Headlines News :
.
Home » , , , » MH370 - Antara teori, tragedi, misteri, dan konspirasi

MH370 - Antara teori, tragedi, misteri, dan konspirasi

Written By Unknown on Tuesday, March 18, 2014 | 04:56


Pagi sabtu 8 Mac 2014, seluruh dunia digemparkan dengan insiden sebuah pesawat penumpang milik Malaysia Airlines telah hilang dari radar. Yang paling terkejut sudah pasti rakyat Malaysia kerana tidak menyangka kisah bencana berkenaan pesawat ini yang sebelumnya hanya di dengar dan berlaku di negara lain, kini benar-benar terjadi pula di negara sendiri.

Pesawat Boeing 777 atau diregisterkan atas nama MH370 ini adalah penerbangan dari KLIA di Sepang menuju ke Beijing China. MH370 yang berlepas dari KLIA pada jam 12:30 pagi telah hilang dari radar di Lautan China Selatan di sempadan perairan Malaysia dan Vietnam. Dianggarkan kejadian ini berlaku selepas satu jam pesawat berlepas. Oklah, saya nak ulas lebih-lebih sangat sewaktu bermulanya kejadian ini rasanya tak perlu kot. Dah melambak berita-berita bermulanya kisah mengenai MH370 ini. Tapi kepada mereka yang masih belum mengetahuinya boleh baca DISINI.

Memandangkan selepas 10 hari perkara ini berlaku dan sehingga kini masih lagi misi mencari pesawat dan menyelamatkan mangsa masih gagal, berbagai-bagai andaian terus bermain di buah fikiran kita. Dalam masa 10 hari ini juga bermacam-macam versi cerita yang kita dengar dan maklumat yang kita perolehi. Tak disangka juga rakyat Malaysia yang selama ini kurang cenderung ilmu keatas pesawat, tiba-tiba ramai ingin menjadi penyiasat termasuklah saya.

TEORI

Bila kita dengar sahaja pesawat hilang, terus terpacul dibenak kita seribu persoalan dan juga jawapan. Apa yang terjadi sebenarnya kepada pesawat MH370 ini?. Meletop ke? Terhempas ke? Rampasan ke? Bagaimana nasib KRU kapal dan penumpang?. Apa puncanya berlaku? Dipendekkan cerita setiap hari kita menantikan berita-berita terkini dengan penuh sabar. Malangnya lebih banyak berita yang menghampakan berbanding yang menggembirakan. Semakin hari semakin timbul kekeliruan fakta yang telah diberikan oleh pihak atasan. Bercanggah serta banyak menafikan maklumat walaupun pada asalnya maklumat tersebut jugalah yang terkeluar dari mulut mereka.


Teori demi teori telah muncul untuk menyingkap misteri kehilangan pesawat MH370 ini. Setiap perkara yang berlaku pasti ada teorinya. Dalam kepala otak saya sudah terfikir, jika bukan tragedi, pasti misteri. Tak pun konspirasi. Walaupun ia sesuatu perkara yang berlainan, tetapi kejadiannya pasti akan ada kait mengait antara satu sama lain.

Disini apa yang saya ceritakan berdasarkan pemikiran logik akal. Ini bermaksud bukannya saya menidakkan kekuasaan Allah. Segala yang berlaku sememangnya dengan kehendak serta izin Allah. itu sudah wajib kita percayai. Percaya Qada dan Qadar itu sendiri sudah terkandung didalam rukun iman. Cuma kita haruslah berfikir menggunakan akal yang waras bagaimana ia boleh terjadi. Jadi janganlah anda kalian mengatakan saya menolak hukum Allah. Apa yang saya perkatakan adalah berdasarkan logik akal. Kalau masih tak faham lagi apa yang saya maksudkan sila tutup browser blog saya ini agar anda tidak terus membacanya dan menganggap saya terpesong.

TRAGEDI (terhempas)

Pada pagi Sabtu hari kejadian tu, sewaktu saya bersarapan pagi di sebuah warung, datang kawan memberitahu mengenai kehilangan pesawat MH370 ini. Ingatkan dia main-main. Bila saya buka Malaysia Kini serta akhbar-akhbar online yang lain, memang kehilangan MH370 ini menjadi berita panas yang menyejukkan serta memadamkan kisah perbicaraan Anwar Ibrahim. Memandangkan berita yang diterima itu mengatakan 2 jam selepas berlepas ia hilang, saya sudah berkira-kira bahawa MH370 ini terhempas di sekitar Ho Chi Minh di Vietnam ataupun di Cambodia. Ini berdasarkan pengalaman saya yang pernah terbang ke Phnom Penh, Cambodia yang memakan masa perjalanan hampir 2 jam.


Dengar-dengar berita awal juga mengatakan pesawat ini meredah cuaca buruk dan mungkin terkena kilat. Dengar-dengar cerita juga kapal ini telah selamat mendarat di Nanning, China tetapi dinafikan. Bab-bab meredah cuaca buruk ini sebenarnya kalau nak cerita pada yang tak pernah naik flight mungkin mereka percaya. Sebab mereka tak pernah mengalami keadaan ketika berada didalam pesawat. Tetapi bagi mereka yang pernah mengalami keadaan cuaca yang buruk seperti hujan pasti akan lebih mengetahui.

Terbang pada aras 32,000 kaki dan berada diatas awan, macamana boleh dikatakan terkena kilat ataupun kena ribut. Bukan ke semua itu berlaku kalau berada dibawah awan. Seandainyalah kawasan yang bakal dilalui oleh pesawat ini ribut, pasti pilot akan mendapat info samaada dari menara kawalan terdekat ataupun pesawat-pesawat lain yang melalui kawasan tersebut. Takkan tiada laluan alternatif lain untuk mengelak dari bertembungnya dengan keadaan ribut ini.

Saya memang pernah merasai hujan lebat ketika pesawat nak berlepas dan juga mendarat. Memang rasanya jantung nak gugur berdoa agar segalanya selamat. Tetapi sewaktu pesawat berada di atas awan walaupun waktu hujan, ia memang selamat walaupun sedikit melanggar kepulan awan. Jadi Untuk istilah terhempas akibat cuaca memang sukar untuk diterima melainkan berada diposisi bawah awan.

Rampasan. Mungkin kebarangkaliannya pesawat ini kena rampas. Seperti kejadian-kejadian nahas pesawat sebelum-sebelum ini, biasanya rampasan keatas pesawat oleh puak-puak pengganas akan berkesudahan dengan meletopnya pesawat diudara ataupun terhempas. Ini disebabkan puak-puak pengganas ini bertindak nekad dan berani mati diatas apa yang mereka lakukan. Seandainyalah kali ini MH370 yang diramas ini boleh mendarat dengan selamat dimanakah berada? Jika terhempas dimanakah lokasinya? Dengan kapal terbang yang paling canggih abad ini dilengkapi segala teknologi terkini, gagal dikesan apa yang telah terjadi.

Ada yang mengatakan pesawat menjunam lurus kedalam laut. Jadi tiada kesan serpihan yang wujud. Bagi saya amatlah tidak betul tanggapan sedemikian. Bayangkan anda ingin terjun untuk mandi di kolam renang. Adakah anda akan mengepak kedua-dua tangan anda dan terjun. Sudah pasti tidak dimana anda akan merapatkan tangan anda kepinggang ataupun meluruskan diatas kepala. Kenapa? Sudah pasti kalau anda mengepak tangan anda dan terjun, tangan anda akan merasa sakit dan silap-silap akan patah. Jadi kalaulah pesawat ini terjun sebegitu, pasti sayapnya dan tertanggal. Lagilah dengan kelajuan yang beratus-ratus km/j, walaupun air dengan tekanan yang kuat pasti akan ada juga serpihannya.

Jika anda lihat google maps, kawasan laut China Selatan ini masih dikategorikan tak seberapa dalam. Kalau tak silap dalamnya sekitar 300 ke 400 kaki sahaja. Andainya terjunam didalam laut, dengan badan pesawat yang besar pasti akan nampak dilihat oleh satelit ataupun mata kasar dari ruang udara. So senang cerita andainya kapal terhempas pasti akan ada serpihan yang dijumpai.

MISTERI

Dua hari selepas kejadian ini saya bertemu dengn seorang sahabat di Shah Alam. Dalam membincangkan hal-hal perniagaan, kami juga berbincang mengenai kehilangan MH370 ini. Pesawat hilang di alam ghaib? Segitiga bermuda ke? Bukan ke ia terletak dilautan fasifik. Ini laut China Selatan. Jauh tu bezanya. Satu persatu di merungkai perkara-perkara yang boeh saya terima dengan akal yang waras. Contoh kejadian Air France 447 pada tahun 2009. Pesawat jenis Airbus A330 ini sememangnya bakal melalui kawasan-kawasan yang menghampiri Segitiga bermuda. Dari pandangannya mungkin ia berkaitan dengan segitiga ini. Ini memandangkan selepas dua tahun baru jumpa bangkai pesawat dan lebih seratus mayat masih terikat didalam pesawat. Walau bagaimanapun sebelum itu 5 hari selepas kejadian mereka telah menjumpai serpihan ekor serta 15 mayat. Jadi mengapa dah jumpa petanda awal pun masih tak jumpa bangkai pesawat. Baca DISINI untuk mengetahui kisah nahas pesawat.

Saigon triangle
Masih ingatkah anda mengenai kehilangan Hornet milik TUDM yang hilang dilaut China Selatan ketika sesi latihan beberapa tahun dahulu. Sehingga kini hornet tersebut masih belum ditemui lagi. Ini menguatkan lagi fakta bahawa bahawa ada serpihan Segitiga bermuda yang wujud di sekitar laut China Selatan. Segitiga itu diantara Ho Chi Minh (Saigon), Kuantan dan Manila. Ia juga dipanggil segitiga Saigon. Seandainya kawan saya tipu, maka saya juga tipu anda. Jadi ini hanyalah andaian. Tapi tahukah anda bahawa jurang paling dalam didunia terletak di perairan Filipina?

Dengan keadaan pesawat yang hilang dari radar dan langsung tidak meninggalkan kesan, teori pesawat untuk dilencongkan ke alam lain boleh terjadi. Selang sehari selepas itu, TV3 membuat temuramah bersama Kapten Norudin Abd Majid dimana ramai rakyat Malaysia terkejut mendengar penjelasan beliau. HILANG!!! kita kembali kepada yang mencipta sains: katanya ringkas dan padat. Nasib baik saya dah memikirkan hal tersebut lebih awal, kalau tak saya pun pasti akan terkejut beruk gak. hehehe.


Sebenarnya bukan sahaja segitiga Bermuda yang wujud, kalau anda Google pasti anda akan jumpa mengenai segitiga selain Bermuda ini. Contohnya segitiga Naga yang terletak di negara Jepun. Tapi yang pastinya didunia ini lautan lebih besar dari daratan. Pengaruh alam-alam ghaib lebih kuat di lautan berbanding di daratan. Renung-renungkan.

KONSPIRASI

Pelbagai teori telah wujud. Samaada secara kebetulan, rekaan dan juga kajian. Ramai penganalisis muncul memberi pandangan dan pendapat mengenai kehilangan MH370 ini. Beberapa orang kapten pesawat yang berpengalaman telah di panggil utuk ditemuramah agar menceritakan pengalaman serta kecanggihan teknologi yang dimiliki oleh pesawat jenis boeing 777 ini. Sedikit sebanyak ilmu yang dimiliki oleh kapten-kapten ini telah menjadikan kita dari kosong pengetahuan mengenai pesawat terus bijak pandai membuat andaian apa yang sebenarnya berlaku dengan pesawat ini.


Tidak cukup dengan itu, pihak atasan yang mewakili setiap badan, syarikat serta kementerian membuat kenyataan media bagi memberikan gambaran semasa apa yang berlaku. Masing-masing berebut-rebut membuat kenyataan walaupun kenyataan itu sebenarnya masih dalam siasatan dan samar-samar. Akibatnya percanggahan kenyataan berlaku diantara mereka dan membuatkan rakyat bingung serta tertanya-tanya pakah yang disorokkan oleh mereka serta pihak kerajaan.

Jika kita lihat di negara luar, hanya presiden atau perdana menteri, setiausaha dan seorang dua lagi yang dibenarkan mengeluarkan kenyataan. Ini bagi mengelakkan agar mereka tidak bercanggah cerita serta pendapat. Jika pihak atasan mengarahkan agar rakyat supaya tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak rasmi bagi menjaga perasaan keluarga mangsa, tapi mereka tidak sedarkah dengan apa kenyataan yang mereka keluarkan sebelum ini membuatkan keluarga mangsa bingung serta marah akibat sikap berdolak dalih mereka itu.

Berbalik kepada kejadian MH370 ini. Berdasarkan kajian, info-info terkini dan teori sudah ramai yang menganggapkan kisah kehilangan pesawat ini adalah berunsur kospirasi terancang. Hasil pemerhatian saya memang banyak kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak atasan lebih kepada rekaan dan bukannya kebenaran. Pesawat penumpang yang paling canggih di abad ini mudah hilang dari pengawasan radar. Adakah semua radar dan satelit di dunia ini cap ayam punya?. Jika difikirkan sebelum ini Amerika sendiri telah berjaya mengesan dimana Saddam Husien dan Osama Laden bersembunyi mengunakan satelit mereka. Walaupun mereka bersembunyi didalam tanah. Jadi logik tau tidak pesawat yang besar ini tidak boleh dikesan perjalanannya serta dimana ia berada.

Selama 10 hari ini juga yang tidak putus-putus menyelongkar laman-laman web untuk mencari fakta-fakta yang boleh diyakini untuk mengaitkan kehilangan pesawat ini adalah sudah dirancang rapi oleh tangan-tangan ghaib. Siapa sebenarnya yang menjadi pengarah serta kru disebalik tabir drama ini?. Barisan Nasional? Pakatan Rakyat?. Mungkin tidak. Mungkin kuasa-kuasa besar dunia yang ingin menjayakan misi penaklukan dunianya. Anda boleh baca DISINI dan DISINI untuk mendapatkan kisah konspirasi yang mungkin berkaitan dengan kisah MH370 ini. Saya tidak menyatakan semua teori mereka ini 100% betul tetapi apa yang mereka kaji ada nampak logiknya. Bagi anda yang ingin membacanya sila pastikan anda berada pada tahap otak yang normal dan berfikiran jauh serta terbuka. Sila pastikan pautan-pautan yang mereka berikan itu anda baca dan cuba fahami. Seandainya pautan-pautan tersebut membawa kehalaman Facebook, pastikan anda membaca komen-komen dibawahnya. Jika pengomen-pengomen ada menyertakan gambar ataupun pautan video atau artikel lain, sila baca dan juga tonton. Apa yang pasti semua data-data dan fakta-fakta logik dan saling kait mengait.


Selepas habis anda membaca serta menyelongkar pautan-pautan yang mereka berikan, saya pasti anda akan menarik nafas panjang serta termenung jauh. Malaysia adalah kambing hitam yang diguna-gunakan oleh mereka untuk menjayakan misi kotor mereka. Malaysia akan bakal diheret dalam kancah peperangan dunia ke-3. Mereka mesti menguasai perairan Malaysia bagi memudahkan kerja-kerja mereka. Ya memang benar. Hanya tinggal disatu kawasan sahaja yang mereka masih belum mampu untuk ditakluki dan tempat itu ialah Kepulauan Spratly. Untuk lebih menyakinkan lagi anda boleh tonton video DISINI. Mulakan pada minit ke 14:50. Anda akan lihat betapa pentingnya perairan kita dikaca mata mereka.

Oklah disebabkan anda sudah pun membaca serta mengkaji pautan-pautan yang saya beri, maka tak perlulah lagi untuk saya huraikan lebih panjang lebar lagi berkenaan konspirasi ini. Dipendekkan cerita disamping anda berdoa untuk keselamatan kru-kru serta penumpang MH370 ini, ada baiknya juga anda sertakan untuk berdoa bagi diri sendiri. Berdoalah agar kita tidak termakan fitnah akhir zaman serta tanahair kita terus sentiasa aman damai. Ini bukan lagi masanya untuk kita menunding jari menyalahkan PR ataupun BN. Bersatulah untuk membuktikan rakyat Malaysia ini kuat mempertahankan tanahair ini. Jangan sampai suatu hari nanti kita bertuankan yahudi dalam memimpin kehidupan seharian kita. Ketika itu tiada apa lagi yang mampu dilakukan melainkan seperti kerbau yang dicucuk hidungnya.

Oleh yang sedemikian perbanyakkanlah amalan-amalan di ruang sisa-sisa masa yang ada ini. Jangan lupa untuk kita mengamalkan dari sekarang untuk membaca Surah Al-Kahfi 10 ayat yang pertama serta 10 yang terakhir. Kalau boleh hafal dan amalkannya banyak-banyak terutamanya sebelum tidur. Jika tidak mampu untuk menghafal, bacalah banyak-banyak dan ditambah 20 ayat pertama jika mampu. Kita sekarang berada diambang kemuncak fitnah akhir zaman. InsyaAllah dengan izinnya kita mampu untuk menghidarkan diri dari fitnah akhir zaman yang dasyat.




Disamping itu juga bersedialah kita untuk mengelak fitnah dajjal yang maha dasyat pada setiap kali solat Fardhu 5 waktu sehari semalam. Bacalah doa tersebut selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap solat. Semoga iman dan aqidah kita terus terpelihara.


Untuk akhirnya apa yang saya coretkan ini tidaklah memaksa untuk anda mempercayainya. Terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri. Allah tidak akan merosakkan sesuatu kejadian, melainkan manusia itu sendiri yang merosakkannya.


p/s  Tak sangka pula dalam seminggu ini blog saya ini telah diserbu oleh ribuan pengunjung. Semua pengunjung tertumpu dengan sebuah artikel dimana saya pernah berubat dengan menggunakan khidmat Mahaguru Dato Ibrahim Zin. Jika anda belum membaca artikel yang saya tulis pada Januari 2011 ini, anda boleh membacanya DISINI. Bagi pendapat saya untuk kes bomoh ni, sebenarnya saya lebih untuk menyalahkan pihak yang menjemput beliau. Sebaik-baiknya biarlah bomoh ini membuat kerjanya didalam bilik yang sesuai serta terlindung dari pandangan umum. Lagi satu kalau niat berdoa untuk memohon sesuatu, diana-mana pun boleh. Tak sememestinya di tempat kejadian sahaja. Untuk yang selebihnya saya lebih bersikap kepada NO KOMEN.



# Sambungan berkenan MH370 - MH370 - Kesan dan peringatan buat kita



Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger