Headlines News :
.

Statistik Liverpool suku pertama EPL musim 2013/14

Written By Unknown on Thursday, October 31, 2013 | 03:22


Selepas mengharungi sembilan perlawanan liga Premier bagi musim 2013/14 ini, nampaknya bunga-bunga zaman kegemilangan pasukan Liverpool FC sudah nampak mula berputik. Walaupun sembilan perlawanan liga bukanlah ukuran sebenar kemampuan pasukan kita untuk musim ini, tetapi permulaan yang memberangsangkan membuatkan kita mampu tersenyum dengan kedudukan Liverpool ditangga ke-3 pada ketika ini.

Jika dibandingkan dengan prestasi suku pertama musim 2012/13 lalu, sememangnya amat jauh berbeza sekali. Jika musim lalu, Liverpool bermula dengan keadaan terumbang ambing, kini ia nampak lebih stabil dan berkeyakinan. Gabungan pemain-pemain lama dan baru cepat serasi dengan tektikal dan formasi yang diterapkan oleh Branden Rodgers. Kebanjiran pemain-pemain pertahanan dalam kem Liverpool membuatkan BR lebih banyak resepi untuk digunakan dalam perancangannya.

Pada awalnya mungkin ramai yang mempertikaikan formasi 3-5-2 yang di praktikkan oleh BR. Nampak seperti bahagian pertahanan sedikit goyah apabila kena serang hendap. Tetapi tahukah anda sebenarnya pertahanan kita ini masih berwibawa untuk menghalang musuh untuk menjaringkan gol secara berhadapan. Tetapi apabila dalam keadaan bola mati seperti sepakan percuma atau tendangan sudut, pemain seperti hilang fokus untuk mengawal pemain-pemain musuh yang datang berkampung untuk menjaringkan gol. Bolos lapan gol ketika ini seharusnya diperbaiki. Hanya tiga perlawanan sahaja pasukan musuh tidak mampu untuk menembusi gawang Liverpool selebihnya cukup bermurah hati untuk memberi saguhati.

Bahagian tengah sememangnya gandingan Lucas dan Gerrard tidak boleh dipertikaikan lagi. Walaupun adakalanya kelihatan mereka seperti hilang tumpuan untuk mencipta serangan, sekurang-kurangnya mereka mampu untuk membantu bahagian pertahanan dalam waktu yang diperlukan. Memang diakui kecederaan yang melanda Coutinho sedikit sebanyak membantutkan kecemerlangan Livepool, tetapi tanggungjawab yang diberikan kepada Moses dan Henderson juga tidaklah boleh diperkecilkan. Mereka jugalah sebenarnya watak-watak yang banyak membantu untuk membawa Liverpool terus berada dikelompok atas liga.


17 gol yang terhasil telah membuktikan Liverpool mempunyai pemain-pemain yang boleh dilabelkan sebagai mesin gol. 14 gol dari 17 itu adalah dijaringkan oleh dua gandingan penyerang Liverpool. Sturridge dengan lapan gol telah menjadikan beliau top score EPL ketika ini sementara Suarez yang baru melalui 4 perlawanan liga telah menyumbangkan 6 gol. Jadi pada pandangan anda, adakah mampu gandingan dua pemain ini menjadi gandingan yang digeruni pada musim ini? Kalau mereka berjaya, juara liga pasti dalam genggaman.

Disiplin di padang sebenarnya agak sedikit mengecewakan. Walaupun masih belum lagi ada pemain yang dilayangkan kad merah, tetapi mengumpul 15 kad kuning sedikit sebanyak menjejaskan prestasi. Penyumbang utama kad kuning ini adalah Lucas dengan 4 kad dan diikuti Iago Aspas dengan 3 kad.

Secara keseluruhan masih ada banyak lagi yang perlu dikemaskinikan oleh BR untuk membawa Liverpool terus berada dalam kelompok terbaik liga. Harus diingat dalam sembilan perlawanan lalu Liverpool hanya bertemu pasukan Manchester United sahaja yang dikategorikan pasukan top. Ini bermakna cabaran sebenar Liverpool adalah pada suku kedua selepas ini dimana pasukan Arsenal, Everton, Tottenham, Manchester City dan Chelsea sedia menunggu. Jika Liverpool mampu mengharungi cabaran-cabaran besar ini, tidak mustahil mimpi disiang hari boleh dibawa bersambung disebelah malamnya pula.


STATISTIK KESELURUHAN

Defence
> Goals Conceded - 8
> Clean Sheets       - 3
> Shots Faced        - 43
> Tackles Won       - 150
> Tackles Lost        - 51
> Tackles Won (%) - 74.6%
> Duels Won           - 527
> Duels lost              - 524
> Duels won (%)      - 50.1%

Attack
> Goals Scored                                          - 17
> Shots On Target                                      - 54
> Shots Off Target                                      - 56
> Shot Accuracy (excluding blocked shots) - 49.1%
> Conversion Rate (%)                               - 15.5%
> Assists                                                     - 11

Distribution
> Successful Passes      - 3,722
> Unsuccessful Passes   - 722
> Pass accuracy            - 83.8%
> Successful crosses      - 22
> Unsuccessful Crosses - 108
> Cross accuracy          - 16.9%
> Successful dribbles     - 116
> Unsuccessful dribbles - 109
> Dribbles success        - 51.6%

Discipline
> Fouls Won         - 84
> Fouls Conceded - 96
> Yellow Cards     - 15
> Red Cards          - 0

Goal
> Daniel Sturridge - 8
> Luis Suarez       - 6
> Steven Gerrard - 2
> Victor Moses    - 1

Yellow Card
> Lucas Leiva         - 4
> Iago Aspas          - 3
> Kolo Toure          - 2
> Glen Johnson        -1
> Steven Gerrard     - 1
> Jordan Henderson -1
> Raheem Sterling    - 1
> Daniel Sturridge    - 1
> Andre Wisdom     - 1




Jelajah Cambodia (Day 3) - Siem Reap dan Angkor Wat

Written By Unknown on Monday, October 28, 2013 | 11:25

Sila baca artikel dibawah ini juga ya..

SEBELUM
INTRO : Persiapan ala-ala backpackers ke Cambodia
PART 1 : Jelajah Cambodia (Day 1) - Bandaraya Phnom Penh
PART 2 : Jelajah Cambodia (Day 2) - Phnom Penh ke Siem Reap

SAMBUNGAN
PART 4 : Jelajah Cambodia (Day 4) - Phnom Penh, Killing Fieds dan Central Market
PART 5 : Jelajah Cambodia (Day 5) - Hari terakhir
PART 6 : Jelajah Cambodia - Analisis dan kesimpulan

AHAD : 06 OKTOBER 2013
Seperti biasa jam 6.00 pagi SG dah bangun tidur. Berjanji dengan En Shukri, pemandu tuk-tuk seawal jam 7.00 pagi perlu ditepati. Selepas dah siap memperkemaskan diri serta barang-barang, SG pun turun ke lobby untuk check out. Bukannya tak boleh nak check out tengahari nanti, tetapi malas dah nak berpatah-patah balik dan berharap dapat memanfaatkan masa yang ada di Siem Reap ini dengan sebaik yang mungkin. Breakfirst? Ingat mula-mula nak try juga breakfirst kat Rithy Rine Angkor Hotel ni, tetapi bila tengok En. Shukri dah pun sedia menunggu, niat untuk minum kopi dan mengalas perut dengan roti atau apa-apa yang difikirkan halal terpaksa juga dibatalkan. Baik minum pagi nanti bersama-sama shukri.

Matahari pagi menyinar cukup indah dan sungguh mendamaikan. Walaupun cuaca cerah dan tidak hujan, kedinginan tetap terasa. Mungkin hutan simpan yang masih melambak disini membuatkan udara sungguh nyaman dan kedinginan seperti berada dalam hutan. Itulah pentingnya mengekalkan bumi hijau berbanding bumi batu bata yang lebih banyak mengeluarkan haba serta pelbagai udara tidak sihat. Sayangilah bumi anda.

Destinasi wajib SG pagi ini ialah membeli topup internet. Bukan susah pun nak cari kedai-kedai menjual topup disini. Memang bersepah ada dikedai-kedai kecil ditepi jalan. Harga tetap juga sama USD2 tanpa ada cas2 lain macam kat Malaysia ni. Macam yang SG bagi tahu dulu, internet teramatlah penting bagi SG dalam membantu penjelajahan di negara asing ini. Kalau tiada internet tu, bukanlah nak kata tak boleh hidup, tetapi sekurang2nya ada sesuatu perkara juga yang memerlukan akses internet ni. So bila ada kemudahan, wajiblah digunakan sebaik mungkin.

Selepas itu memulakan perjalanan untuk perkara wajib diawal pagi ni. Mencari tiket bas atau van untuk kembali semula ke Phnom Penh hari ini. Kalau anda baca kisah penjelajahan SG ini dari awal, pasti anda akan terbaca pasal perayaan "Pchum Ben" ni kan. Jadi tak perlulah SG nak ulang-ulang lagi nak ulas pasal perayaan ni. Cuma apa yang berkaitan dengan perayaaan ini ialah, bila semua orang dah balik kampung untuk merayakannya pada Jumaat lalu, maka hari ini orang dah berebut-rebut pula untuk pulang kembali ke bandaraya Phnom Penh. Jadi memanglah seksa nak mencari tiket bas dan juga van. Semuanya penuh dan kalau ada pun hanya sekadar untuk satu kerusi sedangkan SG berdua. Habislah, macam terpaksa bermalam lagi je kat Siem Reap ni. Huhuhuh. Untuk menenangkan jiwa memikirkan tindakan selanjutnya kawan SG mencadangkan agar kita minum dulu.....


Inilah Restaurat Muslim Family Kitchen di Kampung Stoung Thmey

Santapan pagi ini En. Shukri telah membawa kami sekali lagi ke perkampungan islam di Kampung Stoung Thmey. Restauran tumpuan kali ini ialah restauran Muslim Family Kitchen. Menu breakfirst semua berat-berat. Ingat ada ler roti canai ke lempeng. hehehehe. Tapi untuk travel ni memang elok pun pagi-pagi terus makan yang berat-berat. Manalah tau tengahari nanti terlajak atau tak sempat makan ke, bila pagi dah sumbat yag berat sekurang-kurangnya boleh ler cover untuk tengahari sekalikan. Disini SG memesan nasi goreng berdaging lembu je. Harga sepinggan untuk Nasi goreng daging lembu ni ialah USD3. pehhhh... Jangan di convert, nanti kebulur tak makan. hehehe.

Tengok menu saja tau, jangan tengok harganya. huhuhu

Dah selesai mengalas perut dengan makanan yang sungguh melazatkan dan mengenyangkan ini, misi mencari tiket bas kembali bersambung. Kalau nak diikutkan hati SG nak saja cari bas perjalanan tengah malam dan akan sampai ke Phnom Penh awal pagi esoknya. Boleh jimat kos hotel. Tapi macam biasalah dengan kawan SG ni, macam-macam alasan dia mengelak nak tidur kat hotel juga dan dia dah booking pun hotel di Phnom Penh. Maka terpaksa juga mencari bas ke Phnom Penh yang berlepas petang ini juga. Penat juga driver tuk-tuk kami ni pusing-pusing bertanya di kebanyakan travel agen. Akhirnya dapat juga memakbulkan niat dihati. Walaupun bas dari Syarikat Phnom Penh Sorya Dekchunhoun yang bukan full express ni bukanlah menjadi kesukaan kawan SG, suka atau tidak kena juga naik. Kalau tak tidur lagi semalam kat Siem Reap ni. Tiket bas ni separuh lebih murah dari bas express Mekong Transport yang SG naik semalam ke sini. Hanya USD7 sahaja dan dalam kepala otak ni dah terfikir macam manalah rupanya bas ni dan nak menghadap 7 jam perjalanan bahkan mau lebih lagi. Redo sajalah.

Tiket bas Syarikat Sorya Transport (USD7)

Dah dapat tiket kami bergegas pula ke tempat impian untuk dijejaki. Apa lagi kalau bukan tempat yang diiktiraf diantara keajaiban dunia disini kalau bukan Angkor Wat. Perjalanan dari pusat bandar Siem Reap hanyalah memakan masa selama lebih kurang 15 minit sahaja. 15 minit ni perjalanan nak ke tempat membeli tiket je tau. Nak ke bangunan Angkor Wat ni kena tambah lagi 10 minit ok. Jadi SG pun membelilah tiket untuk sehari berharga USD20. Untuk pengetahuan disini ada 3 jenis tiket yang berlainan harga mengikut pakej hari lawatan. Untuk pakej lawatan sehari seperti yang SG ambil ni ialah USD20. Untuk pakej lawatan selama 3 hari pula ialah USD40 dan untuk pakej selama seminggu pula ialah USD60 (pakej bertapa kot ni). Disini SG cuma nak pergi 3 tempat saja iaitu Angkor Wat, Prasat Bayon dan juga Ta Phrom.


Kaunter tiket

Semasa sedang membuat pembayaran tiket ni, SG disuruh untuk memandang kearah kamera. Dengan memperkemaskan rambut dengan ala kadar, tanpa ada cahaya flash dah siap pun mereka snapshot muka SG ni. Hasilnya gambar muka SG ni terpampang dalam tiket masuk Angkor Wat ni. Pehhhh, memang terbaiklah. Kira inilah souvenirs yang amat berharga dari Angkor Wat ni. Sebenarya tujuan meletakkan gambar kita dalam tiket ini adalah diantara security mereka bagi mengelakkan tiket dari di duplicated oleh lanun-lanun cetak rompak. Tapikan kalau tengok kedaan keseluruhan kawasan Angkor Wat ni, kalau cekap dan penipu nak masuk tak payah guna tiket pun boleh. Tapi SG tak menggalakkan ok. Nanti andainya tertangkap jangan kata SG pula yang ajar. Kalau nak tau caranya, korang yang pertama kali datang kena jugalah beli tiket ni. Untuk kali kedua dan seterusnya pasti korang tau nak buat macamanakan. hehehhehe.

Muka yang nampak serabai. hahahha

Peta laluan kawasan Angkor Wat dan lain-lain temple

Selesai beli tiket SG kembali menaiki tuk-tuk. Jauh beb nak masuk ke dalam. Takkan sanggupnya korang nak berjalan kaki. First entrance SG diminta untuk menunjukkan tiket. Mereka tengok saja pun, bukan ada sign ke chop. Lepas itu barulah pengembaraan Angkor bermula. Angin diluar sungguh kuat rasanya seperti ditepi pantai pula. Padahal hanya ada tasik berbentuk empat segi yang mengellilingi Angkor Wat ni je. Walaupun ia tasik buatan, tapi lebarnya lebih 200 meter jugalah rasanya.




Disini memang ramai sangatlah orang yang datang melawat. Majoritinya adalah pelancong dari Jepun, Korea dan China. Dah temple Budhakan, sendiri mau ingatlah. Kalau Masjid ke, dah tentulah ramai orang-orang Islam. Dari jauh dah terbentang wajah-wajah sebenar Angkor Wat. Pelancong terpaksa berjalan kaki dari tempat parking kenderaan ni ke dalam Angkor Wat. Jambatan yang merentangi tasik buatan ini penuh dengan aksi-aksi snapshot oleh setiap pelancong. Ada juga warga tempatan yang menawarkan diri untuk mengambil gambar kita. Tak tau pula berapa bayarannya. Memang terasa dah jauhnya jambatan nak masuk ni. Ditambah-tambah dengan cuaca panas yang membuatkan belum pun masuk dalam bangunan Angkor Wat, badan dah berpeluh-peluh.





Rupa-rupanya blok yang mula-mula ni hanyalah pintu gerbang sahaja. SG terpaksa berjalan lagi sama jarak macam tadi. Aduhaiiiii. Inilah kalau dah lama sangat tak bersenam. Cepat benarlah rasa penatnya. Kawan SG dah nampak bayang-bayang pancitnya. Alang-alang dah sampaikan, takkanlah nak patah balik pula. Memang mangkuk tahap gaban betullah kalau buat perangai macam tu. hahahaha. Bila dah memasuki dalam bangunan Angkor Wat ni bahang kepanasan makin terasa. Langsung tiada terasa angin melainkan dikawasan yang terbuka. Tangan-tangan SG ni mulalah menggatal memegang dinding untuk merasai kehalusan seni ukiran zaman kuno ni. Memang cukup berseni. Maka mulalah terfikir kemahiran orang zaman dulu-dulu. Tanpa alatan yang canggih mereka mampu membina bangunan batu yang utuh lagi berseni ini. Tapi siapa tahu zaman dulu juga canggih seperti sekarang ni. Masakan boleh ada penemuan-penemuan arkeologi yang membuktikan bahawa zaman dahulu juga maju.




SG nak cerita lebih-lebih pasal Angkor Wat ni pun malas nak taip banyak-banyak. Apatah lagi mengenai sejarah pembentukan, kemusnahan serta penemuan semula bangunan ini. Korang boleh sahaja tanya kat pakcik google. Melambak artikel berkenaan Angkor Wat ni. Setakat sedikit sebanyak pengetahuan berada dalam bangunan ni pun rasanya dah memadai untuk dikongsikan. Lagipun tak lama mana SG dalam Angkor Wat ni. Rasanya lebih kurang dua jam saja kot. Almaklumlah bukan tempat agama kita. Kalau tempat kita tu, boleh jugalah nak solat sunat ke, beriktikaf ke. Barulah sambil-sambil berziarah tu ada berkatnya dalam menginsafi diri inikan. Kalau ikut SG memanglah nak pusing habis dalam bangunan ni, tapi kawan SG dah pancit tahap gaban dan ajak keluar. Maka beransurlah kami.




Sambil- berjalan nak keluar tu, SG terserempaklah dengan group student-student dari Malaysia. Bila SG tegur bukan main lagi dia orag nak speaking. Mak aii, baru sekejap kat bumi asing dah lupa bahasa ibunda sendiri. Kan dah didapatnya kena perli dengan SG. Hahaha.. Mereka ni dari kolej Tunku Kurshiah Seremban. Seramai lebih kurang 40 orang termasuk guru membuat lawatan dalam kempen anti peperangan kot. Untung korang, baru tingkatan 4 dah boleh melancong keluar negara. Zaman SG dulu memang bermimpi sajalah. huhhuhu.

Inilah dia awek-awek dari Kolej Tunku Kurshiah
Perjalanan seterusnya adalah ke Prasat Bayon (Bayon temple). Di temple ni memang banyaklah ukiran-ukiran patung gambar manusia. Jangan terkejut kalau patung-patung ni bannyak dah hilang kepalanya kena pancung. Mengikut maklumat yag SG perolehi, sewaktu zaman pemerintahan Pol Pot, beliau telah pun mengarahkan tenteranya untuk memenggal kepala patung ni kerana disyaki terdapat ketulan emas didalamnya. Tapi yang memuskilkan lagi SG ni, dengan menggunakan apalah askar ni penggal ye. Nampak kemas saja cara pancungan ini. Di Bayon Temple ini juga memang jelas dilihat rutuhan bangunan dimerata kawasan. Inilah hasil peperangan yang mereka lalui.




Patung yang dah kena pancung kepalanya




Yang terakhir tempat yang mesti dilawati ialah Ta Phrom. Sampai disini mulalah terbayang si cantik manis Angelina Jolie. Apa kena mengenaya dengan Angelina Jolie dengan Ta Phrom ni ye. Bagi korang yang pernah tengok filem lakonan Angelina Jolie yang bertajuk "Lara Croft Tomb Raider" tu, sebenanrnya disinilah lokasi pengambaran filem terbabit. So teringinlah nak jadi Angelina Jolie sekejap disini. hehehhe.





Dah penat berjalan, singgah sebentar pekena air kelapa muda. Besar-besar dan bukan main berat lagi air kelapa muda kat sini. Kena sebiji dah kenyang pula. Awek-awek Khmer yang menjual air kelapa ni tau beberapa bahasa seperti Korea, Jepun, Inggeris dan Khmer. Malangnya tak tahu pula nak cakap melayu walaupun mereka tahu negara Malaysia.

Pekena air kelapa

Jam sudah menunjukkan pukul 12:30 tegahari. Perut sudah kelaparan kembali. Jadi kami meninggalkan kompleks Angkor Wat ni dengan bermacam-macam pengetahuan dan kesimpulan. Perang yang membuatkan kemusnahan disamping kemarau panjang yang menjadikan penduduk dahulunya berpindah dari sini untuk membiarkan kejaiban ini sepi berabad-abad lamanya. Jika dilihat, kawasan Angkor Wat ini adalah kawasan lembah yang tidak mungkin sukar untuk mendapatkan air. Tetapi mungkin hukum Allah apabila Dia mahu memusnahkannya, perkara yang tidak mungkin pun tetap akan berlaku. Wallahuaklam.

Sebelum pergi ke restauran untuk makan tenghari SG sempat juga singgah di CIMB bank untuk mengeluarkan duit. Memandangkan kocek dah semakin nipis, kena jugalah stanby awal. Di Siem Reap ini terdapat dua mesin ATM. Satu di bangunan milik CIMB bank itu sendiri, dan satu lagi di sebuah pasaraya mini. Seperti yang SG bagitahu sebelum ni, pengeluaran di CIMB ni tiada pun charge RM10 setiap transaksi (sama bankkan). Yang paling menariknya pengeluaran adalah mengikut nilai currency semasa. Semasa SG cucuk tu USD300 = RM958.20 berbanding masa SG tukar kat Malaysia dulu USD300 = RM984. Beza hampir RM26 tu.

CIMB Bank Siem Reap


Untuk makan tengahari kali ini kami tetap juga dibawa ke perkampungan Islam. Tapi kali ini kami mencuba pula di Cambodian Muslim Restaurant. Kat restauran inilah baru SG terasa nak mencuba menu Kemboja yang diberi nama " Daging lembu naik bukit". Memang tip-top meletop betul rasanya. Memang puas hati dan sesuai dengan harganya USD7 untuk semangkuk. Kalau makan seorang, rasanya SG memang tak habis. Nasib baik driver tuk-tuk ni pun join makan sekali. Boleh juga dia tolong perabiskan makanan yang ada. Habis makan sempat lagi SG nak tinjau-tinjau kawasan sekitar perkampungan islam ni. Almaklumlah semalam, dah malam baru sampai dan hujan pula tu. So tak sempatlah nak meninjau-ninjau. Kali ini sempat jugalah SG beramah mesra dengan penduduk kampung. Memang majoritinya mereka tahu bercakap bahasa Melayu. Jadi tiada bermasalahlah hendak bersembang-sembang. Tapi tidak lama pun dapat berborak-borak dengan mereka kerana pukul 1:30 tengahari SG mesti ada di travel agen untuk mereka pickup ke stesen bas.



Sampai di syarikat travel agen kami diberitahu yang kami dah terlambat. Mereka dah datang untuk pickup sekitar pukul 1.00 tengahari lagi.  Ni kes SG salah dengar ke, dia orang silap info. Mereka mengarahkan tuk-tuk untuk menghantar kami. Ingatkan ke stesen bas, tetapi ke syarikat travel agen yang lain. Main tinggal macam tu je pulak tu. Dia kata bas akan ambil disini. Bila tanya kat tempat travel agen ni, dia kata bas yang kami naik ni tak akan pickup kat sini. Dia suruh pergi ke stesen bas juga. Bas nak bertolak pukul 2.00 petang dan sekarang dah pun pukul 2.00 petang. Habislah, kena tinggal baslah nampaknya ni. Pekerja travel agen tu suruh kami pergi segera dengan mengatakan pihak bas sedang menunggu kami.  Cepat-cepat ambil tuk-tuk dan terus pergi. Dalam perjalanan hujan turun. Dahlah lambat, driver tuk-tuk pun nak pakai baju hujan, tutup canvas kat tempat kami. Dugaan sungguh. Yang paling menyayat hati juga SG nampak kemalangan ngeri depan mata kami. Motorsikal bertembung motorsikal yang lain. Bukan main memancut darah keluar dari muka mangsa. YaAllah, janganlah driver ni berhenti. Tak sanggup SG nak tengok darah ni weii. Walaupun hujan lebat, akhirnya kami sampai juga ke stesen bas dan bas tersebut pun masih ada. Kerja giler betullah.

Bas ni kami tunjuk tiket dan terus naik. Beg tak perlu pun nak masuk kat bawah bas. Nak sumbat kat ruangan letak beg diatas, tak muat. Maka letak sahajalah dibawah. Nasib baik kaki ni masih boleh mencelah-celah lagi. Dahlah dapat tempat duduk kedua dari belakang. Harap janganlah Aircond buat hal. Bas bertolak sekitar jam 2.30 petang. Memang dasar bas berhenti-henti betul ler. Di kebanyakan pekan, bas akan berhenti untuk menurunkan penumpang serta mengambil penumpang. Cuma yang baiknya mereka taklah sumbat jadi macam sardin tetapi sekadar memenuhi ruang kerusi yang ada sahaja.


Dalam perjalanan, hujan masih lebat membasahi bumi. Nak tengok pemandangan, sama juga macam waktu pergi semalam. Tapi nampak lebih mengerikan pula kali ini. SG terpandanglah ada sebuah bas parking lain macam pula dibahu jalan. Rupanya bas tersebut kemalangan dan bahagian depannya remuk serta ditutupi dengan canvas. YaAllah, selamatkanlah perjalananku ini. Bas ni dua kali berhenti rehat. So dua-dua kali ni SG gunakan untuk buang air dan hisap rokok. Nak makan memang tak lalu. hehehe. Bila hari sudah gelap, sekali lagi insiden mengerikan berlaku. Walaupun bas sudah perlahan, tetapi roda bas berdentum dengan kuat melanggar lopak di jalanraya. Walaupun tayar tak meletop tetapi skru dilantai tu boleh tercabut dan ada beg-beg penumpang lain yang diletakkan dibahagian atas tercampak jatuh. Bila di beritahu pada pembantu driver, dia boleh buat selamba sahaja. Mohon jangan terpotong dua bas ni dahlah.

Kami sampai di Phnom Penh sekitar jam 10.30 malam menjadikan 8 jam waktu perjalanan. Sebenarnya walaupun bas ni bas berhenti-henti tapi nampak lebih selesa berbanding bas express yang SG naik semalam. SG diturunkan diperhentian bas berhampiran Central Market. Dengan bayaran USD5, tuk-tuk menghantar kami ke hotel Lanscape. Alhamdulillah cabaran hari ketiga ini berjaya juga kami laksanakan. Untuk aktiviti seterusnya kita bersambung lagi ye.

# Perkhidmatan tuk-tuk dan travel agen Muslim di Siem Reap

Tuk-tuk
- Sukri -  +855 (0) 92465147
- Abdullah -  +855 (0) 15786239

Travel Agen
- Yunus -  +855 (0) 92418028



BPL 2013/14 (Game 9) - Liverpool 4-1 West Bromwich

Written By Unknown on Sunday, October 27, 2013 | 11:01


Liverpool tidak berhadapan banyak masalah apabila berjaya membenam cabaran pasukan West Bromwich Albion (WBA) dengan keputusan 4-1. Bermain di hadapan penyokong sendiri, Suarez menjadi wira pasukan Liverpool apabila telah berjaya menjaringkan hatrick serta satu gol lagi melalui jaringan Sturridge.

Suarez tidak mengambil masa yang lama untuk membawa Liverpool mendahului apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit ke 12 lagi. Kawalan bola yang kemas telah memberikan Suarez ruang untuk membuat percubaan menewaskan penjaga gol WBA Myhill. 5 minit berselang, Suarez sekali lagi membuktikan bahawa bukan kakinya sahaja tahu menjaringkan gol, malah kepalanya juga amat berbisa. Hantaran Cissokho berjaya ditanduk kemas Suarez tanpa langsung dapat ditepis oleh Myhill. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan Liverpool 2-0 WBA.

Diawal separuh masa kedua, Liverpool terus memburu gol tambahan lagi. Gol ke-3 Liverpool hadir juga pada minit ke-55 apabila sepakan percuma yang diambil oleh Gerrard berjaya ditanduk oleh Suarez. Selepas gol tersebut tiba-tiba sahaja Liverpool memperlahankan permainan dan lebih banyak memberi ruang kepada pemain WBA untuk menguasai perlawanan. Kesilapan Lucas yang membuat terjahan keatas Billy Jones didalam kotak penalti telah memberikan WBA sepakan penalti. Dalam insiden ini, pengadil membuat keputusan untuk meneruskan permainan tetapi pembantu pengadil telah mengangkat bendera untuk memberikan sepakan penalti. James Morrison berjaya menyempurnakan penalti tersebut.


Sturridge pada perlawanan ini agak sedikit hambar. Beberapa peluang yang hadir kepadanya gagal disempurnakan. Mungkin juga tertekan akbiat jaringan hatrick Suarez, Sturridge banyak membuat percubaan sendiri dari jarak jauh. Tapi usahanya itu berbaloi apabila beliau yang melihat kedudukan penjaga gol WBA yang agak kehadapan, berjaya melambungkan bola kearah gawang gol untuk menjadikan keputusan 4-1 kekal hingga tamat perlawanan. Sepatutya Liverpool mampu memperolehi lebih dari 4 gol pada perlawanan ini. Malangnya 2 percubaan dari Suarez dan Sturridge mengenai palang gol disaat penjaga gol WBA sudah pun tertewas.

Kehadiran semula Lucas dalam kesebelasan utama, banyak membantu untuk mengerakkan barisan tengah pasukan. Walaupun ura-ura Coutinho sudah boleh bermain, tetapi Branden Rodgers masih belum bersedia untuk menurunkan beliau. Mungkin juga bagi memastikan Coutinho benar-benar 100% cergas untuk digunakan pada perlawanan akan datang. Diharapnya tiada kecederaan besar yang melanda Glen Johnson pada perlawanan ini memandangkan beliau sedikit terhincut-hincut sebelum dikeluarkan oleh dan digantikan dengan Martin Kelly.


Cabaran getir selepas ini sudah pastinya bertemu pasukan Arsenal yang masih berada dipuncak liga ketika ini. Bermain di stadium Emirate sudah pastinya menjadi cabaran besar untuk Liverpool menamatkan keegoan Arsenal yang berada pada tahap terbaik diawal musim ini. Harapannya Liverpool mampu untuk menewaskan Arsenal untuk memintas kedudukan pendahulu liga pada perlawanan tengah malam minggu nanti. YNWA.

LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Toure, Sakho, Skrtel, Johnson (Martin Kelly), Lucas, Gerrard (Joe Allen), Henderson, Sturridge, Suarez (Luis Alberto).

WEST BROMWICH ALBION : Myhill, Jones, McAuley, Olsson, Ridgewell; Yacob (Chris Brunt), Mulumbu; Amalfitano (James Morrison), Anelka (Shane Long), Sessegnon; Anichebe


Liverpool vs West Bromwich Albion 4:1 All Goals by Oleeh-1


Jelajah Cambodia (Day 2) - Phnom Penh ke Siem Reap

Written By Unknown on Monday, October 21, 2013 | 06:37

Sila baca artikel dibawah ini juga ya..

SEBELUM
INTRO : Persiapan ala-ala backpackers ke Cambodia
PART 1 : Jelajah Cambodia (Day 1) - Bandaraya Phnom Penh

SAMBUNGAN
PART 3 : Jelajah Cambodia (Day 3) - Siem Reap dan Angkor Wat
PART 4 : Jelajah Cambodia (Day 4) - Phnom Penh, Killing Fieds dan Central Market
PART 5 : Jelajah Cambodia (Day 5) - Hari terakhir
PART 6 : Jelajah Cambodia - Analisis dan kesimpulan

Bas express ke Siem Reap yang SG naik

SABTU : 05 OKTOBER 2013
Hari kedua berada di Bandaraya Phnom Penh SG terjaga dari tidur jam 7:00 pagi. Alamak, dah terlewat. Van untuk ke perhentian bas akan pickup kami pukul 7:30 pagi. Menggelupur SG bangun nak bersiap. Tiba-tiba terfikir pula, yang SG pergi tengok jam tangan apa ke halnya. Kan jam tangan ikut waktu Malaysia. Jam di HP ler waktu tempatan yang betul. Baru pukul 6:00 pagi rupanya tapi matahari dah terpacak menyinari alam. Nak sambung tidur semula pun dah tak berselera akibat terkejut beruk tadi. Maka alang-alang dah bangun, terus sajalah membersihkan diri.

Selepas mandi, SG pun masaklah air, bancuh cofee 3 in 1 dan juga masak meggi cup. Nak kata dah darurat, tapi masih boleh terkawal lagi. Cuma dah makan meggi ni disebabkan nak breakfirst kat hotel ni, memang terang-terangan tak halalnya. Nak pergi ke restoran Muslim agak jauh juga dari hotel. Memandangkan van kepunyaan syarikat bas yang akan SG naiki ke Siem Reap ni akan pickup SG ke perhentian bas, maka tak payahlah nak fikir-fikir sarapan kat mana-mana lagi. Belasah saja meggi untuk pagi ni. (Sekurangnya dah jimat untuk pagi ni USD3-USD5. Hehehe) Sudah siap semua bersiap dan mengemas barang, SG dan kawan pun turun ke Lobby untuk check out sambil menunggu dijemput ke perhentian bas.

Pewitttt.. Siap ada stewardess tu.

Untuk pengetahuan, di Cambodia ni segala urusan perjalanan amatlah mudah. Maksud mudah bagi SG ni ialah kalau kita nak tempah tiket bas, pergi sahaja dimana-mana travel agen yang bersepah-sepah dibandar. Kemudian dah dapat tiket mereka akan tanya kita nak diambil di hotel ke atau pergi sendiri ke perhentian bas. So kalau rasa nak membuang duit lagi untuk servis tuk-tuk bolehlah gatal mulut cakap nak pergi sendiri ke perhentian bas. Kalau nak jimat suruh sahaja mereka pickup di hotel kita menginap. Free je. Tak payah dah nak pening-pening kepala fikir benda-benda yang remeh temeh. Janji bila dia suruh tunggu kat lobby pukul berapa, kenalah kita berada awal dari sebelum itu lagi. Kalau tak, bye-bye.....

Jam 7:45 van kepunyaan syarikat Mekong Express ni pun menjemput SG dan terus dibawa kami ke perhentian bas kepunyaan mereka. Rasanya ada jugalah 3-4 kilometer dari hotel ke perhentian bas ni. Sampai je kami diminta untuk menunjukkan tiket masing-masing. Kemudian mereka letakkan tag mengikut no. kerusi sebelum meletakkan beg-beg di bawah bas. Dah settle segalanya maka SG pun naiklah bas. So nak kata bas ni canggih sangat, tidaklah juga. Biasa-biasa saja. Hanya gah pada nama "express", free wifi, ada toilet dan pelayan wanita. Kerusi sakit badan juga duduk lama-lama. Maka perjalanan pun bermula tepat jam 08:30 pagi. Dahlah dah berzaman betul tak naik bas, nak menghadapi lagi perjalanan 6 jam sejauh lebih 320km lagi tu. Harap SG tak mabuk ler yer..

Beginilah keadaannya bas yang kononnya Express ni 

Selepas bas bergerak, pelayan wanita merangkap pemandu pelancong akan memberi sedikit taklimat. Dimulakan dengan bahasa Khmer dan kemudiannya dengan bahasa Inggeris. Masalahnya SG dengar bunyi Inggeris dia pun lebih kurang cakap Khmer je. Layankan sajalah. Tak lama kemudian setiap penumpang dibekalkan sebungkus biskut dan sebotol air mineral untuk dibelasah dalam perjalanan (Kalau tak bagi pun tak mengapa, SG dah stanbykan makanan ringan dalam beg). Untuk keluar dari kawasan bandaraya Phnom Penh ni bas hanya mampu bergerak perlahan sahaja. Dengan kesibukkan jalan raya oleh tuk-tuk serta motorsikal membuatkan pemandu kena lebih berhati-hati.

Biskut dan air mineral yang diberi secara percuma

Ketika menyusuri penghujung bandaraya Phnom Penh ini, bas mula melalui perkampungan islam. Kalau tak silap di batu 9 mengikut apa yang diperkatakan oleh pemandu tuk-tuk semalam. Hanya dikawasan batu 7,8 dan 9 ni sahaja yang dihuni kelompok besar masyarakat muslim Melayu Champa di Phnom Penh ini. Dihati SG terasa sayu melihat corak kehidupan mereka. Dari segi rumah memang kebanyakkannya terlalu daif sehinggakan mengikut kata pemandu tuk-tuk ada yang duduk didalam perahu disekitar Sungai Mekong ini. Ternampak juga ada satu rumah sedang membuat majlis bacaan doa selamat yang mungkin ada ahli keluarganya hendak pergi menunaikan haji. Dalam hati kecil SG, InsyaAllah jika ada masa yang terluang sebelum balik ke Kuala Lumpur nanti akan cuba juga SG singgah disini untuk beramah mesra dengan penduduk walaupun hanya sebentar.

Salah satu masjid yang sempat SG snapshot

Bas terus meninggalkan perkampungan Islam ini. Wajah-wajah kehidupan di Sungai Tonle Sap -Mekong ini terus menghiasi sepanjang perjalanan. Hampir kebanyakkan rumah-rumah dinegara ini tiangnya tinggi-tinggi belaka. Ini disebabkan setiap tahun apabila tibanya musim tengkujuh sekitar kawasan dinegara ini akan ditenggelami air yakni banjir. Selain musim panas (kemarau) dan tengkujuh, musim dingin juga melanda negara ini. Pada kebiasaannya musim panas akan bermula pada pertengahan Januari sehinggalah bulan Mei dan musim tengkujuh pula bermula pada bulan Jun sehingga Oktober serta musim dingin pula berlaku dari bulan November hingga ke Januari. Waktu yang sesuai untuk melawat negara Kemboja ini ialah pada musim panas. Tetapi disebabkan SG ni main belasah jer, maka SG terpaksalah menempuhi musim tengkujuh yang paling paling dasyat iaitu dibulan Oktober.

Apa yang dijual dengan makcik ni pun SG tak tau

Antara kawasan sawah padi yang masih selamat

Sebenarnya maklumat-maklumat mengenai cuaca ni bukanlah SG nak ambil port sangat. Ingat musim disana tu lebih kurang macam kat Malaysia sajalah. Tapi persoalan-persoalan mula timbul bila hampir sepanjang jalan lebih banyak pemandangan air dari daratan. Mula-mula terfikir, besar juga Sungai Mekong serta tasik Tonle Sap ni. Sampaikan seperti bas berjalan dikawasan pulau kecil sahaja (berjalan atas ban). Bila ingat-ingat kembali, tak mungkinlah dah melalui Tasik Tonle Sap seawal perjalanan lagi. Pernah mengkaji kat google map taklah sampai macam ni keluasan tasiknya. Bila SG amati kedudukan tiang elektriknya memang sah, ini bukan tasik tapi banjir yang dah memenuhi keseluruhan kawasan sawah padi. Lebih yakin lagi bila tengok pondok di bendang yang hanya nampak atap sahaja. Habis sawah padi. Menurut kata kawan SG yang biasa kesini, tinggi dari jalan raya Highway No. 5 (ban) ni ke sawah padi adalah sekitar 20 kaki. Bagaimanalah kesengsaraan petani-petani disini ye.

Cuba teka ini sungai ke, tasik atau sawah padi?


Masih ada lagi ke orang yang tinggal kat rumah ni?

Highway kat sini memang siksa untuk digambarkan. Tiba-tiba SG terfikir biarlah aku membayar harga tol yang mahal asalkan jalan raya selamat dan cantik keadaannya. Bagi yang belum pernah kesini, janganlah bila dengar Highway No. 5 ke, No. 6 ni selesa macam kat Malaysia. SG anggarkan sepanjang lebih 50km jalan raya kat sini rosak teruk. Lopak-lopak memang besar-besar dan bersepah-sepah. Rasanya kalau motorsikal atau kereta baru-baru yang lalu, pasti menangis jiwa dan raga. Bila langgar lopak, bas pun mulalah terhoyong hayang. Walaupun dah habis perlahan pemandu ni bawa, masih terasa gegarnya. Patutlah 6 jam paling cepat bas boleh sampai ke destinasi. Suka atau tidak, perjalanan mesti diteruskan.

Oleh kerana pemandangan sekelilingnya lebih kepada air, maka mata ni pun makin lama makin layu. Baru 2 jam dalam bas, tapi dah bosan. Nama saja ada wifi percuma, dah masuk password pun tetap tiada network. Cuma yang baiknya sepanjang perjalanan line 3G tetap ada. Kalau nak layan internet tu memang tiada masalah, cuma SG ni nak jimatkan bateri takut kong sebelum sampai destinasi. Ada toilet pun tak boleh guna sebab rosak. Kalau boleh guna pun takkannya SG nak guna. Manalah taukan, ,tengah sedap-sedap melepaskan hajat, bas pula langgar lopak. Maunya air dalam mangkuk tu terkeluar menyembur. adoiiiiii memang mimpi ngeri jadinya nanti. Nk layan tv pun asyik dibukanya karaoke lagu-lagu Khmer saja. Maka kena 3,4 keping biskut dan terus membuta seperti dalam buaian. Tengah sedap-sedap tidur terasa pula semakin lama aircond dah tak sejuk. Malas nak bising-bising SG tetap gagahkan untuk sambung tidur kembali. Kawan SG yang awalnya duduk kat sebelah dah lari kemana tah.

Kampungku sudah berjaya, pembangunan sekeliling

Sedar-sedar bas dah mula memasuki kekawasan restoran untuk berhenti makan tengahari. Tempat persinggahan kali ini ialah pekan Kampong Thom di negeri Kampong Thom Province. Ketika ini jam dah pun menunjukkan hampir pukul 1:00 tengahari. Dah empat setengah jam mengharungi perjalanan penuh adventure ini. Perut memanglah lapar tapi nak makan kat restauran ni, ampunlah banyak-banyak. Memang tak halalnya. Maklumlah ternampak pula ayam gantung. Nak lepak dalam bas sahaja, driver pula matikan enjin. Kena jugalah turun. So sambil-sambil melayan hisapan rokok tu SG merayau sebentar disekitar pekan Kampong Thom ni. Ajak kawan dia tak nak ikut maka layanlah seorang diri membuat tinjauan. Sempat jugalah beli tabung Mr. Potato. Tak lama pun memantau, 10 minit terus kembali ke bas. Nanti merayau lama-lama kena tinggal pula SG dengan bas. Lagi haru.


Kalau ikut waktu memang dah tak jauh lagi perjalanan ni. Satu jam lagi akan sampailah kot. Tapi tunggu punya tunggu waktu sudah melepasi enam jam perjalanan. Mungkin lagi setengah jam lagi sampailah kot. Ketika ini hujan lebat sudah mula membasahi bumi. Jadi perjalanan bas pun slow and steady. Akhirnya pukul 3:45 petang barulah sampai ke perhentian bas ini menjadikan jumlah perjalanan selama 7 jam 15 minit. Huhuhuh. Sikit punya jauhlah perhentian bas ni ke bandar. Bukan main ceruk betul. Disini dah ramai pemandu tuk-tuk menanti. Berebut-berebut mereka ingin menawarkan perkhidmatan. SG servey-servey juga kot-kot ada yang muslim. Malangnya hampa belaka kerana semuanya bukan muslim. Akhirnya belasah sajalah tuk-tuk dan suruh menghantar kami ke My Hibiscus Hotel and Resort. USD4 yang bakal dikenakan kepada kami. Hotel My Hibiscus ni adalah milik orang Malaysia. Jadi kalau nak bersarapan kat sini pun rasanya tiadalah bermasalah. Dipendekkan cerita mungkin juga samalah macam hotel-hotel kat Malaysia servisnya.

Banjiro, banjiro rumah kita naik air....

Hotel My Hibiscus

Terus terang SG dengan kawan ni surrender lain kali nak naik lagi tuk-tuk dengan driver ni. Bawak tuk-tuk pun dah gaya merempit. Giler kentang betullah mamat ni Kalaulah tercabut skru pengikat ni, maunya lurus SG masuk ke rumah orang ataupun masuk longkang. Hampeh betul. Sampai di hotel My Hibiscus ni kami berfikir 3,4 kali nak menginap kat sini. Laman nak masuk ke hotel ni dah banjir. Aduhai. Disebabkan lokasinya juga agak jauh dari kawasan elit dan kami pun tak buat booking online, maka kami arahkan sahaja driver carikan hotel yang lebih dekat dengan pusat bandar. Maka dibawanya kami ke Rithy Rine Angkor Hotel. Nak kata keselesaan memang kawan SG ni kurang berminat, tapi belasah sajalah apa yang ada. Lepas membayar duit tuk-tuk USD5 (+USD1 sebab lari dari lokasi awal), kami check in. USD30 dikenakan kepada kami. Rasanya ikut standart hotel macam ni mahal kot harga yang dikenakan kepada kami. Lantaknyalah, janji ada tempat boleh tidur untuk semalam ni je pun.



Masuk bilik rehat-rehatkan badan dulu. Keadaan bilik nampak ok tapi kelengkapan agak kurang memuaskan. Kettle tiada, bantal pun kurang satu. Cepat-sepat SG bagi tau yang bantal kurang. Sambil-sambil menghilangkan penat, SG contact kawan yang biasa datang kesini untuk bantuan. Nak minta no contact tuk-tuk yang muslim dan pandai cakap melayu. Setelah dapat maka SG pun cepat-cepatlah deal untuk pickup kami yang kelaparan ni pada pukul 5:30 petang. Diluar hujan lebat terus membasahi bumi. Nampak sedikit membantutkan penjelajahan kami. Sambil menunggu di ruang lobby, SG ni pun meninjau-ninjaulah keadaan sekeliling hotel ni. Emmm ada swimming pool. Tapi bila masanya pula nak berenang yer. huhuhu. Dalam hujan lebat tu En. Yunus sampai juga untuk mengambil kami. En. Yunus ini adalah agen pelancongan dan beliau tidak pun mempunyai tuk-tuk. Beliau datang mengambil SG pun menaiki tuk-tuk orang lain dan yang pastinya Muslim dan tahu cakap melayu. Maka pemandu tuk-tuk yang bernama Shukri ini membawa kami ke restauran Haji Musa (Muslim Family Restaurant).

Restauran Haji Musa (Muslim Family Restaurant)

Masjid Al-Nikmah, Kampung Stoung Thmey, Siem Reap

Sebenarnya restauran Haji Musa ni bukanlah restauran biasa yang dibuka kepada umum. Ia lebih kepada tempahan awal berkumpulan dan seandainya kalau ada yang singgah untuk makan disini mereka tetap juga menerimanya. Sewaktu SG kesini pun mereka sedang menyiapkan masakan untuk 40 orang pelancong dari Malaysia. Kedudukan restauran ini yang bersebelahan dengan masjid Al-Nikmah (masjid yang dibina melalui dana orang Malaysia). Kampung Stoung Thmey adalah nama perkampungan islam di Siem Reap ini. Disini kami makan yang simple-simple sahaja. Walaupun dah terpandang menu "Daging lembu naik bukit" tapi masih lagi belum berminat nak mencuba pada malam ini. Selepas habis mengenyangkan perut Shukri membawa pula kami ke night market. Lebih kurang 1 km saja dari perkampungan muslim ni. Dsinilah bermulanya agenda menghabiskan duit.

Makanan di Restauran Haji Musa.

Masuk-masuk sahaja terus landing ditempat menjual batu permata. SG terus terang memang kuranglah berminat sangat nak main permata-permata ni. Tapi kawan SG ni memang hantu batu. So melayankan kawan ni memilih akhirnya SG pun terjebak jugalah membelinya. SG beli dua bentuk sahaja. Satu cincin untuk SG dan satu lagi loket berserta rantai silver untuk isteri kesayangan. Ceewahhh. Cincin berharga USD20 dan Loket pula USD30. Koyak juga RM160 untuk satu kedai ni. Nak memilih loket pun puas jugalah nak berwebcam suruh isteri pilih sendiri. Nasib baik yang dipilihnya dikategorikan murah lagi. hehhehe.

Hujan lebat melanda Night Market

Tengah seronok-seronok shopping, tiba-tiba blackout pula. Cepat-cepat kedai-kedai disini menghidupkan lampu-lampu kecil. Rupanya boleh dikatakan setiap malam memang akan berlaku blackout dalam 5 hingga ke 10 minit. Apa puncanya SG pun tak tau. Kemudian SG sambar pula t-shirt kenang-kenangan untuk SG sekeluarga. Boleh tahan murah juga harganya. Saiz dewasa berharga USD3 dan untuk saiz budak-budak pula USD2. Merayau-merayau lagi terpadang pula selendang. Tawar menawar akhirnya dapat juga 5 helai berharga USD10. Awek dikedai ni tawarkan juga pembayaran dengan duit RM. Tapi SG tak beminat pun sebab kalau bayar dengan harga RM dah jadi RM40 sedangkan kalau convert USD10 tu baru jadi RM32. Rugi RM8 tu (adakalanya kena bijak juga convert-convert matawang ni).



Disebabkan hujan terus menerus tak berhenti-henti, maka selepas habis shopping kami buat keputusan untuk terus balik ke hotel sahaja. Dalam perjalanan tu kesian juga pada driver tuk-tuk ni. Kami elok jer bertutup canvas dari terkena hujan, tetapi beliau bermain hujan sambil berpayung dan memakai baju hujan. Begitulah menempuhi kehidupan sukar demi sesuap nasi. Sampai di Hotel dia hanya mengenakan bayaran USD5 tetapi kami bagi USD10. Kami memahami kesukaran anda. Masuk bilik SG terus mandi. Rupanya tak ada heater dibilik mandi. Baru nak melayan mandi air suam.

Hasil serbuan malam ini. Koyak juga hampir USD80. huhuhu

Lepas mandi cepat-cepat buka tv. Cari Channel untuk tengok live game Liverpool vs Crystal Palace. Malangnya Channel dapat, suara dengar tapi gambar tiada. Haram jadah betul. Channel lain elok je. Sampaikan RTM1 pun elok je tengok kat sini. Cuba buka live streaming kat Astro on the go pula. Malangnya tetap tak boleh buka untuk game BPL disebabkan dalam kawasan negara luar. Nasib baik ada alternatif lain. Firtsrowsport masih boleh membantu. Tapi hanya mampu tengok 1 jam sahaja, lepas tu kuota internet dah habis. Wifi hotel pula walaupun dah log in password tetap juga tak boleh nak browser. Akhirya melayanlah game BPL lain sambil tunggu keputusan penuh. Dah tau keputusan maka terus layan tidur pula. Walaupun dalam bas tadi puas tido, tapi tak lena sangat. Dapat bantal dengan tilam memanglah asyik sangat. Kena rehat betul-betul untuk destinasi esok pula di Angkor Wat. Tunggu sambungannya nanti yer.



wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger