Headlines News :

BPL 2013/14 (Game 12) - Everton 3-3 Liverpool

Written By saleehs gerrard on Thursday, November 28, 2013 | 00:20


Seperti yang saya katakan sebelum ini, kehadiran pemain pinjaman Everton dari Chelsea Romelu Lukaku sememangnya amat merbahaya. Lukaku hampir-hampir membuatkan Liverpool terluka. Dua jaringannya hampir-hampir memberi tiga mata penuh untuk Everton sebelum diselamatkan oleh Sturridge untuk mengikat keptusan seri 3-3 sehingga tamat perlawanan.

Jangkaan awal saya sememangnya tepat belaka. Perlaanan sengt dua musuh setempat ini disajikan dengan beberapa kekasaran dan layangan kad kuning untuk kedua-dua pasukan. Tiga pemain Liverpool dipaksa menitiskan darah akibat beberapa kekasaran yang telah dilakukan oleh pemain Everton. Daniel Agger pecah bibir setelah disiku oleh Distin. Begitu jug Luis Suarez yang makan stut di pehanya sehingga meninggalkan kesan yang mendalam akibat terjahan keras oleh Kevin Mirallas. Henderson turut juga menjadi mangsa keganasan apabila dahinya juga berdarah akibat pelempang Mirrallas.

Coutinho telah memberi semangat awal untuk Liverpool apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan seawal minit ke 5. Walubagaimanapun ia tidak lama apabila 3 minit berselang, Mirallas pula berjaya menyamakan kedudukan 1-1. Luis Suarez telah mencipta keajaiban pada perlawanan ini apabila sepakan percumanya bejaya melepasi benteng Everton dan seterusnya menerjah jaring tanpa berjaya diselamatkan oleh Howard. Separuh masa pertama kekal, Everton 1-2 Liverpool.

Separuh masa kedua, Lukaku mula menunjukkan taringnya apabila berjaya menyumbat dua gol menjadikan Everton dihadapan 3-2. Kemasukkan Sturridge untuk menggantikan Lucas sememangnya amat berbaloi apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 89. Sturridge sekali lagi berjaya menjaringkan gol selepas itu, tetapi malangnya gol tersebut tidak diterima oleh pengadil kerana Sturridge berada di kedudukan offside. Tamat perlawanan Everton dan Liverpool terpaksa berpuas hati dengan keputusan 3-3 untuk berkongsi satu masa.


Secara keseluruhannya Everton lebih menguasai permainan berbanding Liverpool. Kawalan bola yang kemas, mencipta ruang-ruang serangan adalah kunci kecemerlangan mereka. Dua perkara seandainya berlaku, keputusan mungkin akn berpihak kepada Liverpool. Pertamanya seandainya Mirallas dilayangkan kad merah selepas mengasarai Suarez, Pasti jentera serangan Everton akan buntu untuk membuat jarigan. Kedua, seandanya Joe Allen berjaya menyudahkan bola dihadapan gol yang telah terbuka, keputusan semasa akan menjadi 1-3 dan seterusnya 1-4 dan akan membuatkan pasukan Everton bermain dalam tekanan. Malangya akibat terlalu lama berehat dibangku simpanan, Allen sedikit gopoh untuk menolak bola tersebut kedalam gawang.

Apapun satu mata yang diperolehi sudah memadai berbanding tiada. Liverpool masih kekal ditangga kedua liga berkongsi mata dengan Chelsea dan hanya dipisahkan jumlah jaringan. Harapnya pasukan Liverpool akan kembali bangkit dan cemerlang untuk perlawanan seterusnya nanti menentang Hull City di arena lawan pada hari Ahad kelak. YNWA...

EVERTON : Howard, Baines (Deulofeu), Distin, Jagielka, Coleman, Barry, McCarthy, Pienaar (Stones), Barkley, Mirallas (Osman), Lukaku

LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan, Agger, Skrtel, Johnson, Lucas (Sturridge), Gerrard, Allen (Moses), Henderson, Coutinho, Suarez


Preview : BPL 2013/14 (Game 12) - Everton vs Liverpool

Written By saleehs gerrard on Friday, November 22, 2013 | 16:05


Pasukan abang dan adik bakal bertembung kembali. Merseyside derby pasti menjanjikan perlawanan yang cukup hebat, cukup panas dalam mengejar gelaran raja bolasepak di wilayah Merseyside.

Pasukan Everton yang dianggap abang adalah pasukan yang cukup liat untuk dihadapi samaada pertemuan berlangsung di Goodison Park ataupun juga Anfield. Musim lalu Liverpool hanya mampu mencatat keputusan seri dalam kedua-dua perlawanan liga. Seri tanpa jaringan di Anfield dan 2-2 di Goodison Park.

Musim ini kita lihat Everton lebih gah berbanding musim lalu. Pasukan yang telah ditinggalkan oleh bekas pengurusnya David Moyes untuk digantikan oleh Roberto Martinez ini tiada banyak perubahan pemain di musim perpindahan lalu. Cuma yang sedikit mengusarkan adalah kehadiran penyerang yang dipinjamkan dari Chelsea Romelu Lukaku yang telah pun menyumbat 5 gol setakat ini.

Cuti rehat dua minggu sempena memberi laluan untuk perlawanan antarabangsa sebenarnya adalah minggu yang meletihkan bagi pemain-pemain utama kita. Luis Suarez terpaksa mengharungi pusingan Play Off untuk negaranya dalam melayakkan diri ke piala dunia 2014. Memandangkan Suarez hanya ada masa 2 setengah hari sebelum bertemu Everton, pemilik Liverpool John Henry telah menawarkan jet peribadinya untuk digunakan oleh Suarez pulang ke Liverpool bagi menjamin rehat yang cukup sebelum perlawanan.

Ketiadaan Jose Enrique yang terpaksa menjalani pembedahan kecil dilututnya pasti posisinya akan diisi oleh Aly Cissokho. Dengar-dengar juga Sturridge juga tidak dapat diturunkan kerana kecederaan yang telah melanda kakinya selepas mengharungi 90 minit perlawanan persahabatan diantara England dan Jerman tempoh hari. Tapi saya percaya, walaupun tiada Sturridge, Brenden Rodgers banyak pilihan untuk menggunakan pemainnya bergandingan bersama Suarez.

Apa yang dirasakan, seperti biasa perlawanan sengit ini pasti akan disajikan beberapa kad kuning dan kemungkinan juga ada kad merah. Harap-harapnya pasukan Liverpool mampu untuk meneruskan kecemerlangan dalam mengekor rapat Arsenal dipuncak liga ataupun memintas mereka jika ada peluang. Menang 1-0 sudah memadai, tetapi kalau lebih memang terbaiklah. YNWA.

EVERTON vs LIVERPOOL
[Game 12 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : Goodison Park Stadium
Tarikh : 23 November 2013 | Sabtu
Waktu : 08:45 malam
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 (register user sahaja)

Jelajah Cambodia (Day 5) - Hari terakhir

Written By saleehs gerrard on Wednesday, November 13, 2013 | 15:08

Sila baca artikel dibawah ini juga ya..

SEBELUM
INTRO : Persiapan ala-ala backpackers ke Cambodia
PART 1 : Jelajah Cambodia (Day 1) - Bandaraya Phnom Penh
PART 2 : Jelajah Cambodia (Day 2) - Phnom Penh ke Siem Reap
PART 3 : Jelajah Cambodia (Day 3) - Siem Reap dan Angkor Wat
PART 4 : Jelajah Cambodia (Day 4) - Phnom Penh, Killing Fieds dan Central Market

SAMBUNGAN
PART 6 : Jelajah Cambodia - Analisis dan kesimpulan


SELASA : 08 OKTOBER 2013
Awal-awal pagi setelah siap membersihkan diri, SG pun memulakan aktiviti mempacking barang-barang keperluan dan shoppingan. Almaklumlah hari ini adalah hari terakhir siri jelajah bumi Kemboja untuk kali pertama ini. Tak sangka pula, rupanya banyak juga barang yang nak kena packing dan tak boleh nak sumbat kesemuanya dalam beg SG. Nampaknya terpaksa juga nanti mencari kotak kosong untuk mengisi barang-barang lebihan ni. Nak kata shopping sakan, tak juga. Sabo je lerkan.

Selepas siap semua kerja-kerja packing, SG dan member pun keluar untuk bersarapan pagi. Seperti biasa, pemandu tuk-tuk, Bukhari telah sedia menunggu kami. Memandangkan waktu untuk check out pun masih lama lagi, so barang-barang masih lagi SG tinggalkan didalam hotel. Seperti semalam juga, hari ini SG bersarapan di Restaurant Asmak 81.


Kemudiannya kawan SG sibuk ajak untuk ke Central Market kembali. Dia kata nak beli dompet kulit macam yang SG beli. Tulah, semalam suruh pusing puas-puas tak nak, kan dah kena datang balik ke Central Market ni. Memandangkan SG ni pun memang dah tiada benda nak dibeli, so layankan sajalah. Tapi macam biasa orang cakap, tempat shopping ni, kalau dah datang, jangan berpatah balik. Pasti akan tershopping juga. Jadi begitulah nasibnya yang terjadi. Bila member SG ni sibuk membelek dompet, SG ni pun menggatal gaklah tangan nak membelek hand bag. Nak beli untuk SG, SG punya masih elok lagi. So belikan sajalah untuk isteri kesayangan. Terkopak jugalah USD30. Nasib baik hand bag ni jenis lelaki atau perempuan boleh guna. So kalau isteri tak nak, SG bolehlah menggayakannya. Hahaha.

Kat Central Market ni memang dah tak boleh nak lama-lama, kang tah apa lagi nak kena beli. So cukup satu tempat barangan kulit ni saja kami pergi, lepas tu kami terus keluar menuju ke Tuol Sleng Genocide Museum. Apa sajalah yang ada kat Muzium Genocide ni ye. Untuk pengatahuan anda semua, muzium ini pada asalnya adalah sekolah tetapi telah diturun taraf ketika zaman pemerintahan Pol Pot untuk dijadikan penjara. Seperti yang sedia maklum, zaman Pol Pot ni memang terlalu banyaklah penjara dan juga tapak pembunuhan di seluruh Kemboja. Jadi Muzium Genocide ni adalah salah satu penjara yang boleh kita lihat hasil ldari kekejaman Pol Pot ini terhadap rakyatnya.

Katil tahanan



Gambar-gambar tahanan


Tiket masuk berharga USD2 seorang. Jadi dengan semangat yang berkobar-kobar, setiap blok-blok SG masuki dengan tekun sekali. Di sini ada 4 blog bangunan. Setiap blog tu memang banyaklah bilik-bilik penjaranya. Maklumlah dah nama asalnya sekolah, maka memang banyaklah kelasnya. Kalau nak jelajah semua bilik-bilik ni, rasanya tak perlu kot. Lebih kurang sama jer semuanya. Lagi-lagi nak naik tingkat kedua dan ketiga. Cukuplah sekadar masuk ditingkat bawah sahaja. Di blog pertama (A) setiap bilik ada sebuah katil untuk banduan. Katil memang original punya. Sesetengah bilik siap ada bantal dan alat-alat menyiksa banduan lagi.

Rantai kaki



Di setiap bilik juga terdapat gambar-gambar banduan yang menghuni bilik berkenaan. Kebanyakkannya adalah gambar banduan yang sudah mati hangus, di dera didalam bilik tahanan. Memang ngeri beb. Nasib baik mereka tak awet mayat tu dan letak atas katil. Memang SG takkan masuknya bilik tu. Lagi-lagi ada setengah-setengah bilik tu bila masuk je meremang bulu roma. Bau pun boleh tahanlah juga. Cepat-cepat keluar dari bilik tu. Semua banduan yang ditahan akan diambil gambar. Ia bertujuan sekiranya banduan tersebut melarikan diri, maka senanglah mereka nak detect banduan tersebut. Walaubagaimanapun hanya 7 orang sahaja yang berjaya melarikan diri dan yang selebihnya menjadi bahan experimen kekejaman Pol Pot.


Salah satu peralatan untuk membunuh

Serpihan tulang mayat mangsa bunuh


Wajah-wajah diktator

Dah habis pusing-pusing disini, SG dibawa pula ke sebuah bukit kecil di Phnom Penh ini. Wat Phnom nama diberi. Kat atas bukit ni adalah sebuah kuil. SG memang tak masuk pun. Sekadar pusing-pusing disekeliling bukit tersebut jer. Bayaran masuk ke Wat Phnom ni kalau tak silap USD1 kot. Itupun kalau lalu pintu depanlah. Macam SG driver tuk-tuk bawa ikut jalan belakang. So percuma je. hehehe.


Kuil di Wat Phnom

Jam besar di atas tanah (Wat Phnom)


Memandangkan hari ini memang tiada program apa pun yang penting dan sekadar nak menghabiskan masa sebelum balik ke Kuala Lumpur sahaja, maka SG bercadang nak melepak-lepak di persisiran Sungai Mekong. Sekitar riverside ni waktu siang taklah terlalu ramai orang berbanding waktu petang dan juga malam. Sekadar berborak-borak sahaja dengan driver tuk-tuk kami mengenai negara Kemboja ni. Nak tengok sungai Mekong ni lama-lama pun lebih kurang macam sungai kat Malaysia je pun. Kalau jernih mungkin juga SG pun nak terjun. Sambil bersiar-siar SG singgah sebentar di Royal Palace Park. Royal Palace Park ni adalah kawasan hadapan Istana diraja Kemboja. Bukan SG nak masuk istana ni pun, cuma lepak di kawasan padang tu nak bagi burung merpati makan je. Seronok gak bagi burung-burung ni makan. Memang jinak.


Royal Palace Park

Ada yang mandi di sungai Mekong ni





Kembali ke Landscape hotel untuk Check out. Tinggal sikit jer barang lagi nak di packing dalam kotak. Dah settle semua, SG pun meninggalkan hotel ini untuk makan tengahari pula. Nak terus ke Airport masih awal lagi. Flight pukul 4.40 petang (5.40 waktu Malaysia). Sebagai penutup menjamah makanan di Phnom Penh ini, SG menyerbu restauran yang mula-mula SG sampai di Phnom Penh ini. Bagi yang membaca dari awal artikel SG ni pastu tau dah Halal Restauran. So tak perlulah lagi SG nak terjemahkan semula. hahhaha.

Macam ni SG datang, macam ni gak SG bawa balik. hehehe


Bangunan Parlimen Kemboja

Dataran kemerdekaan Kemboja

Muzium National Kemboja

Dah kenyang, nak ke Airport tetap juga masih awal lagi. Masa-masa kecederaan ni SG sekali lagi dibawa pusing-pusing tengah bandaraya Phnom Penh. Bergambar-gambar sekejap di roundboard dataran kemerdekaan Kemboja, dan juga National Muzium Kemboja. Tak masuk pun. Possing je lebih kat pintu masuk tu. heheheh. Bila dah tak tahu nak pergi kemana, SG cadangkan terus sahajalah ke Airport. Biar awal sikit dari terlewat banyakkan.

Selamat tinggal Kemboja

Awan gelap dah macam letusan gunung berapi

Sampai di Airport SG membayar keseluruhan kos tuk-tuk untuk dua hari. Bukhari cas USD55 (RM176) tapi SG bagi sahaja RM200. Lebih sedekah sahaja. Tak cukup dengan itu, lebihan Meggi Cup, minuman 3 in 1 SG bagi juga kat dia. Bukan main suka lagi dia. So walaupun niat nak beramal banyak tak kesampaian, dapat beramal sikit pun oklah. Macam mula-mula sampai ke airport dulu, segala urusan imigresen dan kastam memang mudah. Tak banyak songeh. Sewaktu flight hampir-hampir berlepas, hujan turun dengan selebat-lebatnya, Flight delay 20 minit. Memandangkan hujan tetap juga tidak reda, flight Air Asia AK 1475 terpaksa juga berlepas pada pukul 5.00 petang. Alhamdulillah pesawat selamat berlepas dan mendarat di LCCT. Terima kasih Air Asia kerana membawa ku pergi dan balik. "Bawa aku pergi, pacu laju-laju, kita lari dari realiti"...


BPL 2013/14 (Game 11) - Liverpool 4-0 Fulham

Written By saleehs gerrard on Monday, November 11, 2013 | 14:36


Pertukaran formasi kepada 4-4-2 sememangnya membuahkan hasil. Belajar dari kesilapan yang telah dilakukan ketika menentang Arsenal minggu lalu, Liverpool bangkit untuk membenam cabaran Fulham dengan keputusan 4-0. Bermain di gelanggang keramat Anfield sememangnya digunakan sebaik mungkin untuk terus mengekori rapat Arsenal di tangga teratas liga.

Tidak dinafikan kehadiran semula Agger, Johnson dan Coutinho dalam kesebelasan utama telah banyak membantu kejayaan Liverpool pada perlawanan ini. Aksi cemerlang terutamanya Johnson telah menjadi nadi penggerak di sebelah kanan serta Cissokho yang nampak lebih selesa untuk berada di lokasi kegemarannya pertahanan kiri.


Suarez terus menjadi mesin gol bagi pasukan Liverpool apabila beliau sendiri telah berjaya menyumbat 2 gol menjadikan 8 gol peribadinya dalam liga Premier untuk musim ini. Sturridge terpaksa menerima hakikat bahawa persembahannya tidak menjadi pada perlawanan ini dan terpaksa dikeluarkan untuk digantikan oleh Moses.


Selepas ini liga akan berehat selama dua minggu untuk memberi laluan kepada pusingan playoff World Cup. Perlawanan seterusnya pula Liverpool akan bertemu musuh setempat iaitu Everton di Goodison Park. Harapnya cuti rehat yang agak panjang mampu untuk terus mengekalkan kecemerlangan pada perlawanan akan datang. YNWA.


LIVERPOOL : Mignolet, Johnson, Skrtel, Agger, Cissokho (Jose Enrique), Lucas, Gerrard (Joe Allen), Henderson, Coutinho, Suarez, Sturridge (Victor Moses)

FULHAM : Stekelenburg, Zverotic (Aaron Hughes), Senderos, Amorebieta, Richardson, Dejagah, Sidwell, Parker, Kacaniklic (Bryan Ruiz), Kasami, Berbatov (Giorgos Karagounis)


liverpool-4-0-fulham 9-11-2013 by baphuc1024

Jelajah Cambodia (Day 4) - Phnom Penh, Killing Fieds dan Central Market

Written By saleehs gerrard on Wednesday, November 6, 2013 | 00:22

Sila baca artikel dibawah ini juga ya..

SEBELUM
INTRO : Persiapan ala-ala backpackers ke Cambodia
PART 1 : Jelajah Cambodia (Day 1) - Bandaraya Phnom Penh
PART 2 : Jelajah Cambodia (Day 2) - Phnom Penh ke Siem Reap
PART 3 : Jelajah Cambodia (Day 3) - Siem Reap dan Angkor Wat

SAMBUNGAN
PART 5 : Jelajah Cambodia (Day 5) - Hari terakhir
PART 6 : Jelajah Cambodia - Analisis dan kesimpulan

Pemandangan dari hotel Landscape (hotel Cambodiana berlatar belakangkan Sungai Mekong)

ISNIN : 07 OKTOBER 2013
Selepas pengsan malamnya, pagi ni seawal jam 5.30 pagi SG dah pun terjaga. Terasa segar bugar sungguh badan selepas mengharungi perjalanan selama 8 jam dari Siem Reap semalam. Selepas membersihkan diri sambil menghirup kopi 3 in 1 ni, SG menyaksikan sinaran matahari pagi menyinar sambil meninjau-ninjau kesibukkan pagi hari warga kota Phnom Penh ini disebalik tingkap bilik hotel Landscape yang SG inap ini. Sungguh indah pemandangan Phnom Penh yang berlatar belakangkan Sungai Mekong. Airnya nampak tenang, setenang diri SG dibumi orang.

Kesibukkan dijalan raya Phnom Penh

Sumbat penumpang selagi boleh. 

Jam 7.00 pagi SG dan kawan sudah bersedia untuk turun ke Lobby. Kelihatan Bukhari, pemandu tuk-tuk kami telah pun bersedia menanti. Bukan main gembira Bukhari bila SG memberitahunya semalam yang SG nak terus menggunakan khidmatnya selama ada di Phnom Penh ini. Bukan senang untuk seorang pemandu tuk-tuk memperolehi pelancong yang nak pakai tuk-tuk selama sehari suntuk. Adakalanya disebabkan terlalu ramainya pemandu tuk-tuk di Cambodia ni, mereka hanya akan dapat pelancong sewa sehari penuh hanya sekitar 4-5 kali sahaja dalam sebulan bahkan hanya sekali pun pernah juga. Jadi munculnya SG ni sedikit sebanyak menambahkan rezeki untuk ahli keluarganya. Syukur.



Loksi utama untuk pagi ini sudah tentulah nak mengisi perut yang dah betul-betul keroncong ni. Bayangkan kali terakhir jumpa nasi ialah pada tengahari semalam dan malam tadi pun melantak meggi je. Jadi harapnya dapatlah menjamah menu yang cukup menyelerakan disini. Restauran yang kami serbu pagi ini adalah Restaurant Asmak 81. Restauran halal ni terletak di Sangkat Phsar Thmei 3, Khan Daun Penh, Phnom Penh. Restauran ini sangat kemas dan selesa. Harga pun masih murah berbanding di tempat lain. Kirannya kopi 'o' secawan tu cuma USD0.60 je berbanding kat tempat lain dah USD1.

Pintu masuk ke Choeung Ek (Killing Field)

Kaunter Tiket 

Selepas itu lokasi SG seterusnya ialah ke kawasan pembunuhan regim Pol Pot atau lebih dikenali dengan Killing Field. Terletak lebih kurang 17 km dari pusat bandar, lokasinya agak sedikit pedalaman dan dilihat memang lokasi strategik untuk melakukan pembunuhan. Killing Field atau juga dikenali dengan Choeung Ek Genocidal Center ini adalah tempat pembunuhan paling terkenal diantara lebih 300 padang pembunuhan di seluruh negara Kemboja ini. Tiket untuk memasuki Kiling Field ini berharga USD3. Sekiranya anda ingin menyewa audio pelbagai bahasa sebagai guide, anda perlu menambah lagi USD3 menjadikan USD6 untuk seorang jumlahnya.

Khusyuk mendengar audio guide

Peta kawasan lawatan
Point-point audio di tempat lawatan

SG rasa tak rugi pun kalau anda menyewa sekali audio ni. Terpulang andalah nak guna bahasa apapun. SG ni dah tentulah memilih bahasa Malaysia. Dalam audio ni akan menceritakan segala kisah sedih serta penderitaan dan pembunuhan kejam yang telah dilakukan oleh regim Pol Pot. Anda hanya perlu tekan no. di audio tersebut ketika berada di setiap point untuk mendengar penjelasan mengenai lokasi kejadian. Contohnya jika anda berada di point no.1, maka anda pun tekanlah no. 1, maka audio akan menerangkanlah apa yang berlaku di kawasan tersebut. Bila dah habis membebel, masih tak faham, boleh ulangi lagi petikan tersebut.

Stupa peringatan

Tengkorak mangsa pembunuh di letakkan di Stupa peringatan

Pelepah pokok kabung inilah antara senjata digunakan untuk membunuh

Sewaktu SG sampai sini, langit sudah pun mula mendung. Selepas bayar tiket dan memilih audio, SG pun memulakan penjelajahan. Di setiap point SG pun pilihlah no. yang berkaitan. Satu persatu SG cuba memahaminya. Semakin lama berjalan ke setiap point semakin terasa sayu dan sedih dengan apa yang telah berlaku disini. Dahlah diri ni terasa kesedihan, langit pun turut menangis membasahi bumi. Nak ambil payung di kaunter tiket, jauh pula nak patah balik. Jadi melepaklah dipondok yang disediakan sambil mendengar audio. Disitu semua orang menghayati audio. Memang nak dengar orang bercakap pun susah. Semua layan feel. Tapi memang terus terang SG katakan, disinilah tempat yang paling menginsafkan SG sepanjang berada di negara Kemboja ini. Betapa kejamnya Pol Pot yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri demi mencapai cita-citanya. Dalam masa 3 tahun pemerintahannya mereka telah membunuh lebih 3 juta penduduk yang tidak berdosa.

Kubur 450 mangsa pembunuhan kejam

Kalau dilihat betul2, masih ada lagi serpihan tulang dan gigi disini


Hujan masih terus menerus membasahi bumi. Kalau nak tunggu saja kat pondok ni, memang tah pukul berapalah baru siap jelajah. Nampak macam dah reda sikit, SG meneruskan point-point lain. Dalam banyak-banyak ulasan dan penerangan didalam audio tu, ada dua pepatah Pol Pot yang SG masih ingat sehingga hari ini. Dua pepatah yang cukup membayangkan betapa kejamnya beliau di zaman pemerintahannya. "kewujudanmu bukan keuntunganku, kehilanganmu bukan kerugianku" & "lebih baik tersilap membunuh orang yang tak bersalah, dari tersilap membiarkan musuh hidup bebas". So macam biasa SG nak cerita lebih-lebih pun bukanlah SG ni ahli pengkaji sejarah. Sekadar untuk pengetahuan diri sendiri sudah memadai. Nak lebih detail boleh tanya dengan pakcik Google. Melambak jawapan ada disitu. Nak lebih puas hati lagi, datang sendiri kesini untuk merasai kesengsaraan yang pernah mereka alami sebelum ini.

dikawasan ini masih lagi terdapat kubur2 yang dibiarkan

magic tree - diwaktu malam dipokok inilah mereka memasang speaker dan mangalunkan lagu bagi menutup jeritan mangsa yang sedang dibunuh


Setelah puas menjelajah selama hampir 2 setengah jam, SG pun keluar dan melepak minum di gerai yang berada berhampiran pintu masuk Choeung Ek ini. Disini SG minum di sebuah gerai muslim sambil memilih sourvenirs seperti key chain dan juga fridge magnet. Menurut kata pemandu tuk-tuk kami, SG boleh dapatkan benda-benda ni lebih murah berbanding di Central Market. Jadi hasil tawar menawar, pow mengepow dapatlah SG FM ni 12 pc USD5 dan key chain pun 12 pcs USD5 juga. Selain tu SG sambar juga 2 DVD cerita mengenai kisah pemerintahan pol pot ni. 2 DVD berharga USD5 je. Settle sudah masalah sourvenirs dan tak perlu lagi nak pening-pening kepala nak cari-cari lagi di Central Market nanti.

Lokasi seterusnya ialah tempat menghabiskan duit bagi yang minat untuk menguji diri menembak dengan menggunakan peluru hidup di Shooting Range Army. Shooting Range Army terletak berhampiran dengan Phnom Penh Airport. Bab-bab nak menembak ni memanglah SG tak berani, tetapi kawan SG ni memang suka aktiviti sebegini. Disini anda pilih saja senjata apa yang teringin nak guna. Pum Gun ada, M16 ada, revolver ada, bom tangan pun ada. Kalau nak lebih mencabar lagi, anda bolehlah memilih untuk memburu lembu ataupun khinzir. Tapi bukanlah nak menembak disini. Mereka akan membawa disuatu kawasan bukit. Untuk kos memburu haiwan ni dianggarkan bayaran yang dikenakan antara USD500 ke USD1000. Ada berani. hehehhe. Dengan membayar USD40, kawan SG ni pun melayanlah menembak dengan jumlah 25 peluru hidup menembak papan sasaran dalam bangunan ni.


Macam-macam ada. Pilih je mana yang berkenan



Selesai menembak, perut pula meminta makanan untuk diisi. Restauran pilihan kali ini ialah Cafe Malaya. Masakan tengahari disini adalah secara buffet. Memang sebiji masakannya sama seperti di Malaysia. Maklumlah tokey pun orang Malaysia. Makanlah dengan penuh pinggan macamana pun, tetap berharga USD5 sepinggan. Memang sedap dan memang lazat. So jika anda berpeluang ke Phnom Penh ini, jangan lupa singgah di Restauran Cafe Malaya ini.



Aktiviti petang pula sudah tentu nak serbu menghabiskan duit di Central Market. Central market atau lebih dikenali 'Psah Thom Thmey' ini dibuka seawal jam 7.00 pagi hingga ke jam 5.00 petang sahaja setiap hari. Memang mata rambang disini lagi-lagi kalau bawa kaum hawa. Tempat pertama yang kami tuju ialah tempat menjual batu permata. Seperti yang SG katakan sebelum ini, kawan SG ni memang gila batu. Jadi SG sekali lagi terjebak memborong barang perhiasan ini. Kalau sebelum ini semasa di Night Market Siem Reap SG dah terbeli cincin untuk SG dan loket untuk isteri, disini SG sambar lagi dua loket untuk dua orang anak dara SG berharga USD30 setiap satu dan juga sebentuk cincin untuk isteri tersayang yang berharga USD25.




Kemudian SG serbu pula ke tempat menjual barangan kulit. Nak kata ori, tak jugalah tetapi harga tu bolehlah. Sentimental valuelah katakan. Kalau nak betul-betul ori, harga pula tak sanggup nak layan. So SG sambarlah dompet dua ketul. Untuk SG dan juga ole-oleh isteri. Kawan SG pula tersambar beg sandang. Kalau tak silap harganya USD70 kot. Dah memborong disini, kawan SG dah malas nak sambung shopping. Dia ajak balik. Tension juga dengar ayat tu. So selepas meninggalkan Central Market ni, kami singgah dulu minum sambil pekena roti canai. Ah-Man Green Restaurant adalah restauran mamak dari Malaysia. So kalau terasa nak minum-minum petang ataupun makan-makanan ringan bolehlah singgah disini.



Sambil-sambil makan roti canai tu, sahabat isteri SG yang menetap di Phnom Penh ini call SG. Dia kata nak kata nak jumpa SG. Sahabat isteri ni dah tentulah perempuan. Masih single tapi tak pasti available lagi atau tidak. Kalau ada yang berkenan, sila pm SG ye. Nanti SG rekmenkan. hehehehe. Dia memang asal orang sini dan dulunya berlajar disebuah kolej di Banting bersama isteri SG. Ikut plan sebelum ni, dia nak guide SG sehari suntuk pada hari ini. Tapi bila bincang-bincang, kesian pula pada dia. Dahlah hari ini 1st day dia kerja selepas bercuti lebih dari setengah bulan pergi ke Malaysia. Takkanlah nak sambung cuti lagi. Lagipun rasa tak selesa pula bila dia nak bawa dua orang lelaki suami orang ni. Lainlah kalau SG datang sekeluarga. Disebabkan dia berada sedikit jauh dari Central Market, dan dia ada program lain, jadi SG plan jumpa dia lambat sikit. Maka kawan SG seorang sahajalah yang balik ke hotel. SG layan seorang diri untuk sambung bershopping di Central Market.

Ada sesiapa yang berani nak makan. hehehe

Sticky Note

Kembali bershopping di Central Market, SG mencari tempat menjual Sticky note. Sebenarnya ada kawan SG yang datang sini pada penghujung Ogos lalu kirim barang ni. Banyak juga dia suruh beli. Mungkin dia nak jual kot. Apa yang istimewanya Sticky Note disini, covernya adalah dari sutera Kemboja. Memang nampak cunlah. Satu pcs berharga USD1 dan SG beli 32 pcs. 28 pcs untuk kawan SG dan selebihnya untuk SG. Kemudian SG memborong pula sutera Kemboja dan kain selendang @ tudung. Kalau tak silap masa tu SG dapat harga untuk sehelai sutera Kemboja ialah USD13 dan selendang 3pcs USD10. Maka berweb camlah SG dengan isteri suruh memilih. Kalau nak harap SG memilih memang tak pandai. Berapa banyak SG memborong, biarlah rahsia. hehehe.




Sedar-sedar dah nak pukul 5.00 petang. Masing-masing tuan kedai dah nak tutup. So cukuplah ni ole-ole untuk dibawa pulang ke Malaysia. Dah naik senget SG memikulnya seorang. SG pun keluar dari situ dan merayau-rayau di kedai-kedai sekeliling bangunan Central Market ni. Bila merayau-rayau ni, memang terasa macam-macam lagi nak beli, tapi bertahan. Nanti lupa diri, tak balik Malaysia pula. hahaha. Penat dah pusing-pusing. Memandangkan pukul 6.00 malam kawan isteri SG ni nak jumpa, maka SG mengambil keputusan untuk pulang ke hotel. Hanya melepak di lobby hotel sambil melayan internet, sambil tunggu panggilan kawan isteri SG ni. Malangnya lambat pula habis di punya program. Jadi batallah segala plan nak jumpa dia. Kecewa rasanya. Tak der jodoh tu namanya. hahahha. Ampunilah aku wahai isteriku. So naik jelah ke bilik untuk membersihkan diri dan berehat.

Malam punya aktiviti SG layan seorang diri sahaja. Kawan SG dah malas nak berjalan. Jadi memandangkan badan SG ni dah sakit-sakit, SG pergilah bermassage di bangunan sebelah hotel ni. Korang jangan fikir bukan-bukan ok. Disini massage tradisional sahaja. Tiada extra servis. Sekali massage untuk keseluruhan badan SG kena bayar USD7. Murah je kan. Urut pun terasa selesa badan. Bukan terasa sedapnya ok. Otak tu kasi luruskan balik. hehehe. SG tahu korang mesti dah fikir senget jer ni. Mesti korang nak tahukan pasal night life disini. Kalau korang nak tahu juga nanti SG akan cerita di part terakhir jelajah Cambodia ni (Part 6). Nanti korang akan tahu apa yang baik, apa yang tak baik disini. InsyaAllah SG akan ceritakannya.



Selepas habis massage, SG hanya berjalan kaki melepak-lepak di tepi Sungai Mekong ni. Dengan tiupan angin malam Sungai Mekong ni, SG bersantai menenangkan minda sambil melihat gelagat-gelagat manusia di waktu malam. Nak nampak orang duduk berdating berdua, memang tak nampak le pula. Kalau ada pun bukanlah warga tempatan. Emmmm. Memang banyak sebenarnya pengajaran, pengetahuan dan ilmu yang boleh diambil dari kehidupan dalam negara Kemboja ni. Walaupun negara mundur, tetapi adat dan pegangan mereka tidak mundur. Nak tahu lanjut, tunggu di part terakhir yer. Bersambung lagi. hehehe.


wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger