Headlines News :

Preview : Piala Malaysia 2013 (Game 4) - Selangor vs Sime Darby

Written By saleehs gerrard on Saturday, August 31, 2013 | 04:32


Malam nanti pasukan Selangor akan turun ke Stadium Shah Alam untuk mengharungi sisa-sisa perjuangan Piala Malaysia bertemu pasukan Sime Darby. Kekecewaan tewas 3-0 kepada pasukan sama pada hari Selasa lalu masih terasa apatah lagi dengan perletakkan jawatan secara mengejut jurulatih merangkap pengurus pasukan Selangor Irfan Bakti sehari selepas itu.

Tugas berat sedang menanti pemangku jurulatih Selangor untuk menentukan hala tuju pasukan Gergasi Merah ini. P. Maniam sudah pastinya telah bersedia mempersiapkan pasukannya untuk menebus kekecewaan tiga perlawanan sebelum ini tanpa sebarang kemenangan. Mengikut pengalaman lalu, P. Maniam sebenarnya sudah pun pernah melalui saat-saat genting seperti ini.

Pada tahun 2011 dikala perlawanan peringkat kumpulan dalam Piala Malaysia hanya berbaki dua perlawanan, Jurulatih merangkap pengurus ketika itu K. Devan juga telah meletak jawatan secara mengejut dikala pasukan Selangor terumbang ambing untuk layak ke peringkat seterusnya. Dengan pengalaman sebagai pembantu jurulatih, P. Maniam bangkit menerajui pasukan Selangor untuk memenangi baki dua perlawanan dan layak ke peringkat seterusnya. Apa yang lebih menarik, tektikal serta strateginya berjaya membawa pasukan Selangor hingga ke peringkat separuh akhir sebelum tewas kepada pasukan Terengganu.

Disini kita dapat lihat bahawa nasib pasukan Selangor dalam Piala Malaysia ini masih lagi cerah jika P. Maniam berjaya membawa Selangor memenangi ketiga-tiga baki perlawanan ini. Mungkin ramai yang kata kisah lama tidak boleh disamakan dengan kisah baru, tetapi secara kasarnya pemain yang sebelum ini berkemungkinan mempunyai masalah dalaman bersama Irfan Bakti akan lebih selesa bersama P. Maniam. P. Maniam yang nampaknya lebih mesra terhadap pemainnya berkemungkinan akan menguji formula terkini bagi membenam cabaran Sime Darby.

Apa yang diharapkan, P. Maniam mampu untuk mengembalikan kepercayaan peminat terhadap pasukan Red Giant ini yang semakin pudar. Kemenangan wajib dicari kerana perlawanan malam nanti penentu segalanya perjuangan hidup mati pasukan Selangor dalam Piala Malaysia tahun ini. Bangunlah wahai Gergasi Merah. Teruskan perjuanganmu hingga titisan darah terakhir.

SELANGOR vs SIME DARBY
(Perlawanan ke-4, Kumpulan A, Piala Malaysia 2013)

Tarikh : 31 Ogos 2013 | Sabtu
Waktu : 08:45 Malam
Venue : Stadium Shah Alam
Live : RTM TV1
Live Streaming : LINK 1




Irfan Bakti akhirnya meletakkan jawatan

Written By saleehs gerrard on Friday, August 30, 2013 | 01:30


Tidak sampai 24 jam selepas tewas kepada Sime Darby pada perlawanan Piala Malaysia semalam, Irfan Bakti telah menghantar surat perletakkan jawatannya sebagai pengurus serta jurulatih pasukan Selangor. Menurut Irfan beliau mengaku kalah dan gagal utuk mengemudi pasukan yang penuh dengan kejuaraan ini untuk mencapai misi 33 yang diidamkan. Sesuatu yang menjadi tanda tanya kepada pemat Merah Kuning apakah sebenarnya yang sedang berlaku dalam kem Selangor.

Dengar cerita selepas perlawanan menentang Sime Darby kelmarin, bas yag membawa pemain dan pengurusan Selangor telah dikepung oleh 500 orang penyokong Red Giant. Mereka menyatakan urang puas hatinya terhadap persembahan yang ditunjukkan oleh pemain Selango dalam kempen Piala Malaysia tahun ini. Tiga perlawanan yang dilalui, Selangor hanya mampu mengutip 1 mata sahaja dimana seri bersama Johor FA serta tewas kepada ATM dan Sime Darby.


Untuk sementara waktu bagi mengharungi baki tiga pelawanan dalam kumpulan A Piala Malaysia ini, tugas Jurulatih akan dipikul oleh P. Maniam. Kalau diikutkan sejarah, P. Maniam pernah juga menjadi jurulatih sementara selepas dilepaskan secara mengejut oleh K. Devan pada tahun 2011. Walaupun ketika mengambil alih tugas tersebut selangor juga seperti dalam keadaan sekarang dan hanya berbaki 2 perlawanan peringkat kumpulan, tetapi P. Maniam berjaya untuk membawa Selangor ke perlawanan Separuh dan tewas kepada pasukan Terengganu. Mungkin jua tuah P. Maniam ini masih melekat bersamanya. Harap-harap ada lagi sisa-sisa harapan untuk Selangor.

Undian : Capital One Cup (Round 3) 2013/2014

Written By saleehs gerrard on Thursday, August 29, 2013 | 21:00


Selepas tamat keseluruhan perlawanan pusingan ke-2 Capital One Cup semalam, telah berlangsung pula undian bagi pusingan seterusnya iaitu pusingan ke-3. Untuk pusingan ketiga ini pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan Eropah Seperti Manchester United, Arsenal, Chelsea dan lain-lain lagi baru memulakan saingan mereka .

Pada undian kali ini, Liverpool telah menerima ujian paling getir. Diundi bertemu Manchester United adalah sesuatu yang agak menduka citakan bagi kedua-dua belah pihak Walaubagaimanapun kelebihan kepada Manchester United kerana Old Trafford telah dipilih untuk menjadi venue perlawanan. Walaubagaimanapun waktu dan tarikh perlawanan masih belum ditentukan dan dijangkan akan dilangsungkan pada 24 & 25 September nanti.

Berikut adalah keputusan undian keseluruhan pasukan yang layak bertanding semalam.
  • Manchester United v Liverpool 
  • Sunderland v Peterborough United
  • West Ham United v Cardiff City
  • Manchester City v Wigan Athletic
  • Burnley v Nottingham Forest
  • Newcastle United v Leeds United
  • Southampton v Bristol City
  • West Bromwich Albion v Arsenal
  • Swindon Town v Chelsea
  • Tranmere Rovers v Stoke City
  • Watford v Norwich City
  • Aston Villa v Tottenham Hotspur
  • Hull City v Huddersfield Town
  • Leicester City v Derby County
  • Birmingham City v Swansea City
  • Fulham v Everton

# Update terkini : Tarikh dan waktu perlawanan Manchester United vs Liverpool : Khamis | 26/09/2013 | 02:45 pagi (waktu Malaysia)

# Untuk jadual dan keputusan penuh "KLIK SINI"

Capital One Cup 13/14 (Round 2) - Liverpool 4-2 Notts County


Ramai yang mengeluh sebab tak dapat nak tengok perlawanan pusingan kedua Capital One Cup ini. Inilah gara-gara Astro tidak membuat siaran Langsung perlawanan diantara Liverpool menentang Notts County ini dan alternatifnya hanyalah Live Streaming. Bila menonton dengan live streaming ni, memanglah kepuasannya kurang sikit. Lagi-lagi jika broadband tak cukup power yang membuatkan siaran kerap buffering dan banyak aksi-aksi yang terlepas pandang.

Pada perlawanan ini Liverpool terpaksa berhempas pulas bermain selama 120 minit sebelum menang 4-2 ke atas pasukan division satu Notts County. Perlawanan yang sepatutnya boleh dihabiskan setakat 90 minit sahaja, terpaksa diheret ke masa tambahan 30 minit untuk menentukan siapa yang layak ke pusingan seterusnya.


Livepool : Mignolet, Cissokho (Daniel Agger), Toure, Wisdom, Johnson, Allen (Jordan Henderson), Gerrard, Alberto (Philippe Coutinho), Sterling, Ibe, Sturridge

Notts County : Bialkowski, Dumbuya, Stevens, Liddle, Smith, McGregor, Bell, Labadie, Campbell-Ryce, Fotheringham, Arquin


SEPARUH MASA PERTAMA

Seawal minit ke-4 lagi Sterling sudah membawa Liverpool untuk mendahului dengan 1-0. Gerakkan solonya sebelum melepaskan rembatan kencang berjaya memperdayakan penjaga gol Notts County. Aly Chissokho yang telah diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama, hanya sempat bermain 9 minit sahaja sebelum dikeluarkan akibat kecederaan. Tempatnya digantikan oleh Daniel Agger. Sememangnya separuh masa Liverpool menguasai keseluruhan permainan. Aksi permainan pantas yang dipamerkan membuatkan pemain-pemain Notts tidak senang duduk. percubaan demi percubaan berjaya dicipta dan hasilnya pada minit ke 29, Daniel Sturridge berjaya menambah lagi jaringan untuk menjadikan 2-0. Liverpool sepatutnya selesa pada separuh masa ini, malangnya tandukan Agger dan tendangan Gerrard pula terkena tiang sebelum melantun kembali kekawasan permainan. Persembahan Sterling pada perlawanan ini sungguh memukau. Selain menjaringkan gol, beliau banyak menguasai bola untuk mencipta peluang serta membuat beberapa percubaan merbahaya.

SEPARUH MASA KEDUA

Bersambung babak kedua selepas rehat, tiba-tiba sahaja pemain-pemain Notts County mendapat semangat baru. Seperti disuntik dadah, mereka mula mendominasi serangan di setiap sudut. Disebabkan kealpaan barisan pertahanan yang juga cuba membantu barisan serangan menyerang, Liverpool dihukum dengan dua jaringan counter attack yang tidak disangka-sangka. Sifat berpoya-poya apabila mendahului sememangya suatu perkara yang tidak sepatutnya berulang kembali. Terikat 2-2 Liverpool terpaksa menambahkan keletihan untuk bermain dimasa tambahan.


MASA TAMBAHAN

Seperti biasa bermain lebih dari 90 minit sememangnya akan membuatkan pemain-pemai pancit serta kekejangan otot melanda. Begitulah yang terjadi kepada Kolo Toure meyebabkan beliau diusung keluar. Yang lebih malang lagi terkeluarnya Toure membuatkan Liverpool terpaksa bermain 10 orang akibat BR sudah melakukan 3 pertukaran sebelum ini. Seperti nampak nasib kekalahan bakal menimpa, Sturridge hadir menambahkan koleksi jaringan peribadinya untuk membawa Liverpool kembali mendahului dengan 3-2 diminit-minit terakhir separuh masa tambahan. Bertukar padang, perlawanan semakin rancak. Walaupun bermain 10 orang iverpool masih lagi mampu untuk membuat serangan dan bertahan apabila diserang hendap. Jordan Henderson pula berjaya menambah gol untuk Liverpool menjadikan kedudukan 4-2. Gerakan solo yang pantas berjaya mengatasi pemain pertahanan sebelum menolak masuk menewaskan penjaga gol Notts. Keputusan 4-2 kekal hingga tamat perlawanan.


KESIMPULAN.

Liverpool terpaksa membayar dengan harga yang mahal untuk memenang perlawanan ini. Selain dipaksa bermain selama 120 minit, Liverpool hilang tiga tonggak akibat kecederaan.

  • Kolo Toure ~ 4-5 Minggu (Groin Muscle Torn)
  • Joe Allen ~ 2-3 Minggu (Hamstring Strain)
  • Aly Cissokho ~ 1-2 Minggu ( Ankle)


Selain itu kepenatan dan keletihan bermain 120 minit bakal menjejaskan sedikit persediaan bagi menghadapi perlawanan besar bertemu Manchester United pada hari Ahad nanti. Apapun harapannya BR mempunya perancangan yang rapi bagi menghadapai musuh tradisi di Anfield nanti. Rehat 4 hari sebelum perlawanan mampu mengembalikan kecergasan sepenuhnya kepada pemain-pemain kita. Semoga Liverpool mampu meneruskan kecemerlangannya. YNWA.




Piala Malaysia 2013 (Game 3) - Sime Darby 3-0 Selangor

Written By saleehs gerrard on Wednesday, August 28, 2013 | 02:40


Semakin tipis nampaknya peluang untuk Red Giant mengapai impian misi 33. Tiga perlawanan Piala Malaysia peringkat Kumpulan A yang dilalui, Selangor terkulai tidak bermaya. Berbaki tiga perlawanan dengan mengutip satu mata sahaja, tugas berat menanti selangor untuk pusingan kedua nanti

Selepas tewas kepada ATM di Shah Alam Sabtu lalu, kini giliran Sime Darby pula memperayamkan anak buah Irfan Bakti di Stadium Selayang. Sime Darby yang juga tewas ditangan Johor FA pada Sabtu lalu, mengamuk untuk membenam Selangor dengan keputusan 3-0.

Dua jaringan pemain import Sime Darby Karlo Primorac dan satu Fazrul Hazli sudah mampu menyatakan bahawa Selangor sememangnya lemah dari segala sudut. Dimana silapnya. Adakah Irfan seperti sudah kekeringan idea untuk mengembalikan kegemilangan Selangor. Ataupun ada berlaku masalah dalaman diantara pemain-pemain Selangor. Jika inilah yang terjadi, maka kita anggap sahaja Selangor sudah tutup buku untuk musim 2013 ini.


Mengharapkan keajaiban berlaku sememangnya sukar. Sembilan mata penuh sewajibnya diperolehi dalam tiga perlawanan terakhir nanti sambil mengharapkan pasukan lain tercicir mata dari mendapatkan mata maksimum. Apapun sisa-sisa kepercayaan untuk mengejar misi 33 masih ada. Teruskan usaha murnimu wahai Gergasi Merah.


Oussama Assaidi dipinjamkan ke Stoke City


Memandangkan jarang sekali mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Liverpool, Oussama Assaidi yang digelar Ferari telah mengambil keputusan untuk mencuba nasibnya bersama kelab Stoke City. Brendan Rodgers telah menghantarnya ke The Potters secara pinjaman demi memberi beliau pengalaman yang lebih luas untuk diserapkan ke skuad utama dimasa akan datang.

Assaidi yang dibeli oleh BR ketika perpindahan musim panas tahun lalu dari kelab SC Heerenveen, gagal menyerlah dengan taktikal yang diterapkan oleh BR. Posisinya sering sahaja diisi oleh Downing, Sterling dan juga Coutinho yang lebih dipercayai oleh BR. Demi untuk mengelakkan kerjaya Assaidi semakin malap, pilihan BR untuk meminjamkannya kepada pasukan lain adalah tepat.

Stoke City sememangnya menjadi pasukan pilihan pemain-pemain Livepool untuk menyambung kerjaya mereka. Siapa tidak kenal Peter Crouch, Jermaine Pennant, dan Charlie Adam bekas pemain Liverpool yang telah berhijrah kesana. Kehebatan mereka sering diakui apabila mereka beraksi dalam padang. Harapnya Assaidi disana mampu menimba ilmu untuk dibawa pulang. Itupun kalaulah BR nak ambil semula. Jika tidak selamat maju jaya wahai Assaidi.


Preview : Capital One Cup 13/14 - Liverpool vs Notts County

Written By saleehs gerrard on Tuesday, August 27, 2013 | 22:02


Minggu yang padat dengan  perlwanan telah bermula. Esok pasukan kesayangan kita Liverpool FC akan menerima kunjungan pasukan dari Division satu Notts County. Piala Capital One tau dahulunya dikenali dengan Piala Carling adalah kejohanan yag diwujudkn untuk skuad-skuad pelapis setiap pasukan. Kejohanan yang dianggap piala kayu atau Mickey Mouse oleh sesetengah orang kerana tahap yang kurang berprestijnya, telah bertukar menjadi medan pertempuran pemain-pemain bintang demi untuk menempatkan kelab automatik ke Piala UEFA jika menjadi juara.

Jika kita imbau kenangan lalu, pasukan-pasukan bawahan inilah sebenarnya yang menjadi duri dalam daging mana-mana pasukan Premier League untuk meneruskan ke pusingan seterusnya. Semangat pasukan cap-cap ayam ini apabila bertema pasukan ternama, hebatnya bukan main gila. Lihat sahaja semalam perlawanan diantara pasukan yang baru dinaik taraf Cardiff menentang Manchester City, hebat mana pun skuad bintang tewas juga di tangan cap ayam.

Berkemungkinan besar Liverpool akan menurunkan skuad kedua pada perlawanan pagi nanti. Ini berikutan BR akan memberi rehat secukupnya untuk skuad utama menjelang perlawanan menentang Manchester United pada Ahad nanti. Pemain-pemain muda yang kurang bermain dalam liga sebelum ini sudah pasti akan diberi peluang oleh BR untuk menonjolkan bakat-bakat mereka. Mood menang kedua-dua perlawanan awal liga sedikit sebanyak memberi kelebihan disamping aksi bermain dihadapan penyokong sendiri menjadi dorongan.

Bagi pasukan Notts County pula inilah masanya untuk mereka menebus kekecewaan apabila tewas 0-1 di tangan Stevenage pada aksi Sabtu lalu. Menduduki tangga ke-21 dalam liga, perlawanan menentang Notts County ini mungkin tiak menjadi masalah kepada pasukan Liverpool. Tetapi dalam bolasepak apa-apa sahaja boleh berlaku. Mohon Liverpool menang pada pelawanan ini.

Untuk peminat-peminat di Malaysia, pihak Astro tidak menyediakan siaran langsung perlawanan ini. Bagi mereka yang ingin menyaksikan perlawanan ini bolehlah menontonnya disaluran Live Streaming. Jika tidak jangan bimbang kerana pihak Astro akan menyiarkan siaran tertunda pada petang esok. Jangan sedh jangan kecewa, Liverpool pasti boleh. YNWA.


LIVERPOOL vs NOTTS COUNTY
Venue : Anfield Stadium
Date : 28 August 2013 | Wednesday
Time : 20:45 am

LIVE STREAMING :
LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5

DELAY : 
Astro CH 810 | CH 831 (HD)
Date : Wednesday | 28 August 2013 | 02:00 pm
Date : Thursday | 29 August 2013 | 06:00 am | 08:00 am


BPL 13/14 (Game 2) - Aston Villa 0-1 Liverpool

Written By saleehs gerrard on Sunday, August 25, 2013 | 13:38


Pada perlawanan semalam, sekali lagi Daniel Sturridge menjadi wira kemenangan dan Simon Mignolet wira penyelamat seperti perlawanan pertama minggu lalu menentang Stoke City. Gol tunggal Sturridge pada minit ke-21 sudah cukup memberikan Liverpool 3 mata penuh untuk menghuni tangga ke 2 liga setakat artikel ini ditulis.

Separuh masa pertama corak permainan berhati-hati sering ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Walaupun Liverpool lebih menguasai perlawanan, tetapi bola kebanyakkannya hanya berlegar-legar sahaja dikawasan tengah padang. Tidak banyak percubaan-percubaan merbahaya yang berjaya dilakukan membuatkan perlawanan agak sedikit bosan. Gol Sturridge terhasil dari hantaran lintang Enrique kedalam kotak penalti sebelum dummy dilakukan oleh Coutinho untuk bola terus ke kepada Sturridge. Dengan skill gelecek yang paling terbaik, Sturridge berjaya melepasi 4 orang pemain termasuk penjaga gol sebelum menyungkit masuk bola kedalam gawang. Selepas itu Liverpool terus mendominasi permainan, malangnya pertahanan kental Aston Villa membuatkan banyak serangan tersekat.


Separuh masa kedua, Aston Villa mengubah corak permainannya dari bertahan kepada menyerang. Hampir keseluruhan masa kedua ini pemain-pemain Aston Villa yang diketuai Benteke dan Agbonlahor membuat serangan bertali arus. Bagaimanapun kecekapan Mignolet berjaya menangkis percubaan demi percubaan ke arah gawang golnya. Melihat kerakusan pemain-pemain Aston Villa menyerang, BR terpaksa menukar tektikal dimana mula menggunakan strategi bertahan. Membuat dua pertukaran pemain, BR memasukkan pemain baru Liverpool Aly Cissokho dan Joe Allen bagi menggantikan Iago Aspas dan Coutinho untuk membantu barisan pertahanan. Nampaknya strategi ini berjaya untuk mempertahankan gol tunggal ini dari dicemari.


Penampilan Iago Aspas pada perlawanan ini agak tenggelam dan gagal untuk menjadikan beliau pemain tumpuan.  Begitu juga dengan Coutinho, corak permainannya berjaya dibaca oleh pemain-pemain Aston Villa. Penampilan sulong Aly Cissokho selama 22 minit pada perlawanan ini tidak banyak yang boleh diperkatakan. Bermain dibahagian sayap kiri bagi menggantikan posisi Coutinho, beliau masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri di liga Inggeris ini.


Apapun memperolehi 6 mata penuh dalam dua perlawanan yang dilalui ini sememangnya suatu perkembangan yang sihat. Harapannya Liverpool akan terus cemerlang dalam perlawanan seterusnya selepas ini. Perlawanan liga seterusnya ialah bertemu pasukan Manchester United di Anfield pada hari Ahad 1 September 2013 nanti. Walaubagaimanapun sebelum itu pada pagi Rabu 28/08/2013, Liverpool akan mengharungi pusingan ke-2 Piala Capital One (Carling Cup) menentang pasukan dari liga Championship Notts County FC. Semoga halangan-halangan ini dapat dilalui dengan kejayaan. YNWA.


LIVERPOOL - Mignolet, Enrique, Agger, Toure, Johnson, Lucas, Gerrard, Henderson, Aspas (Cissokho), Coutinho (Allen), Sturridge
Simpanan - Jones, Alberto, Cissokho, Allen, Borini, Sterling, Wisdom

ASTON VILLA - Guzan, Lowton (El Ahmadi), Vlaar, Okore, Luna, Bacuna, Westwood (Helenius), Agbonlahor, Delph, Benteke, Weimann (Tonev)
Simpanan - Steer, Clark, El Ahmadi, Helenius, Herd, Sylla, Tonev



aston villa vs liverpool 0-1 goal & highlights... by SpyJung




Piala Malaysia 2013 (Game 2) - Selangor 2-3 ATM


Jika nak komen mengenai perlawanan diantara pasukan Selangor dengan pasukan ATM malam tadi, memang berbakul-bakul rasanya nak komen dan caci maki. Tetapi sebagai peminat setia Red Giant dan pemerhati bebas bola sepak, maka semua itu sekadar simpan sahaja didalam hati. Cukuplah meluahkan mana yang patut dan sesuai untuk tatapan umum.

Bermain di gelanggang sendiri sepatutnya Selangor menggunakan kesempatan untuk meraih tiga mata penuh. Malangnya tiga mata yang dicari pun tak dapat, apakan lagi satu mata. Akhirnya telor juga hadiah yang dapat diatas kelalaian dan permainan lemah yang dipersembahkan. Dalam aksi-aksi semalam, tidak nampak pun tahap kecergasan pemain Selangor mencapai 100%. Bermain seperti dalam perlawanan amal membuatkan ATM menghukum permainan main-main kesebelasan utama Selangor.

Pemain-pemain ATM sememangnya layak untuk mendapat pujian. Menggunakan Marlon Alex James di bahagian serangan, mereka pantas membuat serangan untuk mengumpan kepada beliau bagi mencipta ruang kepada rakan lain. Tidak cukup dengan itu, pemain-pemain ATM juga pantas turun berkubu apabila diserang kembali. Walaupun cara ATM bertahan dengan membawa bas yakni berkampung sampai 9 pemain dalam kotak penalti hingga tiada ruang langsung untuk pasukan Selangor membuat percubaan, tetapi itulah antara strategi bolasepak apabila sudah mendahului pasukan lawan. Sebaliknya Selangor seperti hilang punca dengan permainan ATM ini.

Selangor lebih banyak mengamalkan permainan susah dengan pergerakan solo setiap pemain berbanding ATM yang menggunakan sistem mudah touch and move membuatkan bahagian pertahanan Selangor kucar kacir. Lihat sahaja gol kedua ATM yang dijaringkan oleh Fitri Omar tersebut. Gerakan satu dua diantara Fitri, Khairuddin Omar dan Marlon memudahkan kembali Fitri untuk menyudahkan peluang yang terhidang. Bukankah mudah dan lebih menyerlah jika Selangor mengamalkan corak seperti ini.

Selepas mengharungi dua perlawanan peringkat Kumpulan A ini, Selangor kini menduduki tangga tercorot kumpulan A dengan hanya mengutip 1 mata. Berbaki 4 perlawanan, mampukah Selangor bangkit untuk menempah tempat secara automatik ke suku akhir nanti. Jika Irfan dan anak-anak buahnya masih mengamalkan permainan sedemikian, maka MISI 33 tak perlulah untuk diangan-angankan lagi. Perubahan harus dilakukan. Ayuh Red Giant bangkitlah dari lamunan.




Preview : Game 2 Piala Malaysia 2013 - Selangor vs ATM

Written By saleehs gerrard on Friday, August 23, 2013 | 22:00


Malam esok pasukan Selangor akan kembali beraksi di Stadium Shah Alam bagi mengharungi perlawanan kedua Kumpulan A Piala Malaysia 2013. Kali ini pasukan Selangor akan menerima kunjungan The Gladiators atau lebih dikenali dengan ATM FC.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan untuk musim 2013 ini masih lagi berpihak kepada pasukan Selangor, Dua pertemuan dalam Liga Super Selangor tewas 2-0 kepada ATM di Stadium Paroi dan kembali memenangi dia Shah Alam dengan 2-1. Selain itu dalam pertemuan piala FA pula Selangor dipaksa berhempas pulas dengan keputusan 2-2 hingga ke masa tambahan sebelum memenangi perlawanan dengan penentuan sepakan penalti.

Selangor memulakan perlawanan pertama Piala Malaysia 2013 pada hari Selasa lalu dengan sedikit longlai apabila hanya sekadar mampu seri tanpa jaringan dengan pasukan Johor FA di Pasir Gudang. Sebaliknya ATM yang memulakan perlawanan tanpa ayam tambatannya Marlon Alex James tewas kepada Sime Darby dengan keputusan 3-4.

Pada perlawanan esok seharusnya pasukan Selangor bersedia dan lebih berhati-hati dengan sekembalinya Marlon Alex James dalam kesebelasan utama ATM dari penggantungan. Kegagalan untuk memenangi perlawanan ini akan membuatkan Selangor bakal tercicir mata berharga untuk menakluki kumpulan A. Diharapnya gandingan Amri dan Francis Forkey Doe mampu memecah kebuntuan dalam menghasilkan gol sementara barisan pertahanan pula mampu mengekang pergerakan lincah Marlon Alex James dari mencipta serangan yang mampu menghasilkan jaringan. Go, go, go Selangor. Misi 33 pasti boleh.

SELANGOR FA vs ATM FC
Venue - Stadium Shah Alam
Tarikh - Sabtu | 24/08/2013
Waktu : 08:45 malam
Siaran Langsung - Astro ARENA CH801
Live Streaming - LINK 1 


Preview : BPL 2013/2014 (G2) - Aston Villa vs Liverpool


Selepas memulakan perlawanan pembukaan minggu lalu dengan memperolehi tiga mata penuh, pada tengah malam esok kita sekali lagi mengharapkan Liverpool akan berjaya mengulanginya. Kenangan manis minggu lalu sudah boleh kita lupakan untuk sementara waktu untuk lebih fokus kepada perlawanan menentang pasukan Aston Villa nanti.

Bertandang ke Villa Park sedikit sebanyak akan memberi tekanan yang lebih kepada pasukan Liverpool. Selain bermain dihadapan penyokong lawan, peningkatan yang amat memberangsangkan telah ditunjukkan oleh pasukan Aston Villa di awal musim ini. Pasukan mereka telah pun melalui 2 perlawanan liga dimana telah memenangi perlawanan yang penuh dramatik terhadap Arsenal 3-1 sebelum tumpas kepada Chelsea 1-2 pada pagi khamis lalu. Pengurus Chelsea, Jose Mourinho menyatakan bahawa Chelsea sebenarnya bernasib baik menang ke atas Aston Villa dan beliau amat terkejut dengan mutu permainan yang ditunjukkan.

Rekod pertemuan musim lalu membuktikan bahawa Liverpool sebenarnya tidak boleh juga untuk mendabik dada dengan pasukan Aston Villa ini. Liverpool kena belasah 1-3 di Anfield tetapi berjaya juga membalasnya di Villa Park dengan keputusan 1-2. Boleh dikatakan seimbang tetapi kepada yang masih ingat pada kedua-dua perlawanan tersebut, Liverpool sememangnya berhempas pulas dan dipaksa bekerja keras sebelum diayam-ayamkan dan melaukkan Aston Villa.

Siapakah yang bakal diturunkan dalam kesebelasan utama esok oleh BR?. Mengikut semangat dan peningkatan semasa pemain, 90% BR akan mengekalkan kesebelasan utamanya seperti pada perlawanan menentang Stoke lalu. Berkemungkinan sedikit perubahan bakal berlaku dimana posisi Sayap kanan akan menggunakan Jordan Ibe. Selain itu Borini yang beraksi cemerlang dalam perlawanan liga bawah 21 tahun, mungkin juga akan diturunkan sebagai pemain gantian. Untuk melihat aksi pertama Aly Cissokho pada perlawanan esok, rasanya BR masih tidak akan menurunkan beliau, sebaliknya perlawanan Capital One Cup menentang Notts County Rabu nantilah baru dapat kita lihat kelibatnya diatas padang.

Christian Benteke adalah salah seorang pemain yang harus dikawal ketat oleh pemain-pemain Liverpool. 3 gol telah berjaya dihasilkan olehnya dalam 2 perlawanan membuktikan beliau amat merbahaya,. Liverpool tidak boleh hanya mengharapkan Mignolet sentiasa menjadi hero penyelamat. Sebaliknya barisan pertahanan yang diketuai Agger dan Toure mampu mengawal segenap serangan yang dilancarkan. penyerang dan tengah harapnya mampu menyudahkan setiap peluang yang terhidang. Apa guna kalau menyerang bertubi-tubi, tetapi penyudahnya tiada. Mohon Aspas score.... YNWA

ASTON VILLA vs LIVERPOOL
Tarikh : Ahad | 25 Ogos 2013
Waktu : 12:30 pagi (tengah malam minggu)
Venue : Villa Park
Channel : Astro CH 810/831 HD
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3




Penjelasan Ustaz Zaharuddin - Saya dan Poligami

Written By saleehs gerrard on Thursday, August 22, 2013 | 22:30



Mesti Baca Hingga Habis Sebelum Komen.

Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda -

قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل
Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya.....(Sahih Muslim)


Justeru,

  1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.
  2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakan mengikut neraca, prosedur dan tatacara hukum Shariah.
  3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka (suami, isteri sedia ada dan yang baru). Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
  4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertanya cara kenal, umur, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan pula menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa. 
  5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya. 

Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah :

  • Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.
  • Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua kami yang terlibat. 
  • Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.
  • Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.
  • Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.
  • Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.
  • Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.
  • Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.
  • Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.
  • Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi 
  • Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan. 
  • Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu. 

‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.

Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR baginda Nabi dan isteri-isterinya.

Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual.

Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.

Tiadalah bertambah mulia atau cela dengan poligami dan monogami. Pokoknya adalah bagaimana kamu menjalankannya.

Berhentilah dari hasrat ingin menghubungi isteri-isteri saya bagi menyampaikan rasa TIDAK PUAS HATI kalian atau cuba menyampaikan sangsi, 'racun amarah masing-masing' dan keraguan kalian. Tiada faedahnya dan perhatikanlah diri dan keluargamu, saya pula pasti bertanggungjawab atas keluarga saya. Insha Allah.

Bagi yang bujang, tidak perlu resah..tidak habis wanita solehah di luar sana..rezekimu akan sampai pada waktunya asalkan kamu bersedia dan soleh juga.

PADAMLAH gambar-gambar yang DISEBARKAN dan disensasikan TANPA izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.

Akhir sekali, TIADA PERLU cemburu, dengki atau hasad dengan kami kerana BAHAGIA kalian BUKAN terletak pada URUSAN kami ATAU kucar kacirnya kami tetapi pada hati dan diri kalian sendiri. Janganlah mencari bahagia dengan PERKARA DOSA.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
6 Syawwal 1434

Sumber - Harakah Daily


# Walaupun seandainya SG mampu, tidak akan sesekali SG untuk berpoligami. Satu sudah memadai. Nampak mudah, tapi tanggungjawabnya? Harap-harapnya begitulah. Semoga Allah menetapkan SG hanya untuk isteri sekarang hingga ke akhir hayat. Amin...

Aly Cissokho pemain kelima tiba di Anfield


Dalam mengejar masa sebelum tertutupnya jendela perpindahan yang tidak sampai dua minggu lagi, Liverpool akhirnya berjaya juga menambah seorang lagi pemain baru menjadikanya lima orang setakat ini. Pemain kulit hitam yang bermain bersama Valencia telah lama diburu oleh BR telah berjaya menjalani pemeriksaan perubatan dan seterusnya menandatangani kontrak secara pinjaman untuk jangka masa panjang.

Kehadiran Aly Cissokho memberi kelegaan kepada BR setelah gagal untuk memiliki pemain Anzhi Makhachkala’s Willian. Tibanya Cissokho yang bermain diposisi pertahanan kiri akan memberi tentangan kepada Jose Enrique untuk merebut kesebelasan utama pada posisi tersebut.


Dalam temuramahnya bersama web Liverpool FC, Cissokho memberitahu bahawa beliau amat gembira berada di sini. Selain mempunyai sebuah pasukan yang hebat dan peminat yang besar beliau berharap kehadirannya disini mampu untuk mencapai perkara-perkara besar bersama kelab.

Cissokho yang juga bermain untuk pasukan kebangsaan Perancis, telah menyertai Valencia pada Ogos 2012 dari pasukan Lyon. Berumur 25 tahun dan dilahirkan di Blois, Perancis. Diharapkan kehadiran beliau mampu untuk memantapkan lagi barisan pertahanan Liverpool untuk musim ini.


Kumpulan A Piala Malaysia 2013 - Johor 0-0 Selangor

Written By saleehs gerrard on Wednesday, August 21, 2013 | 04:28


Selangor memulakan kempen Piala Malaysia musim 2013 ini dengan langkah berhati-hati apabila sekadar mampu seri untuk mengutip 1 mata sahaja. Bertandang ke Stadium Pasir Gudang untuk bertemu pasukan Johor FA, kedua-dua pasukan buntu untuk mencipta sebarang gol sehingga tamat perlawanan.

Mungkin dengan perasaan berhari raya yang masih belum habis lagi, Selangor sepatutnya mampu meraih kemenangan pada perlawanan ini, malangnya seperti biasa peluang yang terhidang hanya dibiarkan begitu sahaja.

Apapun harapnya permainan seperti ini tidak akan berulang kembali pada perlawanan kedua bertemu ATM di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu nanti. 3 mata berharga wajib diperolehi untuk menjamin misi 33 akan tercapai.




BPL 13/14 (1) - Liverpool 1-0 Stoke City

Written By saleehs gerrard on Monday, August 19, 2013 | 04:07


Perlawanan Sulong Liverpool untuk musim baru 2013/2014 ini sememangnya cukup mendebarkan dan amat dramatik kepada sesiapa sahaja yang menyaksikan perlawanan ini. Walaupun berjaya memenangi perlawanan dengan menewaskan pasukan Stoke City 1-0, tetapi Liverpool sebenarnya hampir-hampir terkena stroke akibat kesilapan dan gagal menyempurnakan peluang oleh pemain sendiri.

Penyakit lama berulang kembali untuk menjadi badi dalam menjaringkan banyak gol. Peluang hadir bertubi-tubi, tetapi palang, tiang dan kecekapan penjaga gol Stoke sudah cukup membuatkan kita menghempas balang kuih raya yang kita kunyah sambil menonton. Kalau tak kuat semangat, mahu juga kita kena stroke pada malam itu.

Sturridge mencipta nama sebagai penjaring hasil rembatan jarak jauhnya yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Stoke. Hanya gol itu sahaja mampu dihasilkan dan selebihnya gagal disempurnakan. Diminit-minit akhir perlawanan pula, kita hampir-hampir frust menunggeng akibat tindakan Agger yang menampan bola menggunakan tangan di dalam petak penalti. Tetapi kehebatan Mignolet menepis bola dan kebangangan Walters menyepak sepakan penalti tersebut membuatkan kita manarik nafas panjang kelegaan. Mignolet menjadi hero Liverpool pada perlawanan itu setelah berjaya menangkis sepakan penalti Walters dan sepakan susulan Jones. Kalau tidak memang masuk angin keluar asap.

Apapun tiga mata yang amat berharga berjaya diperolehi pada perlawanan pertama ini. Harapannya kegagalan menyempurnakan peluan-peluang keemasan yang terrhidang adalah sebagai buang buruk dipermulaan musim. Lepas ini pastinya Liverpool akan lebih menganas untuk bertemu Aston Villa di Villa Park pada hari Sabtu nanti.

Liverpool : Mignolet, Enrique, Agger, Toure, Johnson, Gerrard, Lucas, Henderson, Aspas (Raheem Sterling), Coutinho, Sturridge.

Stoke City : Begovic, Pieters, Huth, Whelan (Charlie Adam), Palacios, N’Zonzi, Shawcross, Walters, Cameron, Crouch (Kenwyne Jones), Etherington (Jermaine Pennant)


Liverpool VS Stoke City Goals 17.8.2013 by CoPeNEgyUp

Preview : BPL (01) 2013/2014 - Liverpool vs Stoke City

Written By saleehs gerrard on Friday, August 16, 2013 | 03:09


Hari Sabtu 17/08/2013 nanti bermula musim baru 2013/2014 Premier League. Liverpool secara rasminya akan memulakan perlawanan pertama ini menentang pasukan The Potters ataupun lebih dikenali dengan Stoke City di gelanggang keramat Anfield.

Rekod pertemuan musim lalu sememangnya nampak lebih menyebelahi pasukan Stoke ini. Pasukan Liverpool gagal untuk menyaingi The Potters dimana sekadar mampu seri 0-0 di Anfield dan tewas 3-1 di Britannia Stadium. 

Kelibat dua orang bekas pemain Liverpool Crouch dan Charlie Adam sudah pastinya akan membayangi kebangkitan Liverpool. Cuma bezanya skuad Stoke musim dahulunya dikendalikan oleh Tony Pulis manakala pada musim baru ini telah diambil alih oleh Mark Hughes. Dari segi kebolehan Hughes, kita sedikit senyum dengan lebih banyak kegagalan dari kemenangan yang dibawa dalam mana-mana pasukan yang dibimbingnya.

Diharapnya perlawanan pembukaan bagi pasukan Liverpool merangkap perlawanan sulong BPL dalam keseluruhan jadual semua pasukan terlibat mampu memberi senyuman kepada kita semua. Kemenangan sudah pasti kita harapkan untuk membuat asas awal dalam menuju perjuangan meraih tampuk utama liga musim baru ini.

LIVERPOOL vs STOKE CITY
Venue : Stadium Anfield
Tarikh ; Sabtu | 17/08/2013
Waktu : 07:45 malam
Channel : ASTRO CH810/831

Live Streaming = LINK 1 | LINK 2 | LINK 3


Kedudukan liga Pra-Musim 2013/2014

Written By saleehs gerrard on Thursday, August 15, 2013 | 01:00


Selepas mengharungi 7 perlawanan Pra-Musim (persahabatan) untuk musim panas 2013/2014 ini, Liverpool telah menduduki tangga ke-3 dalam carta liga analisis untuk semua kelab Premier League. Ia adalah sesuatu yang amat membanggakan bagi kita dimana ia menunjukkan Liverpool telah benar-benar bersedia untuk mengharungi cabaran dimusim baru ini.

Dari 7 perlawanan persahabatan tersebut, Liverpool telah memenangi 6 perlawanan berturut-turut sebelum tewas pada perlawanan terakhir di tangan pasukan Celtic FC. Telah mencipta 17 jaringan dan bolos 2 gol, peminat pasti tersenyum gembira dengan persediaan rapi yang telah diterapkan oleh BR didalam skuad Liverpool.

Selain itu 3 pasukan lain yang nampak turut sama mencipta rekod terbaik dalam Pra-Musim masing-masing ialah, West Ham, Swansea serta Chelsea. Swansea lebih bertenaga apabila memenangi kesemua perlawanan persahabatan mereka dan telah mencipta 28 gol serta bolos 1 gol. Apapun carta liga ini bukanlah ukuran kemampuan sebenar kerana prestasi dah ujian sebenar bakal berlaku selepas bermulanya EPL pada hari Sabtu nanti.

* Untuk melihat keputusan penuh perlawanan Pra-Musim Liverpool, sila KLIK SINI


Stewart Downing sah milik West Ham

Written By saleehs gerrard on Wednesday, August 14, 2013 | 02:00


Rasa sedih juga bila mendapat berita mengenai perpindahan pemain sayap Liverpool, Stewart Downing ke West Ham telah menjadi kenyataan. Mungkin sebahagian besar peminat Liverpool juga terkejut dan sedikit kecewa dengan perpindahan ini.

Sebelum berlangsungnya perlawanan persahabatan terakhir menentang Celtic tempoh hari, memang sudah kedengaran khabar-khabar angin menyatakan bahawa persetujuan untuk menjual Downing telah tercapai. Tetapi apabila melihat Downing diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan tersebut, kita menyangka perpindahan tersebut sekadar gosip liar sahaja. Rupanya ia benar-benar terjadi selepas kembalinya skuad Liverpool ke Anfield.

Sebenarnya pada awal tahun ini (perpindahan January) nama Downing sudah pun menjadi sebutan untuk dijual oleh Branden Rodgers (BR), tetapi peluang kedua yang diberi selepas menunjukkan peningkatan prestasinya membuatkan BR mengekalkannya. Malangnya prestasi yang tidak menentu serta tidak menepati cara permainan dan kehendak BR, maka tamatlah riwayat Downing di Anfield.

Apapun selamat maju jaya diucapkan kepada Downing yang telah mengikut jejak Andy Carroll ke West Ham. Segala jasa dan pengorbanan beliau selama bersama Liverpool akan sentiasa dikenang oleh peminat The Reds.


Club Friendly 2013/2014 - Celtic FC 1-0 Liverpool

Written By saleehs gerrard on Sunday, August 11, 2013 | 03:09


Akhirnya rekod bersih enam perlawanan dengan kemenangan lebur di aksi terakhir siri perlawanan pemanas badan sebentar tadi. Celtic FC yang bermain digelanggang sendiri menggunakan kesempatan sebaik mungkin untuk merentap kegembiraan Liverpool sebelum bermulanya liga Premier minggu hadapan.


Juara Scottish Premier League ini tidak mengambil masa yang lama untuk mendahului Liverpool. Hanya selepas 12 minit perlawanan bermula, Amido Balde menghukum kealpaan pertahanan Liverpool untuk menjaringkan gol pendahuluan. Gol berpunca dari tindakan Downing yang ingin merampas bola, tetapi malangnya bola tersebut menuju ke kawasan sendiri dan kesempatan itu digunakan oleh Amido Balde untuk mengelecek Wisdom dan melepaskan rembatan deras. Walaupun bola tersebut berjaya ditangkis oleh Mignolet, tetapi ia tetap melantun ke dalam gawang Liverpool. Tiada Agger di barisan pertahanan nampak sedikit kegoyahan berlaku.


Sebenarnya pada perlawanan ini, Liverpool memperolehi banyak peluang untuk menjaringkan gol. Bukan sahaja Aspas, malah Coutinho, Downing, Sturridge Henderson, Gerrard gagal menyempurnakan peluang yang terhidang di depan mata. Seperti penyakit lama menguasai perlawanan tapi tiada penyudah kembali terpalit pada perlawanan ini. Apatah lagi gol tandukan hasil dari jaringan Kolo Toure pula dibatalkan akibat beliau berada didalam kedudukan offside.


Setiap kejadian ada hikmahnya. Harapnya kekalahan ini menjadi suatu pengajaran dan pembelajaran berguna kepada pemain-pemain Liverpool menjelang sepak mula menentang Stoke City pada hari Sabtu nanti. Secara keseluruhannya kita tetap berpuas hati dengan kombinasi dan strategi Rodgers untuk kesemua siri jelajah perlawanan pemanas badan ini. Dengan mencetak 17 gol serta bolos 2 gol, ia membuktikan bahawa Liverpool telah bersedia untuk mengharungi musim baru 2013/2014 ini. YNWA..

LIVERPOOL : Mignolet, Enrique, Wisdom, Toure, Johnson, Lucas, Gerrard, Allen (Jordan Henderson), Downing (Jordon Ibe), Aspas (Daniel Sturridge), Coutinho

CELTIC : Zaluska (Fraser Forster); Matthews, Lustig (Daniel Fisher), Mouyokolo, Izaguirre (Stuart Findlay); McGeouch, Kayal (Paul George), Irvine, Stokes; Balde (Bahrudin Atajic), Watt (Liam Henderson)


p/s : Orang yang paling gembira Liverpool kalah ialah Suarez. Mungkin dalam hatinya berkata "itulah balasan tinggalkan aku berlatih seorang diri kat Anfield". HaHaHaHaHa.......


Tuah Amri Yahya - Malaysia Xl 1-3 FC Barcelona

Written By saleehs gerrard on Saturday, August 10, 2013 | 23:23


Perlawanan yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba jua. Lawatan ke Malaysia dan perlawanan persahabatan dengan pasukan Barcelona sudah pastinya akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh K. Rajagobal serta skuad kebangsaan bimbingannya.

Pada saat akhir sebelum menjelangnya perlawanan, sedikit kekeliruan telah berlaku, dimana stadium Nasional Bukit Jalil yang sepatutnya menjadi gelanggang perlawanan terpaksa ditukar ke Stadium Shah Alam. Ia berikutan permintaan dari pasukan Barcelona yang mennyatakan kualiti padang yang kurang baik di Stadium Nasional.

Nak menharapkan menang, memang seperti bermimpi disiang hari. Tetapi dapat mengurangkan bolos sudah memadai. Itulah yang berlaku pada perlawanan tadi. Kalah 1-3 kepada Barcelona sedikit memberi kelegaan kepada K. Rajagobal memandangkan dua perlawanan persahabatan yang ditemui oleh Barcelona sebelum ini, mereka menang besar dengan jumlah melebihi 7 gol.

Pergeseran kecil berlaku diantara Fabregas dan Wan zack

Separuh masa pertama, nampak pasukan kebangsaan memberi saingan hebat keatas pasukan Barcelona. Walaupun sekali sekala membuat serangan balas, tetapi rembatan Wak Am (Amri Yahya) tidak mengecewakan peminat Malaysia apabila berjaya menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan 1-1 selepas Fabregas membuat gol pendahuluan. Bukan itu sahaja malah Mat Yo juga hampir-hampir menjaringkan gol. Malangnya bola tepisan Valdes meleret mengenai tiang gol. Dalam kegairahan memberi saingan, Neymar berjaya juga menjaringkan gol untuk mendahului 2-1.

Separuh masa kedua, Skuad Malaysia seperti sudah mula lesu. Pasukan Barcelona mula menguasai sepenuh permainan. Akhirnya Gerard Pique berjaya manambah gol ke-3. Selepas itu walaupun asakan pemain Barcelona bertali arus, kehebatan Farizal Marlias berjaya mengawal gawangnya daripada dibocori.

Tamat perlawanan, penonton mula boo pengurus pasukan Barcelona. Ini kerana beliau tidak menurunkan pemain idola ramai Leonel Messi pada perlawanan ini yang dikatakan tercedera semasa menjalani latihan di Stadium Bukit Jalil. Apapun diharapkan pengalaman ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya oleh skuad kebangsaan untuk mengharungi perlawanan akan datang.



Dari Leonel Messi Untuk anda....


Hahahahahahahahahahaha.....


Aku dan Aidilfitri 2013 (1434H)


Selepas berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, kini Aidilfitri muncul kembali. Sungguh pantas masa berlalu. Rasanya baru je seminggu berpuasa tiba-tiba dah hari raya. Tapi elok jugakan hari raya ni cepat. Kalau tidak asyik nak shopping je. Persiapan macam rasa tak cukup je memanjang. Dipendekkan cerita selagi tak raya, selagi tu ler duit mengalir keluar macam air. aduhaiiii.

SG sekeluarga serba merah Liverpool

Hari raya tahun ni adalah raya pertama bagi anak bujang SG "Hadif Ihtisyam". Anak bujang yang baru berumur 10 bulan ini pasti belum mengerti apa itu hari raya, tapi bagi SG sekeluarga kelahiran bujang yang seorang ni sememangnya hadiah istimewa dari Allah dalam menyambut Syawal yang mulia ini. Walaupun adakalanya letih melayan kerenahnya, tapi disebaliknya kegembiraan terpancar diatas kurniaan Allah yang tidak terhingga ini.

Diam-diam ini tahun kedua SG beraya tanpa bayangan ibu kandung. Mungkin kurang sedikit terasa berbanding tahun lalu tetapi bila dalam sibuk-sibuk membuat persiapan terkenang juga kelibat ibunda disisi. Seperti biasa menganyam ketupat ni memang part SG le setiap tahun. Walaupun adakalanya isteri menolong, tapi SG tak galakkan pun dia menolong. Banyak lagi bahagian isteri yang belum siap. Jadi bahagi-bahagilah tugas tu. Bila malam-malam buta menganyam ketupat seorang diri ni, memang terang-terang teringatkan arwah emak membantu menganyam sama. Memang dulu sewaktu arwahnya ada, memang dialah sahabat SG berborak sambil tangan ligat mengerjakan daun kelapa tu. So bila seorang diri buat kerja memang rasa sedih sangat hati ni.

Hanya 4 keluarga sahaja dapat bersama dihari raya pertama. Lagi 4 keluarga tersangkut dirumah mertua masing2

Last day puasa tu, SG rasa masa betul-betul mencemburui SG sekeluarga. Dari lepas bersahur, sampailah tengah malam raya, langsung tiada rehat. Macam-macam benda nak kena buat. Padahal rasanya tu semua memang perkara yang sama dibuat setiap tahun. Selalunya pukul 10 malam, SG dah siap prepair semua. Dah boleh melepak-lepak dengan kawan-kawan kat luar. Tapi kali ni memang tak cukup masa. Walaupun dapat juga bantuan adik beradik yang dah mula berkampung dirumah, penat tu jangan cakap ler. Hanya tuhan sahaja yang tahu.

SG dan HADIF

Bab tragedi kali ni pun ada gak yang tak sedap mata memandang. Rebus ketupat hampir 70% reject. ketupat kebanyakkannya dah jadi "incredible hulk". terisi lebih muatan atau sebab guna beras lain dari yang biasa gunakan, SG pun tak tahu. Ayah SG pun diam je sebab dia pun ikut join gak isi beras dalam sarung tu. Mungkin beras siam ni kembang 10 kali ganda dari biasa kot. itu yang menyebabkan nasi dah tak bersarung ketupat. Kalau bernama ketupat pun rasa dah macam batu je. keras tak seperti biasa.


Isteri dan Hadif

Tragedi lain pula, memang kebiasaanya hari terakhir puasa selepas memasak juadah raya ni, SG akan hantar juadah dan berbuka puasa dirumah bapa mertua di Jenjarum. Bukan jauh manapun, lebih kurang 15-20 minit je. Bapa mertua tahun ni memang keuzurannya sudah tahap maksimum. Selepas jatuh dibilik air sebelum puasa dulu, sampai sekarang terbaring je. Makan minum mandi dan segalanya di lakukan oleh anak-anaknya yang duduk berhampiran. Malam raya tu keadaannya memang nampak kritikal. Badannya dah mula sejuk membuatkan kami berpakat menyuruh abang ipar SG menghantarnya ke Klinik di Teluk Panglima Garang. SG kena balik rumah kembali sebab tugas kat rumah pun tak siap-siap. Rupanya doktor mengarahkan supaya dibawa ke HTAR Klang. Kata doktor jantung dan usus bapa mertua ni dah bengkak. jadi sebelum terjadi perkara yang tak baik, cepat-cepat pergi ke HTAR. Sebelum subuh bapa mertua dibenarkan balik selepas keputusan darah diperolehi. Tapi dari segi percakapan doktor nampak seperti ayat-ayat penyedap rasa. Maka abang-abang ipar SG pun membawa baliklah kerumah. Jadi bila dirumah maka seluruh anak beranak memang terbantutlah untuk berhari raya. kena jaga bapa mertua sambil melayan tetamu yang datang.

Sara (anak SG no.2) dan adiknya

Bagi SG nasib baiklah hari raya pertama kami dah beraya beberapa buah rumah saudara mara sebelah SG. Jadi semangat anak-anak SG nak pakai baju baru tu terlaksana jugalah walaupun beberapa helai lagi belum boleh untuk dipakai lagi. Bila dah turn balik rumah bapa mertua maka memang nak beraya tu memang tak dapatlah. Isteri 100% komitmen untuk ayahnya. Sayu je SG tengok wajah anak-anak SG. Sabar je ler, rayakan sebulan. Banyak lagi hari boleh bergaya dengan baju-baju tu. Ni baru hari raya kedua setakat SG menulis artikel ni. Ikut plan sampai hari raya keempat SG di rumah mertua. Lagipun malam hari raya kedua SG dah kena kerja. Jadi kalau tak beraya tu, boleh ler merehatkan mata disiang hari. Harapannya semoga bapa mertua SG sempat sembuh. Walaupun untuk sembuh tu hanya 20%, tapi tuhan itu maha berkuasa. Segalanya akan berlaku dengan keizinannya.

Comelkan Hadif

Ohh yer masih belum terlambat lagikan untuk SG mengucapkan selamat Hari raya Aidilfitri untuk semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Ampun maaf dipinta dari hujung rambut hingga kehujung kaki. Halalkan makan minum, yang terkutuk serta segala-galanya yang telah mengguriskan hati anda sekelian. Semoga kalian bergembira dihari lebaran ini. Syukur diatas rahmatnya... Jumpa lagi dilain ruangan.


Undian : Capital One Cup (Round 2) 2013/2014


Semalam telah berlangsung undian bagi kejohanan piala Capital One yang dulu dikenali dengan Carling Cup bagi pusingan ke-2. Dalam undian kali ini Liverpool telah pun diundi bertemu dengan pasukan dari kelab Division satu Notts Country FC. Perlawanan akan dilangsungkan di Anfield.

Mengikut laman rasmi LiverpoolFC.com, tarikh perlawanan telah ditetapkan iaitu pada hari Selasa 27/08/2013 @ 19:45pm waktu tempatan. Ini bermakna waktu malaysia pula ialah pada hari Rabu 28/08/2013 @  02:45 pagi.

Berikut adalah keputusan undian pusingan ke-2 Capital One Cup bagi keseluruhan pasukan yang layak bertanding.


  1. Carlisle United v Leicester City
  2. Doncaster Rovers v Leeds United
  3. Nottingham Forest v Millwall
  4. Sunderland v Milton Keynes Dons
  5. West Bromwich Albion v Newport County
  6. Bristol City v Crystal Palace
  7. Peterborough United v Reading
  8. Barnsley v Southampton
  9. Burton Albion v Fulham
  10. Burnley v Preston North End
  11. Liverpool v Notts County
  12. Norwich City v Bury
  13. Leyton Orient v Hull City
  14. Everton v Stevenage
  15. Stoke City v Walsall
  16. Huddersfield Town v Charlton Athletic
  17. Aston Villa v Rotherham United
  18. Tranmere Rovers v Bolton Wanderers
  19. Morecambe v Newcastle United
  20. Queens Park Rangers v Swindon Town
  21. Derby County v Brentford
  22. Watford v AFC Bournemouth
  23. Yeovil Town v Birmingham City
  24. Accrington Stanley v Cardiff City
  25. West Ham United v Cheltenham Town
p/s - Sila lihat jadual dan keputusan penuh perlawanan Capital One Cup bagi musim 2013/2014 DI SINI

Jadual dan Keputusan Capital One Cup Liverpool musim 2013/2014


Berikut adalah jadual serta keputusan perlawanan bolasepak bagi Capital One Cup (dulu dikenali Carling Cup) yang membabitkan pasukan Liverpool FC bagi musim 2013/2014. Semoga ia akan memberi manfaat kepada peminat LFC sebagai panduan serta sumber rujukan untuk analisis pada waktu akan datang, kami tidak akan menghampakan peminat-peminat setia yang sentiasa bersama kami. Kami akan update keputusan dari masa ke semasa.

CAPITAL ONE CUP 2013-2014
GAME
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
2nd-round 28/08/2013 02:45
Home
4 - 2
3rd-round 26/09/2013 02:45
Away
1 - 0


** Tarikh dan waktu yang tertera di dalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +8:00)


Preview Club Friendly 2013/2014 - Celtic FC vs Liverpool


Malam nanti akan berlangsung perlawanan terakhir bagi siri perlawanan pemanas badan bagi musim 2013/2014 ini. Kali ini Liverpool yang telah mengadakan lawatan ke negara Scotland akan menjadikan pasukan Celtic FC sebagai pasukan untuk menguji kemampuan dan strategi Rodgers buat kali terakhir sebelum bermulanya kejohanan sebenar minggu hadapan.

Rekod Liverpool yang memenangi keenam-enam perlawanan persahabatan lalu menguatkan lagi azam untuk The Red memenangi perlawanan ini nanti. Walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan, skuad Liverpool seharusnya mempamerkan permainan seperti aksi dalam kejohanan sebenar.

Keserasian Iago Aspas dengan strategi Rodgers tidak perlu lagi dipertikaikan. 4 gol yang telah berjaya dihasilkan membuatkan beliau antara mesin pencetak gol yang amat dikehendaki oleh Liverpool. Luis Alberto pula sudah mula menampakkan peningkatan. Selepas berjaya menjaringkan gol pada perlawanan menentang Valerenga lalu, kita mengharapkan beliau dapat meneruskan prestasi cemerlangnya pada perlawanan ini.

Dari keseluruhan pemain yang bakal diturunkan, Rodgers pastinya akan mencuba beberapa gandingan pemain serta tektikal terakhir bagi memastikan persediaan pasukan benar-benar mantap. Dengan memiliki banyak pemain yang mampu memberi impak besar kepada pasukan, memang kita akui, musim baru ini Rodgers benar-benar bersedia untuk menakluki empat tangga teratas liga. Semoga harapan dan impian kita tercapai hendaknya.

CELTIC FC vs LIVERPOOL
Sabtu - 10/08/2013 - 23:55pm
Channel - ASTRO 816|834


Jay Spearing sah ke Bolton Wanderers

Written By saleehs gerrard on Friday, August 9, 2013 | 20:00


Liverpool secara rasminya telah menjual pemain tengahnya Jay Spearing ke Bolton dengan anggaran bayaran £1.75 juta. Spearing yang berumur 24 tahun telah menandatangani kontrak selama empat tahun dengan kelab yang bermain di liga Championship ini selepas lulus pemeriksaan perubatan pada hari Khamis semalam.

Pada musim 2012/2013 Spearing sebenarnya telah pun dipinjamkan ke kelab Bolton ini, dimana beliau telah pun memenangi anugerah pemain terbaik dalam anugerah tahunan Bolton. Menyingkap kerjaya Spearing, selepas lulus dari akademi kelab Liverpool dan diserap secara tetap di bawah Kenny Dalglish, beliau telah pun berjaya membuat 55 penampilan bersama Liverpool. Walau bagaimanapun, beliau tidak muncul dalam perlawanan liga di bawah Brendan Rodgers dan dianggap lebihan kepada keperluan.

Semoga Jay Spearing berjaya bersama pasukan Bolton Wanderers.
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger