Headlines News :
.

Selamat datang Sebastian Coates, Selamat jalan Poulsen

Written By Unknown on Wednesday, August 31, 2011 | 09:36

Setelah tiba di Kota Merseyside beberapa hari yang lalu serta sempat juga menyaksikan perlawanan antara Liverpool menentang Bolton di Stadium Anfield, Akhirnya laman rasmi Liverpool FC semalam telah mengesahkan bahawa, Liverpool telah berjaya mengikat Sebastian Coates. Seperti yang kita sedia maklum, pemain pertahanan tengah ini dibeli bagi mengantikan pemergian Kyrgiakos ke liga Jerman minggu lepas.

Sebastian Coates adalah rakan senegara dengan Suarez iaitu Uruguay. Sebelum itu pemain berusia 20 tahun ini menjadi rebutan antara Liverpool bersama Manchester City. Walaubagaimanapun, dengan pengaruh sahabat senegaranya Suarez, beliau lebih teruja bersama Suarez untuk bermain di Liverpool.

Coates adalah pemain keenam yang dimiliki oleh Dalglish dalam musim perpindahan kali ini selepas memiliki Henderson, Adam, Doni, Downing dan Enrique. Kehadiran beliau sememangnya menjadi pelengkap posisi pertahanan tengah kerana kita selalu membimbangkan dengan kecedaraan yang sering membelengu Agger serta Skrtel dan begitu juga usia dipenghujung karier Carragher.

"Selamat datang diucapkan. Semoga beliau cepat serasi dengan pemain2 kita serta dapat memberi impak terbesar kepada pasukan."

Sementara itu Liverpool FC juga telah mengesahkan perpindahan pemain penghabis beras kita Christian Poulsen ke Evian Thonon Gaillard. Kelab Francis yang baru di naik taraf ke Liga no. 1 itu telah diberi kebenaran untuk membincangkan perjanjian peribadi bersama Poulsen.

Poulsen yang dibeli semasa era Roy Hodgson musim lalu, tidak memberi sebarang impak yang boleh dibanggakan semenjak berada disini. Pemain antarabangsa Denmark ini menjadi pemain yang kerap dikritik akibat prestasinya yang tidak menentu. Dengan kehadiran ramai pemain tengah pada musim perpindahan kali ini, ruang untuk Poulsen sememangnya sudah tertutup rapat untuk berada pada kesebelasan utama.

"Selamat jalan Romeo. Semoga Poulsen dapat memajukan dirinya lagi di kelab barunya nanti."

Game 3 BPL 11/12 - Liverpool 3-1 Bolton Wanderers

Written By Unknown on Sunday, August 28, 2011 | 04:22


Buat julung kalinya kemenangan 3-1 menewaskan Bolton malam tadi meletakkan Liverpool berada dipersada liga. Walaupun berkemungkinan ianya hanya bersifat sementara kerana perlawanan antara Manchester United menentang Arsenal dan Tottenham Hotspur menentang Manchester City belum berlangsung, tetapi sedikit sebanyak ia mengambarkan bermulanya penguasaan Liverpool pada musim 11/12 ini.


Jordan Henderson dan Charlie Adam telah menjaringkan gol pertama dan ketiga bagi Liverpool telah membuktikan pembelian mereka ini sememangnya berbaloi kerana inilah gol pertama mereka dalam 3 perlawanan awal liga sejak berada di Anfield ini . Skrtel yang sebelum ini ambil MC panjang, juga telah mencatatkan nama sebagai penjaring bagi gol kedua Liverpool.


Bermulanya sepak mula perlawanan, Liverpool mengekalkan corak menyerang yang hampir melumpuhkan jentera serangan pasukan Bolton. Gandingan Kuyt dan Suarez dibahagian serangan disamping bantuan dari Downing dan Henderson membuatkan penjaga gol Bolton Jussi Jaaskelainen tidak senang duduk dikerjakan oleh mereka. Persefahaman antara Lucas dan Adam semakin baik apabila menciptakan gerakan cantik sambil membuka ruang permainan untuk memudahkan lagi proses menyerang.


Seperti sudah menjadi penyakit kepada pertahanan Liverpool, mereka telah melepaskan gol saguhati kepada Bolton diminit terakhir. Gol jaringan Ivan Klasnic ini sedikit mencalarkan perbezaan jaringan dari 5 kepada 4 gol. Seharusnya pemain kita lebih fokus diwaktu2 terakhir perlawanan kerana dalam perlawanan tempoh hari menentang Exeter dalam Culing Cup juga ruang gol kita bocor diminit2 terakhir perlawanan.


Diharap kejayaan malam tadi menjadikan kita lebih terus fokus dalam mengejar misi kejuaraan liga musim ini. Selepas ini liga akan berehat selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa sebelum disambung semula pada 10 September 2011 menentang pasukan Stoke City di Britannia Stadium. Kita mengharapkan seperti yang dirancang bahawa pada perlawanan itu akan munculnya kembali kelibat Kapten Fantastik Liverpool Steven Gerrard untuk membuat penampilan pertama setelah MC hampir 6 bulan. YNWA...


Scoring Summary

Liverpool Bolton Wanderers
Jordan Henderson (15')Ivan Klasnic (90')
Martin Skrtel (52') 
Charlie Adam (53') 

Match Stats

Liverpool         Bolton Wanderers
20(6) Shots (on Goal) 10(3)
4 Fouls 8
12 Corner Kicks 6
3 Offsides 0
59% Time of Possession 41%
0 Yellow Cards 2
0 Red Cards 0
2 Saves 3

Teams

Liverpool Bolton Wanderers
25 Pepe Reina22 Jussi Jaaskelainen
Daniel Agger12 Zat Knight
23 Jamie CarragherGary Cahill
Josรฉ EnriquePaul Robinson
34 Martin KellyGretar Rafn Steinsson
26 Charlie AdamFabrice Muamba
21 Lucas19 Nigel Reo-Coker
19 Stewart Downing10 Martin Petrov
14 Jordan HendersonChris Eagles
Luis Suรกrez17 Ivan Klasnic
18 Dirk Kuyt14 Kevin Davies
Substitutes
11 Maxi RodrรญguezRobbie Blake 20
37 Martin SkrtelTuncay Sanli 9
32 DoniDarren Pratley 21
Andrew CarrollDavid Wheater 31
33 Jonjo ShelveyAdam Bogdan 1
20 Jay SpearingMark Davies 16
49 Jack RobinsonJoe Riley 39
Substitutions
Martin Skrtel for Martin Kelly (30)Mark Davies for Fabrice Muamba (26)
Maxi Rodrรญguez for Jordan Henderson (77)Tuncay Sanli for Chris Eagles (57)
Andrew Carroll for Luis Suรกrez (77)Darren Pratley for Kevin Davies (71)
Yellow Cards
 Gretar Rafn Steinsson (43)
 Ivan Klasnic (49)
· Squads: Liverpool | Bolton Wanderers


Preview : Game 3 BPL 11/12 - Liverpool VS Bolton

Written By Unknown on Saturday, August 27, 2011 | 06:16

Malam ini kita akan menyaksikan perlawanan ke 3 pasukan Liverpool menentang Bolton Wanderers dalam Premier League bagi musim 11/12 ini. Bermain dihalaman Anfield sudah pastinya kita mengharapkan keputusan yang terbaik bagi Liverpool. Bukan kalah, bukanya seri tetapi sudah pastinya menang yang dicari untuk terus mengukuhkan kedudukan dalam kelompok teratas liga.

Bolton yang kita ketahui adalah antara pasukan pengacau dalam liga. Musim lepas pasukan ini bermula pada kedudukan 6 terbaik liga. Walaubagaimanapun kedudukan pasukan ini berubah ke kedudukan 14 di penghujung musim. Pada 2 perlawanan yang lalu mereka telah mengutip 1 kemenangan dan 1 kekalahan. Menang bergaya 4-0 keatas Queens Park Rangers dihalaman lawan serta bangkit untuk menjaringkan 2 gol setelah ketinggalan 0-3 kepada Manchester City sebelum menyerah kalah adalah suatu petanda bahawa anak didik Owen Coyle tidak boleh di buat main2. 2 perlawanan menghasilkan 6 gol mencerminkan skuad mereka mantap dari semua posisi.

Rekod pertemuan kita musim lalu kedua2 perlawanan dalam liga dimenangi oleh Liverpool. Menang 2-1 di Anfield dan 0-1 di Stadium Reebok. Tetapi itu kisah lama yang kita tidak boleh ambil kira dari segi prestasi semasa pasukan Bolton ini. Suarez dan Carroll sudah pasti dibayangi oleh Gary Cahill, pemain yang sedang dalam bidaan Dalglish dan Wenger. Apa yang pasti kedua2 pasukan akan menguna pakai format yang sama 4-4-2 pada malam ini.

Apapun kita mengharapkan pemain2 kita dapat mengatasi corak permainan pantas yang ditonjolkan oleh pasukan Bolton. Lucas dan Adam seharusnya memainkan peranan penuh dalam merencanakan jentera serangan sambil dibantu oleh Kuyt dan Downing sebelum disudahi oleh Suarez dan Carroll. Selamat berjuang wahai wira2 Anfield..

Barisan Kemungkinan

Reina
Kelly - Carragher - Agger - Enrique
Kuyt - Adam - Lucas - Downing
Carroll - Suarez

Barclays Premier League 2011/12: 
Liverpool v Bolton Wanderers 
live from Anfield, Liverpool, England.
Channel : Astro SuperSport 3 (817)
Tarikh : 28 Agos 2011
Waktu : 12:30 pagi

Apabila Megasteel dianaktirikan oleh Kerajaan

Written By Unknown on Friday, August 26, 2011 | 20:16

Pagi2 lagi dah ada kawan2 sms kat SG. "Baca The Star, Megasteel nak buang pekerja". Ye ke Megasteel nak buang pekerja. Entahlah. Susah nak diungkapkan. Tapi mengikut sejarah Lion Group, tak pernah lagi nak buang pekerja. Walaupun susah macammana pun perniagaan mereka, tak akannya dibuang pekerja2 mereka.



Berikut adalah berita yang keluar di The Star sian tadi,

Megasteel may retrench staff

PETALING JAYA: Megasteel Sdn Bhd may retrench its employees if additional duties are not imposed on imported hot-rolled coils (HRC), which currently attracts an import duty of 25%.
Megasteel is a member of the Lion Group and the country’s sole producer of HRC.
Megasteel said in a statement yesterday that it was disappointed with the International Trade and Industry Ministry’s decision recently to terminate investigations into the imports of HRC, saying they had not caused or threatened to cause serious repercussions to the domestic iron and steel industry.
It stated that rising HRC imports had severely affected the company’s performance and was posing hardship to the 4,600 employees in Megasteel and its sister companies in the Lion Steel Complex in Banting, Selangor.
“This will also jeopardise the company’s plans to invest further in upstream and expansion projects.”

The Star 26/08/11

Sebenarnya SG sebagai pekerja di Megasteel ni memang dah lama terkilan dengan polisi kerajaan Barisan Nasional sekarang ni. Semakin lama semakin banyak pula mereka2 ni nak membunuh pelabur2 di Malaysia. Cukai nak, tapi kerjasama tak bagi. Sejak kegawatan ekonomi 2008 lagi hingga sekarang, ekonomi syarikat tempat SG bekerja ni semakin lama semakin teruk.

Kalau dulu semasa menteri MITI tu dipegang oleh Tan Sri Rafidah Aziz, rasanya ekonomi Megasteel ni memang cantik sekali. Tapi sekarang, tak taulah apa yang Dato Sri Mustapa Mohamed ni buat. Slogan belilah barangan buatan Malaysia dah tak boleh diguna pakai lagi kalau kerajaan sendiri lebih mengutamakan barangan import.

Itu belum lagi kes nelayan2 yang asyik nak minta sedekah je. Menteri yang tolong settlekan pun main cakap ikut kepala otak sendiri je. Cubalah cari alternatif lain nak bagi pampasan kat mereka tu. Suruhlah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) tu naikkan lagi cukai. Lepas tu cukai2 tulah digunakan untuk membayar mereka2 ni.

Entahlah sampai bila nasib Megasteel ni nak terbela. Harap2 tidak le terjadinya mereka2 nak buang pekerja. Tapi pada pekerja yan dah tak dapat bertahan, sudah tentulah mereka akan berhenti. Bagi SG, selagi boleh bertahan, akan terus bertahan. "Takkan waktu Megasteel senang je nak bersama, waktu susah nak tinggalkan". Tak patut & tak kenang jasakan..

MISIF says Govt move to stop probe into imports of HRC is good


Carling Cup 2nd Round 11/12 - Exeter 1-3 Liverpool

Written By Unknown on Thursday, August 25, 2011 | 05:03

Bertandang ke stadium St James Park Exeter, Liverpool telah mempertaruhkan separuh barisan utamanya dengan tenaga muda remaja. Walaupun Skrtel telah menghadiahkan penalti kepada Exeter, tetapi beliau telah berjaya membimbing Wilson, Flanagan dan Robinson di bahagian pertahanan untuk menyekat serangan pasukan lawan.

Kemenangan 1-3 melalui jaringan Suarez, Maxi, & Carroll telah melayakkan Liverpool untuk mara ke pusingan seterusnya. Walaupun Liverpool menguasai perlawanan, sekali sekala kelihatan juga Reina terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan kubunya dari percubaan Exeter. Dalam perlawanan ini, jentera midfield berfungsi dengan baik sekali. Hanya disebabkan Exeter lebih banyak bertahan, ini membuatkan hantaran2 Adam, Henderson & Spearing sering kali terkandas.


Apa yang mengembirakan kita, Carroll telah kembali menemui sentuhannya apabila menjaringkan gol melalui rembatan deras dari luar petak penalti. Ia adalah suatu petanda  yang baik bagi Carroll dalam menyakinkan kembali dirinya untuk menjaringkan lebih banyak lagi gol pada perlawanan akan datang.

Apapun tahniah kepada skuad kita kerana berjaya memperolehi kemenangan untuk meneruskan misi memburu kejuaraan. YNWA..


Pemain :
Reina (c), Robinson, Skrtel, D Wilson, Flanagan, Maxi, Adam (Shelvy) '77', Spearing, Henderson, Meireles (Carroll) '22', Suarez (Downing) '60'.

Match Stats

Exeter City                    Liverpool
9(4) Shots (on Goal) 15(9)
8 Fouls 7
3 Corner Kicks 11
2 Offsides 2
41% Time of Possession 59%
0 Yellow Cards 0
0 Red Cards 0
6 Saves 5

Carling Cup 11/12 Exeter VS Liverpool - Live On Astro

Written By Unknown on Tuesday, August 23, 2011 | 22:38

Carling Cup 2011/12
Exeter City v Liverpool 
live from 
St James Park, Exeter, England.
Channel : Astro SuperSport 3 (817)
25 Ogos 2011 - 02:40 pagi.


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Siaran Langsung perlawanan pusingan kedua Carling Cup 11/12 diantara Exeter City menentang Liverpool. Walaupun boleh dianggap perlawanan ini perlawanan mengasah bakat, kita sepatutnya tidak ketinggalan untuk mengikuti dan memberi semangat kepada pasukan kesayangan kita.

Harus diingat, walaupun Exeter ini boleh diibaratkan pasukan Cap Ayam, tetapi kebolehan mereka tidak sepatutnya kita perlekehkan. Sejarah telah membuktikan bahawa kita pernah diaibkan oleh pasukan kerdil seperti Northampton yang bermain didivision 2 dalam kejohanan yang sama musim lalu.

Diharap pasukan kita tidak bermasalah untuk melangkah ke pusingan seterusnya. Apapun kita mengharapkan persembahan terbaik dari pasukan kita dimana sudah pasti pasukan Exeter akan berjuang habis2an dalam perlawanan nanti.



Kyrgiakos berpindah ke Wolfsburg


Seperti tidak percaya. Tanpa gosip dan khabar angin mengenai perpindahannya, tiba2 sahaja Kyrgiakos telah berjaya disunting oleh kelab Bundesliga Jerman, Wolfsburg. Menurut laman web rasmi LFC, Liverpool telah pun mengesahkan berita perpindahan tersebut.

Dalam rundingannya, pemain antarabangsa Greece ini telah menandatangani kontrak dua tahun dengan kelab Jerman tersebut tetapi tiada pula bayaran perpindahan yang telah diumumkan. Kyrgiakos telah membuat 49 kali penampilan untuk Liverpool selepas menyertai kelab itu dari AEK Athens pada musim panas tahun 2009.

Pemain berusia 32 tahun ini telah mendedahkan beliau tidak sabar untuk kembali ke Jerman selepas menghabiskan dua musim di Eintracht Frankfurt dari 2006 hingga 2008. 'Wolfsburg kelab yang baik. Mereka memenangi kejohanan pada tahun 2009, 'katanya kepada laman web rasmi kelab itu.


Sebenarnya Kyrgiakos merasakan kedudukannya sedikit tergugat dengan khabar terkini bahawa Dalglish akan membeli lagi pemain pertahanan tengah. Disamping itu juga polisi kelab yang mahukan pemain2 muda yang bertenaga untuk mengalas cabaran. Dengan peluangnya selama ini untuk berada di skuad utama adalah terhad, maka keputusan terbaik baginya adalah berpindah ke kelab yang lain dalam meniti waktu2 akhir kariernya.

Apa pun terima kasih Kyrgiakos dengan sumbangan anda selama ini. Walaupun ia tidaklah sebesar mana yang boleh dibanggakan, tetapi ketika tiadanya kelibat Carragher dipadang, sudah pastilah beliau yang mengalas cabaran posisi tersebut. Apa pun selamat jalan dan maju jaya diucapkan kepada beliau. Jasamu tetap dikenang.

Game 2 BPL 11/12 - Arsenal 0-2 Liverpool

Written By Unknown on Sunday, August 21, 2011 | 02:57

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada Ramsey kerana telah memberikan gol percuma kepada Liverpool. Gol berpunca dari sepakan Miquel yang terkena badan Ramsey lalu melantun kedalam gawangnya telah menaikkan kembali semangat pemain2 Liverpool untuk terus bangun menguasai permainan.

Sebenarnya boleh dikatakan permainan skuad kita malam tadi masih lagi hambar. Walaupun The Gunners sedang dilanda masalah, tetapi skuad mudanya menunjukkan persembahan yang mantap. Bayangkan diseparuh masa pertama sahaja pasukan mereka memperolehi 7 sepakan sudut. Kalau tak kerana mantapnya pertahanan kita sudah pasti keputusan malang yang bakal kita perolehi.


Barisan midfield kita masih lagi buntu untuk membuat gerakan2 cantik. Henderson sering melakukan kesilapan2. Boleh dikatakan separuh masa pertama, The Reds masih dibuai mimpi indah. Ini kerana hanya tandukan Carroll dan rembatan Kelly sahaja yang nampak sedikit mengancam pintu gol Arsenal. Yang lain2nya langsung tiada percubaan yang menarik.


Permulaan separuh masa kedua, keadaan pasukan kita masih sama juga. Sehinggalah selepas minit ke 70 ketika Frimpong dilayangkan kad kuning kedua merangkap kad merah barulah Liverpool kembali bernafas. Itupun sesudahnya Dalglish memasukkan Suarez dan Meireles serentak untuk mengantikan Kuyt dan Carroll. Gandingan Suarez dan Meireles sememangnya hebat malam tadi. Punca gol jaringan sendiri dari Ramsey dan jaringan Suarez untuk gol kedua adalah antara gerakan mereka berdua.


Nampak kemasukan mereka berdua telah mengembalikan permainan cantik oleh Liverpool. Peluang bermain menentang 10 orang pemain sememangnya digunakan sebaik2nya oleh Liverpool. Tahniah kepada pasukann kita kerana telah berjaya mengutip 3 mata penuh dan mengumpulkan 4 mata dari dua perlawanan yang telah dilalui.


Diharap selepas ini, midfield pasukan kita perlu lebih agresif lagi dalam menyusun serangan bagi mencipta kejayaan akan datang. YNWA..


Scoring Summary

Arsenal Liverpool
 Aaron Ramsey (og 78')
 Luis Suรกrez (90')

Match Stats

Arsenal                          Liverpool
12(3) Shots (on Goal) 14(6)
10 Fouls 8
9 Corner Kicks 5
0 Offsides 6
50% Time of Possession 50%
1 Yellow Cards 2
1 Red Cards 0
5 Saves 3

Teams

Arsenal Liverpool
13 Wojciech Szczฤ™sny25 Pepe Reina
Thomas VermaelenDaniel Agger
Laurent Koscielny23 Jamie Carragher
Bacary SagnaJosรฉ Enrique
25 Carl Jenkinson34 Martin Kelly
26 Emmanuel Frimpong26 Charlie Adam
16 Aaron Ramsey21 Lucas
10 Robin Van Persie14 Jordan Henderson
Samir Nasri19 Stewart Downing
23 Andrei Arshavin18 Dirk Kuyt
14 Theo WalcottAndrew Carroll
Substitutes
52 Nicklas BendtnerJohn Flanagan 38
21 Lukasz FabianskiMaxi Rodrรญguez 11
29 Marouane ChamakhMartin Skrtel 37
46 Henri LansburyRaul Meireles 4
15 Alex Oxlade-ChamberlainDoni 32
49 Ignasi MiquelJay Spearing 20
31 Ryo MiyaichiLuis Suรกrez 7
Substitutions
Ignasi Miquel for Laurent Koscielny (16)Raul Meireles for Dirk Kuyt (71)
Henri Lansbury for Andrei Arshavin (72)Luis Suรกrez for Andrew Carroll (71)
Nicklas Bendtner for Theo Walcott (80) 
Yellow Cards
Emmanuel Frimpong (8)Andrew Carroll (28)
Henri Lansbury (88)Lucas (44)
Red Cards
Emmanuel Frimpong (70) 
· Squads: Arsenal | Liverpool

Menjelang pertemuan Dalglish dengan Wenger

Written By Unknown on Friday, August 19, 2011 | 04:57

Sabtu 20/08/2011 ini, skuad Liverpool akan berkunjung ke stadium Emirates menentang The Gunners dalam siri perlawanan kedua Premier League bagi musim 11/12. Dalglish dan Wenger, dua watak yang berbeza dimana aksi2 mereka dikawasan pemain simpanan sering menjadi perhatian media. Dalglish yang kita ketahui, sememangnya bersifat tenang dan tidak pernah membuat kontroversi. Tidak pula bagi Wenger, sikapnya yang selalu memprotes keputusan pengadil malahan sering menyindir dan bengang terhadap pengurus serta pemain pihak lawan, mencerminkan jiwanya yang panas baran.

Kita masih ingat lagi perlawanan terakhir bertemu pasukan beliau di Emirates musim lepas,  mengamuknya Wenger terhadap pengadil, Dalglish serta pemain Liverpool akibat sepakan penalti Kuyt diminit2 akhir perlawanan yang kononnya tidak layak diberikan kepada Liverpool. Perlawanan yang dianggap seri tanpa jaringan, tetapi berkesudahan 1-1 dengan kedua2 gol melalui penalti diminit2 terakhir perlawanan. Kita boleh lihat ketika camera memfokus mereka dimana selepas tamat perlawanan Wenger tidak mahu bersalaman walaupun tangan telah dihulurkan oleh Dalglish.


Seperti yang kita sedia maklum, pasukan Arsenal ketika ini seperti dilanda bencana yang amat mengerikan. Perginya pemain2 bintang seperti Clichy, Fabregas, Eboue dan juga bakal kehilangan Nasri membuatkan peminat2 mereka mula resah. Ditambah memeningkan lagi, dua pemain mereka Alex Song and Gervinho digantung perlawanan oleh FA. Jadi ramai yang mengatakan nasib Arsenal ini tidak ubah seperti Liverpool dimusim lepas.

Statistik perlawanan 5 musim (2006-2011)
  • 2006/2007 - Premier League : (A) 3-0, (H) 4-1 . FA Cup : (H) 1-3. Carling Cup : (H) 3-6.
  • 2007/2008 - Premier League : (H) 1-1, (A) 1-1. Champion League : (A) 1-1, (H) 4-2.
  • 2008/2009 - Premier League : (A) 1-1, (H) 4-4.
  • 2009/2010 - Premier League : (H) 1-2, (A) 1-0. Carling Cup : (A) 2-1.
  • 2010/2011 - Premier League : (H) 1-1, (A) 1-1.
Rekod pertemuan kedua2 pasukan boleh dikatakan agak seimbang. Walaupun sepanjang 5 musim ini Liverpool hanya memenangi 2 perlawanan berbanding Arsenal 6 perlawanan, tetapi 7 perlawanan dalam semua 15 perlawanan itu adalah seri. Hakikatnya Liverpool perlu memecah kebuntuan dalam mengejar kemenangan yang kali terakhir diperolehi di Anfield pada musim 07/08 dalam perlawanan kedua Champion League.

Diharap dikesempatan akibat dari permasalahan yang sedang melanda skuad The Gunners ini, Liverpool dapat mengutip 3 mata berharga dalam mengembalikan moral pemain2 serta peminat2 setia The Reds. Lagi2 dengan semua pemain dalam kecergasan yang terbaik (kecuali Johnson dan Gerrard), sememangnya kemenangan itu adalah wajib kita miliki.


p/s: Nak tengok lagi Wenger bermasam muka dengan Dalglish akibat kekalahan dibelasah oleh pemain2 Liverpool. Nampaknya kenalah berbuka dihadapan TV. Ngam2 pula waktu berbuka puasa.

Gary Cahill - Dalglish tawar £ 14m dan David Ngog pada Bolton

Written By Unknown on Thursday, August 18, 2011 | 06:29

Selepas diberi lampu hijau oleh pemilik Liverpool John Henry untuk membeli lagi pemain, Dalglish meneruskan lagi usahanya untuk membeli pemain dalam memperkemaskan lagi skuad Liverpool. Terkini Dalglish dilaporkan telah bersedia untuk membuat satu lagi pembelian pemain pertahanan Gary Cahill dari pasukan Bolton sebelum tutupnya jendela perpindahan bagi musim panas ini.

Dalglish telah pun mengenal pasti pemain antarabangsa England ini sebagai pembelian terakhir selepas memiliki Jose Enrique, Doni, Henderson, Stewart Downing dan Charlie Adam. Apa yang pasti Dalglish akan "hijack" Cahill yang sebelum ini adalah antara pemain didalam radar pasukan Arsenal. Cahill adalah pemain yang amat sesuai sekali mengisi posisi pertahanan tengah. Ini kerana pemain sedia ada seperti Agger dan Skrtel sering mengalami kecederaan sementara Carragher dan Sotirios Kyrgiakos pula sudah berada dipenghujung karier masing2.

Sebelum ini, pengurus Bolton Owen Coyle yang sememangnya berminat untuk memiliki David Ngog, telah gagal dalam bidaannya terhadap Liverpool. Dikesempatan ini, Dalglish akan menggunakan umpan Ngog ditambah £ 14m untuk memiliki Cahill. Owen Coyle berharap Liverpool dapat membuat sesuatu keputusan yang rasmi dalam perpindahan ini sambil mengaku beliau masih tidak menyangka Cahill antara nama2 yang hangat diminati oleh beberapa kelab lain masih lagi berada di Reebok.

"Saya benci untuk mengatakan ini kerana dia adalah salah satu pemain saya," kata Coyle. "Tetapi jika saya berada di salah satu dari dalam kelab elit, maka Gary sudah pasti akan menjadi nama pertama dalam senarai pembelian saya."

Sebelum ini, Bolton menuntut harga tidak kurang dari £ 18m untuk membeli Cahill. Dengan ini Dalglish berharap bahawa £ 14m dan Ngog sudah cukup untuk memiliki pertahanan England ini. Liverpool sebenarnya  telah berkali-kali dikaitkan dengan pertahanan Stoke, Ryan Shawcross tetapi ia kelihatan seolah-olah kelab itu berazam untuk mengekalkan bekas pemain Manchester United itu untuk sekurang-kurangnya satu lagi musim.

Kata2 Dalglish "Cahill adalah pemain terbaik yang bakal mengantikan John Terry di bahagian pertahanan England. Oleh itu kami wajib memilikinya didalam skuad kami".

Tauke Air Asia beli Queens Park Rangers FC

Written By Unknown on Tuesday, August 16, 2011 | 03:33

Selepas gagal musim lalu untuk memiliki kelab bolasepak West Ham United, Kini tauke Air Asia merangkap bos Lotus F1, Tony Fernandes telah bersedia untuk membeli 51 peratus kepentingan Bernie Ecclestone di Premier League dalam kelab bolasepak Queens Park Rangers.

Menurut Financial Times, Fernandes semakin hampir untuk memuktamadkan perjanjian itu, manakala Ecclestone akan menjual baki 11 peratus saham untuk jutawan keluli Lakshmi Mittal, yang sudah pun memiliki 33 peratus daripada kelab itu. Ecclestone telah membeli kelab ini pada tahun 2007 bersama-sama bekas bos pasukan Renault Flavio Briatore, dan kemudian dibeli majoriti saham Briatore pada lewat 2010. Walau bagaimanapun, beliau dianggap bersedia untuk menjualnya berikutan kepincangan dalam hubungan antara dirinya dan Mittal.


Sewaktu perlawanan pembukaan antara QPR menentang Bolton Wanderers sabtu lalu, kelihatan Fernandes hadir bersama pengerusi kelab Flavio Briatore untuk menyaksikan perlawanan dimana QPR tewas 0-4. Kehadiran Fernandes disitu membuatkan pemerhati mengandaikan bahawa pembelian ini akan berjaya.

p/s: Tony Fernandes - jutawan Malaysia. Air Asia, Tune, Lotus F1 dan banyak lagi aset2 yang telah dan baru diceburi. Membeli kelab dengan harga murah, kemudian setelah berjaya mengemudi kejayaan kelab, sudah tentu harga pasaran pun melambung. bijak bisnes....

Game 1 BPL 11/12 - Liverpool 1-1 Sunderland

Written By Unknown on Sunday, August 14, 2011 | 19:41

Perlawanan pembukaan bagi musim 11/12 antara Liverpool menentang Sunderland boleh dikatakan perlawanan memanaskan enjin diesel bagi kedua2 pasukan. Keputusan seri sudah memadai dan adil bagi kedua2 pasukan kerana setiap pasukan masih mencari rentak setelah sekian lamanya berehat panjang.

Diawal babak perlawanan sememangnya kita merasakan bahawa pasukan kesayangan kita bakal memenangi perlawanan ini. Ini kerana separuh masa pertama pemain2 kita telah menunjukkan permainan yang menarik sekali. Dalglish dengan beraninya telah menurunkan keempat2 pemain baru dalam  pembelian musim panasnya iaitu Charlie Adam, Jordan Henderson, Stewart Downing serta pemain yang tidak sampai 48 jam berada di Anfield, Jose Enrique.


Beberapa percubaan dari Suarez, larian solo serta terus membuat percubaan yang terkena palang oleh Downing adalah antara skrip2 yang mereka cipta untuk cuba menjaringkan gol. Seandainya penalti Suarez serta jaringan Carroll itu disahkan, sudah pasti Liverpool tersenyum memenangi perlawanan dengan 3-1. Malangnya Suarez menendang ke bulan bola sepakan penalti tersebut dan Carroll dipersalahkan kerana menolak pertahanan Sunderland sebelum menjaringkan gol. Apapun terima kasih kepada Suarez kerana berjaya juga menebus kegagalan sepakan penaltinya dengan menjaringkan gol hasil dari sepakan percuma Adam.


Babak kedua, tiba2 sahaja pemain2 Liverpool seperti hilang punca. pemain2 Sunderland mula menguasai permainan. Jentera midfield Liverpool tidak berfungsi dengan baik. Akibatnya, sepakan gunting Larsson menerjah ke jaring menewaskan Reina. Memasukkan Kuyt untuk mengantikan Henderson serta Meireles untuk Suarez tidak menampakkan banyak perubahan. Adakah Liverpool terpaksa juga memerlukan aura Steven Gerrard dalam setiap perlawanan?..


Apapun kesian juga kepada Suarez. Itulah nasib apabila digelar pemain terbaik Copa Amerika 2011. Suarez sentiasa menjadi sasaran pemain lawan dengan beberapa terjahan keras. Carroll? Masih lagi belum menemui kualiti yang terbaik. Adakah Carroll ini serupa dengan bekas penyerang kita dahulu Peter Crouch?..

Pemain Liverpool:
Reina, Flanagan, Carragher (c), Agger, Enrique, Henderson (Kuyt) "61", Lucas, Adam, Downing, Suarez (Meireles) "75", Carroll.

p/s: Meireles nampak ganas betul dengan rambut terbarunya ala2 TROJAN. Agak2 pemain2 lawan seram x?

Perpindahan musim panas 11/12 - Jose Enrique pemain ke 5 melengkapkan skuad

Written By Unknown on Saturday, August 13, 2011 | 13:12

Rasanya SG tak terlambat lagi ingin mengucapkan "Selamat Datang ke Anfield"  kepada pemain kelima yang baru sahaja Liverpool miliki. Beliau tidak lain lagi ialah Jose Enrique. Kehadiran beliau di Kem Latihan Melwood pada hari Khamis lalu menarik nafas lega kepada peminat2 Liverpool. Ini kerana permasalahan mengenai pertahanan kiri terjawab sudah dengan kehadiran beliau untuk ujian perubatan.

Semalam bersamaan hari Jumaat, Jose Enrique akhirnya telah menurunkan tanda tangannya di surat kontrak. Dengan yuran perpindahan sebanyak £5.5 million dari Newcastle United, Jose Enrique sememangnya sudah lama dikaitkan dengan Liverpool. Walaupun ia menjadi rebutan antara Liverpool dan Arsenal, tetapi aura Andy Carroll telah membuatkan Jose Enrique lebih teruja untuk bersama Liverpool.


Pemain pertahanan dari Sepanyol ini, menyertai Liverpool tidak sampai 24 jam dari tempoh perlawanan pembukaan Barclays Premier menentang Sunderland di Anfield. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna beliau tidak boleh beraksi untuk perlawanan pembukaan ini. Ini kerana, Jose Enrique ada bermain untuk Newcastle dalam perlawanan pramusim dan ia bersedia untuk dipanggil bila2 masa sahaja apabila diperlukan oleh Dalglish.



"Jika pengurus perlu saya, saya bersedia untuk bermain," kata Enrique. "Saya sudah bermain untuk Newcastle dalam pra-musim, walaupun hanya dua atau tiga perlawanan dan saya patut cergas dan jika pengurus perlu saya, saya bersedia untuk bermain.

"Cita-cita saya adalah memenangi semua piala dengan Liverpool pada tahun ini. Kita tidak akan bermain dalam Liga Juara-Juara, jadi perkara yang paling penting adalah untuk mencuba dan memenangi liga."

Apapun, skuad Liverpool kini sudah lengkap untuk mengharungi kejohanan2 di musim 2011/2012 ini. Diharap Dalglish akan dapat menggunakan kepakaran mereka2 ini dalam merealisasikan impian mengejar mahkota Liga. YNWA..

Undian Carling Cup 11/12 (Pusingan Kedua) - Exeter vs Liverpool

Semalam telah berlangsung undian bagi kejohanan Curling Cup 2011/2012. Dipusingan kedua Curling Cup ini, Liverpool telah diundi untuk bertemu Exeter di laman lawan. Perlawanan dijadualkan akan berlangsung pada 24 Ogos ini.

Exeter City adalah sebuah kelab bola sepak Inggeris, berpangkalan di Exeter, yang dimiliki oleh peminat melalui Amanah Penyokong Exeter City. Exeter City diasaskan pada tahun 1904 dan mula bermain di padang lama yang digunakan untuk menggemukkan babi, St James Park (Sama nama tapi bukan stadium Newcastle United).

Walaupun pasukan ini bermain di Division 1, Liverpool tidak seharusnya memandang rendah terhadap kebolehan pasukan ini. Seperti yang kita tahu, dikejohanan2 seperti piala FA dan Curling Cup ini, sering berlaku keputusan diluarjangka samaada bagi pasukan Liverpool ataupun pasukan Liga perdana lain. Apa yang pasti, sudah tentu Dalglish akan mengunakan kejohanan ini untuk memberi pendedahan kepada pemain2 muda bagi mengilap2 masa depan yang cemerlang.

Friendly 2011 - Liverpool 2-0 Valencia - Bermulanya detik kejayaan

Written By Unknown on Sunday, August 7, 2011 | 04:59

Perlawanan terakhir bagi Pramusim 2011/2012 menentang Valencia dihalaman sendiri sememangnya benar2 dimanfaatkan oleh Liverpool. Kemenangan 2-0 melalui jaringan Carroll (7) dan Kuyt (90) membuktikan persefahaman antara pemain mula menerbitkan rasa senyum bagi seluruh warga Liverpool. Penguasaan jentera tengah kita dalam perlawanan ini memberi gambaran bahawa mereka telah bersedia untuk bertempur di musim baru 11/12 ini.


Sebelum ini kita amat merisaukan tentang pertahanan Liverpool yang longgar. Dimana selepas 5 perlawanan persahabatan, pertahanan kita telah melepaskan 15 gol kesemuanya (setiap perlawanan 3 gol). Tetapi hari ini satu lagi pencapaian terbaik telah dibuat oleh kem Liverpool. Gandingan Carra, Agger, Aurelio dan Kelly amat dipuji sekali kerana berjaya mengekang serangan pihak lawan. Hanya berita yang kurang baiknya, Johnson terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-7 kerana kecederaan lama berulang. Diharap ia tidak serius dan dapat beraksi untuk perlawanan pembukaan menentang Black Cat nanti.


Kemunculan semula Aurelio dari kecederaan dan Lucas dari bercuti, diharap dapat menambahkan lagi perisa dalam ramuan kejayaan Liverpool. Apa yang pasti selepas ini kita menunggu pula kemunculan wira Uruguay di Copa Amerika Luis Suarez dan juga kapten fantastik Steven Gerrard sebagai pelengkap dalam ramuan Dalglish.


Secara keseluruhan, permainan malam tadi dikuasai oleh Liverpool walaupun sedikit goyah pada separuh masa kedua dengan asakan bertali arus pemain Valencia. Aquilani masih meneruskan misinya menambat hati Dalglish. Sementara kehadiran Ngog dan Joe Cole tidak menampakkan sebarang perubahan. Hanya sepakan percuma Joe Cole yang menjadi punca Kuyt untuk menjaringkan gol sahaja boleh dibanggakan. Selebihnya hanya mengeluarkan peluh berlari2 tanpa arah tujuan.

Apa yang pasti, skuad Liverpool sudah bersedia membunyikan semboyan peperangan dalam misi mengejar kejuaraan merangkuli 3 piala yang disertai iaitu Premier League, FA Cup dan juga Curling Cup. Selamat maju jaya pejuang2 kita. Anda tetap tidak keseorangan. YNWA....

Senarai pemain Liverpool

Reina, Johnson (Kelly "7"), Carragher, Agger (Kyrgiakos "79"), Aurelio (Robinson "46"), Henderson (Kuyt "58"), Adam (Flanagan "74"), Spearing (Lucas "46"), Downing (Maxi "58"), Aquilani (J Cole "58"), Carroll (Ngog "58")

Opssss... Rupanya masih sayang lagi Mr. Rafa ni kat Liverpool yer. Sanggup juga dia datang nak tengok game ni. Mungkin saja nak mengimbau kenangan silam kot. Maklumlah Liverpool dan Valencia adalah dua kelab yang pernah dibimbingnya serta menaikkan namanya.


Mamat nie... langsung tak boleh bla... Lain yang disuruh, lain pula yang dibuat

Selamat jalan Milan Jawe_novic ke Anderlecht

Written By Unknown on Saturday, August 6, 2011 | 04:34

Teka teki mengenai kesudahan nasib anak jawa (kononyalah) Milan Jovanovic di Anfield terlerai juga akhirnya. Menurut Laman Web rasmi kelab Liverpoolfc.tv, Liverpool bersama kelab Belgium Anderlecht telah mencapai kata sepakat untuk melengkapkan perpindahan Jovanovic secara percuma.

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini, Jovanovic dengan rela hatinya telah membatalkan kontraknya bersama Liverpool untuk memudahkannya berpindah ke pasukan lain. Ketika ini Jovanovic sedang menjalani ujian perubatan dan akan menurunkan cop jarinya bagi kontrak selama 2 tahun.

Jovanovic, 30 menyertai Liverpool dengan perpindahan secara percuma dari Standard Liege pada musim panas tahun lalu. Setahun di Anfield beliau gagal menyinar serta menyesuaikan diri didalam liga Inggeris. Apapun terima kasih diucapkan kepada Jovanovic kerana sudi menabur keringat di bumi Anfield walaupun tak seberapa banyak yang perlu disanjungkan.  Selamat maju jaya bersama kelab baru nanti.


p/s: Selesai sudah satu masalah untuk mengurangkan penghabis beras di Anfield. Yang lain bila lagi?

Keputusan undian Piala Malaysia 2011

Hari ini 5 Ogos 2011 telah berlangsung undian peringkat kumpulan Kejohanan Piala Malaysia bagi musim 2011. Berikut adalah keputusan Undian tersebut serta rebiu pasukan2 yang bertanding.

Kumpulan A


KEDAH - Perjuangan pasukan Hijau Kuning untuk mara ke final terkandas setakat separuh akhir Piala Malaysia selepas dikecewakan Kelantan, musim lalu. Kedudukan dalam liga agak memberangsangkan kerana menghuni tangga keempat terbaik musim 2011. Kini peluang Kedah mengulangi kejayaan menggondol dua kali berturut2 dilihat cerah selepas beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan sebelum ini pulih.

PERAK - Cabaran Seladang sekadar berakhir pada peringkat kumpulan kerana Johor FC dan Kedah mengisi slot ke suku akhir musim lalu. Prestasi Yob juga terumbang ambing apabila menamatkan kedudukan ke-6 Liga Super dan berkemungkinan terpaksa beraksi tanpa lima pemain utama gara2 penggantungan FAM. Kali terakhir Perak menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2000 menewaskan Negeri Sembilan.

SABAH - Pada kempen Piala Malaysia tahun lalu, pasukan Sabah menamatkan saingan di peringkat kumpulan. Sang Badak sekadar mencatat dua kemenangan, tiada seri dan satu kekalahan. Di saingan Liga Super musim ini, anak buah Justin Ganai menghuni tangga ke 10 liga dengan merekodkan 7 kemenangan, 7 seri dan 12 kekalahan. Sabah tidak pernah menjulang Piala Malaysia.

JOHOR - Walaupun tidak menyertai saingan Piala Malaysia musim lalu, tetapi dengan prestasi semasa yang agak menonjol, pasukan Johor berjaya juga menyertai kejohanan pada tahun ini. Bagaimanapun suatu ketika dulu skuad Jengking pernah menjulang trofi Piala Malaysia iaitu pada 1985 dan 1991 apabila menewaskan Kuala Lumpur dan Selangor. Pada saingan Liga Perdana Johor berjaya menduduki tempat keempat dengan 11 kemenangan, 3 seri dan 8 kekalahan.

Kumpulan B


TERENGGANU - Skuad Penyu mula bergelar juara pada 2001 selepas berjaya menundukkan Perak 2-1 dalam edisi ke-25 Piala Malaysia. Berdasarkan kejayaan Terengganu dalam Piala FA dan naib juara Liga Super, pasukan dibawah kelolaan Irfan Bakti menyasarkan untuk membawa pulang Piala Malaysia tahun ini.

NEGERI SEMBILAN - Skuad Jang terlepas gelaran trofi kejuaraan Piala Malaysia ketiga apabila kebangkitan dramatik Kelantan pada babak kedua menyebabkan mereka berpuas hati naib juara musim lalu. Malah pencapaian menghuni tangga ke-8 saingan domestik juga bukanlah sesuatu boleh dibanggakan anak didik Azraai Khor Abdullah. Dibarisi pemain2 berpengalaman dan adunan pemain muda bakal mencetuskan fenomena baru kerana saingan Piala Malaysia bermula September berbeza Liga Super yang tamat Julai lalu.

PKNS - Piala Malaysia 2010 menyaksikan pasukan PKNS sekadar berada di tangga ke-3 kumpulan A bersama dengan Negeri Sembilan dan Kelantan yang berjaya ke pusingan seterusnya. Skuad Semut Api yang sebelum ini menjulang trofi Piala FAM pada 1979 dan 2003 itu kini berjaya menjadi juara Liga Perdana dengan hanya mencatat 1 sahaja kekalahan sepanjang 22 perlawanan. PKNS dilihat bakal menjadi antara pasukan yang menonjol dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

SIME DARBY - Sime Darby layak beraksi buat kali pertama di Piala Malaysia selepas berjaya menyingkirkan Pahang di pusingan playoff. Dalam kempen Liga Perdana, Sime Darby menamatkan saingan ditangga ke-5. Sime Darby adalah juara Liga FAM sebelum beraksi di Liga Perdanan musim lalu.

 Kumpulan C


KELANTAN - "The Red Warriors" berjaya menamatkan kemarau selama 55 tahun apabila buat julung kali bergelar juara Piala Malaysia setelah menewaskan Negeri Sembilan tahun lalu. Malah kemenangan itu membalas kekalahan Kelantan Kepada Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia 2009. Kini Kelantan dikatakan sedang berusaha mendapatkan khidmat penyerang Pahang bagi memperkemaskan pasukannya menjelang saingan Piala Malaysia musim ini tanpa kehadiran sementara Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd. Izuan Solahuddin yang mengikuti latihan bersama skuad Olimpik 2012 di Slovakia.

JOHOR FC - Prestasi Johor FC dalam aksi Piala Malaysia 2010 agak baik apabila melangkah ke separuh akhir namun harapan ke pentas akhir musnah apabila ditewaskan Negeri Sembilan. Saingan kali ini mungkin sukar buat pasukan dari selatan tanah air itu memandangkan banyak skuad yang boleh dikatakan kebal seperti Kelantan , Terengganu dan Selangor.

FELDA UNITED - Turun selaku pasukan berstatus kelab, Felda United melangkah ke medan pertempuran buat kali ke-2 dan pastinya kehadiran mereka harus diberi perhatian oleh pasukan lain. Julung kalinya menyertai Piala Malaysia tahun lalu, Felda tidak bernasib baik dan hanya sempat beraksi di peringkat kumpulan. Di saingan Liga Super musim ini, anak buah E Elavarasan menghuni tangga ke-10 liga dengan merekodkan 7 menang, 7 seri dan 12 kalah.

SARAWAK - Bujang Senang kembali memeriahkan saingan Piala Malaysia musim ini. Skuad kendalian Robert Alberts itu dilihat mampu melakar kejutan berdasarkan prestasi ditunjukkan dalam kempen Liga Perdana. Beksa naib juara Piala Malaysia edisi 2000 itu menamatkan kempen Liga Perdana ditangga Ke-2 dengan mencatatkan rekod 15 kemenangan dalam 22 perlawanan. Tahun lalu Bujan Senang tidak beraksi di Piala Malaysia.

Kumpulan D


SELANGOR - Tahun lalu, Selangor turun selaku pasukan pilihan namun terkandas di suku akhir apabila tumbang di tangan sang juara Kelantan. Sebagai pasukan paling berjaya dalam Piala Malaysia, sudah pasti Selangor yang menghuni tangga ke-3  Liga Super tahun ini, tidak berdiam diri untuk merampas kembali takhta 'raja' dari tangan Red Warriors.

T-TEAM - Persatuan Bola Sepak Daerah Kuqala Terengganu T-TEAM atau T-TEAM diasaskan pada 2007, adalah johan bagi piala FAM musim 2007/08 mengatasi Majlis Bandaraya Johor Bahru. Walaupun masih belum pernah menjuarai Piala Malaysia, namun pasukan ini tidak gentar diundi berada dalam satu kumpulan bersama pasukan berstatus gergasi iaitu Selangor. Seperi pasukan lain, T-TEAM turut mensasarkan untuk membawa pulang Piala Malaysia tahun ini walaupun penjaga gol utama, Shamsuri Mustafa terpaksa berehat lama dari pembedahan lutut.

KUALA LUMPUR - Pada aksi Piala Malaysia tahun lalu, Kuala Lumpur agak malang apabila tewas semua perlawanan pusingan pertama dan kedua. Dlam saingan Liga Super pula, KL beraksi hambar namun skuad kendalian Razip Ismail agak baik kerana tidak terjerumus ke Liga Perdana musim depan apabila sekadar mencatat 6 kemenangan , 8 seri dan 12 kekalahan untuk menghuni tangga ke 12 liga.

PDRM - PDRM layak beraksi di Piala Malaysia musim ini selepas menamatkan kempen Liga Perdana di tempat ke-3. Rekod baik PDRM (12 menang, 3 seri dan 7 kalah) dalam saingan liga menjadi bekalan moral pasukan itu untuk melakukan upset dalam kempen kali ini..
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger