Headlines News :
.
Home » , , » Game 15 MSL 2014 - Pahang 0-1 Selangor

Game 15 MSL 2014 - Pahang 0-1 Selangor

Written By Unknown on Sunday, May 11, 2014 | 04:07


Pasukan Selangor berjaya melonjakkan diri ke puncak Liga Super selepas membenam cabaran Pahang dengan keputusan 0-1. Perlawanan yang telah dilangsungkan di Stadium Darul Makmur bukanlah menjadi penghalang untuk Selangor meraih tiga mata penuh dan mengumpul 31 mata dari 15 perlawanan yang telah dilalui.

Selangor lebih banyak mempamerkan corak permainan secara berhati-hati. Mengetahui taktik pasukan Pahang yang bermain pantas menyerang, Mehmet telah menurunkan kesebelasan utamanya dengan lebih kepada formasi bertahan. Jangkaan Mehmet sememangnya tepat kerana boleh dikatakan hampir keseluruhan perlawanan lebih dikuasai oleh pasukan tuan rumah.


Bayangkan kerakusan pasukan Pahang untuk menguasai permainan dengan langsung tiada sepakan sudut pun yang diperolehi oleh Selangor sehingga tamat perlawanan. Keadaan barisan Midfield serta penyerang Selangor tenggelam kerana gagal memperkemaskan hantaran serta kawalan bola akibat lebih memfokuskan kepada bertahan.



Separuh masa kedua barulah ada nampak perubahan pada barisan serangan Selangor dimana penjaga gawang Pahang Nasril Nordin kerap juga bekerja keras berbanding sebelumnya. Akibat terlalu taksub untuk menyerang dan menembusi gawang Selangor, akhirnya melalui serangan balas melalui hantaran satu dua diantara Rangel dan Andik telah berjaya disudahkan dengan cantik oleh Andik. Tersentak dengan jaringan tersebut, Pahang menggandakan asakan demi asakan tetapi malangnya nasib terus tidak menyebelahi mereka.


Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Selangor Farizal Marlias kerana menjadi wira dalam menyelamatkan banyak percubaan merbahaya jentera Pahang. Begitu juga dengan semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh barisan pertahanan serta semuanya dalam mengekang serta menafikan asakan Pahang.


Seperti kata jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hasan, Tidak gunanya bermain cantik dengan menguasai keseluruhan perlawanan seandainya gagal menjaringkan gol. Sedikit kealpaan pasti akan dihukum. Walau bagaimanapun beliau menerima kekalahan ini dengan hati terbuka. Apapun tahniah untuk pasukan Selangor yang menjadi peneraju liga yang baru pdaa ketika ini. VIVA SELANGOR. GAYATTTTTTTTT WEIII...



Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger