terkini sebelum SG nak aktif kembali dalam dunia blogger ni, SG sebenarnya dalam projek untuk membina blog bagi kampung SG. D'Bandar Village nan indah bersejarah nama blog diberi. Pada tahun 2008 dulu, SG terfikir juga untuk membuat blog untuk kampung SG ini. Malangnya impian SG hanya suku jalan sahaja. Harapan SG ini gagal mendapat sokongan atau bahan-bahan yang SG perlukan untuk dimuat turunkan. Pada tahun ni, Alhamdulillah dengan semangat SG serta rakan-rakan seperjuangan untuk menaikkan nama kampung SG ini, akhirnya berjaya juga SG melaksanakan tugas menyiapkan blog kebanggaan kampung SG ini. Walaupun ia masih lagi dalam pembinaan, sekurang-kurangnya SG berpuas hati kerana 60% maklumat sudah SG updatekan.


Mengapa SG dan sahabat-sahabat beria-ia benar untuk membuat blog kampung ini. Bayangkan sebuah kampung yang penuh dengan sejarah Negeri Selangor gagal digunakan dengan sebaik mungkin oleh penduduknya untuk memperkenalkan nama kampung dimata dunia. Kampung SG diberi nama Kampung Bandar yang pada asalanya adalah pusat pemerintahan Negeri selangor di bawah jajahan takluk sultan Selangor ke-5, Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan memerintah selepas sultan Abdul Samad). Jika anda peminat sejarah, sudah pasti anda pernah mendengar kisah Jugra dan Bandar. Bagi yang belum pernah, mungkin tercari-cari maklumat yang tidak banyak terdapat dialam cyber ini. Jadi jika anda berminat untuk mengetahui kisah sejarah kerajaan lama Negeri Selangor yang berpusat di Jugra dan Bandar, anda boleh lawati blog D'Bandar Village ini untuk mendapatkan maklumat. Semoga hasil blog yang SG bina ini, akan memberi manfaat kepada semua pengunjung terutamanya kepada generasi terkemudian. InsyaAllah..

Sampai kita berjumpa lagi di artikel akan datang..
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger