Written By Unknown on Tuesday, June 5, 2012 | 03:37
Belum habis lagi kisah peminat-peminat Liverpool bercerita menngenai keseronokkan mereka apabila tempahan Jersey utama pasukan telah tiba Jumaat lalu, semalam dilancarkan pula jersey away bagi musim baru 2012/2012.
Masih mengekalkan logo Liverbird seperti jersey utama, warna hitam menjadi pelengkap untuk peminat-peminat setia menjadi lebih gila apabila tidak sabar untuk memilikinya. Emmm.. bila le agaknya versi Padang Besar nak dilancarkan ye. huhuhuhuhuhu..
Written By Unknown on Tuesday, May 29, 2012 | 01:49
Setelah hampir 6 bulan ditubuhkan, pada hari ini Kelab Peminat Liverpool Malaysia(KPLM) telah pun melancarkan baju rasmi kelab yang selama ini amat ditunggu-tunggu oleh peminat. Walaupun pihak pengurusan telah melancarkan undian untuk memilih design dihalaman Facebook KPLM pada bulan Febuary lalu. diatas beberapa masalah teknikal, baru kini kami dapat melaksanakannya.
Untuk pengetahuan, tempahan hanya dibuka selama dua minggu sahaja iaitu dari 28 May 2012 sehingga 10 Jun 2012. Sekiranya anda berminat , anda boleh layari blog rasmi KPLM untuk membuat tempahan.
Berbanggalah anda untuk memiliki baju rasmi KPLM ini kerana disamping anda diantara peminat setia yang berjumlah lebih 10 ribu dihalaman dan lebih 2 ribu di group KPLM ini, anda jugalah pendukung setia pasukan kesayangan kita Liverpool FC.
Jadi apalagi nak ditunggu, tempahlah sekarang sebelum terikh akhir tempahan melabuhkan tirainya. YNWA
KLIK DISINI untuk membuat tempahan serta membaca terma dan syaratnya.
Teima kasih diatas sokongan yang anda berikan terhadap Kelab Peminat Liverpool Malaysia (KPLM) di halaman Facebook. Teruskan kesetiaan anda terhadap kami. Tanpa sokongan anda, KPLM tidak akan berkembang untuk meluaskan jajahannya dalam memberi info terbaik mengenai Liverpool FC khas buat tatapan anda. YNWA
Written By Unknown on Friday, May 11, 2012 | 15:10
Pagi tadi masing-masing tak sabar untuk menyerbu website LiverpoolFC.tv bagi melihat jersey terbaru yang bakal dilancarkan. Hasilnya pukul 7 pagi tadi waktu Malaysia, peminat Liverpool disajikan dengan design terkini dari penaja pakaian terbaru Warrior bagi mengantikan Adidas yang ditamatkan kontraknya pada penghujung musim ini.
Design yang cukup klasik dimana jersey kali ni yang mempunyai kolar mengamit kenangan kita pada jersey yang lalu dizaman Carlsberg menjadi penaja utama. Apa yang menariknya Logo pada jersey berkenaan telah ditukar dari logo rasmi Liverpool kepada logo Liverbird yang tertera perkataan LFC. Dibahagaian belakang jersey berkenaan pula telah diletakkan JFT 96 bagi memperingati dan menghormati tragedi yang sungguh menyayatkan hati seluruh peminat Liverpool.
Secara keseluruhannya SG sebagai peminat setia pasukan Liverpool ini, amat tertarik dan teruja serta tidak sabar-sabar lagi untuk memilikinya sekeluarga. Dengan pelancaran ini maka sedikit sebanyak telah menutup mulut-mulut pengkritik yang menyatakan Warrior adalah brand cap ayam dan designnya sudah tentulah mengarut-ngarut. Akhirnya bertambah-tambahlah lagi perasaan dengki yang bakal menjelma dari pengkritik-pengkritik terutamanya pasukan lawan yang sentiasa anti dengan kemajuan yang diperolehi oleh Liverpool.
Jadi apalagi, siapa yang rasa-rasa mampu bolehlah membeli secara online di StoreLFC dimana tempahan telah pun dibuka. Selain itu juga kepada mereka yang terawal membuat tempahan akan mendapat t shirt percuma selagi stock masih ada. Bagi yang tak mampu, jangan risau. Ini kerana pasaran Padang Besar, Rantau Panjang dang Pengkalan Kubur pasti akan menyediakan jersey idaman anda ini dengan kualiti yang agak baik juga untuk dipakai. Seboleh-bolehnya maukan yang lebih kualiti dan berpuas hati, dapatkanlah yang original ye..
Anda boleh layari Website Warrior football untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai kit kelengkapan Liverpool dimasa akan datang.
p/s: Kalau nak beli yang ori, sekeluarga mau lebih RM1K. Kalau Padang Besar pula RM1K boleh dapat 20 pasang. Emmmm... renung-renungkan ler yer. Bukan satu jersey pula tu nak beli, mau ketiga-tiga design nak gak dijadikan koleksi. adoiiii....
Pemain-pemain Liverpool secara rasminya akan menggunakan logo baru untuk mengantikan logo Standard Chartered pada jersi rasmi pasukan dalam perlawanan terakhir di Anfield musim ini menentang Chelsea awal pagi Rabu nanti. "Seeing Is Believing" adalah perkataan pada logo baru tersebut yang mengambarkan salah satu inisiatif global penaja utama Liverpool Standard Chartered yang telah memberi dana untuk kecacatan buta yang boleh dielakkan di negara-negara membangun.
Dalam misi meningkatkan kesedaran untuk mengelakkan kecacatan tersebut, sesiapa sahaja boleh membida jersi edisi terhad ini dimana Standard Chartered sendiri akan memberi tawaran yang dibida untuk menjadi lebih jauh lagi dalam usahanya untuk membantu orang ramai.
Untuk pengetahuan "Seeing Believing" telah diwujudkan dengan dana melebihi USD40 juta dengan harapan dana tersebut akan berkembang lagi menjadi USD100 juta menjelang tahun 2020. Ia adalah projek untuk menghilangkan 80% kebutaan dimana ketika ini 39 juta orang diseluruh dunia masih mengalami kecacatan tersebut. Dengan harapan misi ini dapat membantu individu terbabit peluang kedua melihat dunia ini dan akan mengubah bukan sahaja diri pesakit malah mereka-mereka yang berada disekelilingnya. Mengembalikan nilai hidup seseorang pesakit akan memberikan mereka kemerdekaan dalam membebaskan diri mereka daripada hidup yang bergantung dengan orang lain.
Begitulah yang dinamakan keprihatinanan syarikat-syarikat korporat dalam kegiatan sosial mereka. Disebalik memertabatkan sukan dan memajukan perniagaan, sikap perihatin terhadap nasib dan kekurangan insan lain dimuka bumi ini amatlah dihormati. Jika anda berminat untuk menyertai program tersebut anda boleh lawati laman utama Liverpool FC.tv ..
Written By Unknown on Thursday, January 19, 2012 | 03:32
Dengan rela hati terpaksa penyokong Liverpool menerima hakikat bahawa bermula musim 12/13, tiada lagi jersi Adidas berlambangkan Liverpool. Adidas secara rasminya tidak menyambung kontrak lanjutan setelah tempoh kontraknya tamat pada akhir musim ini. Secara rasminya syarikat dari Amerika Warrior Sports akan mengambil alih penjenamaan barangan Liverpool.
Kita akui, sememangnya jenama Adidas sentiasa menjadi gilaan ramai apalagi dengan designnya yang amat menarik hati. Setiap jersi seperti ada kekurangan sekiranya tiada 3 jalur disisi. Tapi apaguna design dan kualiti bagus sekiranya pandangan seorang lembaga pengarahnya terlalu keji buat Liverpool. Beliau telah menyatakan bahawa :-
" Adidas tidak menyambung kontrak jenama pakaian dan peralatan Liverpool disebabkan prestasi pasukan Liverpool yang tidak meningkat"
Bolehkah anda terima alasan sedemikian?. Memang bangang betullah pengarah ni. Tidakkah beliau sedar bahawa jersi Liverpool terjual hampir 900 ribu setahun yang menjadikan antara kit jualan keempat tertinggi didunia selepas Manchester United, Barcelona dan Real Madrid dimana Liverpool hanya memperolehi sekitar £ 12 juta setahun dari Adidas. Berbaloikah royalti yang dibayar ini?
Sebenarnya Adidas tak mampu nak membida harga yang Liverpool minta. Kita masih ingat bagaimana Carlsberg pun bagi royalti rendah gak sebelum diambil alih oleh Standart Chartered. Kini dengan Warrior Sports Liverpool dapat 2 kali ganda iaitu £ 25 juta setahun. Rekod terbaru liga Inggeris selepas menewaskan nike yang menaja MU sekitar £ 23.5 juta setahun. Bayangkan dengan penjenamaan semula berapa banyak kelab memperolehi keuntungan.
Contoh Warrior Sports Design
Apapun alasan Adidas, pergi jahhanamlah dia sebab musim depan dah keluar design baru. SG boleh saja terima apapun jenama( walaupun cap ayam). Selangor yang sebelum ini Adidas dan kini Kappa pun SG beli gak. So tiada masalah cacat tanpa 3 jalur disisi.
p/s: Kalau tak silap Swansea dan Stoke City pun Adidas taja gak. So kelab2 tu meningkat sangat ke naiknya. Banyak sangat ke bagi untung kat mereka. Otak nak melingkup bisnes. huhuhuhuhu
Written By Unknown on Saturday, July 31, 2010 | 11:46
Mana satu yang lebih cantik?
BPL ada masa dua minggu lagi sebelum membuka tirai pembukaan. Tapi aku sudah pun memiliki jersi terbaru kelab kesayanganku,LIVERPOOL. Aku rembat sekali dua tu. Sememangnya aku suka warna merah. Walaupun designnya kurang menarik, tapi merah tetap dihati. Putih pula memang cun. Majoriti ahli kelab menyokong pendapat aku bahawa jersi tempat lawan kali ini wajib dimiliki. Jadi tu yang aku terpaksa borong dua helai.. ehehhe..Bukannya batak atau berlagak, tetapi dengan semangat kelab yang serba baru menjadikan aku teruja untuk memilikinya secepat yang mungkin.
Jersi ketika bermain dihalaman sendiri
Terima kasih kepadaStandard Chartered kerana sudi menjadi penaja yang baru kepada kelab. Jikalau dulu sewaktu Carlsberg menjadi penaja, aku amat terkilan kerana tak boleh untuk memiliki jersi kelab. Kenapa? Dah Carlsberg, sendiri mau ingat ler.. haram. Bila dah haram, walaupun aku tak minum, tapi bila dah nama Carlsberg tu terpampang di jersi, kiranya aku ni mempromosilah benda haram tu. betul tak?. Jadi terpaksalah beli jersi cap ayam.. huhuhu. Kini dengan terpampangnya nama bank ini, aku boleh memakai jersi tanpa was-was, samada untuk berjalan-jalan atau untuk solat.
Jersi ketika bermain ditempat lawan
Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku terlalu bersemangat untuk musim baru ni. Jika dibandingkan dengan keupayaan The Reds musim lepas, emm.. memang amat menduka citakan. Mungkin juga dengan barisan pengurusan yang baru membuatkan aku teruja. Walaupun hakikatnya tiada pembelian pemain-pemain yang ternama akibat masalah kewangan dan kedekutnya owner. Tapi aku masih berharap The Reds akan bangkit semula dari zaman kejatuhannya.
Jersi lama (cap ayam) banyak berjasa woooo....
Semoga dengan semangat Jersi baru, Pengurus baru dan beberapa pemain baru, akan menjadi titik mula perubahan untuk membina kembali zaman kegemilangan. Walau apa pun yang terjadi, aku akan tetap bersamamu selagi idolaku Steven Gerrard masih bersama kelab. Jika Gerrard tiada mungkin sedikit kehampaan disudut hatiku ini. Tetapi keadaan akan mengubah segala-galanya. Aku yakin dan pasti, walaupun Gerrard tiada, aku akan cuba terus setia kerana aku berpegang pada prinsip, aku minat Liverpool adalah kerana lagenda dan kejayaannya bukan kerana terikut-ikut kejayaan semasa dan seketika. Samalah juga aku minat dengan pasukan Reds Giant. Selain ia pasukan negeriku, ia juga mempunyai sejarah dan lagenda yang hebat. Itulah kelebihan "SIMERAH" dua pasukan bolasepak kesayanganku ini.
Written By Unknown on Wednesday, July 21, 2010 | 21:51
Yeah.......... Selamat datang kepada pemain2 baru ke Anfield. Dengan semangat yang segala2nya baru seperti penaja baru (Standard Chartered), jersi berwajah baru dan juga bos baru (Roy Hodgson), diharap musim 2010-2011 ini akan membawa perubahan besar kepada The reds. Kembalikan zaman Kegemilangan mu wahai The Reds. Mari kita lihat pemain2 terbaru yang telah berjaya dipikat oleh Liverpool. ~YNWA~
Joe Cole
Nama penuh : Joseph John Cole Tarikh Lahir : 8 November 1981 Tempat Lahir : London, England Tinggi : 1.76m Posisi : Wingger, Attacking midfielder No. Jersi : 10 Kelab : 1) West Ham United : 1998-2003 2) Chelsea : 2003-2010 3) Liverpool : 21 July 2010 -
Danny Wilson
Nama penuh : Daniel Wilson Tarikh Lahir : 27 December 1991 Tempat Lahir : Livingston, Scotland Tinggi : 1.87m Posisi : Center back No. Jersi : - Kelab : 1) Rangers : 2007-2010 2) Liverpool : 21 July 2010 -
Milan Jovanovic
Nama penuh : Milan Jovanovic Tarikh Lahir : 18 April 1981 Tempat Lahir : Bajina Basta, SFR Yugoslavia (Serbia) Tinggi : 1.83m Posisi : Left Winger, Striker No. Jersi : - 14 Kelab : 1) Vojvodina : 1999-2003 2) Shakhtar Donetsk : 2003-2004 3) Lokomotiv Moscow : 2004-2006 4) Standard Liege : 2006-2010 5) Liverpool : 8 July 2010 -