Headlines News :
.

WORLD Cup 2014 - England vs Italy

Written By Unknown on Sunday, June 15, 2014 | 14:10


World Cup 2014 di Brazil ini walaupun baru 3 hari bermula, tetapi telah banyak kejutan berlaku. Jika semalam bekas juara WC 2010 Sepanyol telah kecundang 1-5 di tangan Belanda, awal pagi tadi pula pasukan-pasukan pilihan seperti Uruguay turut menerima nasib yang sama apabila tewas kepada Costa Rica dengan 1-3. Yang lebih mengecewakan, pasukan kegemaran SG, England juga gagal untuk mengutip sebarang mata dalam pertemuan dengan pasukan Italy.

Pertemuan England vs Italy ataupun boleh dianggap perlawanan TEAM BUDGET POWER vs TEAM KILAUAN EMAS dimenangi oleh Italy dengan keputusan 1-2. Walaupun ia perlawanan pertama peringkat kumpulan D dan masih dianggap perlawanan pemanas badan ataupun buang busuk, tetapi sedikit sebanyak moral pemain agak tertekan.

Roy Hodgson pasti berang dengan persembahan anak buahnya. Beliau yang yakin dengan beberapa pemain pasukan Liverpool telah menurunkan 5 orang pemain iaitu Johnson, Gerrard, Sterling, Henderson dan juga Sturridge. Memang pujian harus diberikan kerana berani menurunkan skuad muda dalam kejohanan kali ini, tetapi pengalaman juga perlu diambil kira.

Contoh terbaik seperti Henderson yang agak sedikit tenggelam. Adakalanya terfikir kenapa tak masukkan Millner ataupun Lambert. mungkin juga pilihan lain yang agak sesuai dengan mood permainan Italy. Orang kata skuad Italy adalah dibarisi dengan pemain veteran, tetapi kenan ingat, orang tua pun sengatnya masih berbisa.

Apapun tahniah kepada Sturridge kerana berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring gol. Harap lepas ni beliau lebih yakin untuk membantu England mara kehadapan. Perlawanan selepas ini sudah pasti menentang pasukan Suarez iaitu Uruguay. Mohon Hodgson dapat menurunkan kesebelasan pemain yang terbaik.


wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger