Headlines News :
.

BPL 2013/14 (Game 23) - Liverpool 4-0 Everton

Written By Unknown on Thursday, January 30, 2014 | 11:00


Kepada peminat setia Liverpool yang berjaga awal pagi Rabu semalam untuk menyaksikan pertembungan dua pasukan Merseyside ini sememangnya berbaloi-baloi. Kepada yang dah set alarm tapi terlajak tak dapat nak tengok live, pasti terkilan bagai nak gila. Begitu juga kepada mereka yang memang tak nak pun tengok perlawanan ini akibat tak tahan mata mengantuk dan kena kerja pula waktu pagi, pasti terpinga-pinga semacam tak percaya dengan apa yang terjadi. Begitulah kisahnya apabila keputusan di akhir perlawanan di antara dua musuh setempat Merseyside ini di menangi oleh Liverpool dengan keputusan 4-0.

Semua tidak menyangkakan bahawa pasukan Everton yang sememangnya pasukan paling liat dan bertenaga pada musim ini, mampu diratah mentah-mentah oleh anak didik Branden Rodgers. Kali terakhir Liverpool kenduri besar terhadap pasukan jiran merangkap pasukan abang ini ialah pada musim 1982/1983 dimana Liverpool telah memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 5-0. Bezanya perlawanan terebut telah dilangsungkan di Goodison Park sementara perlawanan semalam pula di Anfield.


Gerrard memulakan pesta gol Liverpool dengan tandukan tajamnya yang melepasi jangkauan pertahanan Everton. Ini adalah gol pertama beliau melalui jaringan bola hidup pada musim ini. Kemudiannya Sturridge meneruskan malam kegemilagan Liverpool apabila menjaringkan dua gol dalam masa dua minit berselang. Tidak cukup dengan itu, Suarez juga menghukum kelalaian Jagielka apabla berjaya membuat larian solo dari tengah padang sebeum merembat masuk menewaskan Howard. Sturridge berpeluang untuk menjaringkan hatrik pada mint ke 55 selepas Sterling di jatuhkan oleh Howard di dalam kotak penalti. Malangnya walaupun Howard sudah tertewas, tetapi sepakan beliau tinggi melepasi gawang gol.

Apa yang kurang menariknya, kerakusan Sturridge untuk menjaringkan hatrik telah membuatkan rakan sepasukan lain terutamanya Suarez menjadi kurang berpuas hati. Sikap tamaknya membuatkan Suarez menegur tindak tanduknya. Akibat pergeseran tersebut, Branden Rodgers telah mengeluarkan Sturridge untuk digantikan oleh Moses. Tindakan BR yang mengeluarkan Sturridge ini juga telah menyebabkan pertelingkahan kecil Sturridge dan BR. Walaubagaimanapun selepas tamat perlawanan, Sturridge segera memohon maaf di atas kesilapannya itu.


Secara keseluruhannya pada perlawanan ini Gerrard berjaya mengemudi bahagian defensif midfielder dengan jayanya. Walaupun ada sesekalinya bocor dan membuatkan sedikit huru hara bahagian pertahanan, pintu gol Liverpool berjaya dipertahankan daripada bocor. Begitu juga gandingan Skrtel dan Toure yang semakin hari semakin nampak keserasiannya. Flanagan yang telah berehat panjang juga mempamerkan aksi menarik di posisi yag telah ditinggalkan oleh Johnson akibat kecederaan. Apapun kecemerlangan ini di harap dapat diteruskan lagi menjelang pertemuan dengan West Bromwich pada hari Ahad nanti. YNWA.

LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Skrtel, Toure, Flanagan (Kelly), Gerrard, Henderson, Coutinho (Alberto), Sturridge (Moses), Sterling, Suarez
SUBS : Jones, Kelly, Ibe, Smith, Moses, Aspas, Alberto

EVERTON : Howard, Baines, Jagielka, Mirallas, McCarthy, Lukaku (Naismith), Barry, Barkley (McGeady), Pienaar (Osman), Stones, Alcaraz
SUBS : Robles, Hibbert, McGeady, Naismith, Gueye, Osman, Garbutt


All Goals - Liverpool 4-0 Everton - 28-01-2014... by beingoal1


Game 3 MSL 2014 - Selangor 1-0 Pahang

Written By Unknown on Wednesday, January 29, 2014 | 00:09


Selangor berjaya menebus kehampaan di atas kekalahan kepada pasukan Lion Xll tempohari apabila berjaya menundukkan pasukan Pahang dengan keputusan 1-0 di Stadium MBPJ petang tadi. Paulo Rangel menjadi wira skuad Red Giants apabila telah menjaringkan gol tunggal pada minit ke 56 di separuh masa kedua perlawanan.

Selangor seharusnya berterima kasih kepada penyerang-penyerang pasukan Pahang kerana kegagalan mereka untuk menyudahkan peluang yang banyak terhidang di depan mata. Sememangnya diakui pasukan Pahang lebih banyak mendominasikan permainan dengan corak permainan dan hantaran tersusun berbanding Selangor yang nampak lebih menyerlah sedikit pada separuh masa kedua berbanding sebelumnya.


Gol jaringan Paulo Rangel terhasil dari tandukan lemahnya yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol pasukan Pahang. Gol ini adalah jaringan ketiga dalam koleksi peribadinya di dalam Liga Super dan empat gol secara keseluruhannya termasuk perlawanan piala FA. Dalam perlawanan ini masih lagi nampak ada kelemahan ketara di barisan benteng Selangor dan diharap Mehmet dapat mengatasi kelemahan tersebut pada perlawanan akan datang.

Setelah tamat keseluruhan perlawanan Liga Super pada hari ini, Selangor melompat ke takhta liga dengan mengumpul enam mata dari 3 perlawanan. Selepas ini pasukan Selangor akan kembali beraksi di kejohanan Piala FA pada hari Selasa hadapan menentang pasukan Sarawak di Stadium MBPJ. Diharapnya pasukan Selangor mampu untuk meneruskan kecemerlangannya melangkah kepusingan seterusnya.



Undian : FA Cup (Round 5) 2013/2014

Written By Unknown on Tuesday, January 28, 2014 | 22:00


Undian FA Cup pusingan ke-5 ini sememangnya adalah undian pusingan maut. Draw yang tiada lucky bagi empat pasukan teratas liga Premier termasuk Liverpool apabila diundi bertemu sesama sendiri pada pusingan seterusnya ini.

Pasukan Liverpool telah diundi untuk bertemu pasukan Arsenal sementara pasukan Manchester City pula bertemu Chelsea. Perlawanan diantara Liverpool dan Arsenal ini akan dijadualkan berlangsung di gelanggang Arsenal Staadiu Emirate. Dengan undian ini nampaknya pasukan Liverpool akan bertembung dengan pasukan Arsenal sebanyak dua kali berturut-turut dimana pada 8 Februari sebelum bertembungnya didalam piala FA, perlawanan liga terpaksa diharungi.

Berikut adalah keputusan undian beserta jadual perlawanan keseluruhan Piala FA bagi pusingan ke-5 nanti.

Manchester City VS Chelsea
Sheffield United @ Fulham VS Nottingham Forest @ Preston
Arsenal VS Liverpool
Brighton VS Hull City
Cardiff City VS Wigan Athletic
Sheffield Wednesday VS Charlton Athletic
Sunderland VS Southampton
Everton VS Swansea City



4th Round FA Cup 2013/14 - AFC Bournemouth 0-2 Liverpool

Written By Unknown on Sunday, January 26, 2014 | 03:16


Pasukan Liverpool berjaya melangkah ke pusingan ke-5 apabila berjaya menewaskan pasukan dari liga Championship AFC Bournemouth 2-0 perlawanan pusingan ke-4 tadi. Bermain di gelanggang Bournament Goldsands Stadium, Liverpool dipaksa bekerja keras dengan tentangan sengit yang telah diberikan.

Jika diihat dari segi kualiti permainan, pemain pasukan Bournamouth selayak di puji dengan kesungguhan mereka untuk mencalarkan imej Liverpool. Mereka berjaya membuat serangan demi serangan yang telah mengkucar kacirkan benteng pertahanan Liverpool. Walaupun bermain didalam liga kelas bawahan, mereka bermain seolah-olah mereka bukanlah sebuah pasukan yang boleh diratah mentah-mentah.


Kegagalan pemain-pemain Bournamouth untuk menyudahkan peluang yang banyak terhidang sememangya telah banyak membuatkan kita menarik nafas lega. Ketiadaan Lucas yang berehat panjang selama dua bulan sememangnya amat dirasai apabila barisan tengah sedikit kurang berkesan. Walaupun peranan bahagian tengah masih diberi kepercayaan kepada Henderson dan Gerrard, nampak masih kurang keseimbangan mereka dalam membantu barisan pertahanan.

Gol-gol Liverpool telah berjaya di hasilkan oleh pemain pinjaman Victor Moses serta Daniel Sturridge pada separuh masa ertama dan kedua perlawanan. Moses yang jarang diturunkan dalam kesebelasan utama, telah memainkan peranan penting dalam menghidupkan serangan dibahagian kiri. Malangnya bahagian kanan Liverpool nampak agak lemah pada perlawanan ini. Apapun yang penting kemenangan berjaya diperolehi.


AFC BOURNEMOUTH : Camp, Francis, Ward, Elphick, Daniels, Arter (Pitman), O'Kane, Surman, Ritchie (Fraser), Grabban, Pugh (Rantie)
SUBS : Allsop, Cook, Harte, MacDonald, Fraser, Pitman, Rantie

LIVERPOOL : Jones, Cissokho, Toure, Skrtel, Kelly (Flanagan), Henderson, Gerrard, Coutinho (Alberto), Moses (Sterling), Sturridge, Suarez
SUBS : Mignolet, Alberto, Aspas, Sterling, Ibe, Flanagan, Sama


AFC Bournemouth 0 Liverpool (Relato Raul... by FutbolPasionMundial3

Game 2 MSL 2014 - Lion Xll 2-1 Selangor


Selepas melepasi dua perlawanan liga serta piala FA minggu ini dengan kemenangan, pasukan Selangor gagal untuk meneruskan rentak kemenangan tersebut apabila tewas dengan pasukan Lion Xll 2-1 malam tadi. Bermain di Stadium jalan besar yang menggunakan rumput tiruan sememangnya satu kelebihan bgi pasukan Lion untuk membenam cabaran pasukan Selangor.

Lion Xll terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit-minit terakhir sebelum rehat separuh masa pertama melalui Shakir Hamzah. Walaubagaimanapun keputusan tersebut tidak lama apabila Fitri Shazwan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57. Malangnya disaat kedua-dua pasukan seperti akan menamatkan perlawanan dengan berkongsi satu mata, Khairul Amri menjadi wira pasukan Lion Xll apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada penghujung masa kecederaan separuh masa kedua.

Dengan kekalahan ini, Selangor telah menduduki tangga kedua carta Liga Super di bawah Kelantan yang telah mengutip 6 mata maksimum dari dua perlawanan yang dilalui. Selepas ini, pasukan Selangor akan bertemu pasukan Pahang pula dimana perlawanan akan dilangsungkan pada hari Selasa di stadium MBPJ. Harapannya Selangor mampu untuk menebus kehampaan ini nanti.


Senarai penjaring gol pasukan Selangor FA musim 2014

Written By Unknown on Monday, January 20, 2014 | 01:04


Berikut adalah senarai nama penjaring gol bagi pasukan Selangor FA bagi keseluruhan musim 2014. Siapakah antara mereka mampu bergelar mesin gol pasukan kita. Sama-sama kita tunggu hingga ke penghujung musim ini.

SENARAI PENJARING GOL MUSIM 2014
-
NAMA
P. LS
P. FA
P. AFC
P. MAS
P. SS
JUMLAH
Paulo Rangel Do Nasimento Gomes
16 1 7 1 - 25
Thamil Arasu
2 - - - - 2
Andik Vermansah
2 - - 1 - 3
Steve Pantelidis
1 - 1 - - 2
Junior Aparecido Guimaro De Souza
- 1 - - - 1
Mohd Fitri Syazwan B. Raduwan
1 - - - - 1
Afiq Azmi
1 - - - - 1
Abdul Hadi B. Yahya
1 - - - - 1
Veenod a/l Subramaniam
1 - - - - 1
Kunalan a/l Subramaniam
1 - - - - 1
Ahmad Hazwan Bakri
1 - - - - 1
Azmi Muslim
- - 1 - - 1
Own Goal
1 - - - - 1
NIL
TOTAL
28
2
9
2
-
41

- P. LS : Piala Liga Super
- P. FA : Piala FA
- P. AFC : Piala AFC
- P. MAS : Piala Malaysia
- P.SS : Piala Sultan Selangor


Jadual perlawanan pasukan Selangor FA musim 2014

Written By Unknown on Sunday, January 19, 2014 | 19:10


Berikut adalah jadual lengkap perlawanan yang membabitkan pasukan Selangor FA bagi musim 2014 ini. Jadual perlawanan-perlawanan tersebut adalah yang membabitkan semua kejohanan seperti Piala Liga Super (MSL), Piala FA, Piala AFC dan juga Piala Malaysia.

LIGA SUPER MALAYSIA (MSL) 2014
BIL
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
1
PBDKT T-Team
18/01/2014 16:45
Stadium MBPJ
2 - 0
2
Singapore Lions Xll
25/01/2014 19:45
Stadium Bishan, Sin.
2 - 1
3
Pahang
28/01/2014 16:45
Stadium MBPJ
1 - 0
4
Sime Darby FC
08/02/2014 20:45
Stadium MP Selayang
1 - 2
5 15/02/2014 20:45
Std. Hj Hassan Yunos
4 - 1
6
ATM FA
15/03/2014 20:45
Stadium MP Selayang
1 - 1
7
Kelantan
22/03/2014 20:45
Stadium Shah Alam
1 - 0
8
Sarawak
25/03/2014 20:45
Std. Negeri Sarawak
0 - 2
9
PKNS FC
29/03/2014 20:45
Stadium Shah Alam
2 - 2
10
Perak
05/04/2014 20:45
Stadium Perak
0 - 1
12
PBDKT T-Team
08/04/2014 20:45
Std. Sultan Ismail Nas.
1 - 1
11
Perak
12/04/2014 20:45
Stadium Shah Alam
1 - 0
13
Singapore Lions Xll
19/04/2014 20:45
Stadium Shah Alam
1 - 0
14
Terengganu
04/05/2014 20:45
Stadium Shah Aam
0 - 0
15
Pahang
10/05/2014 20:45
Stadium Darul Makmur
0 - 1
16
Sime Darby FC
17/05/2014 20:45
Stadium Shah Alam
1 - 0
17
Johor Darul Takzim
24/05/2014 20:45
Stadium Shah Alam
0 - 1
18
Terengganu
10/06/2014 20:45
Std. Sultan Ismail Nas.
1 - 4
19
ATM FA
14/06/2014 20:45
Stadium Shah Alam
0 - 2
20
Kelantan
17/06/2014 20:45
Std. Sultan Mohammad
2 - 0
21
Sarawak
21/06/2014 20:45
Stadium Shah Alam
3 - 0
22
PKNS FC
25/06/2014 20:45
Stadium Shah Alam
2 - 2

# Untuk mengetahui kedudukan semasa carta Liga Super bagi musim 2014 ini, sila KLIK DISINI



PIALA FA MALAYSIA 2014
GAME
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
1st-round
Harimau C
22/01/2014 16:15
Away
0 - 2
2nd-round
Sarawak
04/02/2014 16:15
Home
0 - 1

# PIALA FA 2014 : Selangor gagal di peringkat pusingan kedua.



PALA AFC 2014
GAME
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
Group F (1)
Arema Indonesia (IDN)
25/02/2014 20:45
Home
1 - 1
Group F (2)
Maziya Sports (MDV)
11/03/2014 16:00
Away
1 - 1
Group F (3)
Ha Noi T&T (VIE)
19/03/2014 17:00
Away
1 - 0
Group F (4)
Ha Noi T&T (VIE)
01/04/2014 20:45
Home
3 - 1
Group F (5)
Arema Indonesia (IDN)
16/04/2014 16:00
Away
1 - 0
Group F (6)
Maziya Sports (MDV)
23/04/2014 20:45
Home
4 - 1

PIALA AFC (SELANGOR) LIVE STREAMING

  1. Arema Indonesia - 25/02/2014 | 20:45 - LIVE LINK
  2. Maziya Sports - 11/03/2014 | LIVE - 17:00 | DELAY - 22:30
  3. Ha Noi T&T - 19/03/2014 | LIVE - 16:00 | DELAY - 22:30
  4. Ha Noi T&T - 01/04/2014 | 20:45 - LIVE 1 | LIVE 2
  5. Arema Indonesia - 16/04/2014 | LIVE - 16:00 | DELAY - 22:30
  6. Maziya Sports - 23/04/2014 | 20:45 - LIVE 1 | LIVE 2


PERSAHABATAN 2014
GAME
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
1
Sevilla (Spain)
26/05/2014 20:45
Std. Shah Alam
0 - 2



PIALA MALAYSIA 2014
GAME
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KPTSN
Group D (1)
PBDKT T-Team
13/08/2014 20:45
S. S. Ismail Nasiruddin
Group D (2)
PDRM
20/08/2014 20:45
Stadium Shah Alam
0 - 2
Group D (3)
Sime Darby FC
23/08/2014 20:45
Stadium MP. Selayang
0 - 2
Group D (4)
Sime Darby FC
27/08/2014 20:45
Stadium Shah Alam
1 - 2
Group D (5)
PDRM
30/08/2014 20:45
S. T. A. Rahman, Paroi
1 - 1
Group D (6)
PBDKT T-Team
03/09/2014 20:45
Stadium Shah Alam
1 - 0
Suku A. (1)
Felda United
03/10/2014 20:45
Stadium Shah Alam
-
Suku A. (2)
Felda United
17/10/2014 20:45
Stadium MP. Selayang
-



# Semua jadual perlawanan tertakluk kepada perubahan terakhir.
# Berline kuning adalah bermain di gelanggang sendiri.
# Waktu yang tertera adalah mengikut waktu Malaysia (GMT +08:00)


BPL 2013/14 (Game 22) - Liverpool 2-2 Aston Villa


Liverpool gagal menggunakan kesempatan bermain di gelanggang sendiri untuk memungut 3 mata penuh apabila sekadar mampu berkongsi satu mata dengan pasukan pelawat Aston Villa. Liverpool yang bernasib baik seharusnya berpuas hati dengan keputusan seri ini berbanding langsung tiada mata diperolehi dalam perlawanan ini.

Dari bermulanya perlawanan telah menampakkan Liverpool tenggelam dengan bayang-bayang kehebatan pemain pasukan Aston Villa. Walaupun pertahanan Liverpool yang diketuai Skrtel dan Toure berjaya mengekang asakan demi asakan lawan, gol Liverpool bocor juga dengan gol-gol mudah akibat kecuaian pemain Liverpool sendiri. Paling ketara gol kedua Aston Villa melalui tandukan Benteke dimana kesilapan Mignolet yang tersilap langkah untuk keluar menepis hantaran lintang tetapi tidak mengenai bola dan sebaliknya bola tersebut singgah tepat di kepala Benteke dikala pintu gol sudah pun terbuka luas.


Sepatutnya pintu gol Liverpool boleh dibolosi lebih dari 2 gol. Tapi tiang gol dan beberapa percubaan penyerang Aston Villa berjaya ditepis oleh Mignolet selain tersasar dari gawang gol. Sturridge berjaya merapatkkan jurang pada minit-minit terakhir separuh masa pertama. Hantaran Suarez kepada Henderson berjaya dikuas dengan cemas untuk Suarez membuat tolakan cantik menewaskan penjaga gol Aston Villa.

Mengetahui kelemahan ketara dibahagian midfield Liverpool, Rodgers segera membuat pertukaran pertama pada permulaan separuh masa kedua. Memasukkan Lucas untuk menggantikan Cutinho ternyata teah banyak mengubah corak permainan Liverpool. Gol penyamaan akhirnya muncul jua apabila Gerrard berjaya menyudahkan sepakan penalti setelh Suarez dijatuhkan didalam kotak penalti. Itulah dia, nasib penalti yang masih mampu untuk menjaga maruah Liverpool daripada tercalar.


Walaubagaimanapun Liverpool terpaksa mengeluarkan Lucas semula selepas hanya mampu untuk beraksi selama 20 minit selepas mengalami kecederaan. Allen dimasukkan untuk cuba menghidupkan lagi sisa-sisa perjuangan yang tinggal malangnya tetap gagal untuk mencari gol tambahan untuk menang. Nampaknya tiada pemain yang benar-benar digelar Defensif Midfielder sememangnya hampir mengundang padah pada perlawanan ini. Gerrard gagal berfungsi dengan baik diposisi ini. Begitu juga dengan Johnson yang banyak terbenam untuk berada dibawah berbanding diatas seperti biasa. Cissokho boleh rasanya untuk dipulangkan kembali ke kelab asalnya memandang nampak seperti amat pemalas pemain ini untuk mengejar bola serta membuat geraka-gerakan pantas. Nasib juga terus bersama Liverpool kerana walaupun sekadar mampu seri, kedudukan tempat ke-4 masih kekal dimiliki oleh Liverpool.


LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Skrtel, Toure, Johnson, Gerrard, Henderson, Sterling, Coutinho (Lucas, Allen), Sturridge, Suarez
SUBS : Jones, Kelly, Lucas, Moses, Allen, Aspas, Alberto

ASTON VILLA : Guzan, Bacuna, Vlaar, Clark, Bertrand (Luna), El Ahmadi (Sylla), Westwood, Delph, Agbonlahor (Holt), Weimann, Benteke
SUBS : Steer, Sylla, Helenius, Albrighton, Luna, Gardner, Holt.


Game 1 MSL 2014 - Selangor 2-0 T-Team


Permulaan yang baik bagi pasukan Selangor di perlawanan pembukaan bagi musim 2014 ini. Walaupun beraksi di waktu sebelah petang, ia tidak sedikit pun merencatkan segala perancangan jurulatih baru Selangor, Mehmet Durakovic. Kejayaan membenam cabaran T-Team 2-0 di Stadium MBPJ semalam sudah memadai untuk Selangor memungut 3 mata awal untuk berada dalam kedudukan kelompok selesa.

10 minit diawal perlawanan, pemain Selangor kelihatan agak gugup. Seperti masih segan silu untuk mendapatkan rentak, T-Team sedikit cuba mencuri tumpuan. Walaubagaimanapun selepas itu setip pemain elangor kembali bangkit untuk mencipta serangan demi serangan. Kesebelasan pemain Selangor menunjukkan persembahan yang amat baik. Separuh masa pertama sahaja bertubi-tubi serangan terhasil keaarah pintu gol pasukan T-Team namu tiada gol yang berjaya dihasilkan.


Melihat ada sedikit kelemhan disebelah sayap, Mehmet mengarahkan S. Kunanlan bertukar ke posisi sayap kiri dengan Fitri. Jika sepruh mas pertama Fitri agak tenggelam, selepas pertukaran posisi ini telah nampak perubahan ketara dengan permainan bertambah laju dan tersusun. Penyerang import Selangor dari Brazil Paulo Rangel telah banyak mempersia-sikan peluang keemasan yang tiba. Gol yang dinanti-nantikan akhirnya muncul juga apabila Paulo Rangel  berjaya membuat tandukan lemah untuk memperdayakn penjaga gol T-Team Shahril Sa'ari. Ia berpunca dari keadan kelam kabut yang melanda dalam kotak penalti T-Team.

Gol kedua Selangor pula hadir selang 7 minit kemudian. Paulo Rangel sekali lagi membuktikan bahawa pembelian beliau sememangnya berbaloi. Hantaran silang dari pemain gantian Abdul Hadi Yahya berjaya disempurnakan oleh beliau dengan tandukan yang tajam. Seperti peluru Rangel meluru dan melepaskan tandukan seperti kata pengulas Astro Arena Haji Hasbullah Awang.


Pujian harus diberikn kepada seorng lagi penyerang import Selangor Juninho kerana kerajinan serta kepintaran beliau mencipta ruang kepada rakan-rakannya. Dimana ada bola pasti akan berada kelibat beliau. Begitu juga dengan aksi S. Kunalan yang menghidupkan bahagian sayap. Larian pantas beliau telah banyak berjaya mengkucar kacirkan barisan pertahanan T-Team. Walaubagaimanapun secara keseluruhannya pemain-pemain Selangor berjaya bertindak cemerlang dan bekerjasama sepasukan. Walaupun bermain didalam keadaan padang yang kurang memuaskan, tetapi masih lagi mampu mempamerkan hantaran-hantaran cantik serta gerakan pantas ala-ala Barcelona. Tahniah Selangor.


SELANGOR : Farizal Marlias, Azmi Muslim, Steve Pantelidis, Shukur Jusoh (Hadi Yahya), Paulo Rangel, Juninho, Bunyamin Umar (P. Rajesh), K. Gurusamy, S. Kunanlan, Rizal Fahmi Rosid, Fitri Shazwan.
SUBS : Andik Vermansyah, Raimi Nor, Hadi Yahya, P. Rajesh, Afiq Azmi, Hamsani Ahmad, S. Veenod.

T-TEAM : Shahril Sa'ari, Hazwan Rahman (Hasbullah Awang), Faizal Muhamad, Fabio Flor, Shahril Faizal, Nelson San Martin (Patrich Wanggai), Evaloo Goncalves, Marzuki Yusuf, Hattaphon Bun An (Azlan Ismail), Azrul Hazran, Nuraliff Zainal.
SUBS : Hasbullah Awang, Azlan Ismail, Patrich Wanggai, Irfan Ghani, Wan Azraie Teh, Ramzul Zahini, Syuhran.


Carta kedudukan Liga Super Malaysia musim 2014

Written By Unknown on Wednesday, January 15, 2014 | 06:08


Saingan Liga Super Malaysia bagi musim 2014 telah kembali. Siapakah yang bakal menjadi juara dalam saingan musim ini. Mampukah untuk pasukan Selangor mengembalikan zaman kegemilangannya. Berikut adalah kedudukan semasa dalam carta Liga Super bagi musim ini. Selain mengetahui kedudukan semasa, boleh juga untuk mengetahui keputusan perlawanan serta jadual perlawanan akan datang. Semoga bermanfaat kepada anda semua.

Senarai lengkap pemain pasukan Selangor FA musim 2014


Alhamdulillah, musim baru 2014 akan bermula beberapa hari lagi. Dengan penampilan baru, gaya baru serta semangat yang baru, pasukan Selangor FA tampil dengan serba serbinya baru. Hal ini termasuk jugalah penampilan lebih dari 70% pemain-pemain baru yang menyertai keluarga Red Giants. Walaupun penghijrahan beramai-ramai pemain terbaik Selangor ke pasukan lain, tidak kurang hebat juga pemain-pemain yang hadir mencurah keringat di bawah pengendalian jurulatih yang baru iaitu bekas pemain import Selangor Mehmet Durakovic.

Berikut adalah senarai penuh pemain yang telah mewakili Selangor FA bagi musim 2014 ini. Diharap kehadiran mereka ini mampu untuk mengembalikan saat kegemilangan pasukan Red Giant seperti seatu masa dahulu. Selamat berjuang.

PENGURUS DAN KETUA JURULATIH
Dato Mokhtar Ahmad Mehmet Durakovic
Pengurus Ketua Jurulatih

KEJURULATIHAN
P. Maniam Azmin Azram Dharmendra
Pen. Jurulatih Jurulatih Pen. gol  Kecergasan

SENARAI PEMAIN PASUKAN SELANGOR FA 2014
NO
-
NAMA
T. LAHIR
UMUR
JOINED
POSISI
NEG.
1
Muhamad Syamim B. Othman
06/01/1990 24 10/11/2013
Penjaga Gol
2
Mohd Shazlan B. Alias
27/12/1989 24 19/12/2013
Pertahanan
3
Mohamad Azmi B. Muslim
17/10/1986 27 09/11/2013
Tengah
4
Stilianos Pantelidis
17/08/1983 30 14/12/2013
Pertahanan
5
Muhammad Shahrom B. Abdul Kalam
15/09/1985 28 09/11/2013
Pertahanan
6
Abdul Shukur B. Jusoh
28/02/1989 24 09/11/2013
Tengah
7
Andik Vermansyah
23/11/1991 22 03/01/2014
Tengah
9
Paulo Rangel Do Nasimento Gomes
04/02/1985 28 09/11/2013
Penyerang
10
Junior Aparecido Guimaro De Souza
28/05/1989 24 09/11/2013
Tengah
11
Ahmad Hazwan B. Bakri
19/06/1991 22 09/11/2013
Penyerang
12
Mohd Bunyamin B. Umar
07/01/1988 26 08/11/2013
Pertahanan
13
Mohd Raimi B. Mohd Nor
04/04/1986 27 09/11/2013
Tengah
14
Abdul Hadi B. Yahya
06/03/1985 28 09/11/2013
Penyerang
15
Gurusamy Govandar a/l Kandasamy
20/11/1989 24 09/11/2013
Tengah
16
Kunalan a/l Subramaniam
15/09/1986 27 09/11/2013
Tengah
17
Mohd Rizal Fahmi B. Abdul Roshid
01/05/1986 27 09/11/2013
Pertahanan
18
Rajesh a/l Perumal
21/07/1985 28 09/11/2013
Pertahanan
19
Muhammad Afiq B. Azmi
15/01/1989 24 10/11/2013
Penyerang
20
Thamil Arasu a/l Abumamee
04/07/1991 22 10/11/2013
Penyerang
21
Mohd Hamsani B. Ahmad
25/02/1976 37 08/11/2013
Penjaga Gol
23
Veenod a/l Subramaniam
31/03/1988 25 09/11/2013
Tengah
24
Mohd Fitri Syazwan B. Raduwan
08/12/1987 26 09/11/2013
Tengah
25
Mohd Farizal B. Marlias
29/06/1986 27 02/11/2013
Penjaga Gol
31
Satish Krishnan
24/09/1994 19 14/12/2013
Tengah


wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger