Headlines News :
.

Ubati penyakitmu dengan bersedekah..

Written By Unknown on Saturday, October 30, 2010 | 15:23

Sedekah itu adalah pintu yang agung dan juga salah satu pintu yang melapangkan dada. Sedekah juga pintu yang membuka hati nurani. Seseorang yang berbuat kebaikan akan dibalas oleh Allah swt dengan kelapangan dada, kesenangan hati, kebahagiaan hidup, cahaya dan keluasan hati nurani dan juga kemurahan rezeki di dunia.

Oleh itu bersedekahlah, biarpun sedikit. Jangan memikirkan sangat apa yang disedekahkan. Bersedekahlah kepada fakir miskin. Bantulah orang yang sengsara. Berilah makanan kepada yang lapar dan ubatilah orang yang sakit. Insya-Allah anda akan mendapati sesungguhnya Allah swt meringankan kekusutan, kegelisahan dan kesedihan anda. Sedekah itu adalah penawar yang tidak akan ditemui melainkan dalam Islam.

Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin al-Mubarak: “Wahai Abu Abdurrahman! Aku mempunyai luka di lutut dan sentiasa berdarah. Perkara ini sudah lama berlaku sejak tujuh tahun yang lalu. Aku sudah menemui ramai doktor (tabib), namun masih belum sembuh.

Pergi!! dan carilah satu tempat di mana terdapat orang yang memerlukan air. Binalah perigi di situ. Aku harap dengan adanya sumber air itu, akan tersumbatlah lukamu yang berdarah itu,” balas Ibnu Mubarak.

Lelaki itu menurut nasihat Ibnu Mubarak. Alhamdulillah luka lelaki itu tidak lama kemudian, sembuh!

Pelikkah? Tidak pelik. Sebabnya, Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:

Ubatilah penyakit-penyakitmu dengan bersedekah!

Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya sedekah itu memadamkan api kemurkaan Allah dan mencegah kematian yang buruk.”

P/s : So apa lagi. klik2 ler nuffnang & mangga adds Gerrard tu. bersedekah kat Gerrard banyak2 yer. semoga anda akan cepat sembuh dari penyakit.. Amin....

Sekadar renungan - Pahala Terakhir Seorang Isteri

Written By Unknown on Tuesday, October 26, 2010 | 01:32

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan.

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yangtelah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.Untuk pengetahuan semua, dikalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan. Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.

Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong - menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan  bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.

Itulah harapan saya. Semoga Allah perkenankannya. ****

Nota:

Seperti yang pernah disarankan oleh Dr Fadhilah Kamsah.. pohonlah kemaafan kepada suami sebelum tidur... maafkan juga mereka2 yang ada kaitan dengan kita sebelum kita tidur.. kerana kita tak tau.. apakah esok kita masih boleh bangun or.. macam dalam kesah ni.. :)...

10-0? Ni main bola ke main ping pong.

Written By Unknown on Monday, October 25, 2010 | 13:23

Awal2 pagi tadi aku buka internet. Macam biasa selain FB yang aku tuju, aku akan membuka laman Live score.net .Ni gara2 nak tengok keputusan perlawanan bolasepak 1 dunia ler. Tiba2 aku terpandang ler No. 10. Ishhh.. biar betul ni. Aku pastikan semula. emang aku tak bermimpi. Sah & pasti.

10-0, itulah keputusan penuh perlawanan bola sepak di piala "EREDIVISIE" (liga Belanda). Perlawanan di antara PSV Eindhoven menentang Feyenoord. 10 jaringan tu. Ni main bola ke, main ping pong. Aku pun tak tau  macamana ler  PSV main sampai membelasah Feyenoord sebanyak tu. Padahal Feyenoord ni, bukan le pasukan cap ayam. Mungkin selepas seorang pemain Feyenoord dilayangkan kad merah, mereka terus hilang punca & serba tak menjadi. Jadi pemain2 PSV ni mengambil kesempatan terhadap kelemahan pasukan lawan.

Liverpool 8-0 Besiktas. UCL 07/08
Emmm.. memang benar le orang kata bola tu bulat. Macam2 boleh jadi selagi wisel penamat belum ditiupkan. Bila perlawanan yang membabitkan jaringan banyak ni, aku teringat dengan perlawanan Champion League yang membabitkan pasukan Liverpool pada sesi 2007/2008 diAnfield. Ketika itu Liverpool membelasah Besiktas dengan jaringan 8-0. Itulah antara rekod jaringan terbesar di kejohanan eropah & juga zaman kemantapan pasukan Liverpool.

Mungkinkah zaman itu akan berulang?

Bermulanya detik kejayaan - Liverpool 2-0 Blackburn

Kemenangan yang aku tunggu2, akhirnya muncul jua. Meningkat satu anak tangga. NO. 18

Emmm.. Nasib baik tadi aku tengok game Liverpool. Kalau tak rugi rasanya tak dapat nak merayakan kejayaan kelab kesayanganku ini. Memang mula2 aku malas nak tengok game tadi. Kira malam tadi aku nak jadi baik ler. Tak nak keluar waktu kerja. Nak duduk diam2 dalam opis ler konon.. hehehhe. Tapi datang pula si Farid kawanku ini. Ajak pergi minum. Emmm.. Aku pun ok jer ler.. ada gak kawan nak tengok game. So aku pun menuju ler ke stadium Anfield.. ceeeewahhhhh.. hehheeh.

Tandukan Kyrgiakos menerjah ke jaring gol.
Sampai2 jer, dia orang tengah layan stadium lain ler. Dengan yang berat hati, layan juga ler tengok kelab yang paling aku benci "MU" main. Bila habis jer game tu, dengan selambanya aku tukar stadium Anfield plak (Ala, kedai minum ni aku dah biasa lepak. tu yang boleh wat selamba jer).

Torres menerima ucapan tahniah selepas menjaringkan gol
Mula2 aku tengok game, memang nampak permainan kali ini cukup bermaya. Membuatkan aku teruja untuk tukar tempat duduk di hadapan sekali. Dari segi permainan yang aku rasa paling cantik dalam sejarah untuk musim 10/11 ni. Aku tak dapat nak pastikan, Roy menggunakan formasi apa. 4-2-3-1 lagi ke? atau 4-4-2. Memang lain corak permainan kali ini. Dari serangan, tengah, kanan, kiri & pertahanan, semua berfungsi dengan baik. Banyak peluang yang dicipta, Bila aku amati betul2 aku rasa formasi kali ini adalah 4-4-1-1. Gerrard jadi penyerang sokongan untuk torres. Idea lama yang amat berkesan.Bagus Roy. Walau bagaimanapun separuh masa pertama, nasib masih belum menyebelahi kita.

Kyrgiakos, Meireles, Lucas & torres merayakan gol pertama
Separuh masa kedua, selepas 3 minit masa bermula, dari sepakan sudut idolaku gerrard, tepat sampai ke kepala Kyrgiakos dan terus menanduk untuk menewaskan penjaga gol Blackburn "Robinson". Tetapi tidak lama selepas itu, serangan kilat dari pemain Blackburn telah dapat menyamakan kedudukan 1-1. Ia berpunca apabila El-Hadji Diouf yang tidak dikawal telah melepaskan tendangan menewaskan Reina. Tetapi ia masih dapat diselamatkan lagi oleh kuisan Konchesky. Yang malangnya, kuisan itu terkena muka Carragher dan terus masuk kegawang sendiri.

Nampaknya, gol sendiri dari Carragher itu tidak sedikit pun melemahkan semangat pemain2. Hasilnya selang 2 minit, Torres tidak mempersia2kan hantaran dari Joe Cole untuk merembat & menewaskan robinson. Betapa gembiranya Torres kerana telah menemui rentak jaringan pada perlawanan ini. Selepas itu Liverpool terus mengasak, tapi dengan kekebalan Robinson & pertahanannya, mereka dapat menafikan Liverpool untuk menjaringkan gol lagi. Sehingga tamat perlawanan, keputusan 2-1 terus kekal.

Apa yang dapat aku simpulkan perlawanan kali ini ialah :
Roy gembira buat pertama kalinya
  • Formasi Roy mengandingkan semula Torres & Gerrard amat berkesan sekali. Torres telah menemui sentuhan jaringannya kembali. Semoga ia permulaan yang baik untuk dia terus memburu gol diperlawanan akan datang.
  • Semua pemain di setiap posisi, menjalankan tugas dengan baik. Maxi, J. Cole, banyak memberi umpanan kepada Torres. Meireles membuat beberapa percubaan yang merbahaya disamping idolaku Gerrard dapat bergerak bebas untuk mengelirukan pertahanan lawan.
  • Kyrgiakos. Pemain ini adalah pemain yang layak untuk mendapat anugerah pemain terbaik. Selain menjaringkan gol, beliau juga memperolehi beberapa peluang untuk menjaringkan gol. beliau juga telah berjaya mematahkan serangan dari pemain2 lawan.
  • Apapun kejayaan ini adalah kerjasama dari semua pemain. Persefahaman yang jitu membuatkan Roy mampu tersenyum.

Liverpool 2 - 1 Blackburn Rovers

Scoring Summary
Liverpool Blackburn Rovers
Sotirios Kyrgiakos (48)El-Hadji Diouf (51)
Fernando Torres (53)Jamie Carragher (og 51)
Match Stats

Liverpool Blackburn Rovers
Shots (on Goal) 20(8) 6(1)
Fouls 18 13
Corner Kicks 15 4
Offsides 0 1
Time of Possession 57% 43%
Yellow Cards 2 3
Red Cards 0 0
Saves 1 6

Match Information
Stadium: Anfield, England
Attendance: 43,328
Match Time: 14:00 GMT
Referee: Philip Dowd 

Teams
Liverpool Blackburn Rovers
25 Pepe ReinaPaul Robinson
37 Martin SkrtelGael Givet
16 Sotirios Kyrgiakos28 Phil Jones
Paul KoncheskyMartin Olsson
23 Jamie Carragher27 Mรญchel Salgado
21 Lucas12 Morten Gamst Pedersen
Raul Meireles15 Steven Nzonzi
10 Joe ColeDavid Dunn
17 Maxi Rodrรญguez10 El-Hadji Diouf
Fernando TorresBrett Emerton
Steven GerrardNikola Kalinic
Substitutes
19 Ryan BabelMark Bunn 13
Brad JonesBenjani Mwaruwari 21
28 Christian PoulsenPascal Chimbonda 39
24 David NgogVince Grella 11
33 Jonjo ShelveyDavid Hoilett 23
34 Martin KellyMame Biram Diouf 41
14 Milan JovanovicJosh Morris 33
Substitutions
David Ngog for Joe Cole (79)Vince Grella for Steven Nzonzi (33)
Jonjo Shelvey for Raul Meireles (89)Benjani Mwaruwari for Nikola Kalinic (45)
David Hoilett for David Dunn (68)
Yellow Cards
Maxi Rodrรญguez (67)Gael Givet (28)
Raul Meireles (82)Martin Olsson (28)
Vince Grella (90)
· Club Squads: Liverpool | Blackburn Rovers

21 pedoman untuk wanita.

Written By Unknown on Saturday, October 23, 2010 | 22:59

21 kesempurnaan wanita yang anda harus ketahui. Mudah2an memberi manfaat.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari *Terimalah lelaki sebagai sediakala*. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan 
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya

UEFA Cup 10/11 - Napoli 0-0 Liverpool

Kali ini Liverpool berkunjung ke Itali untuk bertarung dalam perlawanan ke 3 pusingan pertama kumpulan K dalam kejohanan Piala Eropah.  Pasukan yang akan menunggu kita ialah Napoli. Siapa yang tidak tahu pasukan ini. Dahulunya adalah salah satu pasukan gergasi di liga Itali. Mungkin anda masih ingat lagi, pasukan ini adalah pasukan yang pernah diwakili seorang lagenda bolasepak iaitu Diego Maradona.

Konchensky menyelamatkan bola diatas garisan gol

Sebelum sepak mula, didapati beberapa penyokong kita telah bergaduh dengan penyokong Napoli. Akibatnya 2 orang penyokong kita telah terbunuh akibat ditikam. Apa puncanya tidak dapat dipastikan.

Perlawanan kali ini menyaksikan Uncle Roy menurunkan pasukan keduanya. Ini kerana pemain2 utama seperti Gerrard, Torres, Meirelles, Lucas & beberapa orang lagi tidak dibawa bersama ke Itali. Ini disebabkan Roy ingin merehatkan mereka dengan secukupnya untuk mengaharungi perlawanan BPL pada hari ahad nanti menentang Blackburn.

Walaupun kita menurunkan barisan kedua kita untuk menentang barisan utama pihak lawan, nampaknya pasukan kita dapat menyaingi kehebatan mereka. Pujian harus diberikan kepada Jonjo Shelvy kerana mempamerkan persembahan yang menyakinkan. Selain itu tidak kurang juga hebatnya pemain2 muda lain seperti Jay Spearing & Martin Kelly. Walaupun pasukan kita jarang2 sekali dapat menembusi petak penalti Napoli, sekurang2nya mereka dapat juga mematahkan serangan lawan.

Kita patut bersyukur & menyanjung pada pertahanan kiri kita iaitu Konchesky. Ini kerana beliau telah menyelamatkan bola diatas garisan gol ketika Reina sudah pun tertewas. Nampak jelas seperti Napoli menguasai perlawanan. Bayangkan, Liverpool memperolehi sepakan sudut pertama pada minit ke 71 sedangkan Napoli sudah pun memperolehi 6 sepakan sudut dari separuh masa.

Walaupun perlawanan ini berkesudahan dengan tanpa jaringan, sekurang2nya Roy cuba mencungkil & memberi pendedahan kepada pelapis2 di Anfield. Semoga mereka ini akan diberi kepercayaan lagi & memanfaatkan peluang tersebut.


Napoli 0 - 0 Liverpool 

Scoring Summary
Napoli Liverpool
Match Stats

Napoli Liverpool
Shots (on Goal) 7(3) 6(5)
Fouls 6 8
Corner Kicks 6 2
Offsides 1 5
Time of Possession 51% 49%
Yellow Cards 1 1
Red Cards 0 0
Saves 9 3
Match Information
Stadium: San Paolo, Italy
Attendance: 55,489
Match Time: 17:00 GMT
Referee: Thorsten Kinhofer
Teams
Napoli Liverpool
26 Morgan De Sanctis25 Pepe Reina
28 Paolo CannavaroPaul Konchesky
Andrea Dossena23 Jamie Carragher
14 Hugo Armando Campagnaro37 Martin Skrtel
Salvatore Aronica34 Martin Kelly
11 Cristian Maggio28 Christian Poulsen
Michele Pazienza33 Jonjo Shelvey
23 Walter Gargano26 Jay Spearing
17 Marek Hamsik19 Ryan Babel
Edinson Roberto Gomez Cavani24 David Ngog
22 Ezequiel Ivan Lavezzi14 Milan Jovanovic
Substitutes
Gennaro IezzoBrad Jones 1
25 Sanchez Emilson CribariSotirios Kyrgiakos 16
Gianluca GravaFabio Aurelio 6
18 Camilo ZunigaDanny Wilson 22
21 Hassan YebdaJoe Cole 10
77 Jose Ernesto SosaMaximiliano Rodriguez 17
12 Nicolao DumitruNathan Eccleston 39
Substitutions
Camilo Zuniga for Cristian Maggio (75)Sotirios Kyrgiakos for Jamie Carragher (46)
Hassan Yebda for Walter Gargano (83)Fabio Aurelio for Paul Konchesky (65)
Jose Ernesto Sosa for Marek Hamsik (85)Joe Cole for Ryan Babel (77)
Yellow Cards
Michele Pazienza (57)Martin Skrtel (28)
· Club Squads: Napoli | Liverpool

 

BPL 10/11 game 8 - Everton 2-0 Liverpool

Written By Unknown on Sunday, October 17, 2010 | 23:56

Masih belum sempurna. Itu sahaja ungkapan yang dapat kuberikan untuk aksi Liverpool di perlawanan ke 8 untuk musim 10/11 ini. Bertemu jiran tetangga "Everton", kita masih lagi tidak mampu menonjolkan pasukan yang berkualiti. Mengunakan sistem permainan 4-2-3-1 hanya memakan diri sendiri. Dimanakah silapnya lagi?

Persoalan ini seharusnya dituju kepada pemain dan juga jurulatih. Selepas 8 perlawanan liga diharungi, hanya 1 kemenangan, 3 seri & 4 kekalahan yang kita perolehi. Akibatnya pasukan kita ini terperosok ke tangga ke 19. Kurang satu tangga untuk rangking tercorot. Uncle Roy masih lagi tercari2 strategi yang berkesan. Tidak keterlaluan juga untuk diperkatakan, bahawa Uncle Roy tidak pandai meletak pemain diposisi kegemaran masing2. Hasil kealpaan Uncle Roy ini, pemain membiarkan posisi yang diamanahkan kosong & mereka masing2 hilang arah.

Bagi strategi permainan pula, nampak lumpuh disemua sudut bahagian. Penyerang kita, Torres kelemasan apabila kurang backup dari teman2. Kanan? Maxi entah hilang kemana. Kanan dengan J. Cole yang terlebih minum coca cola. Tengah kurang bermaya. Gerrard nampak seperti putus asa. Lucas? Malas nak citer. Ada pun yang ok sikit Meireles yang tak segan2 mencuba dari jarak jauh. Pertahanan pula. Emmm.. Skrtel dengan semangat menyondol saja. Carragher & Kyrgiakos macam dah pancit. Ye lah. dah tua. Kochensky ada peningkatan walaupun sedikit. Reina memang dah terpaku jer. Tak boleh nak buat apa dengan kawan2 pertahanan yang masing2 bermimpi.

Bayangkan 10 pemain dari kesebelasan kita tadi adalah pemain antarabangsa bagi pasukan masing2. Apakah mereka tak dapat menterjemahkan pengalaman beraksi dipentas antarabangsa di kelab yang kita sayangi ini. Masalah ini seharus dijawab oleh pemain2. Dimana silapnya? Apa puncanya?

Bagi aku, musim ini tuah masih belum memihak kepada kita lagi. Musim ini juga adalah musim pembangunan semula empayar Liverpool yang telah dijatuhkan oleh rejim Hicks & Gillett. Aku masih berharap & terus mengharap agar Liverpool kembali menyinar. Aku percaya, kegemilangan akan tiba. Hanya masa saja belum mengizinkan.

Bangunlah pejuang2 yang ku sayang. Buruk baiknya liverpool, walau apapun terjadi, aku akan tetap terus bersama. Selagi nyawa dikandung badan, aku lebih rela bersara dari arena bola sepak dari meninggalkan pasukan ini untuk menyokong pasukan lain. Itulah hakikat sebenarnya aku penyokong yang sejati. YNWA


Everton 2 - 0 Liverpool 

Scoring Summary
Everton Liverpool
Tim Cahill (34)
Mikel Arteta (50)
Match Stats

Everton Liverpool
Shots (on Goal) 13(4) 21(6)
Fouls 10 10
Corner Kicks 8 7
Offsides 0 0
Time of Possession 33% 67%
Yellow Cards 2 3
Red Cards 0 0
Saves 6 2
Match Information
Stadium: Goodison Park, England
Attendance: 39,673
Match Time: 12:30 GMT
Referee: Howard Webb
Teams
Everton Liverpool
24 Tim Howard25 Pepe Reina
15 Sylvain Distin37 Martin Skrtel
Phil Jagielka16 Sotirios Kyrgiakos
Leighton BainesPaul Konchesky
18 Phil Neville23 Jamie Carragher
10 Mikel ArtetaRaul Meireles
John Heitinga21 Lucas
17 Tim CahillSteven Gerrard
21 Leon Osman10 Joe Cole
23 Seamus Coleman17 Maxi Rodrรญguez
22 Yakubu AiyegbeniFernando Torres
Substitutes
Tony HibbertFabio Aurelio 6
Diniyar BilyaletdinovRyan Babel 19
37 Jose BaxterBrad Jones 1
19 Magaye GueyeDavid Ngog 24
Jan MuchaJay Spearing 26
30 Shkodran MustafiMartin Kelly 34
16 Jermaine BeckfordMilan Jovanovic 14
Substitutions
Diniyar Bilyaletdinov for Leon Osman (45)David Ngog for Lucas (71)
Tony Hibbert for John Heitinga (72)Ryan Babel for Joe Cole (79)
Jermaine Beckford for Mikel Arteta (74)Milan Jovanovic for Maxi Rodrรญguez (84)
Yellow Cards
Tim Cahill (28)Maxi Rodrรญguez (18)
Jermaine Beckford (76)Raul Meireles (31)
Fernando Torres (88)

 


Rahsia Cincin Pernikahan Harus Disarung di Jari Manis..

Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar-benar membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)

Pertama, tunjukkan telapak tangan anda,  
jari tengah ditekuk ke dalam.

  Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan hujungnya.

  Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi 
hanya 1 pasang yang tidak dipisahkan...

Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang
tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk
anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.


Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari
kelingking
, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.


selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menyarung cincin perkawinan anda, anda akan hairan kerana jari tersebut tidak akan boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.
 

15/10/10 - Selangor & Liverpool. Dua cerita yang berbeza.

Written By Unknown on Saturday, October 16, 2010 | 04:23


Pada tarikh 15/10/10 semalam, dua kelab bolasepak kesayanganku mempunyai cerita yang berbeza. Berita duka kekalahan pasukan SELANGOR dengan Kelantan di saingan suku akhir Piala Malaysia telah di ceriakan kembali dengan berita Kejayaan New England Sports Ventures (NESV) mementerai perjanjian pembelian kelab LIVERPOOL FC. Alhamdulillah, hilang keaiban Red Giant walaupun seketika.


Kelantan 3-0 Selangor
Perlawanan suku akhir kedua yang telah berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-1V, Kota Bharu. Perlawanan tumpuan bagi seluruh peminat bolasepak tanahair akibat aksi2 pergaduhan di perlawanan suku akhir pertama di Stadium Shah Alam. Seperti biasa, aku sebagai peminat fanatik akan berharap kemenangan mutlak bagi pasukan Red Giant. Tapi apakan daya, tuah masih belum memihak kepada pasukanku ini. Dari soal permainan, sememangnya Kelantan berhak menang. Strategi pasukan Selangor yang agak kucar kacir telah memakan diri sendiri. Adat permainan. Ada yang kalah & ada yang menang ( sebab dah pertandingan kalah mati, tak boleh le nak serikan. heheheh). Jadi aku menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. 


Kenapa aku bersikap begini?
  • Kekalahan ini menjadi pengajaran bagi skuad Red Giant. Sentiasa beringat & merendah diri. Tak semestinya kita selalu menang besar, kita kuatkan. Disebalik kekuatan pasti ada kelemahan. Bila tak ditutup kelemahan itu, pasti pasukan lawan akan memanfaatkannya.
  • Andaikata Red Giant menang, aku tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi di stadium Kota bharu ni. Kat stadium Shah Alam seri pun dah jadi macam2. Kalau kat sini lagi ler. Mau terbakar stadium kot.hehehhe.
  • Selangor dah puas pegang Piala Malaysia. Bagi ler peluang pulak kat geng2 lain. Jauh sangat diaorang nak kejar rangking tu. Kalau selangor jer yang juara, bosan le pulak. Macam selangor jer yang kuat. huhuhu



NESV menjadi owner baru di Anfield
Minggu ini adalah minggu yang penuh debaran bagi peminat2 setia The Reds. Dua minggu kancah BPL ditutup memberi peluang kepada kita untuk mengikuti perkembangan jual beli kelab dengan berdebar. Sikap Hicks & Gillett yang amat kita benci kerana berdolak dalih untuk melambatkan proses pembelian ini. Dua kali turun naik mahkamah tinggi, akhirnya pihak pengurusan Liverpool yang diketuai Mr Broughton, Kristian Purslow dan Ian Ayre telah diberi kemenangan oleh pihak mahkamah untuk meneruskan proses pembelian ini.

Pada tarikh keramat 15/10/10 semalam, seluruh peminat setia Liverpool bergembira & bersyukur dengan terlepasnya seksa dari dua ekor syaitan ini. Tahniah kepada New England Sports Ventures (NESV) yang dimiliki oleh John Henry dengan kejayaan memiliki Liverpool FC.


Berikut adalah petikan yang disunting dari bobdaron.blogspot.com

Dengan kesempatan ini pemilik baru Liverpool iaitu NESV ingin menyampaikan terima kasih yang tulus ikhlas kepada Majlis pergurusan Liverpool FC atas ketekunan dan usaha mereka atas nama Kelab dan kepada semua yang berkerja keras dalam menjayakan proses pembelian ini.

berikut kata-kata dari individu yang terlibat bagi menjayakan proses pembelian ini......



"Atas nama seluruh ahli NESV , saya ingin memperkatakan bahawa kami sangat bangga dan rendah hati dimana kami NESV akhirnya berjaya diiktiraf sebagai pemilik baru kepada Liverpool FC. Kami menganggap peranan kami sebagai pelayan kepada kelab dan kini fokus utama kami adalah untuk mengembalikan era kegemilangan pasukan ini dalam jangka masa panjang. Dan kami mahu seluruh peminat tahu bahawa hadirnya kami disini adalah untuk mengubah segala apa yang telah berlaku selama in, seterusnya mengembalikan Liverpool sebagai pasukan yang dihormati oleh pasukan-pasukan lain. "Pemilik NESV “John Henry”



"Saya senang bahawa kami telah berjaya menyelesaikan proses jualan secara menyeluruh. Semua ahli lembaga pengarah memutuskan untuk menerima tawaran NESV atas dasar bahawa mereka memenuhi segala kriteria yang kami inginkan. Dengan berlakunya pertukaran ini akan memberikan sinar baru kepada pasukan dari segala aspek, iaitu aspek kewangan, pengurusan dan sekaligus memberi keyakinan baru mengenai masa depan Liverpool FC”Pengarah urusan Liverpool Martin Broughton,


"Kami mengakui bahawa Liverpool Football Club merupakan sebuah pasukan yang mempunyai sejarah dan disukai oleh masyarakat dan para peminat. Langkah pertama kami sebagai pemilik baru adalah untuk mendengar segala penjelasan oleh pengurus, pemain untuk melancarkan segala percaturan mengenai pembanguanan Kelab. Apa yang menjadi matlamat utama kami adalah mengembalikan budaya menang dalam pasukan serta mengembalikan kepercayaan peminat kepada pasukan ini”.


tambah Thomas Werner lagi.....

"NESV komited untuk mencipta landasan perancangan jangka panjang dan jngka pendek dari aspek kewangan yang kuat bagi kelab. Bagi hari-hari mendatang NESV akan berkerjasama dengan tenaga kerja Liverpool FC untuk belajar tentang segala aspek dalam organisasi bagi mencipta persekitaran yang terbaik untuk pasukan”. Pengarah NESV Thomas Werner

Semoga dengan kejayaan ini memberi sinar & nafas baru kepada LIVERPOOL FC. Ayuh.. Bangunlah wahai pejuang2 Anfield. Nasibmu sudah terbela selepas ini. YNWA....


p/s: Kalau prestasi sama gak, maka pihak pengurusan kena juga hantar uncle Roy ikut jejak Hicks & Gillett. Anda setuju?

30 perkara yang wanita susah nak luahkan...

Written By Unknown on Friday, October 15, 2010 | 16:57

Benarkah wanita itu lembut, pemalu, suka berahsia & berbudi bahasa?
  • Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  • Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  • Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  • Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  • Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  • Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
  • Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
  • Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  • Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  • Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  • Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  • Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
  • Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  • Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
  • Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  • Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
  • Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
  • Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
  • Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
  • Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
  • Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  • Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  • Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
  • Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
  • Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
  • Senjata wanita adalah airmata!!
  • Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
  • Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Luahan hati seorang Boyfriend..

Written By Unknown on Thursday, October 14, 2010 | 20:33

Hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.
Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite,
Kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab.
Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan
tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. 
Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? 
Tak tahula, setahu kite:
  • Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.
  • Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal, kita bagi yang besar kat ayang.
  • Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.
  • Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.
  • Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.
  • Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.
  • Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.
  • Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?
  • Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.
  • Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30. Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.
  • Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.
  • Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan kite. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium… tengok ikan emas tengah romen.
  • Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.
  • Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.
  • Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat, member ayang ketawakan ayang.
  • Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa.
  • Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.
  • Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.
  • Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.
  • Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.


Kesimpulannya :

isk..sedey bace surat chenta nie.. lawak pun ade gak..
moral of da story.. jgn ler couple dgn org yg 
tak reti menghargai kite..
 

Piala Malaysia - Selangor vs Kelate

Written By Unknown on Wednesday, October 13, 2010 | 03:57

Suku Akhir PertamaPiala Malaysia 2010 - SELANGOR 0-0 KELANTAN

Dah lama aku tak pergi Stadium Shah Alam ni. Kalau tak silap aku last aku datang bulan julai kot. Game Selangor lawan Terengganu. Selepas tu aku dah malas nak layan. Hari ni tergerak pula aku nak ke stadium lagi. Perlawanan suku akhir antara Red Giant (Selangor) bertemu Red Worrior (Kelantan). Perlawanan yang pasti hebat dengan aksi pemain & juga penontonnya. Siapa tak kenal penyokong kelantankan. hehehhehe
Zon fanatik Selangor

Aku sampai di stadium Shah Alam lebih kurang pukul 8.00 malam. Ketika itu jalan ke stadium memang dah sesak. Penyokong kedua2 belah pihak telah ramai berkampung. Aku dengan geng2 aku terus membeli tiket. Nak beratur panjang sangat, so pesan ler kat brader2 yang kat depan2 tu, minta tolong belikan. Tq ye bro. So selepas dapat tiket, aku terus masuk. Dipintu masuk stadium kulihat tiada kawalan dari pihak berkuasa. Selalunya mereka akan checking beg dan sebagainya. Kali ni tak de pula. Sepatutnya mereka kena paham, untuk perlawanan ini adalah pertembungan dengan pasukan yang pakar dalam rusuhan. Manalah tau dia orang ada bawa bom ke.heheheh. Jadi lokasi ku di dalam stadium ialah bersebelahan dengan kawasan VIP.


Cool punya penyokong. Mana 1 aku?

Perlawanan dimulakan dengan aksi serang menyerang kedua2 belah pihak. Tapi nampaknya separuh masa pertama ni, Selangor lebih bayak menyerang. Sehinggalah P.Gunalan bersama Norshahrul Idlan Talaha di layangkan kad merah. Game jadi kurang seronok. walaupun masih adil kerana setiap pasukan bermain 10 orang.

Aku sebenarnya malas nak komen pasal perlawanan. Aku lebih cenderung untuk mengulas dengan aksi2 penonton bagi kedua2 belah pihak. Ketika perlawana sedang berlangsung, disudut kanan stadium serang menyerang telah berlaki. Tapi bukan ler pemain. Sebaliknya penyokong Selangor & kelantan berlawan2 membaling kerusi, botol minuman, mercun & sebagainya. Apa nak jadi ni. Rela & angota FRU yang kat tengah2 antara mereka pun, seperti tak dapat nak meleraikan mereka. Aksi ini lama juga berlangsung. Rasanya dekat2 juga setengah jam.


pergaduhan kedua2 penyokong
Mercun.Seperti yang aku katakan tadi. Dengan tiada kawalan dipintu masuk, penyokong2 dengan mudah membawa masuk mercun. Kali ni buka mercun bom saja yang mereka bawa. Malhan penyokong Kelantan membawa mercun roket yang serupa seperti bunga api merdeka. Sekali, bakar, dua kali bakar cantik jer keatas. Kali tiga di bakar, terus meluru ke bangku petugas kecemasan dan meletup disitu. Nasib baik mereka2 tak cedera teruk. Kayu betullah. Ni nak tengok bola ker nak wat rusuhan.

Red giant sporting Fan
Selangor 0-0 Kelantan
Walaupun kesudahan perlawanan ini seri 0-0, rusuhan penyokong tidak habis didalam stadium saja. Malahan aku dengar ada yang mati akibat bergaduh diluar stadium. Ye ke. waktu kejadian tu, mungkin aku dah balik. Tapi aku ada gak nampak kecoh2. Aku tak ambik berat sangatlah sebab perut aku dah meragam sibuk minta dipenuhkan. hehehheh

Ni panas badan ke, panas hati. hahhahaha
Bagi akulah, kalah menang adat pertandingan. Kita sebagai penyokong jagalah adab. Walau fanatik macam manapun kita, Sukan adalah salah satu cara mengeratkan persaudaraan. Bila dah terjadinya pergaduhan begini, apa makna disebalik sukan itu sendiri. Fikir2lah sahabat2ku. kalau korang fikir asyik nak buat pasal jer kat stadium, sampai bila pun stadium tak akan penuh. Orang akan menjadi takut. Khas untuk penyokong2 Kelantan. Cukup2lah korang nak buat hal. Buanglah semua semangat gila korang tu. wujudkanlah semangat kesukanan yang tinggi. Orang lain pun fanatik juga. Tapi tak ler terlalu taksub macam korang. Fikir2kanlah....

klik sini kalau nak tengok muka mereka yang cedera tu..

Majulah sukan untuk semua....




wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger