Headlines News :
.

Tanah berserta rumah banglo untuk dijual

Written By Unknown on Saturday, May 31, 2014 | 04:54


TANAH REZAB MELAYU PEGANGAN BEBAS (FREEHOLD) berserta rumah BANGLO untuk dijual.

*URGENT..... Owner nak pakai duit.
  • Keluasan tanah = 3/4+ ekar @ (0.7897 ekar) @ (75.59' x 470.47')
  • Pemilikkan = 1 geran (kalau nak beli, boleh buat pinjaman)
  • Lokasi = Terletak di dalam kawasan perkampungan, Kampung Bandar, Banting, Kuala Langat.
  • Coordinates : 2.858398, 101.444402
  • Kedudukan : lokasi strategik kerana tanah berada di tepi jalan besar kampung.
  • Keuntungan : Diatas tanah ini telah dibina sebuah banglo berusia sekitar lebih 10 tahun. 
  • Keluasan sebenar rumah : 49' x 74' (3,626 sft)




KEMUDAHAN
  • 5o meter dari surau
  • 500 meter dari masjid
  • 600 meter sek. ren. kebangsaan & 200 meter sek. ren. agama
  • 150 meter dari tapak pasar malam (petang Sabtu)

- Harga yang ditawarkan untuk tanah serta rumah ini adalah RM530,000 sahaja.
- Segala tawar menawar boleh dilakukan terus kepada pihak owner.


SYARAT-SYARAT

  • kedua-dua belah pihak pembeli dan pemilik bersetuju dengan harga, pihak pembeli perlu menyediakan deposit 3% dari jumlah harga keseluruhan.
  • 7% lagi ketika hendak sign S&P (Sales And Purchase Aggrement) untuk melengkapkan 10% pertama.
  • Bagi seterusnya dibayar mengikut perjanjian yang terkandung didalam S&P.


REMARKS

  • Rumah & tanah sahaja. tidak termasuk perabot serta kelengkapan dan perkakas dalam rumah.
  • Jika pihak pembeli tiada lawyer untuk pengurusan, pihak owner akan menyediakannya.



Jika berminat sila hubungi :

Salleh
019-2617430 (whasapp pun boleh)

* Update Date : 31 May 2014 @ Saturday
* Mudah.com Advertised : Click HERE

Ladang Sawit 29,833 ekar di Labis, Johor

Written By Unknown on Sunday, May 25, 2014 | 15:20


Ladang sawit untuk dijual. Terletak di Labis, Johor. Keluasan sebenar ladang ialah 29,833.32 ekar yang ditanam sawit berbagai usia. Penjualan ladang adalah termasuk : 

  • Bangunan pengurusan
  • Banglow/hostel pekerja 
  • Club house 
  • Stor
  • Jentera
  • Padang golf 9 lubang
  • 3 buah kilang

1. Property Status   : Achi Jaya Plantations Sdn. Bhd

2. PROPERTY TYPE : (Agricultural) Oil Palm Plantation

3. PROPERTY NO.    : 3 estate:-
  1. Johore Labis Estate
  2. Sungai Gerchang Estate 
  3. Claire Estate
4. LAND TENURE : Freehold (Non Bumi)
5. LAND AREA : 29,833.32 acres (Johore Labis Estate/Sungai Gerchang Estate = 23,579.07 acres & Claire Estate = 6,254.25 acres)
6. SELLING PRICE : RM 42,000 per acre - 29,833.32 X RM 42,000 = RM 1,252,999,440.00
7. COMMENT : Good Maintenance with High Production
8. DOCUMENT ATTACHED : Inclusive of 3 mill & 9 hole golf course, Incl. Proposal and map.
9. OTHERS INFO : PA, new ofer later & lates Mandate Available



SYARAT-SYARAT
Setiap pembeli wajib mengeluarkan LOI berserta photocopy 2% Bank Draf dari harga keseluruhan ladang sebelum bertemu dengan pihak Lawyer yang berkenaan. Sebarang pemberian LOI kosong dan tidak disertakan photocopy bank draf, tidak akan dilayan.










Berminat, sila dapatkan maklumat lengkap dan hubungi : 

- Kamarudin
- 019-2375741




Remarks : 

  • Update date : 11 March 2015 @ Wednesday.


Game 17 MSL 2014 - Selangor 0-1 JDT


Impian pasukan Selangor untuk terus menjarakkan diri di takhta liga tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada JDT malam tadi. Bermain dihalamann sendiri dihadapan lebih 60 ribu penyokong bukanlah lesen untuk Selangor mudah untuk menghadapi anak-anak buah Bojan Hodak ini.

Selangor lebih gemar bermain secara bertahan memandangkan musuh pada perlawanan ini yang diakui mempunyai barisan pemain yang cukup mantap dari segala sudut. Hampir keseluruhan pemain Selangor lebih banyak berada di kawasan sendiri dan ini menyebabkan peluang untuk membuat serangan agak tipis.

Barisan tengah yang dikemudi oleh S Venood, Andik, S Kunalan dan Pantelidis terlalu tumpul untuk mencipta peluang-peluang jaringan terhadap Rangel dan Thamil Arasu. Lebih membantu barisan pertahanan telah membuatkan Rangel terkontang kanting tanpa arah.

Mungkin berharap peluang seperti ketika menentang pasukan Pahang lalu bakal kembali, tetapi malangnya peluang yang hadir gagal disempurnakan dengan kemas. Walaupun hanya sesekali serangan balas berjaya dihasilkan, kebuntuan untuk menyudahkan peluang membuatkan Selangor terus menggigit jari.

JDT sememangnya layak menang. Bukan kerana pemain-pemain bintangnya, tetapi kesungguhan serta mutu permainan yang dipamerkan. Sepatutnya JDT mampu lagi untuk memperolehi banyak gol, tetapi hanya jaringan melalui Figuero pada minit ke-70 sahaja mampu dihasilkan.

Walaupun Selangor tewas pada perlawanan ini, Selangor masih lagi mengungguli carta liga dengan mengumpul 34 mata, dua mata dihadapan JDT. Harapnya pasukan Selangor perlu bekerja keras lagi di baki 5 perlawanan akhir ini bagi memastikan hajat untuk menjadi juara tercapai.

Pada hari Isnin 26/05/2014 ini juga akan dilangsungkan perlawanan persahabatan diantara pasukan Selangor menentang juara baru pila UEFA, pasukan Sevilla dari Sepanyol. Perlawanan bermula pada jam 08:45 malam dan masuk adalah percuma.



Jadual dan Keputusan Friendly Liverpool musim 2014/2015

Written By Unknown on Tuesday, May 13, 2014 | 15:35


Berikut adalah jadual serta keputusan perlawanan persahabatan musim 2014/15 serta kejohanan Guinness International Champions Cup di Fenway Park, Boston yang telah dan bakal dilangsungkan. InsyaAllah kami akan sentiasa update keputusan dari masa ke semasa.

FRIENDLY 2014-2015
BIL
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
1
Brรธndby IF
17/07/2014 00:00
Brรธndby Stadium
2 -1
2
Preston North End
19/07/2014 23:00
Deepdale, Preston
1 - 2
3
AS Roma
25/07/2014 07:30
Fenway Park
0 - 1
4
Dortmund
10/08/2014 19:15
Anfield
4 - 0

GUINNESS INTERNATIONAL CHAMPIONS CUP
BIL
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
1
Olympiacos
28/07/2014 06:00
Fenway Park
1 - 0
2
Manchester City
31/07/2014 07:00
Fenway Park
2(3) - (1)2
3
AC Milan
03/08/2014 06:30
Fenway Park
2 - 0
4
Manchester United
05/08/2014 08:00
Sun Life Stadium
1 - 3

*Sila klik keputusan untuk melihat rangkuman perlawanan.

** Tarikh dan waktu yang tertera di dalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +8:00)


BPL 2013/14 (Game 38) - Liverpool 2-1 Newcastle United


Walaupun Liverpool mampu meraih kemenangan dalam perlawanan terakhir liga ini, ia tidak cukup untuk membantu Liverpool menjuarai EPL. Kemenangan 2-1 keatas Newcastle di Anfield hanya sekadar mampu untuk mempertahankan tempat kedua liga dari dipintas oleh Chelsea dan merelakan Manchester City merangkul mahkota kejuaraan.

Pada perlawanan ini, Liverpool terlebih dahulu ketinggalan dengan 0-1 akibat jaringan sendiri Martin Skrtel seawal minit ke 20. Walau bagaimanapun Agger dan Sturridge berjaya memberi kelegaan kepada Liverpool apabila menjaringkan gol pada separuh masa kedua. Yang menariknya kedua-dua gol tersebut dihasilkan dalam masa dua minit berselang dan posisi jaringannya di tempat yang sama dalam keadaan yang juga hampir sama.



Sebenarnya bukanlah nak ulas sangat pasal perlawanan ini, tetapi lebih kepada rangkuman keseluruhan perlawanan penghujung musim. Seperti orang kata, last lap di selekoh terakhir Liverpool terbabas dari litar dan kemudiannya dipintas oleh Manchester City. Itulah keadaannya yan terjadi. Liverpool terpaksa menelan kepahitan akibat kesilapan yang dilakukan oleh diri sendiri.

Kesilapan paling besar sudah tentulah pada perlawanan menentang Chelsea dimana Liverpool tewas 0-2 yang sudah menampakkan piala sudah bertukar tangan. Sepatutnya Liverpool hanya perlu mencari keputusan seri sahaja pada perlawanan tersebut. Walau bagaimanapun seandainya seri pada perlawanan tersebut, Liverpool sekali lagi dipalit kedukaan dengan keputusan seri 3-3 dengan pasukan Crystal Palace. Perlawanan yang sepatutnya Liverpool menang besar selepas mendahului 0-3, musnah dalam masa 10 minit terakhir.




Mungkin kita tidaklah nak mengamuk akibat kegagalan merangkul kejuaraan ini. Tetapi sedikit terkilan kerana apa yang berlaku pada musim 2008/09 kembali berulang. Disaat peluang keemasan terhidang dihadapan mata, ia dirompak oleh pasukan lain yang dapat menghidu kelemahan Liverpool. Mungkin skuad Branden Rodgers kali ini masih muda dan kurang pengalaman untuk menerima tekanan apabila berada di puncak. Apatah lagi permainan saikologi lawan dan over confident telah mencalar impian. Harapnya Branden Rodgers akan kembali membuat persiapan rapi dalam memantapkan lagi barisan pemain Liverpool untuk musim hadapan. Barisan pertahanan sudah pastinya menjadi topik utama bualan peminat akibat kelonggaran dan mudah untuk dibolosi.




Apapun target utama owner serta kelab sudah tercapai untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim akan datang. Cabaran getir pasti melanda dan perlu dihadapi dengan sistematik dan berkesan. Harap-harapkan owner mampu untuk mengeluarkan dana yang agak banyak untuk Rodgers berbelanja membeli pemain yang terbaik. Mudah-mudahan musim hadapan adalah milik Liverpool. YNWA....


LIVERPOOL : Mignolet, Johnson, Skrtel, Agger, Flanagan (Cissokho), Henderson, Gerrard, Allen (Coutinho), Sterling, Suarez, Sturridge (Lucas)
SUBS : Jones, Toure, Sakho, Cissokho, Lucas, Coutinho, Aspas

NEWCASTLE UNITED : Krul, Taylor (de Jong), Williamson, Coloccini, Haidara, Debuchy, Anita, Tiote (Dummett - red card -87'), Gouffran (Sammy Ameobi), Sissoko, Shola Ameobi (red card - 66')
SUBS : Elliot, Santon, Yanga-Mbiwa, Satka, Dummett, Sammy Ameobi, de Jong


Liverpool 2-1 Newcastle United Highlights... by Gamesday-Highlight

Game 15 MSL 2014 - Pahang 0-1 Selangor

Written By Unknown on Sunday, May 11, 2014 | 04:07


Pasukan Selangor berjaya melonjakkan diri ke puncak Liga Super selepas membenam cabaran Pahang dengan keputusan 0-1. Perlawanan yang telah dilangsungkan di Stadium Darul Makmur bukanlah menjadi penghalang untuk Selangor meraih tiga mata penuh dan mengumpul 31 mata dari 15 perlawanan yang telah dilalui.

Selangor lebih banyak mempamerkan corak permainan secara berhati-hati. Mengetahui taktik pasukan Pahang yang bermain pantas menyerang, Mehmet telah menurunkan kesebelasan utamanya dengan lebih kepada formasi bertahan. Jangkaan Mehmet sememangnya tepat kerana boleh dikatakan hampir keseluruhan perlawanan lebih dikuasai oleh pasukan tuan rumah.


Bayangkan kerakusan pasukan Pahang untuk menguasai permainan dengan langsung tiada sepakan sudut pun yang diperolehi oleh Selangor sehingga tamat perlawanan. Keadaan barisan Midfield serta penyerang Selangor tenggelam kerana gagal memperkemaskan hantaran serta kawalan bola akibat lebih memfokuskan kepada bertahan.



Separuh masa kedua barulah ada nampak perubahan pada barisan serangan Selangor dimana penjaga gawang Pahang Nasril Nordin kerap juga bekerja keras berbanding sebelumnya. Akibat terlalu taksub untuk menyerang dan menembusi gawang Selangor, akhirnya melalui serangan balas melalui hantaran satu dua diantara Rangel dan Andik telah berjaya disudahkan dengan cantik oleh Andik. Tersentak dengan jaringan tersebut, Pahang menggandakan asakan demi asakan tetapi malangnya nasib terus tidak menyebelahi mereka.


Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Selangor Farizal Marlias kerana menjadi wira dalam menyelamatkan banyak percubaan merbahaya jentera Pahang. Begitu juga dengan semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh barisan pertahanan serta semuanya dalam mengekang serta menafikan asakan Pahang.


Seperti kata jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hasan, Tidak gunanya bermain cantik dengan menguasai keseluruhan perlawanan seandainya gagal menjaringkan gol. Sedikit kealpaan pasti akan dihukum. Walau bagaimanapun beliau menerima kekalahan ini dengan hati terbuka. Apapun tahniah untuk pasukan Selangor yang menjadi peneraju liga yang baru pdaa ketika ini. VIVA SELANGOR. GAYATTTTTTTTT WEIII...



wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger