Headlines News :
.

Game 1 (Group F) Piala AFC 2014 : Selangor 1-1 Arema Indonesia

Written By Unknown on Thursday, February 27, 2014 | 02:22


Harapan pasukan Selangor untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan piala AFC nampaknya tidak kesampaian. Bermain di gelanggang sendiri di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor menerima kunjungan pasukan Arema Indonesia gagal menyekat kemaraan mereka apabila sekadar berpuas hati dengan berkongsi satu masa dari keputusan seri 1-1 selepas tamat perlawanan.

Pasukan Selangor mengguna pakai formasi 3-5-2 dimana menurunkan ke empat-empat pemain importnya untuk menentang pasukan yang dahulunya dikenali dengan Harimau Malang ini. Perlawanan yang rancak telah dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dimana Selangor terlebih dahulu berada dihadapan seawal minit ke lapan. Lorongan cantik Andik tidak dipersia-siakan oleh Paulo Rangel untuk menewaskan penjaga gol Arema, Kurnia Meiga. Gol pasukan Arema pula terhasil di separuh masa kedua dimana sepakan percuma ketua pasukannya Ahmad Bustomi berjaya mengelirukan Hamsani Ahmad untuk bola terus menerjah ke dalam gawang.

Hamsani Ahmad selayaknya di beri pujian penuh kerana kejayaan beliau menepis segala percubaan pasukan Arema yang diketuai oleh Cristian Gonzales. Masalah komunikasi dalam pasukan Selangor nampaknya masih terlihat apabila antara mereka sering berlaku salah faham sesama sendiri dan ini membuatkan bola mudah dirampas oleh pemain Arema.


Sepatutnya Selangor mampu untuk memenangi perlawanan ini seandainya peluang yang terhidang dihadapan mata dapat disempurnakan dengan baik. Malangnya Kegopohan pemain seperti Shukur Jusoh yang hanya berhadapan Kurnia Meiga gagal menyepak kemas peluang tersebut. Keteganggan pemain antara dua pasukan ini kerap juga berlaku. Tindakan Victor Igbonefo yang kerap mengasari Paulo Rangel, membuatkan perteingkahan kecil berlaku antara mereka.

Yang paling kurang menarik, ada segelintir penyokong pasukan Selangor yang telah membakar mercun di penghujung waktu perlawanan. Letupan tersebut telah membuatkan pengadil perlawanan memberhentikan permainan dimana ada pemain-pemain Arema yang terkejut dan menyangkakannya adalah mercun. Walaubagaimanapun perlawanan disambung kembali selepas mendapat kebenaran pegawai AFC yang bertugas. Rasa-rasanya ini adalah penyokong Selangor yang datang stadium setahun sekali buat perangai. Kalau penyokong tetap, pasti rileks jer. Mesti mereka ni tak baca titah baginda Sultan Selangor.

Apapun satu mata yang amat berharga ini dapat memberi lebih semangat kepada anak-anak buah Mehmet Durakovic untuk lebih bersedia bertarung habis-habisan dalam mengharungi perlawanan akan datang. Harapnya Mehmet mampu untuk melakukan yang terbaik kepada pasukan Selangor untuk mengembalikan zaman kegemilangannya seperti dahulu.


SELANGOR : Hamsani Ahmad, S Kunanlan, Steve Pantelidis, Shahrom Kalam, Bunyamin Omar (Raimi Md Nor), Shukur Jusoh (Fitri Shazwan), S Veenod, K Gurusamy, Andik Vermansah, Junior Aparecido (Thamil Arasu), Paulo Rangel

AREMA INDONESIA : Kurnia Meiga Hermansyah, Thierry Gathuessi, Victor Igbonefo, Purwoko Protomo, Ahmat Farizi, Ahmad Bustomi, Juan Revi Auriqto (Irsyad), I Gede Sukadana Prat, Dendi Santoso (Samsul Arif Munip), Alberto Concalves (Hendro Siswanto), Cristian Gonzales.





BPL 2013/14 (Game 27) - Liverpool 4-3 Swansea

Written By Unknown on Monday, February 24, 2014 | 02:29


Liverpool sekali lagi terpaksa berhempas pulas bagi memastikan tiga mata berharga terus menjadi habuan berharga pada perlawanan ke 27 liga bagi musim ini. Bermain dihadapan penyokong Liverpool dan di stadium Anfield bukanlah alasan untuk pasukan Swansea mudah mengaku kalah malah tentangan sengit berjaya dipamerkan.

Bersama-sama kejar mengejar menjaringkan gol membuatkan kita berdebar-debar untuk menantikan keputusan penuh selepas tamat perlawanan. Walaupun pada awalnya kelihatan Liverpool bakal mengadakan majlis kenduri gol, tetapi ia berjaya dinafikan oleh pemain-pemain Swansea. Bayangkan dalam masa 20 minit terawal, Liverpool berjaya mendahului 2-0 melalui jaringan Sturridge dan Henderson, dalam masa 6 minit selepas itu juga Swansea berjaya menyamakan kedudukan 2-2 melalui Shelvey dan juga Wilfried.


Dimanakah silapnya? Kelemahan di barisan pertahanan yang dikemudi oleh Skrtel dan Agger nampak terlalu longgar dan mudah untuk ditembusi. Yang terbaiknya, selepas menjaringkan gol, Shelvey tidak pun membenarkan kawan-kawannya meraikan jaringan tersebut malah mengangkat tangan sebagai tanda hormat terhadap penyokong Liverpool dan bekas pasukannya. RESPEK!!!!!!!!!


Sturridge terus membuktikan bahawa beliau addalah penyerang terbaik apabila berjaya membawa Liverpool mendahului 3-2 sebelum tamat separuh masa pertama. Tidak lama selepas separuh masa kedua bersambung, Skrtel telah membuat kesilapan yang besar kerana telah membuat sekatan kepada Wilfried di dalam kotak penalti. Suka atau tidak, Liverpool terpaksa menerima keputusan pengadil untuk memberikan Swansea sepakan penalti. Walaupun Mignolet berjaya membaca arah sepakan penalti tersebut, tetapi sedikit kelewatannya untuk merebahkan badan membuatkan Wilfried berjaya menyempurnakan sepakan penalti ini.


Seperti orang kata, kalau dah rezeki tak kemana. Begitulah kisahnya dengan jaringan kemenangan yang dijaringkan oleh Henderson. Walaupun percubaan pertamanya berjaya dinafikan oleh penjaga gol Swansea, tetapi tindakan beliau yang terus meluru kehadapan berjaya menyudahkan bola muntah untuk menjadikan keputusan 4-3 hingga tamat perlawanan.

Suarez terus buntu untuk membuat jaringan. Jika beberapa perlawanan sebelum ini beliaulah mesin gol bagi Liverpool, tetapi kini beliau sedang melalui zaman kemarau yang berpanjangan. Nasib baik assist-assist beliau banyak membantu rakan-rakannya untuk menjaringkan gol. Kira berjasa jugalahkan.


Secara keseluruhannya Liverpool masih lagi bermain pada tahap yang baik cuma adakalanya keghairahan memburu gol membuatkan pertahanan menjadi longgar. Sikap suka bermain-main didalam kawasan sendiri kerap juga hampir memakan diri sendiri. Apapun tempat ke-4 liga terus dimiliki oleh Liverpool untuk terus mengekori rapat tiga pasukan diatas. Harapnya tiga pasukan teratas tersebut akan melakukan kesilapan pada perlawanan akan datang bagi memudahkan Liverpool untuk memintas dan mengungguli carta liga pada akhir musim. YNWA.....


LIVERPOOL : Mignolet, Johnson, Skrtel, Agger (Toure), Flanagan, Gerrard, Henderson, Sterling (Allen), Coutinho, Suarez, Sturridge (Moses)
SUBS : Jones, Teixeira, Toure, Moses, Allen, Aspas, Cissokho

SWANSEA : Vorm, Rangel, Chico Flores, Williams, Taylor, Britton, de Guzman (Hernandez), Shelvey (Canas), Dyer (Ngog), Routledge, Bony
SUBS : Tremmel, Amat, Tiendalli, Canas, Hernandez, Emnes, Ngog


Liverpool vs Swansea (4 - 3) ~ All Goals... by SportChannel



Preview : FA Cup (Round 5) 2013/14 - Arsenal vs Liverpool

Written By Unknown on Saturday, February 15, 2014 | 23:03


Mungkin masih ramai lagi peminat-peminat Liverpool terngiang-ngiang dengan kisah kejayaan pasukan Liverpool membenam Arsenal minggu lalu dengan keputusan 5-1. Keputusan yang cukup membuatkan penyokong-penyokong The Gunners masuk ke dalam gua buat sementara waktu dan modal bagi penyokong Liverpool membahan mereka sehingga kini.

Bagi SG, cukuplah setakat untuk sementara waktu ini. Lupakan seketika kejayaan lalu untuk meneruskan perjuangan akan datang. Kalau terlalu dibuai mimpi indah, takut pula hampir memakan diri sendiri seperti apa yang berlaku pada perlawanan menentang Fulham diawal pagi Khamis lalu. Nasib baik penalti minit terakhir membuatkan Liverpool mampu melakarkan kejayaan. Kalau tidak mahunya berkongsi satu mata sahaja.

Dipendekkan cerita, menjelang perlawanan tengah malam esok diantara pasukan Liverpool dan Arsenal pasti terus menjadi bualan hangat. Pasti ada yang membanding-bandingkan kemenangan bergaya lalu dengan keputusan yang bakal diperolehi esok. Rasa-rasanya janganlah terlalu over confiden. Kena ingat minggu lalu Liverpool bermain di Anfield sementara esok di Emirates pula. Jadi kelebihan tetap berpihak kepada pasukan Arsenal selaku tuan rumah untuk memenangi perlawanan ini.

Tapi itu semua atas kertas. Jika Liverpool mampu untuk mengekalkan prestasi sama seperti perlawanan menetang Arsenal sebelum ini, SG pasti Liverpool mampu untuk melangkah ke pusingan seterusnya. Jika kesilapan-kesilapan bodoh pertahanan Liverpool pula yang berlaku seperti ketika menentang Fulham, SG rasa Liverpool bersedialah untuk kena bahan pula.

Berdasarkan prestasi, SG rasa BR tidak akan membuat sebarang pertukaran pemain dalam kesebelasan utamanya. BR akan tetap menurunkan pemain utama yang sama seperti empat perlawanan sebelum ini. Gandingan SAS terus menghantui setiap pemain pertahanan lawan. Kehebatan gandingan Suarez dan Sturridge ini telah pun diakui ramai dan paling terbaik setakat ini. Cuma yang sarankan, jangan terlalu mengharap gandingan mereka berdua sahaja membuat gol dan yang lain malu-malu untuk mencetak nama. Jika SAS dikawal rapi, sekurang-kurangnya pemain lain mampu untuk menyempurnakan tugas mereka berdua.

Di pihak Arsenal pula berkemungkinan besar Arsene Wenger akan membuat beberapa perubahan. Selepas diaibkan oleh Liverpool, pemain-pemain mereka juga gagal untuk mengutip 3 mata penuh ketika menentang MU tempoh hari. Apa yang pastinya Arsenal tidak akan membenarkan Liverpool memperbodoh-bodohkan mereka lagi apatah lagi mereka bermain dihadapan penyokong sendiri. Jadi berjuanglah habis-habisan untuk tidak kecewa sama seperti tersekat pada Capital One Cup lalu. Harapnya kesengalan Arsenal akan berterusan dan kekal selamanya. YNWA.

ARSENAL vs LIVERPOOL
[Round 5 | FA Cup 2013/14]

Venue : Emirates Stadium
Tarikh : 17 February 2014 | Isnin
Waktu : 12: 00 pagi
Channel : Astro SuperSport 3 [CH816] | Astro SuperSport HD3 [CH834 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)


Preview : Game 5 MSL 2014 : JDT vs Selangor

Written By Unknown on Friday, February 14, 2014 | 23:41


Malam esok, pasukan Selangor FA akan menuju ke selatan tanah air untuk bertandang ke stadium Tan Sri Dati Hj Hassan Yunos, Larkin. Pasukan yang perlu Selangor hadapi tidak lain tidak bukan adalah pasukan yang penuh kontrolversi Johor Darul Takzim atau lebih dikenali dengan JDT.

Seperti yang sedia maklum, pasukan JDT adalah pasukan yang serba lengkap dan pasukan paling kaya di Malaysia setakat ini. Dari segi atas kertas memang kesebelasan malah untuk semua pemain yang mereka miliki memang hebat-hebat belaka. Jadi tidak salah kalau pasukan ini dianggap pasukan pilihan untuk mengungguli segala kejohanan bolasepak yang di sertainya. Walaubagaimanapun disebabkan beberapa kisah kontrolversi yang berlaku, dipermulaan musim 2014 ini, pasukan JDT seperti terumbang ambing untuk berada ditahap sebenar berdasarkan qualiti pemain yang mereka miliki.

Pasukan Selangor pula tidak boleh dinafikan kehebatannya. Walaupun ramai pemain-pemain utamanya telah berhijrah ke pasukan lain, Jurulatih pasukan Selangor Mehmet Durakovik telah berjaya membentuk muka-muka baru untuk diserapkan dalam pasukan yang dianggap berjaya pada awal-awal musim ini. Telah melalui empat perlawanan liga, Selangor mengumpul 9 mata untuk berada dipuncak liga setakat ini. Mungkin sedikit kekecewaan melanda skuad serta penyokong Selangor selepas terkandas di Piala FA selepas tewas dengan pasukan Sarawak. Tetapi kekecewaan tersebut bukanlah alasan untuk pasukan Selangor untuk terus kecewa dalam perlawanan-perlawanan lain.


Buat pertama kalinya esok juga, kita kan melihat kelibat Amri Yahya beraksi menentang bekas pasukan kesayangannya. Mungkin akan ada rasa sakit hati dikalangan peminat Selangor diatas penghijrahan beliau ke JDT, tetapi sebagai pemain profesional peluang yang terhidang didepan mata untuk memajukan diri sememangnya tidak boleh dilepaskan. Anggaplah sajalah yang patah itu pasti akan berganti. Muka-muka baru didalam pasukan Selangor akan mampu untuk menggalas cabaran yang diberi walaupun tanpa ada pemain-pemain senior didalam pasukan.

Apa yang diharapkan pada perlawanan esok, tiada lagi akan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti yang berlaku sebelum ini. Sultan Selangor telah menitahkan bahawa jagalah adab serta hormati tetamu yang hadir di stadium dalam apa jua perlawanan bolasepak liga Malaysia. Janganlah ada penyokong atau pemain dan pemain Selangor sendiri menimbulkan sebarang kekecohan kerana semua itu bukanlah budaya kita. Oleh yang sedemikian, kalah atau menang adalah adat pertadingan dan semangat kesukanan adalah menjadi keutamaan. Jadi bagi kedua-dua pasukan, buatlah sesuatu yang terbaik untuk memertabatkan kembali sukan di tanahair ini. 

Apapun 3 mata wajib pasukan Selangor miliki pada perlawanan ini untuk terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga. Diharapnya mesin gol pasukan Selangor, Paulo Rangel mampu untuk terus menambah koleksi gol peribadinya. Disamping itu pemain-pemain yang lain perlu juga berusaha untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan. Dengan keadaan padang yang baik di stadium Larkin ini, kita menghrapkan persembahan tiki taka yang diterapkan oleh Mehmet mampu terhasil untuk terus membenam pasukan bintang JDT. Mudah-mudahan pemain-pemain Selangor mampu melakukannya.

* Tiada siaran langsung akan ditayangkan samaada di ASTRO Arena ataupun RTM1.


BPL 2013/14 (Game 26) - Fulham 2-3 Liverpool

Written By Unknown on Thursday, February 13, 2014 | 13:36


Perlawanan awal pagi tadi yang membabitkan pasukan Liverpool sememangnya suatu perlawanan yang amat dramatik, fantastik dan plastik. Menentang pasukan paling tercorot liga, Fulham FC di Craven Cottage bukanlah suatu perlawanan yang mudah. Ini kerana walaupun Liverpool memenangi perlawanan ini dengan keputusan 2-3, tetapi Liverpool dipaksa untuk berkerja keras sebelum gol penalti oleh kapten Fantastik Steven Gerrard di minit akhir perlawanan telah memberikan tiga mata berharga buat kita.

Jika dilihat pada perlawanan pagi tadi, sebenarnya Fulham masih lagi boleh Liverpool kalahkan tanpa perlu nak bersusah payah. Disebabkan Liverpool mempunyai pertahanan yang suka buat silap depan gol dan juga suka buat jaringan sendiri, maka Fulham dengan tersenyumnya dapat gol free dan gol mudah untuk berada dihadapan. Skrtel yang sebelum ini telah pum menjaringkan gol sendiri bagi pihak Lawan, telah menurunkan ilmunya kepada Kolo Toure pula pada perlawanan ini. Bayangkan seawal minit ke-8 lagi, bola hantaran lintang oleh Richardson yang lemah dan langsung tak merbahaya boleh silap Toure ni sepak. Kan didapatnya terkuis ke dalam gol sendiri. Walaupun nampak seperti padang yang kurang sekata dan membuatkan bola yang datang pun beralih-alih, tapi memandangkan bola dari Richardson ni pun tak merbahaya sepatutnya Toure kena lebih tenang untuk melepaskan rembatan.


Tak cukup dengan Toure, Skrtel pun buat perangai juga. Masalah gagal berkomunikasi dengan baik dengan Flanagan, mereka berdua telah berlaga. Akibatnya Skrtel telah buat magic pembunuh dimana kuisannya telah membuatkan bola tanggung didepan mata Richardson untuk mudah disudahkan. Itulah antara penyakit-penyakit pemain pertahanan yang amat sukar sekali nak buang. Kalau cara bermain-main di kawasan sendiri dan pass ke penjaga gol memang dah kurang dan nampak ada kemajuannya.

Terima kasihlah kepada Sturridge dan Coutinho serta Gerrard yang telah berjaya memberikan Liverpool tiga mata berharga untuk terus mengikut rapat tiga pasukan diatas tu. Walaupun perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri 2-2, Heitinga telah buat amal yang cukup besar dengan membelasah Sturridge di dalam kotak penalti. Macam biasa Gerrard tiada  masalah nak score sepakan penalti ni.


Suarez nampaknya dah dua perlawanan kena badi tak boleh nak buat jaringan. Kalau dah ada saja percubaannya yang terkena tiang, maknanya memang tak luck ler tu. Tapi walaupun beliau tak buat jaringan, sumbangan beliau untuk membuka ruang membuat gol memang harus dipuji. Cuma yang lain pun sama-sama gak tak der luck nak buat gol.


Secara keseluruhannya Liverpool semakin meningkat dari segi penguasaan dan cubaan menyerang. Dah tak nampak pemain-pemain kita main kedekut untuk buat gol sendiri. Permaiann lebih terbuka dan mantap. So BR hanya perlu nak settle kat pertahanan sahaja. Mungkin kembalinya Agger yang dimasukkan di penghujung perlawanan akan mendapat tempat utama untuk bergandingan dengan Skrtel dalam perlawanan akan datang.


Selepas ini pasukan Liverpool akan kembali bertemu dengan Arsenal. Perlawanan kali ini bukanlah perlawanan liga, tetapi perlawanan pusingan ke-5 FA Cup. Bermain di Emirates, so tak perlulah nak berangan nak kenduri gol lagi pada perlawanan nanti. Selepas aib dengan Liverpool 5-1 dan pagi tadi seri 0-0 pula dengan MU, memang Arsenal tak akan bagi peluang punya untuk Liverpool. Apatah lagi inilah peluang untuk membalas dendam bagi menutup keaiban lalu. So, tunggu dan lhat sahaja apa yang bakal terjadi. Harap-harapnya pasukan Arsenal yang tengah sengal-sengal ni, akan terus sengal pada perlawanan akan datang. YNWA.


FULHAM : Stekelenburg (Stockdale), Riether, Heitinga, Burn, Riise, Tunnicliffe, Sidwell, Kvist, Richardson (Kacaniklic), Holtby, Bent
SUBS : Stockdale, Hangeland, Kasami, Kacaniklic, Duff, Cole, Parker

LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Toure, Skrtel, Flanagan, Gerrard, Henderson, Sterling (Teixeira), Coutinho (Agger), Suarez, Sturridge
SUBS : Jones, Agger, Kelly, Allen, Moses, Teixeira, Aspas


Fulham 2-3 Liverpool all goals and highlights... by EplHighlights

BPL 2013/14 (Game 25) - Liverpool 5-1 Arsenal

Written By Unknown on Sunday, February 9, 2014 | 12:43


5-1? Apa kejadahnya keputusan macam ni. Berapa harga Arsene Wenger jual perlawanan ini. Bukan nak bongkak atau riak, tapi memang terkejut dan di luar jangka dengan keputusan perlawanan diantara Liverpool dan Arsenal malam tadi. Paling terakhir pasukan Liverpool menang besar dalam liga dengan pasukan Arsenal ini adalah pada musim 2006/07 berkeputusan 4-1 di Anfield. Selebihnya kalau Liverpool menang pun beza 2 gol sahaja. Seri dan kalah tu jangan cakap ler.

Dalam masa 20 minit perlawanan bermula, empat kali pintu gol Arsenal bocor. Kalau dibahagikan masa tu, bermakna setiap 5 minit Liverpool jaringkan gol. Kalau nak kira angan-angan kosong separuh masa pertama tu, mahu 7 atau 8-0 Liverpool belasah Arsenal. Tapi nasib baiklah rembatan deras Suarez terkena tiang dan tolakkan susulan dari Toure selepas itu sipi terkelur dari gol. Itu belum lagi peluang yang dimiliki oleh Sturridge, Sterling, Ibe dan Coutinho. Kira masih ada lagi rasa simpati nak kenduri lebih.


Skrtel malam tadi dah jadi macam main di posisi penyerang. Dua biji di jaringkan dan andainya boleh cipta hattrik, memang terciptalah rekod dunia baru bahawa pemain pertahanan boleh buat hattrik. Begitu juga dengan Sterling, dua biji gak dia sumbat walaupun sebenarnya bukan sahaja hattrik mampu dia lakukan, lebih daripada tu pun boleh andainya beliau tidak mempersiakan peluang yang terhidang. Sturridge tetap juga nak mencetak nama sebagai penjaring cuma Suarez jer yang kempunan. Tetapi walaupun Suarez tak menjaringkan gol, beliau adalah pemain utama yang banyak membantu untuk kawan-kawannya menjaringkan gol. Kira malam tadi masing-masing tak fikirlah nak main kedekut macam sebelum ini.


Separuh masa pertama memang Arsenal langsung tak melawan. Ozil, Carzola, Giroud hampa kerana setiap gerakkan mereka berjaya dipatahkan dengan sempurna oleh gengster-gengster Liverpool. Melihat Arsenal dah ketinggalan 5-0 pada separuh masa kedua, Wenger segera membuat tiga pertukaran sekali gus. Rosicky, Podolski dan Gibbs di bawa masuk untuk mengembalikan semangat mereka yang telah hilang. Hasilnya corak permainan mereka telah berubah dan mereka kembali menguasai permainan. Walaupun begitu kalau dah takdir tak boleh nak boloskan, cuba macamana pun tetap gak kebal kubu Liverpool ni. Nasib baiklah Gerrard belanja penalti untuk Arteta sudahkan sebelum dikeluarkan untuk digantikan dengan Ibe. Kalau tak memang sebiji pun Arsenal ni tak dapat.


Apapun cukuplah sehari untuk merayakan kenduri ini. Kena ingat Liverpool akan berjumpa kembali Arsenal di Emirate Ahad nanti dalam perlawanan FA Cup. Jadi buangkan semua keegoan dan keseronokkan seketika sehingga selesai pertemuan itu nanti. Andainya Liverpool menang, kita sambung lagi Gong Xi Fat Choi.. Apa pun sebelum bertemu Arsenal pada hari Ahad nanti, Liverpool terpaksa bertemu dengan Fulham terlebih dahulu di Craven Cottage pada awal pagi Khamis nanti. Harapnya keputusan terbaik mampu dilakukan oleh pejuang The Reds kita ini. YNWA.


LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Toure, Skrtel, Flanagan, Gerrard (Ibe), Henderson, Sterling, Coutinho, Suarez (Aspas), Sturridge (Allen)
SUBS : Jones, Kelly, Ibe, Moses, Aspas, Allen, Alberto

ARSENAL : Szczesny, Sagna, Mertesacker, Koscielny, Monreal (Gibbs), Wilshere, Arteta, Oxlade-Chamberlain, Cazorla, Ozil (Rosicky), Giroud (Podolski)
SUBS : Fabianski, Jenkinson, Gibbs, Rosicky, Gnabry, Podolski, Bendtner


Liverpool 5 Vs Arsenal 1 All Goals (2014) [HD] by JustTV99

Game 4 MSL 2014 - Sime Darby 1-2 Selangor


Usaha tangga kejayaan. Itulah pepatah yang memberi semangat untuk tidak merasa putus asa diatas segala usaha. Dan pepatah ini jugalah yang telah membuatkan pasukan Selangor lega apabila berjaya memperolehi kemenagan yang ketiga dalam Liga Super musim 2014 ini selepas menundukkan pasukan Sime Darby FC di stadium Majlis Perbandaran Selayaang malam tadi.

Walau bagaimanapun Selangor terlebih dahulu dikejutkan dengan gol Sime Darby seawal mnit kedua perlawanan. Kegagalan barisan pertahanan mengekang pergerakkan pemain Sime Darby telah membuatkan Mohd Failee berjaya menyudahkan peluang yang terhidang dihadapan mata untuk menewaskan Farizal. Tersentak dengan gol tersebut Selangor cuba bangkit tetapi malangya Sime Darby berjaya membaca rentak permainan Selangor dan mereka kembali menguasai perlawanan.


Disebalik perlawanan separuh masa pertama yang nampak seimbang, kesilapan pertahanan Sime Darby yang gagal menyentuh dan mengeluarkan bola hantaran lintang S. Kunalan telah memudahkan Paulo Rangel yang tidak dikawal untuk melepaskan rembatan menewakan penjaga gol Sime Darby untuk mengikat kedudukan 1-1 hingga ke tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Selangor kembali bangkit untuk menguasai hampir keseluruhan minit perlawanan. Hasil nasihat yang telah diberikan oleh Mehmet di waktu rehat telah membakar semangat pemain Selangor untuk terus menyerang bertubi-tubi ke kubu Sime Darby. Melihat kebangkitan mendadak pemain Selangor ini, pemain Sime Darby terpaksa berkampung untuk mempertahankan kubu mereka dari dibocori. Pantelidis berjaya menanduk masuk hasil sepakan percuma yang di ambil oleh Juninho tetapi malangya gol tersebut tidak diterima kerana Patelidis terlebih dahulu berada diposisi offside.


Melihat masih ada kelemahan di bahagian tengah dan serangan, Mehmet telah membuat dua pertukaran sekaligus apabila memasukkan Messi Indonesia Andik serta Hadi Yahya untuk menggantikan Juninho dan S. Kunalan. Percaturan ini nampaknya membuahkan hasil. Kehadiran Andik dan Hadi telah berjaya mencuri masuk benteng pertahanan Sime Darby untuk terus mendapatkan gol. Akhirnya gol yang dicari tiba juga. Hadi yang menerima lorongan dari Paulo Rangel telah melintangkan bola kembali kepada Paulo Rangel untuk menanduk masuk menjadikan keputusan 1-2. Ini adalah gol peribadi Paulo Rangel yang ke-5 dalam liga dan ke-6 secara keseluruhannya bagi musim 2014 ini.

Kemenangan ini telah melonjakkan Selangor kembali menguasai carta liga apabila berjaya mengumpul 9 mata dari empat perlawanan. Selepas ini pula Selangor akan berkunjung ke selatan tanahair untuk bertemu pasukan yang penuh kontrolversi Johor Darul Takzim (JDT). Diharapnya perlawanan itu nanti dapat disempurnakan tanpa ada sebarang masalah dan dimenangi oleh Selangor untuk terus menguasai takhta liga.


Kisah Liverpool FC, Selangor FA dan Anugerah Meletop


Malam semalam sememangnya malam yang gemilang seceria Anugerah Meletop. Malam yang juga menyaksikan keputusan dua perlawanan yang membabitkan pasukan kesayangan SG bergaya memperolehi kemenangan. Sudah pastilah pasukan pertembungan diantara pasukan Liverpool FC menentang Arsenal dan juga Sime Darby bertemu Selangor.

Apa yang kurang menariknya ketiga-tiga siaran langsung ini diadakan serentak. Perlawanan Liverpool di Astro Sport, Selangor di TV1 dan Anugerah Meletop di Astro Ria. Bila dah serentak sudah pasti pening mana satu nak tengok. Yang paling pasti perang channel pasti berlaku dengan anak beranak SG.

Pada mulanya sempat jugalah SG tengok game Liverpool ni kat tv. Tapi bila dah pukul 9.00 malam, isteri dah mula perli-perli sebab nak tengok Anugerah Meletop ni. Bab-bab muzik dan artis ni memang SG tak berminat langsung pun. Tapi memandangkan nak jaga hati, maka terpaksalah mengalah.

Nasib baiklah dizaman teknologi canggih ni ada bermacam cara nak tengok perlawanan secara live streaming. Janji ada line internet pasti boleh hidup punya. So di pendekkan cerita SG pun melarikan diri ke dapur. Mengadap le pula tv satu lagi yang tiada Astro. Tv ni sudah tentulah nak tengok perlawanan Selangor vs Sime Darby. Part perlawanan Liverpool pula, SG guna laptop. Tengok kat Astro On The Go. Settle masalah. Cuma agak kurang nak fokus sangatlah pada satu-satu game sebab nak mengadap dua perlawan sekali guskan.

Tapi yang pastinya walaupun tersiksa jiwa sebab tak nak terlepas nak tengok dua-dua perlawanan ni, kedua-dua pasukan kesayangan SG ni menang. Yang palig manis sekali Liverpool berjaya membelasah Arsenal 5-1. Memang tak jangka beb. Itulah namanya boa tu bulat. Bab Selangor pula walaupun dah ketinggalan 1-0 dengan Sime Darby, tapi bangkit sebelum menang 1-2. Anugerah meletop pula dah habis game barulah tengok. Itu pun sekejap jer. Sebab mata dah mengantuk, tvlah yang tengok SG. Hampeh..


Penyakit lazim kanak-kanak

Written By Unknown on Wednesday, February 5, 2014 | 22:30


Cabaran getir menjaga anak kecil ialah apabila mereka jatuh sakit, memandangkan pada tahap usia baru lahir hingga kanak-kanak, sistem ketahanan badan masih belum berkembang sepenuhnya.

Antara penyakit yang lazim dihidapi oleh setiap anak kecil ialah demam panas, batuk, selesema, asma dan sebagainya.

Berada dalam situasi tersebut pasti akan merisaukan apatah lagi apabila anak tidak berhenti merengek dan menangis disebabkan suhu badan meningkat.

Perunding dan Pakar Kardiologi Kanak-Kanak, Datuk Dr. Zulkifli Ismail berkata, sebagai ibu bapa, mereka harus mengetahui sekurang-kurangnya fakta asas tentang penyakit yang lazim dihidapi kanak-kanak.

Sebagai contoh katanya, suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah daripada 36.5 darjah celcius sehingga 37.8 darjah celcius. Suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam.

Beliau berkata, secara umumnya bayi tidak dianggap demam kecuali apabila suhu badannya melebihi 37.7 darjah celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah celcius pada waktu petang.

"Jika suhu badan anak meningkat ibu bapa juga perlu tahu langkah-langkah awal yang boleh diambil di rumah sebelum membawanya berjumpa doktor.

"Antaranya, beri anak minum banyak air, tanggalkan pakaian dan tuamkan badannya.

"Berikan anak ubat demam jenis paracetamol , diclofenac atau ibuprofen untuk ubat makan, manakala bagi ubat demam melalui dubur adalah daripada jenis paracetamol dan diclofenac . EIak memberi anak makan ubat jenis aspirin," jelas Dr. Zulkifli pada Seminar Keibubapaan anjuran Positive Parenting di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, bayi berusia bawah enam bulan yang demam lebih daripada dua hari, mengalami kekejangan, lesu dan muntah-muntah hendaklah dibawa berjumpa doktor dengan segera.

Rawatan awal boleh mengelak daripada keadaan bayi menjadi lebih teruk sehingga mungkin boleh membawa maut.

Sementara itu katanya, demam kadang kala akan disertai dengan selesema dengan simptom-simptom seperti bersin, mata berair, batuk dan keletihan.

Asma pula sering dijangkiti oleh kanak-kanak berusia dua hingga tujuh tahun yang mengalami batuk (termengah-mengah) pada waktu malam.

"Jika keadaan ini berlaku disaran segera berjumpa doktor dan mendapat inhalers yang bersesuaian.

"Rumah yang ada anak mengalami asma tidak sesuai membela binatang peliharaan dan elak daripada menggunakan permaidani kerana ia mengumpul habuk .

"Diingatkan juga untuk menjemur tilam dan bantal di bawah matahari sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menghindari habuk, serta cadar ditukar setiap minggu," jelasnya.

Menurut Zulkifli, kanak-kanak juga sering mengalami masalah cirit-birit yang mana mereka akan kerap membuang air besar dan muntah.

Bagi rawatan awal, ibu bapa boleh memberikan air yang mengandungi garam untuk penghidratan (satu paket ke dalam 250ml air).

Jelasnya, jika cirit birit berterusan disebabkan pemberian susu formula yang tidak sesuai, tukar kepada susu ibu atau susu tanpa laktosa.

"Elak memberi ubat terutama antibiotik yang akan membuatkan cirit birit semakin teruk.

"Kebersihan menjadi perkara penting dalam kes ini. Bersihkan tangan, jangan biarkan susu terlalu lama di dalam botol dan rebus air untuk menghapuskan bakteria, serta hidang makanan dengan cara bersih," kata Dr. Zulkifli.

Selain itu beliau menjelaskan, setiap kanak-kanak yang baru lahir harus melalui program imunisasi secukupnya seperti yang disaran oleh pihak berkuasa perubatan di negara ini.

Ini bagi mencegah dan melindungi anak-anak daripada penyakit.

Antara vaksin yang perlu diambil oleh setiap bayi yang dilahirkan ialah vaksin demam campak yang diambil sebanyak dua dos, manakala vaksin rotavirus pula diberikan kepada anak sebelum usianya menjangkau enam tahun

Vaksin hepatitis A pula diberikan pada anak yang menjangkau usia dua tahun. Vaksin-vaksin lain yang perlu diberi perhatian seperti, pneumoccal conjugate, meningococcal conjugate dan influenza.

Menurut Dr. Zulkifli, gejala pneumokokal telah menyebabkan kematian 1.6 juta kanak-kanak seluruh dunia setiap tahun walaupun penyakit itu boleh dicegah melalui vaksinasi.

"Sebab itu golongan paling berisiko menghidap pneumokokal ini ialah bayi baru lahir hingga usia dua tahun dan dewasa berusia 65 tahun ke atas yang disebabkan antibodi yang lemah," jelasnya.

Pneumokokal sebenarnya adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh bakteria streptococcus pneumonia yang menyebabkan jangkitan kuman dalam darah, meningitis atau jangkitan pada membran selaput otak serta saraf tunjang dan sebagainya.

# Sumber - Utusan Malaysia | Kidsguard

Piala FA (round 2) : Selangor 0-1 Sarawak


Musnah sudah harapan untuk memiliki salah satu piala yang di pertandingkan bagi musim 2014 ini. Kekalahan tipis 0-1 kepada pasukan Bujang Senang sememangnya amat mendukacitakan kita sebagai peminat setia Red Giant. Yang tinggal kini hanya Piala Malaysia, piala Liga Super serta piala AFC sahaja yang menjadi harapan tinggi peminat.

Selain bermain di waktu petang serta panas terik, keadaan padang yang teruk adalah antara punca utama kekalahan pasukan Selangor pada perlawanan ini. Corak permainan dengan hantaran-hantaran pendek yang ditekankan oleh Mehmet kepada pemain Selangor walaupun adakalanya berjaya dipamerkan tetapi lebih banyak menyumbang kepada kegagalan. Gol awal yang telah dijaringkan oleh Zamri Morshidi pda minit ke 33 sememangya telah menyentap semangat pemain Selangor. Corak pertahanan yang kurang kemas serta kurang komunikasi antara pemain membiarkan bola melantun tanpa ada sebarang sentuhan dan memudahkan tugas Zamri untuk menanduk masuk menewaskan Farizal Marlias.

Sepatutnya Selangor mampu untuk menjaringkan gol penyamaan malah gol kemenangan seandainya pemain memanfaatkan kelebihan menentang pasukan Sarawak yang bermain 10 orang pada separuh masa kedua. Penjaga gol Sarawak telah dilayangkan kad merah apabila mengasari Fitri Syazwan di luar kotak penalti. Kekebalan benteng pertahanan Sarawak sememangnya amat menyukarkan barisan serangan Selangor untuk menembusi gawang mereka walaupun peluang datang berduyun-duyun.

Apapun diharapkan pemain Selangor dapat melupakan kekecewaan ini dah lebih fokus kepada kejohanan yang lain dihari mendatang. Hilang satu piala tidak bermakna akan hilang kesemuanya. Maju dan perbaiki kelemahan yang ada. Kalau dah rezki nak menang piala, tak kemananya.


Panduan keselamatan anak-anak

Written By Unknown on Tuesday, February 4, 2014 | 14:00


Anak anda mungkin kelihatan tidak berdaya, tetapi sebenarnya mereka amat tangkas dan suka mencuba semua perkara tanpa mengetahui sama ada ia selamat atau berbahaya. Mungkin langkah berikut membantu anda menyediakan persekitaran yang selamat untuk si kecil kesayangan keluarga.

KESELAMATAN SEMASA BERMAIN

  • Pilih permainan yang bersesuaian mengikut peringkat usia anak.
  • Pastikan lantai bebas daripada sebarang alatan mainan sekiranya bayi anda tidak bermain.
  • Pastikan mainan bersaiz kecil yang mudah tercekik dijauhi daripada anak.
  • Jangan letak kerusi enjut bayi pada paras yang boleh dicapai oleh anak kerana ia mungkin boleh menimpa diri mereka.

KESELAMATAN DIBILIK AIR

  • Suhu terbaik untuk memandikan bayi iaitu antara 36 C dan 38 C.
  • Jangan gunakan lebih daripada 6 - 8 cm air untuk mandikan bayi dan jangan sekali-kali tinggalkan bayi mandi sendirian sementara anda mengambil tuala atau lampin walaupun dia berada dalam besen mandian yang selamat.
  • Bayi boleh lemas walaupun hanya dalam air sedalam 3 cm.
  • Jangan biarkan anak berdiri atau melompat ketika mandi.

KESELAMATAN DI TEMPAT MAKAN

  • Sterilkan semua botol dan puting botol susu anak sehingga usianya setahun.
  • Jangan tinggalkan bayi makan atau minum bersendirian.
  • Pastikan kerusi makannya kukuh dengan ciri-ciri keselamatan yang memuaskan hati.
  • Sentiasa sisihkan sisa makanan yang tidak dimakan daripada mangkuk bayi.
  • Periksa tarikh luput makanan bayi yang dibeli.
  • Jangan panaskan semula makanan bayi yang anda masak lebih daripada sekali.
  • Sesetengah makanan jejari bayi sangat berbahaya kerana bentuknya boleh membuatkan bayi tercekik. Anggur, sosej dan tomato ceri perlu dipotong kecil dan jangan beri si comel makan bertih jagung.

TDUR YANG SELAMAT

  • Jangan merokok dalam bilik yang ada bayi sedang tidur.
  • Sentiasa tidurkan bayi dalam keadaan terlentang dan bukan meniarap atau mengiring. Jika bayi tidur meniarap pastikan anda mengawasi posisinya daripada masalah tidak boleh bernafas.
  • Jangan biarkan anak terlalu panas. Biarkan kepalanya tanpa bertopi atau jangan guna bantal ketika tidur.
  • Jangan tidur dengan bayi di atas sofa atau kerusi malas.
  • Tempat paling selamat untuk menidurkan bayi iaitu di dalam katil bayi dan bersama anda di dalam bilik ketika enam bulan pertama usianya.

KEDIAMAN YANG SELAMAT

  • Jangan tinggalkan bayi berseorangan tanpa pengawasan di atas katil walaupun hanya sesaat kerana kita tidak tahu bila mereka boleh berpusing dan akhirnya terjatuh.
  • Jangan gantung gambar atau sebarang perhiasan yang berat di atas katil bayi.
  • Tali pintal pada bidai boleh membahayakan si kecil terutama yang baru pandai berjalan. Pastikan mereka tidak boleh mencapainya.
  • Sentiasa lekatkan barang perhiasan yang besar dan berat pada dinding.
  • Jauhkan katil bayi, kerusi atau lain-lain perabot dari tingkap.
  • Pilih kotak alat permainan yang mempunyai penutup melekat untuk mengelakkan penutup daripada jatuh ke atas jari atau lehernya.
# Sumber - Kidsguard


Kidsguard - Laman perkongsian si kecil kesayangan kita


Selama ini mungkin ramai para ibubapa yang tercari-cari laman web khusus untuk penjagaan anak-anak kecil yang berbahasa melayu di alam maya ini. Malangnya tidak banyak yang wujud malah jikalau ada pun sekadar artikel-artikel ringkas dan bukannya penjelasan yang lengkap dalam merangkumi aspek-aspek keselamatan, penjagaan, perubatan serta ilmu mendidik dengan cara yang betul mengikut perkembangan dan usia anak-anak kita.

Alhamdulillah, kini segala pencarian anda sebagai ibubapa yang perihatin terhadap permasalahan mengenai si kecil kesayangan anda telah diwujudkan untuk pengetahuan bersama. Berkat usaha seorang doktor yang ikhlas ingin membantu tanpa ada sebarang yuran bayaran sememangnya harus dipuji. Dengan lebih mesra doktor yang lebih suka di panggil Dr. Nor ini telah mewujudkan page di laman sosial Facebook (FB) sebagai langkah awal untuk pekongsian ilmu kedoktorannya mengenai alam si kecil.


Bukan mudah pada ketika ini untuk mencari mana-mana doktor yang mampu memberi khidmat nasihat terutamanya mengenai penyakit dan ilmu perubatan secara percuma malah jika ada artikel-artikel yang mereka tuliskan pasti kurang lengkap kerana mengharapkan para ibubapa akan berjumpa mereka terus untuk tindakan selanjutnya. Kebanyakkan mereka lebih menjuruskan kepada keuntungan perniagaan dan kurang untuk berkongsi pendapat dalam mengurangkan permasalahan ibubapa. Disini SG tidak salahkan sesiapa kerana Allah sendiri telah menciptakan sifat manusia itu berbeza-beza dan tidak semua mereka ini juga bersikap lebih mementingkan perniagaan. Ada juga yang sama seperti naluri hati Dr. Nor ini cuma masa mereka yang amat terhad serta kurang pengetahuan dalam ilmu untuk menyebarkan maklumat membuatkan penyampaian itu terbatas.

KIDSGUARD adalah nama yang diberikan pada halaman FB yang telah diwujudkan oleh Dr. Nor ini. Page ini telah diwujudkan pada 23 November 2013. Selepas sebulan barulah SG perasan kewujudan page Kidsguard ini. Itupun bukanlah SG mengetahuinya dalam FB, tetapi SG terbaca post Dr. Nor ini didalam laman forum Majalah.com. Dalam post berkenaan beliau amat berharap agar ada orang yang dapat membantu dirinya untuk menyebarkan maklumat tentang kewujudan page Kidsguard ini di halaman FB. Tetapi yang paling menarik minat SG adalah Dr. Nor juga menggalakkan agar para-para blogger untuk mengongsikan maklumat-maklumat yang diberikan dalam blog masing-masing. Memandangkan SG sudah lama berkecimpung dalam dunia blogger serta mempunyai anak-anak kecil yang meningkat besar, jadi apa salahnya SG menyahut cabaran Dr. Nor untuk bersama-sama menyebarkan sesuatu yang baik untuk kepentingan bersama. Tak rugi apa pun malah pahala lagi dapat.


Dalam usaha meningkatkan pengikut page Kidsguard ini, SG pernah jugalah dihubungi oleh seorang hamba Allah yang telah lama berhubung dengan Dr. Nor ini. Kami telah pun berbincang dalam usaha menarik minat pengunjung serta menyebarkan maklumat mengenai kewujudan halaman Kidsguard ini. Pengalaman SG dalam mengendalikan page-page yang besar dan ramai pengikut sememangnya amat membantu untuk menaikkan rangking pengikut page ini. Walaupun seperti kata hamba Allah ni, tidak semua admin page lain sanggup untuk kongsikan link FB Kidsguard ini di wall mereka tetapi kami tetap juga berusaha tanpa ada rasa putus asa. Ahamdulillah jika pada penghujung tahun 2013 lalu pengikut page Kidsguard ini sekadar mengumpul 2 ribu lebih pengikut, sehingga artikel ini ditulis pengikut yang telah mengikutinya bertambah menjadi lebih dari 14 ribu.

Selain di halaman FB, Dr Nor juga sedang dalam proses pembinaan laman web Kidsguard ini. Walaubagaimanapun pada ketika ini web berkenaan masih lagi belum sempurna dan berfungsi untuk tatapan umum. InsyaAllah suatu hari nanti apabila semuanya sudah lengkap, anda boleh lawati web tersebut di http://www.kidsguard.com.my. Seperti yang SG harapkan sebelum ini, SG akan cuba kongsikan beberapa artikel penting yang telah di nukilkan oleh Dr. Nor didalam blog kesayangan SG ini untuk tatapan bersama. Semoga Allah memberi masa dan ruang untuk SG sentiasa beramal.


Sila Layari Kidsguard di :
# Sebarang permasalahan anda mengenai anak-anak boleh diajukan di halaman Facebook Kidsguard ini. Hanya sekadar inbox, InsyaAllah Dr. Nor akan membantu menyelesaikan masalah tersebut. Untuk mengajukan soalan sila KLIK DISINI
# Terima kasih Dr. Nor kerana sudi berkongsi ilmu. Hanya Allah sahaja akan membalas segala kebaikan yang anda lakukan. 


BPL 2013/14 (Game 24) - West Bromwich 1-1 Liverpool

Written By Unknown on Monday, February 3, 2014 | 13:19


Keputusan seri 1-1 menentang pasukan West Bromwich Albion (WBA) semalam, sememangnya sesuatu yang sukar untuk kita terima. Walaupun berjaya mencuri satu mata lebih memadai dari langsung tiada mata yang diperolehi, tetapi persembahan hambar yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Liverpool semalam membuatkan kita berasa benar-benar kecewa.

Nak menyalahkan Branden Rodgers (BR), sememangnya tidak. Akibat terlalu ramai pemain-pemain utama yang tercedera, beliau terpaksa menggunakan pemain yang ada untuk meneruskan perjuangan musim 2013/14 ini. Apa yang perlu diperkatakan, BR sebenarnya telah menurunkan kesebelasan utama yang sama seperti ketika kenduri gol menentang Everton tempoh hari. Malangnya pemain-pemain Liverpool gagal mengekalkan persefahaman dan menyerlah seperti yang ditunjukkan pada perlawanan sebelum ini.


Mungkin Sturridge bernasib baik apabila dirinya hanya sedikit diposisi onside sebelum beliau menjaringkan gol untuk Liverpool. Andainya penjaga garisan mata juling, sudah pasti bendera akan diangkat menandakan Sturridge curi ayam. Tetapi yang kurang bernasib baiknya, Kolo Toure buat magic untuk membunuh tiga mata berharga yang sepatutnya milik Liverpool. Sikap pemain pertahanan Liverpool dari dulu sampai sekarang memang tak pernah berubah-ubah apabila suka bermain-main di dalam kawasan sendiri. Begitulah kisahnya apabila Toure telah membuat hantaran lemah kepada Skrtel yang berjaya dipintas oleh Anichebe sebelum merembat masuk ke gawang Liverpool.

Kesilapan Toure kali ini sebenarnya elok bagi dirinya untuk memperbaiki kelemahan yang ada dimasa hadapan. Biar silap sekarang jangan pula silap diperlawanan-perlawanan yang genting di penghujung musim. Lihat pada diri Skrtel yang jika sebelum ini bukan sahaja silap membuat hantaran malah dua gol sendiri juga telah dijaringkan olehnya. Tetapi dengan semangat untuk maju, kini Skrtel adalah pertahanan utama yang menjadi sandaran BR.


Suarez pada perlawanan ini juga agak hambar. Jika selalunya beliau mampu mengganas, kali ini tenggelam punca. Peluang dihadapan mata disaat hanya berhadapan dengan Foster sahaja pun gagal disudahkan dengan baik. Itulah payahnya jika mengharapkan hanya seorang dua sahaja untuk menjaringkan gol. Bila mesin merundum, ,pemain lain juga ikut sama tenggelam. Alangkah seronoknya jika pemain-pemain Liverpool sama seperti pemain Manchester City yang mampu menjaringkan gol tanpa mengharapkan Aguero.

Apapun kedudukan Liverpool didalam carta liga asih lagi kekal ditangga keempat dan telah diikut rapat oleh Everton. Menjarakkan diri dan mengekalkan kedudukan kelompok empat terbaik seharusnya perlu dicapai hingga ke akhir musim. Jika tidak impian hanya tinggal kenangan. Pada Sabtu ini pula Liverpool terpaksa mengharungi perlawanan sengit apabila menerima kunjungan Arsenal di Anfield. Jika Liverpool mampu untuk merentap keegoan pasukan The Gunners ini, Liverpool mampu untuk pergi lebih jauh lagi dalam pencarian tempat terbaik layak ke Champion League. YNWA.

WBA : Foster, Jones, McAuley, Olsson (Lugano), Ridgewell, Yacob, Mulumbu, Gera, Berahino (Anichebe), Vydra (Dorrans), Brunt
SUBS : Myhill, Dorrans, Anichebe, Lugano, Reid, Sinclair, Amalfitano

LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Skrtel, Toure, Flanagan (Kelly), Gerrard, Henderson, Coutinho (Alberto), Sturridge, Sterling, Suarez
SUBS : Jones, Kelly, Ibe, Allen, Alberto, Aspas, Moses


West Brom vs Liverpool (1-1) All Goals... by pradyothkalavagunta94

Januari 2013/14 transfer window yang muram

Written By Unknown on Saturday, February 1, 2014 | 22:00


Perpindahan Januari ini adalah perpindahan yang amat mengecewakan. Tiada sesiapa pun pemain baru yang mampu Liverpool beli malahan secara pinjaman sekalipun. Selama sebulan masa yang telah diberikan untuk membeli belah pemain antarabangsa, malangnya skuad pengurusan Liverpool gagal memanfaatkn masa tersebut untuk menguatkan skuad yang penuh dengan pemain cedera ketika ini.

Jikalau adapun pemain yang masuk adalah Mr. Dunkin Donuts. Tah posisi mana dia ni nak diletak pun tak tahulah. Yang lain-lainnya semua indah khabar dari rupa. Mohamed Salah pemain sayap kelahiran Egypt yang bermain di Basel FC, adalah paling lama diburu oleh Liverpool. Malangnya dipenghujung kesudahan cerita, Chelsea berjaya memintas Liverpool untuk memilikinya. Begitu jug kisahnya dengan seorang lagi pemain sayap yang berasal dari Ukraine Yevhen Konoplyanka, di waktu jendela perpindahan hampir meniup wisel penamat, semua syarat-syarat perpindahan telah dipersetujui malahan medical pun dah lepas, malangnya tiba-tiba sahaja presiden kelab Dnipro Dnipropetrovsk tidak mahu sign kertas kerja untuk Konoplynka bermain di Premier League. Jawapannya gagal ler.

Selan itu Liverpool juga berminat untuk meminjam pemain pertahanan Manchester City iaitu Micah Richards. Micah Richrds yang sering dipinggirkan dari kesebelasan utama MC telah menjadikan BR berminat untuk meminjam bagi mengisi kekosongan di bahagian pertahanan akibat ramai pemain diposisi tersebut cedera. Malangnya juga MC tidak membenarkan pemain ini pergi. Jadi melopong lagilah Liverpool.

Pada perpindahan kali ini juga sebenarnya Liverpool telah memberi peluang kepada pemain-pemainnya untuk menimba ilmu di kelab lain secara pinjaman. Pemain-pemain tersebut ialah :

  • Craig Roddan -> Accrington Stanley
  • Ryan McLaughlin -> Barnsley
  • Tiago Ilori -> Granada
  • Michael Ngoo -> Walsall
Pemain yang dijual pula dalah :
  • Adam Morgan -> Yeovil Town (free)
Persoalannya, mampukah Liverpool untuk mengekalkan kedudukan dalam empat terbaik liga untuk mendapatkan tiket layak ke kejohanan Champion league sehingga ke penghujung musim ini. Dengan senarai pemain utama yang tercedera masih membimbangkan, BR terpaksa bekerja keras dengan mengguna pakai pemain-pemain cergas yang sedia ada untuk mengharungi empat bulan lagi yang penuh dengan cabaran getir. Bayangan 50-50 pada ketika ini untuk mengekalkan kedudukan sekarang sudah pasti sesuatu yang kurang menggembirakan kita. Apapun penghujung musim bakal menjelma dan disana nantilah kita baru tahu kemampuan sebenar Liverpool.

Selamat berjuang wira-wira The Reds. YNWA....


wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger