Headlines News :
.

Pakej memancing - Perairan lautan Sabah

Written By Unknown on Monday, May 31, 2010 | 13:28

Kami menawarkan pakej memancing secara berkumpulan yang akan memberi kepuasan kepada anda. Seperti yang kita ketahui, perairan Sabah sememangnya kaya dengan hasil lautannya. Dari batu karangnya hinggalah hasil tangkapan. Bagi mereka yang inginkan cabaran dengan spesis-spesis ikan yang ganas disini, ia tidak akan menghampakan anda kerana kepuasan pasti anda akan rasai dan banyak terdapat spesis ikan yang tiada di perairan semenanjung.

SILA lihat aktiviti & hasil tangkapan disini : http://tegarfishing.blogspot.com/search/label/06.%20Trip%20sabah

Destinasi 

Pulau Mengalum

Pulau Mantanani



Pulau Layang-Layang

Takat 360
Takat Jepun

Bot yang selesa

Pakej : Meliputi tiket penerbangan( tidak termasuk luggage & bazooka), Bot, penginapan, makanan, umpan
Ahli Kumpulan : minimum 8 orang - maxsimum 15 orang
Tempoh Pakej : 3 hari 2 malam @ mengikut permintaan ahli.
Anggaran Bayaran : RM850 - RM1000 seorang (bergantung berapa ramai ahli)
Maklumat Lanjut sila hubungi -
En. Othman
email : tegarfishing@gmail.com



Membeli belah di Alamanda Putrajaya

Written By Unknown on Monday, May 24, 2010 | 23:47

Semalam 23 May 2010, aku & family berjalan2 ker Alamanda Putrajaya. Dah lama rasanya tak pergi sini. Teringin punya pasal terpaksa juga aku gadaikan tidur aku (aku kerja malam balik pukul 8 pagi). Lagi pun aku nak celebrate hari jadi aku & isteriku. besday aku (15/05/2010) isteriku (21/05/2010).Bukan main bersemangat kakak ( Alya anakku yang sulung) bila tau nak berjalan2. Riuh serumah memberi tahu atuk & neneknya.

Aku gerak dari rumah lebih kurang pukul 11 pagi. Dalam kereta, anak2ku sibuk membebel nak air dengan makanan. Singgah sekejap di pekan Banting. beli ler apa2 yang patut.


Sampai di Alamanda lebih kurang pukul 12.30. Kami meronda2 dulu, meninjau keadaan sekeliling. Sambil merayau memerhatikan gelagat manusia & kedai2 menjual barangan, kami singgah di sebuah kedai buku. Emm.. aku memang nak mencari majalah world Cup. Jadi puas memilih, aku sambar 1. Begitu juga isteriku, membeli majalah keluarga.



Selepas itu aku terpandang kat karival Sustagen.. Tengok2 ler sekejap. emm.. Ada pula wat uji minda untuk anak2.. Bagus ni. Aku pun suruh ler isteriku untuk menemankan kakak menjalani uji minda ni.

kakak melekatkan gambar

Diajar memilih bahan2 untuk memasak makanan

Main tembak2 yer.

 Alya (kakak) & Sara (adik)

 Tiga orang buah hatiku

Setelah tamat sesi, anakku diberi sedikit cenderahati, berupa sample susu & radio mini Sustagen. Kami meninggalkan sustagen & perut berbunyi meminta untuk diisi. Kami mencari tempat yang sesuai. emmm.. Akhirnya KFC juga pilihan kami. Aku order Dinner plate, snack pkate, sundaes & nugget. Cukup ler untuk aku sekeluarga. 

Sedap tak?

Kakak yang punya

Setelah kenyang kami membeli belah pula di Carrefour. banyak juga keperluan dah rumah, peribadi & anak2 yang habis. So 1 troli penuh.. hehehhe. 


Habis sahaja shopping, kami pun pulang . Letih pun ya. Anak2 semua pengsan dalam kereta. Aku juga yang tak dapat2 nak pengsan2 lagi ni. Kami sampai rumah lebih kurang pukul 5 petang. Sampai rumah apa lagi, terus ler aku pula yang pengsan.


Promosi renovate kediaman & pejabat anda


SBD INDAH CIPTA ENTERPRISE (001699270-D) telah di daftarkan dan ditubuhkan pada 18 Julai 2007. Tumpuan utama perniagaan kami adalah kerja-kerja memasang,membekal dan menjual plaster siling serta pemasangan papan gypsum(Partition utk pejabat ).Selain itu kami juga berkebolehan dalam kerja-kerja penjagaan landskap,ubah suai rumah serta ubah suai pejabat,kerja-kerja pembersihan pejabat dan kerja-kerja pencucian bangunan.Syarikat kami juga telah didaftarkan dengan kementerian Kewangan Malaysia (357-02114915) dalam bidang bekalan dan perkhidmatan.

Kami menawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan rekabentuk terkini yang anda mahukan. Untuk maklumat anda, syarikat kami hanya beroperasi di sekitar lembah klang, lembah klang 2, dan kawasan2 sekitar sahaja.

SILA LAYARI BLOG KAMI : http://sbdice-sbdplastersiling.blogspot.com






Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-
En. Shahrin.
Tel : 019-2041175
Email : sbdice.sahrin@gmail.com
website : http://sbdice-sbdplastersiling.blogspot.com

Anak pintar

Written By Unknown on Sunday, May 23, 2010 | 23:57

Definisi tepat tahap kecerdikan sebenar individu

BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.

Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.

Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini.
"Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Fadzilah Kamsah
Pakar motivasi
“Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.

“Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik,” katanya yang berkelulusan ijazah sarjana muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds University.

Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal. Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan jurutera lain.

“Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan genius.
“Istilah genius tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak kerana belum ada kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah setaraf orang dewasa. Einstein menyelesaikan masalah teori relativiti pada usia 25 tahun, selepas lulus universiti,” katanya.

Ainon mendakwa, disebabkan genius adalah pakar dalam sesuatu bidang, tiada kanak-kanak genius kerana anak kecil itu tidak mempunyai kepakaran ilmu. Oleh itu, baginya, tiada kanak-kanak genius dalam bidang sains, kejuruteraan, kedoktoran ataupun perfileman atau yang bergelar pakar bedah.

Satu lagi istilah ‘prodigy’ yang merujuk keupayaan kanak-kanak melakukan perkara yang hanya dapat dilakukan orang dewasa.

“Kanak-kanak pada usia lapan tahun yang dapat mengikuti pelajaran matematik peringkat universiti atau mencipta muzik seperti pemuzik dewasa, selayaknya digelar ‘prodigy.’ Mereka ini hanya ada dalam dua bidang iaitu matematik dan muzik. Kanak-kanak prodigiy mempunyai kepintaran orang dewasa dalam bidang matematik ataupun muzik saja. Dalam lain-lain hal, mereka adalah kanak-kanak seperti budak lain,” katanya.

Persoalannya, apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

“Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.

“Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur,” katanya.

Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.

Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalam usaha memulakan keluarga.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Bagi tujuan itu, ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak sebagai doktor misalnya. Ibu dan bapa perlulah memupuk minat anak menjadi doktor dengan membaca buku berkaitan perubatan sejak hamil.

“Wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga boleh berbuat demikian. Malah sebagai orang Islam kita mempunyai 1,001 cara untuk membentuk anak menjadi pintar dan soleh pada masa sama,” katanya.

Dr Mohd Fadzilah berkata, dia sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.

“Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan,” katanya.

Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah ‘hypnagogic moment’ iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.

“Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.

“Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat,” katanya.

Beliau turut menegur tindakan ibu bapa yang selalu terlanjur mengeluarkan perkataan negatif ketika marah.

“Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan, katakan kepada mereka: “Kamu anak baik. Kamu anak bijak. Mengapa lakukan perkara itu,” katanya.

'Formula Adi Putra berasaskan kiraan Islam'

IMPIAN untuk bertentang mata dengan Adi Putra Abdul Ghani, 11, tidak kesampaian kerana dia berada di kampung neneknya yang baru meninggal dunia. Namun peluang bertemu ayahnya memberi kesempatan mengenali siapa sebenarnya Adi Putra yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan sehingga kini sudah mencipta 228 formula menyelesaikan masalah matematik.

Kisah kepintaran Adi Putra menyelesaikan masalah matematik sudah terlalu banyak diperkatakan tetapi kali ini penulis dihidangkan dengan sisi lain budak cerdik itu.

Menerusi paparan cakera padat, Adi Putra hanya menonjol dalam matematik tetapi pelbagai bidang lain yang melampaui usia sebenarnya.

“Ia satu anugerah Allah yang wajar kita syukuri. Ia juga satu bukti kehebatan Allah yang mampu memilih sesiapa saja untuk diberikan keistimewaan biarpun makhluk itu semuda Adi Putra,” kata Abdul Ghani ketika ditemui baru-baru ini.

Menariknya mengenai Adi Putra ialah semua formula matematiknya berasaskan cara kiraan Islam 100 peratus dan cara penyelesaiannya berdasarkan cakerawala, peredaran bulan, matahari, bumi serta menggunakan semua ciptaan Allah SWT di muka bumi ini seperti bukit dan tidak ketinggalan mengguna pakai perkiraan orang dulu.

Abdul Ghani mendakwa, kaedah pengiraan itu diiktiraf pakar antarabangsa malah di luar negara satu formula Adi Putra dinilai bersamaan RM1 juta dan modul sifir yang dihasilkannya bernilai berbilion ringgit.

“Jangan anggap Adi Putra budak kecil kerana selain pintar dalam matematik, dia juga mampu mengajar, petah berbicara walaupun ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa malah tidak kekok bersama dengan pembesar negara,” katanya.

Katanya, anaknya itu juga diiktiraf memiliki pengetahuan ilmu matematik berusia 400 hingga 500 tahun dulu yang pernah dikuasai ilmuwan Islam. Adi Putra bukan hanya menguasai formula matematik sebaliknya mengkaji setiap nombor.

“Kita dianugerahkan jari dan pelbagai bentuk bantuan semula jadi untuk mengira. Adi Putra juga menggariskan tiga perkara yang merosakkan dan melemahkan minda umat Islam iaitu terciptanya kalkulator, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan permainan video.

“Matematik dan sains tidak dimonopoli sesuatu bangsa sebaliknya terpulang kepada kita untuk menguasainya. Ilmuwan Islam terdahulu sudah membuktikan betapa kita sebenarnya menguasai matematik, bukan orang lain.

“Apa yang penting ialah bukan sekadar anak kita bijak tetapi juga kreatif. Adi Putra mengajar budak lain untuk turut kreatif mencari penyelesaian kepada masalah matematik dengan tempoh paling cepat,” katanya.

Malah, kata Abdul Ghani, salah seorang pelajarnya cuma mendapat satu markah daripada 50 soalan matematik dan selepas mengikuti kelas Adi Putra, dia mampu memperoleh 100 peratus selepas dua hari.

INFO: Tip untuk ibu bapa
  •  Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
  1. Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  2. Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  3. Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  4. Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  5. Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  6. Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Sehatkan tubuh dengan seks rutin

Seks sangat bermanfaat bagi manusia. Bukan hanya sebagai ajang pembuktian cinta. Namun seks disinyalir dapat membuat tubuh lebih sehat. Apa pasal?

Pasalnya, tak ubahnya olahraga. Aktivitas seksual adalah kegiatan yang sangat menyehatkan. Seperti dikutip dari The Sun, bercinta dengan pasangan bisa membantu seseorang membentuk tubuhnya. Selain membuat tubuh aktif bergerak, seks juga dapat membuat jantung lebih banyak bekerja karena termasuk dalam kategori olahraga cardiovascular.

Ketika berhubungan intim dengan pasangan, Anda membutuhkan pengerahan tenaga yang besar. Semua otot tubuh akan bekerja tiap kali Anda melakukan senggama dengan pasangan. Sehingga otot-otot tubuh menjadi lebih lentur namun juga kencang.

Bukan hanya itu saja, namun sebuah penelitian yang dilansir dari Askmen mengungkapkan bahwa setiap kali Anda berciuman ketika ajang foreplay mampu membakar 26 kalori. Bisa Anda bayangkan berapa banyak kalori yang dapat Anda bakar ketika terlibat dalam satu kali pergumulan dengan pasangan? Wow!          

Sun Fitness Expert Nicki Waterman juga memaparkan adanya korelasi antara kesehatan dan seks.

"Jika Anda melakukan seks lima kali dalam seminggu sepadan dengan dua jam Anda berolahraga di gym," jelas Nicki.

Nah, untuk Anda yang ingin membakar kalori secara maksimal, tak ada salahnya mengikuti saran Nicki. Menurutnya, gaya bercinta "woman on top" sangat bagus untuk membantu memadatkan proses pembentukan paha dan perut.

"Ketika Anda dan pasangan mencapai puncak kenikmatan (orgasme), itu artinya kalian berdua telah berhasil membakar 60-100 kalori dalam sekali permainan," tandas Nicki.

Banyaknya keringat yang mengucur dari tubuh Anda dan pasangan, menandakan kalori berhasil terbakar banyak. Jadi tunggu apalagi? Yuk, sehatkan tubuh dengan seks rutin!

Tanda bila istri tak puas di ranjang


Bila pasangan anda uring-uringan tanpa alasan yang jelas. Maka Anda bisa melihat bahwa masalah yang dihadapinya lebih bersifat psikis dibandingkan masalah fisik. Riset terbaru dari Kinsey Institute menemukan bahwa hampir seperempat wanita melaporkan mereka mengalami masalah ketidakpuasan dalam kegiatan seksual.

Menurut Scott Haltzman, M.D., assistant professor of psychiatry and human behavior dari Brown University, Anda bisa melihat bila wanita tidak bahagia dalam urusan ranjang. 10 tanda yang harus Anda perhatikan adalah;

1. Dia Terlihat Malas dan Menjauh dari Anak-anak Anda
"Dia menolak mengasuh / mengurus anak-anak, Dia berharap Anda akan mengetahui bahwa apa yang di butuhkan tidak terpenuhi” kata Haltzman. "Apa yang sedang ia harapkan adalah anda mau membicarakan masalah tersebut dengan dirinya."

2. Tagihan Kartu Kredit Melompat Seperti Roket
"Beberapa wanita beristirahat ke tempat-tempat spa dan terapist lainnya sebagai kompensasi untuk menghibur diri mereka yang kurang terpuaskan”. Kata Bonnie Eaker Weil, Ph.D., yang juga seorang pengarang buku tentang masalah seks “The Forgivable Sin”.
3. Dia yang Dulu Langsing Menjadi Terlihat Bulat
"Wanita biasanya akan makan lebih banyak sebagai kompensasi
Karena Kepuasan seks mereka yang tidak terpenuhi”, Kata Eaker Weil.

4. Dia Lebih Banyak Bekerja atau bahkan Minum minuman keras
Hal ini dilakukan sebagai upaya untuk mencoba mengalihkan perhatiannya atau bahkan melupakan Anda.

5. Dia kadang menyelipkan komentar yang bersifat menyindir/menghina dalam percakapan dengan rekan-rekan Anda berdua.
"Dia sedang berusaha mengatakan bahwa ada sesuatu yang salah dengan Anda berdua," Kata Judy Kuriansky, Ph.D., seorang professor psychology dari Columbia University.

6. Anda Menangkap Dia Sedang Bermasturbasi
"Kalau dia melakukan hal ini sangat sering, maka ini berarti Anda sungguh-sungguh tidak memperhatikan semua kebutuhan seksnya”. Kata Eaker Weil. "Tanyakanlah pada dirinya. Kalau dia malu membicarakan masalah ini, katakan saja kepadanya,”Saya tahu bahwa Saya belum memuaskan dirimu, tapi Saya sangat ingin memuaskanmu. Apakah hal ini yang kamu inginkan?”

7. Dia Menjadi Sedikit Liar Seperti Rubah Betina
"Kalau dia membawa pulang “sex toy” atau menyarankan anda untuk menyewa video porno. Ini mungkin berarti dia berpikir bahwa cara-cara seks yang sudah lama dilakukan bersama Anda selama ini tidak memuaskan dirinya lagi.” Kata Haltzman.

8. Dia Menjadi Seperti Ikan Dingin di dalam Kulkas
"Malas dan tidak banyak bergerak selama berhubungan seks dengan Anda, menjadi kurang responsif terhadap rangsangan Anda merupakan tanda-tanda yang jelas bahwa ia menarik dirinya dari Anda. Kata Kuriansky. "Satu-satunya cara untuk mengatasinya adalah dengan membicarakan masalah ini.”

9. Dia Terlihat Lebih “Hot” Belakangan Ini
"Dia sedang mengirimkan pesan buat Anda bahwa dia adalah subyek seksual yang butuh kepuasan, karena dia pikir selama ini Anda lupa akan hal ini," Kata Haltzman.

10. Dia Menjadi Lebih Kritis Tentang Diri Anda
Ini mungkin berarti Anda tidak memperhatilkan dirinya walau di luar “urusan ranjang”. "Harus Anda perhatikan bahwa kepuasan berasal dari rasa dihormati, dicintai, dihargai, dan diinginkan secara emosi maupun secara fisik.” Kata Eaker Weil.

Source: Men’s Health

BERHATI-HATI MENJAGA HATI



ุงู„ุง ูˆุงู† ููŠ ุงู„ุฌุณุฏ ู…ุถุบุฉ ุงุฐุง ุตู„ุญุช ุตู„ุญ ุงู„ุฌุณุฏ ูƒู„ู‡ ูˆุงุฐุง ูุณุฏุช ูุณุฏ ุงู„ุฌุณุฏ ูƒู„ู‡ ุงู„ุง ูˆู‡ู‰ ุงู„ู‚ู„ุจ
" Sesungguhnya didalam jasad manusia ada seketul daging, seandainya ia baik maka baiklah anggota badannya, seandainya ia rosak maka rosaklah anggota badannya, ketahuilah! ianya hati "( HR:Bukhari &Muslim )

Sepertimana penyakit zahir yang menyerang tubuh badan kita yang berpunca dari bakteria, kuman dan virus secara perlahan dan berperingkat yang mampu menjadi kronik dan akhirnya menjadi asbab kepada kematian.

Maka begitu jugalah dengan hati kita yang sentiasa diserang virus, bakteria dan kuman dosa yang mampu menjadi tenat secara beransur-ansur dalam berbagai peringkat sehinggalah mematikan hati kita.
Peringkat kuman dosa yang merosakkan hati :

1) Merasa bersalah bila berbuat dosa
Pertama kali melakukan dosa, hati rasa menyesal, bersalah dan resah, kerana perbuatan jahat adalah sesuatu yang berlawanan dengan fitrah kejadian manusia yang tercipta dalam kesucian.

2) Merasa biasa bila berbuat dosa
Namun rasa berdosa tidak bertahan lama apabila dosa diulang-ulang. Rasa berdosa akan hilang sedikit demi sedikit dan hati sudah terbiasa dengan kehadiran dosa. dulu, bila berdosa temannya airmata tapi sekarang alah bisa tegal biasa. Hati rela dan tega dalam dosa.

3) Merasa seronok bila berbuat dosa
Dosa itu kuman disalut keindahan. Sesudah hati terbiasa dengan dosa maka timbul rasa seronok melakukannya. Rasa ketagih, gian, kemaruk mengulangi dosa. Dosa sudah bertukar dari racun menjadi nikmat. Dosa kini sudah bertakhta didalam dada.

4) Menjadi pembela kepada Dosa
Inilah nafsu yang tak pernah puas, begitu juga syaitan yang berjuang menghasut manusia tanpa kendur dan mundur. Dari rasa berdosa, kemudian biasa dengan dosa, kemudian seronok berbuat dosa dan akhirnya menjadi pejuang dan pembela dosa. Mereka sudah ditahap kritikal kerana mereka mempromosi, menjadi duta kepada dosa. Jika ada ahli agama menegur, maka mereka sedia bangun mempertahankan serta membela perlakuan dosa mereka.
" Hati semakin sakit, semakin keras, menjadi buta, menjadi barah membawa virus munafiq, syirik dan kafir dan akhirnya hati mati "

" Oleh itu hendaklah kita berhati-hati menjaga hati "

Firman Allah : Al-Isra' ayat ; 72
ูˆู…ู† ูƒุงู† ููŠ ู‡ุฐู‡ ุฃุนู…ู‰ ูู‡ูˆ ูู‰ ุงู„ุฃุฎุฑุงุฉ ุฃุนู…ู‰ ูˆุงุถู„ ุณุจูŠู„ุง
" Dan sesiapa didunia ini buta hatinya, maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya "

By ustaz Amran

Doa kepada Allah

 Saranan supaya berdoa

Memohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya. Firman-Nya,
( ูˆَู‚َุงู„َ ุฑَุจُّูƒُู…ُ ุงุฏْุนُูˆู†ِูŠ ุฃَุณْุชَุฌِุจْ ู„َูƒُู…ْ ุฅِู†َّ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ูŠَุณْุชَูƒْุจِุฑُูˆู†َ ุนَู†ْ ุนِุจَุงุฏَุชِูŠ ุณَูŠَุฏْุฎُู„ُูˆู†َ ุฌَู‡َู†َّู…َ ุฏَุงุฎِุฑِูŠู†َ ( ูฆู 
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina.
(40: 60)



( ูˆَุฅِุฐَุง ุณَุฃَู„َูƒَ ุนِุจَุงุฏِูŠ ุนَู†ِّูŠ ูَุฅِู†ِّูŠ ู‚َุฑِูŠุจٌ ุฃُุฌِูŠุจُ ุฏَุนْูˆَุฉَ ุงู„ุฏَّุงุนِ ุฅِุฐَุง ุฏَุนَุงู†ِ ูَู„ْูŠَุณْุชَุฌِูŠุจُูˆุง ู„ِูŠ ูˆَู„ْูŠُุคْู…ِู†ُูˆุง ุจِูŠ ู„َุนَู„َّู‡ُู…ْ ูŠَุฑْุดُุฏُูˆู†َ ( ูกูจูฆ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (02: 186)


DOA SUPAYA TIDAK DIUJI PERKARA YANG TAK MAMPU KITA TANGGUNG
Sekarang kita boleh cakap ,"Sabarlah ini ujian ALlah". "ALlah sayang pada awak sebab itu DIA uji". KIta boleh cakap semudah itu kerana kita belum diuji. Kalau diujipun perkara itu kita masih boleh hadapi dan tanggung. Jadi kita mohon kepada ALlah agar tidak menguji dan membebani kita apa yang kita tak mampu tanggung. Bacalah doa ini;


ู„ุง ูŠُูƒَู„ِّูُ ุงู„ู„َّู‡ُ ู†َูْุณًุง ุฅِู„ุง ูˆُุณْุนَู‡َุง ู„َู‡َุง ู…َุง ุขَุณَุจَุชْ ูˆَุนَู„َูŠْู‡َุง ู…َุง ุงุขْุชَุณَุจَุชْ ุฑَุจَّู†َุง ู„ุง ุชُุคَุงุฎِุฐْู†َุง ุฅِู†ْ ู†َุณِูŠู†َุง ุฃَูˆْ ุฃَุฎْุทَุฃْู†َุง ุฑَุจَّู†َุง ูˆَู„ุง ุชَุญْู…ِู„ْ ุนَู„َูŠْู†َุง ุฅِุตْุฑًุง
ุขَู…َุง ุญَู…َู„ْุชَู‡ُ ุนَู„َู‰ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ู…ِู†ْ ู‚َุจْู„ِู†َุง ุฑَุจَّู†َุง ูˆَู„ุง ุชُุญَู…ِّู„ْู†َุง ู…َุง ู„ุง ุทَุงู‚َุฉَ ู„َู†َุง ุจِู‡ِ ูˆَุงุนْูُ ุนَู†َّุง ูˆَุงุบْูِุฑْ ู„َู†َุง ูˆَุงุฑْุญَู…ْู†َุง ุฃَู†ْุชَ ู…َูˆْู„ุงู†َุง ูَุงู†ْุตُุฑْู†َุง ุนَู„َู‰
( ุงู„ْู‚َูˆْู…ِ ุงู„ْูƒَุงูِุฑِูŠู†َ ( ูขูจูฆ
 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". (2:286)

Displin diri melangsai hutang

Terdapat banyak cara untuk melangsaikan hutang. Bayar sikit-sikit atau anda boleh juga bayar dalam jumlah yang besar. Tapi bagaimana?

Rancangan yang perlu dilakukan mulai sekarang:

A. Tulis dan tampal di dinding amaun keseluruhan hutang yang perlu dibayar.
Tampal di cermin meja solek, di papan kenyataan di rumah atau pejabat. Jangan diturunkan selagi hutang belum selesai.

B. Bajet merupakan salah satu rahsia agar proses melaksanakan perancangan kewangan dapat dijalankan dengan baik. Sehingga hutang dibayar, kita hendaklah mengikut bajet yang telah ditetapkan.

C. Potong semua yang tidak penting. Semua transaksi yang ditulis dalam bajet hendaklah dibayar atau dibeli dengan wang tunai sahaja. Perkara yang tidak penting hendaklah dipotong atau ditunda untuk sementara waktu.

D. Hutang juga boleh diselesaikan dengan beberapa cara. Sekiranya rancangan A, B dan C sudah dilakukan dan masih ada hutang yang belum selesai, jangan risau kerana ada beberapa rancangan lain yang boleh dilaksanakan. Antaranya memotong penggunaan kad-kad kredit sehingga tinggal satu atau dua sahaja. Sekiranya terpaksa mengeluarkan wang simpanan untuk mengurangkan hutang ini, keluarkanlah. Namun, bukanlah kesemuanya kerana wang simpanan perlu ada pada waktu kecemasan.

Tabiat baik melangsaikan hutang:

  • Ini merupakan rancangan yang agak bahaya. Kenapa? Rancangan ini memerlukan seseorang yang mempunyai semangat dan disiplin yang kuat. Tidak semua orang boleh mengambil rancangan ini sebagai jalan penyelesaian. Apa yang patut dilakukan adalah mencampurkan semua hutang yang kita ada. Telefon beberapa bank dan institusi kewangan yang memberikan peluang dan memberikan kadar faedah yang rendah. 
  •  Setelah kita berbincang dengan suami atau isteri dan pihak bank atau institusi kewangan tersebut, pindahkan jumlah hutang ini pada bank atau institusi yang kita pilih. Setelah dilakukan, jangan pula anda menambahkan hutang yang baru. Inilah sebabnya disiplin diperlukan untuk membayar. 
  • Jika hutang kita adalah ansuran bulanan, telefon pengurus bank yang menguruskan pinjaman perumahan dan minta mereka membantu. Ini kerana kadar faedah telah dikurangkan dan bincang semula bayaran bulanannya. 
  • Sekiranya rumah yang kita duduki sekarang adalah rumah sendiri, jika keadaan sudah memaksa, kita boleh re-finance rumah untuk mendapatkan wang tambahan. Ini boleh membantu mengurangkan hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi. 
  • Sekali lagi diingatkan, kad kredit menyebabkan ramai dibebani hutang yang banyak. Lakukan penyelidikan yang teliti untuk mendapatkan bank atau institusi kewangan yang memberikan kadar faedah yang rendah.
Gunakan kad kredit yang mempunyai faedah yang paling rendah. Apabila kita membuat pembelian dengan kad kredit, ada bank yang memberikan 20 hari pertama di mana mereka tidak mengenakan apa-apa faedah.
Jika bijak, kita boleh membeli apa saja, akan tetapi kita mesti membayar amaun keseluruhan yang kita gunakan ini sebelum cukup 20 hari tersebut tanpa faedah.
Berapa ramaikah di kalangan kita mempunyai disiplin untuk melakukannya? Jangan ambil risiko sekiranya kita tidak mempunyai disiplin yang tinggi.

Tabiat-tabiat yang dilarang untuk membayar hutang:

  • Jangan sesekali mengeluarkan wang simpanan yang diperlukan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak kita, sekiranya anak kita akan melanjutkan pelajaran mereka dalam setahun dua ini. Ia merupakan satu kesilapan yang besar. 
  • Jangan menggunakan wang simpanan untuk persaraan jika kita akan bersara dalam tempoh terdekat. Ini termasuk wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji atau Amanah Saham kerana wang itu kita perlukan untuk menjana wang pada hari persaraan.
Walau apa pun yang kita lakukan untuk membayar hutang, bayarlah dengan proses yang betul dan tidak mendatang kemudaratan kepada diri sendiri dan ahli keluarga yang lain.


Bijak urus hutang

Tulis jumlah keseluruhan hutang yang perlu dibayar dan tampal di mana sahaja tempat yang selalu anda gunakan. Contohnya, di cermin almari solek atau papan tanda di rumah atau pejabat.
 
UNTUK mencapai matlamat kewangan, kita sememangnya memerlukan wang. Namun, sekiranya kita mendapatkannya dengan cara senang iaitu melalui jalan mudah, selalunya pelbagai masalah akan timbul.
Hakikatnya, ia akan membawa padah apabila memiliki hutang yang banyak. Mana tidaknya, wang yang senang didapati itu diambil daripada transaksi kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman overderaf dari institusi kewangan dan bank atau pinjaman menerusi khidmat ah long.
Bukan itu sahaja, sudahlah hutang meningkat, diri sendiri juga perlu membayar pinjaman perumahan dan kereta, termasuk membayar kos kehidupan seharian.
Persoalan, adakah anda mengalami masalah di atas? Sekiranya ada, anda dinasihat mengambil langkah-langkah yang positif bagi menangani proses membayar hutang yang banyak itu.
Walau bagaimana besar amaun yang kita berhutang, janganlah pula kita mengambil jalan penyelesaian yang salah atau secara bersendirian. Sekiranya anda seorang penuntut yang masih belajar atau belum berkahwin, kongsi bersama ayah dan ibu atau adik beradik. Sekiranya sudah berumahtangga, ceritakan masalah itu kepada pasangan hidup anda.
Penting bagi kita melakukan sesuatu dan jadikan amalan. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit! Pepatah ini bukan sahaja digunakan untuk wang, tetapi untuk menambah ilmu di dada.
Inilah rancangan yang harus diselenggarakan mulai sekarang.
Tulis dan tampal di dinding
Tulis jumlah keseluruhan hutang yang perlu dibayar dan tampal di mana sahaja tempat yang selalu anda gunakan. Contohnya, di cermin almari solek atau papan tanda di rumah atau pejabat. Yang pasti, ketepikan semua perkara selagi hutang yang tertulis itu tidak dilangsaikan. Lupakan impian untuk membeli baju, beg tangan, motor besar, kereta dan lain-lain. Tumpuan kita hanyalah satu iaitu mengurangkan bebanan hutang yang tertulis itu. Apabila kita melihat sekeping kertas yang tertulis amaun hutang kita setiap hari, diri kita sendiri akan memberikan sepenuh perhatian bagi menyelesaikan hutang tersebut.
Bajet
Inilah satu daripada rahsia agar proses melaksanakan perancangan kewangan dapat dijalankan dengan baik. Tanpa bajet, kita tidak akan sedar di manakah kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri. Menulis bajet bukan satu hukuman.
Apabila kita menulis bajet, kita hendaklah menulisnya dengan tulus ikhlas kerana kita hendak tahu berapa banyak wang yang digunakan setiap bulan.
Dengan wang gaji kita dan isteri atau suami kita, setelah ditolak perbelanjaan itu, berapa banyakkah yang boleh kita simpan. Sehingga hutang dilangsaikan, kita hendaklah mengikut bajet yang telah ditetapkan ini.
Melalui proses ini juga, kita perlu berterus terang dengan suami atau isteri jika kita mempunyai masalah untuk menyimpan. Antara suami atau isteri, yang manakah lebih cermat. Pilih seseorang yang cermat untuk menyimpan wang simpanan keluarga.
Potong semua yang tidak penting
Apabila diri sendiri mempunyai masalah hutang yang disebabkan oleh pembelian menggunakan kad kredit yang berlebihan, kita seharusnya memberikan kad kredit kepada seseorang yang boleh dipercayai sama ada suami atau isteri. Seterusnya, semua transaksi yang ditulis di dalam bajet hendaklah menggunakan wang tunai.
*Wang tunai diketepikan untuk membayar bil-bil dan membeli keperluan yang penting sahaja. Perkara yang tidak penting dipotong atau ditunda buat sementara.
*Inilah masa untuk mengikat perut. Makan di rumah atau bawa bekal ke pejabat.
*Potong semua keahlian kelab sukan dan bersenam di padang permainan berdekatan.
*Sekiranya menggunakan dua buah kereta ke pejabat, simpanlah sebuah di rumah dan ini boleh mengurangkan perbelanjaan petrol.
*Apabila wang yang dibajet ini kehabisan, jangan keluarkan wang simpanan. Sabar sehingga anda mendapat gaji bulan hadapan.
Hutang boleh diselesaikan
Setelah semua perkara di atas berjaya dilakukan dan masih ada lagi hutang yang belum diselesaikan, eloklah kita menulis baki amaun hutang secara terperinci. Apa yang dimaksudkan itu adalah sekiranya kita mempunyai tiga atau lebih kad kredit, tuliskan amaun yang perlu dibayar. Dari sini, kita bayar amaun yang paling kecil dan kemudian tamatkan kad kredit tersebut. Lakukan proses itu sehingga kita hanya memiliki satu atau dua kad kredit sahaja.
Setelah selesai hutang kad kredit, kita perlu menulis semula hutang-hutang yang lain seperti hutang peribadi, hutang ah long dan lain-lain. Perhatikan hutang mana mempunyai kadar faedah yang tinggi. Selesaikan yang itu dahulu. Sekiranya kita terpaksa mengeluarkan wang simpanan, gunakanlah wang itu untuk mengurangkan bebanan hutang kita. Akan tetapi, hendaklah kita berwaspada agar akaun simpanan tidak kosong. Ini kerana kita perlukan wang di saat kecemasan.
Bagi anda yang tidak mempunyai wang simpanan, jangan pula mengambil pinjaman yang lain. Apa yang boleh dilakukan adalah melakukan kerja tambahan atau berniaga di sebelah petang atau malam untuk menambah pendapatan.

Azab Anak Derhaka

CERITA BENAR - AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL MAUT - OLEH USTAZ NAHRAWI MARZOKI

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak = mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi = katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas = mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil = pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di = katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa = nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. = Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan = dan menyedihkan.

"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan = sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang = marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat = pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

"Panggil ibunya segera," kata saya.

Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma = terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa ni?" tanya saya.

Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja = meninggal dunia dua minggu lepas."

"Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang = begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," = kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya = semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah = saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku."

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," = jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada = saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan = dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang = lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata = ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah = syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di = syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak = mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya = supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar = itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum = itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak = duit tu buat berniaga," katanya kasar.

"Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si = ibu.

"Ahhh, saya tak kira."

"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan = apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan = berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai = kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya = terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di = lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara = Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak = yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit = yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah = keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil = dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin = untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.

"Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ = emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah = saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan = 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya = di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. = Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan = Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih = kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.

"Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal = begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, = Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal = berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing = beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil = seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya = terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. = Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak = perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya = yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah = dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak = bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT = untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah = sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan = hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan = yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan = keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata = putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan = dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana = duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya = mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman = perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari = perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara = serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, = dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah = shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, = Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau = kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori = kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat = kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang = membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan =

di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah = yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke = atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham.

"Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz."

"Apa masalahnya itu?" tanya saya.

"Kubur adik saya berlubang ustaz."

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak = yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, = masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan = majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh = hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah = keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.




Bukan Salah Ibu Mengandung

Remaja tersayang. Cuba bayangkan sekarang. Sebelum anda boleh mencelikkan mata melihat marcapada yang luas ini, sembilan bulan sepuluh hari anda dikandung oleh ibu tercinta. Selama itu, penderitaan ibu mengandungkan dirimu tidak akan terungkai oleh kata-kata.

Semasa anda membesar dan terus membesar dalam rahim ibu, cuba bayangkan betapa letihnya ibu. Betapa tidak bermaya ibu menahan keperitan dan kesakitan lantaran kadang-kadang muntah-muntah dan loya-loya tidak mengira masa. Pucat bibirnya. Lemah seluruh sendi-sendi anggotanya. Anda lihatlah peritnya ibumu mengandungkan adik-adikmu kadang-kadang hendak makan pun tidak berselera.

Kemudian cuba anda bayangkan pula saat-saat ibu bakal melahirkan dirimu kedunia yang fana ini. Seorang bakal doktor yang biasa terlibat dalam praktikal menyambut kelahiran bayi memberitahu penulis, dia benar-benar insaf akan pengorbanan ibu apabila melihat betapa peritnya ibu melahirkan seorang anak. Ada yang menangis. Ada yang merintih. Ada yang meraung. Semuanya menahan kesakitan tidak terkira melahirkan anak tercinta. Bayangkan kering tekak ibumu, berkerut-kerut mukanya, berpeluh-peluh seluruh anggota ibu menahan kesakitan, kepedihan dan kengiluan ynag amat sangat ketika saat-saat akhir hendak melahirkan dirimu kedunia ini.

Bayangkan betapa ibu terpaksa mengacip bibir, memejamkan mata, terasa ajalnya benar-benar berada di kerongkong dan menanti saat untuk melayang ke alam akhirat, demi menahan kesakitan yang amat sangat ketika melahirkan dirimu, anaknya yang tercinta. Dapatkah remaja sekalian membayangkan saat-saaat ngeri itu? Ketika saat-saat kritikal sedemikian, hanya satu perkara yang terbayang pada wajah ibu, mungkinkah dirimu berjaya dilahirkan?

Selamatkah dirimu dan dirinya juga? Zikir kepada Allah tidak putus-putus berkumandang daripada kumat –kumit mulut ibumu ketika itu. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.ibu terus berdoa agar dirimu terselamat. Akhirnya dirimu dilahirkan dengan dendangan pertama keluar daripada mulutmu; tangisan. Tangisan itulah menjadi pengubat keperitan dan kepedihan ibumu mengandungkanmu selama ini. Tangisanmu itulah membibitkan secebis harapan besar ibumu. Harapannya hanya satu; dirimu akan lahir dan membesar sebagai manusia yang berjaya, berguna dan beriman. Ayahmu pula menyambutmu dengan kesyukuran lantas mengazankan di telinga kananmu dan mengiqamatkan di telinga kirimu.

Setelah anda dilahirkan ke dunia masihkah anda ingat betapa gigih ibu dan ayah anda membesarkan anda dengan penuh kasih sayang? Ayah dan ibu anda pasti begitu sabar bergilir-gilir menjaga dirimu siang dan malam. Mereka sanggup berjaga malam, demi memastikan kesihatan diri anda terpelihara. Biarlah diri mereka sakit dan deman, asalkan anaknya, iaitu dirimu, tidak menangis kesejukan. Semasa anda kecil, diri anda begitu disayangi dan dibelai penuh manja, hatta seekor nyamuk pun pasti tidak dibenarkan menjamah tubuhmu yang kecil dan montel itu.

Setelah anda semakin membesar, ibulah juga yang membantu dan mendidik anda sehingga pandai bertatih, berjalan dan berlari. Pada hari pertama persekolahan, mereka juga sanggup kadang-kadang berada di sisi agar anda tidak ketakutan hendak ke sekolah. Mereka juga tidak pernah kedekut membelanjakan wang demi memastikan anda bersekolah hingga ke alam remaja kini. Remaja sekalian. Cuba bayangkan detik-detik sukarnya ibu anda mengandung dan membesarkan anda. Cuba renungkan pengorbanan ayah anda bertungkus-lumus mencari secebis rezeki demi memastikan anda berjaya dilahirkan dengan selamat dan membesar sebagai seorang insan.

Pernahkah mereka terbayang dan berharap agar anda menjadi seorang manusia yang lupa akan tanggungjawabnya sebagai insan. Pernahkah mereka mendambakan agar anda menjadi manusia yang menjadi kacang lupakan kulit? Justeru, sebelum tersilap langkah, fikir-fikirlah dahulu. Sebelum tersesat jalan, rancang-rancanglah dahulu. Jangan sampai sesal kemudian kerana sesal kemudian tidak berguna. Jika anda sanggup meluangkan masa sepuluh minit sebelum tidur dengan membaca rencana ini dan menghayatinya sambil merenung wajah ibu, penulis yakin anda akan insaf tentang tugas anda sebagai seorang anak, jua sebagai insan.

Esok, sebelum melangkah ke sekolah, salam dan ciumlah tangan ibu dan bisikkan kepadanya

 "anakmu akan menjadi anak yang beriman, berguna dan berjaya di dunia dan akhirat."


Akibat cinta bersandarkan nafsu

Baru-baru ini, saya membaca berita yang amat menyedihkan, statistik anak tak sah taraf di kalangan bangsa Melayu adalah yang kedua paling tinggi untuk tahun 2009, iaitu seramai 17,303 orang, di belakang kaum-kaum lain. Ini juga bermakna, ± 47 bayi berketurunan Melayu dilahirkan setiap hari sepanjang tahun 2009!

Statistik ini tidak termasuk bayi yang dilahirkan hidup, kemudian mati akibat ditinggalkan di tempat pembuangan sampah, surau, tandas dan sebagainya. Statistik ini juga tidak termasuk bayi-bayi yang digugurkan dan dirahsiakan kematiannya (dibuang dan tidak dijumpai). Jika disebut Melayu, kebiasaannya beragama Islamlah. Amat menyedihkan kerana saban tahun kita disogokkan dengan berita yang menyedihkan ini, namun MALANGNYA, statistik ini terus meningkat.


Saya percaya, kelahiran bayi-bayi tidak sah taraf ini akibat kurangnya perisian agama di kalangan kaum Melayu yang beragama Islam dan terlalu mudah percaya dan TERPEDAYA dengan pujuk-rayu lelaki yang suka MEMPERDAYA bertunjangkan nafsu.

Bercakap tentang terpedaya dan memperdaya, mari kita lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh LPPKN. Menurut laporan LPPKN yang disiarkan di HMetro 19/03/2010 yang saya baca, matlamat cinta remaja lelaki tidak sama dengan remaja perempuan kerana ia bersandar keinginan seksual dan mahu menyahut cabaran rakan sebaya tetapi tidak sanggup bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.
Antara maklum balas yang diberikan remaja lelaki dalam kajian dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ke atas pelajar di lima sekolah menengah di negara ini, sekiranya teman wanita hamil, mereka akan menuduh kehamilan disebabkan perempuan itu mengadakan hubungan dengan lelaki lain, melarikan diri malah sanggup membunuh untuk menghapuskan bukti.
Sedangkan remaja perempuan beranggapan teman lelaki akan menjadi suami dan ini menyebabkan mereka sanggup menyerahkan jiwa dan raga tanpa mengetahui matlamat cinta remaja lelaki.
Akibat kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam perhubungan antara wanita dan lelaki menyebabkan kes kehamilan turut membabitkan remaja perempuan yang mempunyai tahap akademik yang baik. Kes kehamilan di kalangan remaja turut membabitkan mereka yang mempunyai kelayakan akademik tinggi kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam soal berkenaan menyebabkan mereka gagal mengawal emosi dan tekanan terhadap perasaan dan akhirnya terperangkap.
Oleh itu, adalah tanggungjawab ibu bapa menerangkan dan memantau kegiatan anak-anak remaja tanpa memberi kelonggaran kepada anak lelaki mahupun perempuan.

[NB : Wahai perempuan, janganlah terlalu mudah terpedaya dengan janji palsu... Wahai lelaki, usahlah memperdaya dan pandai merayu jika hanya kerana setitis madu..]

Izinkan saya titipkan hadis berkaitan yang dikirimkan oleh saudara Hizamri, seorang sahabat al-Falaah egrup. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah.” (Hadis riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)

Dalam hadis lain, dengan isnad yang sahih, ditambah; amalan riba. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Di ambang kiamat nanti, akan zahir zina, riba dan juga arak.”

Zina juga dapat menarik bala bencana dan malapetaka, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah.” (Hadis riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya: Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi.” (Hadis riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadis sahih)

Daripada Maimunah r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” (Hadis riwayat Ahmad, kata al-Munziri - 3/265: isnadnya hasan)

Statitstik terus meningkat dari tahun ke tahun


Mari kita lihat statistik pembuangan bayi antara tahun 2000 sehingga 2006 pula. Menurut laporan PDRM, sebanyak 580 orang bayi telah dibuang, majoriti 92% (532 kes) adalah bayi baru lahir, sementara 8% (48) adalah janin. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, terdapat peningkatan ketara dalam kes pembuangan bayi yang dilaporkan seperti jadual di bawah :



Perlu diingatkan, statistik yang dikumpulkan di atas bukanlah bertujuan untuk 'berbangga' dengan pencapaian anak-anak Melayu, sebaliknya untuk kita sama-sama selami, apakah peranan kita dalam mengurangkan statistik sedia ada. Saya mencadangkan, jika kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa sumbangan, elok juga risalah ini disebarkan kepada setiap kenalan kita, mudah-mudahan ada yang mengambil perhatian dan berfikir banyak kali untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai peradaban manusia dan bertentangan pula dengan hukum syarak.

Isu buang bayi perlu pendekatan holistik


Secara umumnya, masyarakat Malaysia seolah-olah hanya mampu menyatakan rasa kesal, mengecam tindakan zalim berkenaan yang dikatakan tidak bertanggungjawab, menuding jari menyalahkan remaja yang dikatakan semakin sumbang perlakuan mereka. Adakah kerana bayi malang itu dianggap hasil perzinaan, dikandung tanpa dirancang dan tidak dikehendaki oleh ibu mereka, tanpa bapa yang sanggup melindungi lalu kemudian dibiarkan atau dibuang untuk menutup aib dan malu, maka kematian mereka tidak harus dibela?

Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, mengutuk keras perbuatan berkenaan, menegaskan bahawa setiap bayi berhak disambut kelahirannya oleh pasukan perubatan yang terlatih di premis kesihatan yang serba lengkap untuk mengendalikan sebarang kecemasan.

Setiap bayi berhak disambut kelahirannya oleh pasukan perubatan yang terlatih di premis kesihatan yang serba lengkap untuk mengendalikan sebarang kecemasan. Setiap ibu yang hamil, berhak mendapatkan jagaan kehamilan yang sempurna untuk mempastikan kesihatan ibu dan anak terjaga sepanjang kehamilan. Setiap bayi yang baru lahir yang ditemui mati terdampar, dikira satu kematian neonatal (bayi berusia tidak lebih empat minggu).

Awal Julai 2009, dilaporkan penemuan mayat reput seorang wanita muda di bilik asrama salah sebuah IPT di selatan tanahair, bersama bayi yang dilahirkannya sendirian. Kematian ibu muda yang melahirkan bayi tanpa bantuan perubatan ini perlu dilihat sebagai satu kematian ibu (maternal mortality) yang sepatutnya boleh dielakkan (avoidable) sekiranya jagaan kesihatan dan perubatan dapat diberikan sebagaimana lazimnya. Kejadian begini sangat memilukan dan sepatutnya dijadikan teladan kepada kita semua.

Katanya, sama ada suka atau tidak, mahu atau sebaliknya ibu dan bayi perlu diberikan perhatian tanpa mengambil kira bayi itu dihasilkan menerusi cara halal atau haram.

Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj berpandangan, pendekatan yang lebih pragmatik dan SERIUS perlu segera diambil dalam menangani isu pembuangan bayi. Ia tidak boleh dilihat dari sudut pandangan gejala sosial dan seksual semata-mata, sebaliknya pendekatan tersebut mestilah holistik dan menjurus kepada penyelesaian akar umbi masalah, dengan menekan kedua-dua aspek pencegahan (preventive) dan rawatan (prescriptive) secara serentak.

Beliau yang mewakili JIM menuntut semua pihak memainkan peranan yang lebih bertanggungjawab dalam usaha mencegah gejala sosial ini.
  1. Ia mesti bermula pada tahap individu yang harus diperkayakan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran membuat keputusan yang bijak, bertanggungjawab berkaitan aspek seksualitinya. Setiap individu MESTI mempunyai daya tahan, disiplin serta integriti yang tinggi dalam mengendalikan emosi dan keinginan nafsu syahwatnya.
  2. Usaha mesti dipertingkatkan agar institusi keluarga dan masyarakat kembali membangunkan sistem nilai dan disiplin hidup yang mampu mengawal tingkah-laku ahli-ahlinya.
  3. Pihak berwajib MESTI mengekang sebarang aktiviti dan kegiatan yang membuka peluang luas yang membawa kepada berlakunya perzinaan seperti pergaulan bebas, hiburan tanpa batas dan gaya hidup hedonistik yang menggalakkan penagihan dadah, alkohol dan seks.
  4. Strategi mendidik dan menyeru masyarakat untuk kembali mengamalkan ajaran agama yang menekankan gaya hidup yang murni mesti dilipatgandakan dan menjadi keutamaan di setiap peringkat, dari yang paling atas iaitu pucuk pimpinan negara sehinggalah kepada rakyat jelata.
Mekanisme pastikan 'bapa' bertanggungjawab

Sekalipun langkah pencegahan dijalankan, akan tetap ada ahli masyarakat yang akan terjerumus mengamalkan gaya hidup seksual berisiko tinggi. Pergaulan bebas yang berakhir dengan perzinaan sering kali mengakibatkan kehamilan yang tidak dikehendaki, di samping komplikasi lain seperti pembuangan dan pembunuhan bayi, pengguguran janin, penyakit jangkitan kelamin, HIV/Aids dan keganasan seksual.

Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir yang dijangka ialah bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat. Masyarakat Malaysia menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana dikhuatiri menggalakkan pembuangan bayi secara berleluasa. Namun apakah kita mahu melihat lebih ramai bayi dibuang di dalam longkang, pagar masjid atau di hadapan rumah kita?

Dalam konteks ini, JIM mencadangkan pendekatan rawatan (prescriptive) mestilah diambil bagi menangani isu di atas :

1. Setiap janin dan bayi, sekalipun yang terhasil dari perzinaan mesti diberi peluang dan hak untuk hidup. ini berpandukan kepada sirah Rasulullah SAW di mana seorang wanita al-Ghamidiyah mengaku hamil selepas berzina dan meminta dilaksanakan hukuman hudud ke atasnya. Namun Rasulullah SAW menangguhkan hukuman tersebut untuk memberi peluang bayi itu dilahirkan dengan selamat dan selesai tempoh penyusuannya.

Jelas betapa Islam mengambil pendekatan melindungi dan membela bayi yang tidak berdosa, selari dengan intipati ajarannya sebagai 'rahmatalil 'alamin' (rahmat untuk sekalian alam). Langkah praktikal mesti segera diambil untuk mengelakkan ibu yang hamil akibat perzinaan dalam masyarakat hari ini tidak berfikiran panjang lalu mengambil keputusan melulu membuang dan membunuh bayi yang baru dilahirkan.

2. Setiap wanita yang hamil, sama ada yang sudah sah berkahwin ataupun belum, MESTI mendapatkan jagaan antenatal di pusat kesihatan berhampiran secara berkala untuk memastikan kesejahteraannya dan janin dalam kandungan terpelihara. Wanita yang menyembunyikan kehamilannya (concealed pregnancy ) sering kali berhadapan dengan risiko komplikasi seperti cubaan menggugurkan kehamilan, kepucatan, pre-eklampsia, kelahiran pramatang atau kematian ketika melahirkan. Mereka mesti bertanggungjawab terhadap kesihatan diri mereka sendiri dan tidak seharusnya mempertaruhkan nyawa mereka melalui kehamilan dan kelahiran sendirian.

Sementara itu, meletakkan kesalahan pada bahu wanita semata-mata tidak seharusnya berlaku kerana mungkin dalam keadaan tertentu wanita berkenaan menjadi mangsa. Pasangan lelaki yang terbabit dalam perzinaan sehingga menyebabkan kehamilan MESTI dipertanggungjawabk an. Perkembangan kajian saintifik yang membabitkan DNA dan genetik hari ini membolehkan pembuktian terhadap asal-usul keturunan manusia dibuat. Satu mekanisme perundangan perlu diusahakan agar pasangan lelaki yang terlibat dalam perzinaan TIDAK boleh SEWENANG-WENANGNYA lepas tangan dari memikul tanggungjawab yang sepatutnya.

Melihat kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat kita, lelaki tersebut dibiarkan bebas dan nescaya, dia boleh mengulangi perbuatan zina dengan teman wanita yang baru pula. [NB : Mentang-mentanglah bukan perut dia yang buncit!] Melihat senario hari ini, sudah tiba masanya agar tindakan keras di bawah undang-undang sivil dikenakan ke atas lelaki terbabit. Adalah tidak adil jika hanya pihak perempuan sahaja yang menanggung sengsara. Tanpa benih daripada lelaki, maka anak tidak sah itu tidak akan lahir. Jadi, kedua-dua pihak perlu dikenakan tindakan. Ibu bapa kepada remaja lelaki dan perempuan terbabit juga wajar dikenakan tindakan. Setidak-tidaknya, kaunseling diberi kepada mereka agar mereka turut berasa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas anak masing-masing.

3. Pimpinan negara dan agensi kerajaan yang berkenaan MESTI mengambil langkah menyediakan tempat perlindungan yang mampu membimbing wanita yang hamil di luar nikah menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Jagaan antenatal boleh dijalankan dengan baik, kelahiran bayi dikendalikan oleh mereka yang terlatih dan proses pengangkatan bayi melalui saluran yang formal dapat dibuat sekiranya si ibu mahu menyerahkan bayinya kepada orang lain.

Bagaimanapun, pusat perlindungan ini tidak boleh berfungsi sebagai pusat transit atau ‘one-stop centre’ yang menjadi tempat persinggahan sementara bagi wanita yang hamil di luar nikah semata-mata untuk melahirkan bayi saja. Cadangan pendekatan rawatan diharap dapat memberi ruang dan peluang kedua kepada mereka yang terlanjur untuk bertaubat, tidak mengulangi perbuatan sama dan kembali ke pangkal jalan menjalani kehidupan menurut kehendak syariah dengan kerahmatan Islam.

INFO: Lokasi buang bayi

• Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

• Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.

• Pelaku membuang bayinya di tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran, malah lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran berkenaan.

• Dalam kes pembuangan bayi, negara Barat mengambil pendekatan memperkenalkan pendidikan seksual di sekolah. Jerman antara negara yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan “Baby’s Craddle” untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran utama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di Baby’s Craddle akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya.

• Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan di tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta atau agensi anak angkat. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi berkenaan tidak perlu memberi butir terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak berkenaan boleh diberi kepada keluarga angkat.

• Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang boleh membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam kebanyakan kes, mayat bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan. Melalui undang-undang Safe Haven yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meninggalkan bayi mereka tanpa dikenakan tuduhan jenayah. Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dan kehidupan tanpa mengira siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap undang-undang Safe Haven ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberi bantuan dan sokongan kepada remaja terbabit.

Apa perlu dilakukan jika pelajar dikesan hamil?

CIKGU Jasmin (bukan nama sebenar) terpanggil menceritakan pengalaman pelajar sekolah menengah tempatnya mengajar melahirkan anak di rumah tanpa pengetahuan ibu bapa membuktikan mana-mana remaja yang terdesak tidak tahu ke mana arah dan tuju mendapat bantuan. Takut, bimbang, malu bercampur baur menjadikan tindakan diambil selalunya tidak terjangkau oleh fikiran waras.

Kisah berlaku di sebuah sekolah di luar bandar. Menceritakan kepada penulis, katanya, pelajar berkenaan dikenali sebagai Z, tidak nampak tanda-tanda pelajar nakal. Pelajar berkenaan bersekolah di sekolah menengah A sejak tingkatan 1. Keputusan PMR tidak begitu membanggakan, tetapi tetap meneruskan persekolahan ke tingkatan empat sekolah sama. Bagaimanapun ketika awal tingkatan 4 beliau memohon mengikuti pelajaran ke sekolah swasta di sebelah Pantai Timur dengan alasan lebih privasi, atas sokongan keluarga. Di situlah beliau mengandung.

“Tidak lama di situ beliau berhenti, mungkin kerana sudah mengetahui dirinya hamil. Z menyambung pengajian di sekolah menengah A semula. Memang pelajar ini bertubuh besar. Bukan saja pihak sekolah tidak tahu beliau hamil, sebaliknya ibunya yang juga berkhidmat di sebuah hospital, langsung tidak mengetahui dia hamil,” katanya. Dalam temuramah dengan ibu pelajar berkenaan, Cikgu Jasmin berkata, ibu Z tidak tahupun anaknya melahirkan bayi berkenaan di dalam bilik di rumahnya.

“Z melahirkan anak berkenaan dalam bilik. Ketika melahirkan anak berkenaan A hanya memutuskan tali pusat bayi itu dengan hanya memutuskannya merentap menggunakan tangannya, hinggakan bayi berkenaan mengalami masalah di bahagian tali pusat. Ketika bayi menangis A akan memberikan susu formula orang dewasa kerana tidak tahu menguruskannya. A juga mempunyai tabiat memasang radio kuat hingga ‘kegiatannya’ sukar dikesan ibu sendiri yang bekerja sebagai jururawat desa. Bagaimanapun cerita itu akhirnya terbongkar apabila A didapati semakin lemah dan ibunya membawanya ke hospital. Di hospital semua perlakuannya itu terbongkar,” katanya ringkas.

Pendedahan Cikgu Jasmin boleh menimbulkan pelbagai persoalan, seperti bagaimana pihak sekolah dan ibu bapa menangani isu sebegini. Adakah pelajar dibenarkan bersekolah walaupun hamil, dan bagaimana pula cuti bersalin? Beliau berharap pihak berkaitan boleh bersama-sama memikirkan isu ini dan mencari jalan terbaik menanganinya.

Mungkin agak sukar untuk kita mengaplikasikan ke semua cadangan JIM di atas, tetapi kita sebagai ibu bapa yang mempunyai anak remaja tidak kira lelaki dan perempuan patut memberikan pendedahan kepada anak-anak tentang perbezaan lelaki dan perempuan dalam pertanggungjawapan mereka dalam perhubungan intim tanpa ikatan perkahwinan yang sah.  Saya yakin, jika setiap ibu bapa 'membersihkan isi rumah dan halaman masing-masing', tentu seluruh negara akan bersih, insya Allah!

Renung-renungkan!

NB : Sekiranya anda ingin menyumbang kepada usaha Wanita JIM, hubungi Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah di Lot 300.2, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur. Boleh juga hubungi talian 03-41073379 atau kunjungi laman web www.raudhatussakina hpusat.blogspot. com dan www.jim.org. my untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber : HMetro 19/03/2010 dan BHarian 09/03/2010
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger