Headlines News :
.
Home » , , » Game 6 MSL 2014 - ATM FA 1-1 Selangor

Game 6 MSL 2014 - ATM FA 1-1 Selangor

Written By Unknown on Sunday, March 16, 2014 | 16:30


Selangor terus kemarau kemenangan  untuk lima minggu berturut-turut apabila sekali lagi dipaksa berkongsi mata bersama pasukan ATM. Perlawanan yang dilangsungkan di stadium MP Selayang, berkesudahan dengan 1-1.

Selangor terlebih dahulu berada dihadapan apabila Paulo Rangel berjaya menyudahkan peluang yang terhidang pada minit ke-3 perlawanan walaupun bola tersebut cuba diselamatkan oleh pertahanan ATM diatas garisan gol. Gol penyamaan ATM hadir diwaktu kecederaan separuh masa pertama dimana Arostegui pantas menyudahkan hantaran yang tiba tanpa sempat dihalang oleh Pantelidis dan juga Farizal Marlias.

Pada babak kedua permainan bertambah rancak. Selangor memperolehi banyak peluang tetapi semuanya dipersiakan. Yang paling ketara pada waktu perlawanan menghampiri ke penghujungnya. Afik yang ditarik oleh pertahanan ATM dalam kotak penalti ketika cuba untuk melakukan rembatan, telah dinafikan oleh pengadil apabila beliau enggan memberikan penalti kepada Selangor.

Selepas ini Selangor akan terbang ke Hanoi untuk bertemu dengan pasukan Hanoi T&T dalam kejohanan piala AFC. Harapannya Selangor mampu untuk mengutip sekurang-kurangnya 1 mata untuk dibawa pulang. Tapi kalau menang alangkah bagusnya kerana pasukan Hanoi  T&T ini adalah pasukan yang kuat dimana dua perlawanan awal sebelum ini dimenangi oleh mereka.




Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger