Headlines News :
.

Preview : Game 12 MSL 2012 - Sabah vs Selangor

Written By Unknown on Saturday, March 31, 2012 | 03:02

Selepas berehat panjang akibat tidak layak di pusingan suku akhir Piala FA, Selangor malam nanti akan beraksi jauh diseberang Laut China Selatan. Bertemu skuad Sabah di Stadium Likas sudah pasti memberi suatu keazaman bagi Selangor untuk memperbaiki prestasi pasukan yang kurang memuaskan.


10 hari berehat tanpa terbabit sebarang perlawanan, Selangor sepatutnya menggunakan kesempatan itu untuk memantapkan lagi pasukan yang hambar selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Lions XII di Singapura pada hari selasa minggu lalu. Rekod pertemuan 6 perlawanan lalu dengan skuad badak menunujukkan Selangor tiada masalah untuk membenam pasukan ini. Tetapi haruslah diingat analisi tersebut tidaklah boleh diguna pakai memandangkan ketika ini Selangor tidaklah semantap perlawanan2 lalu. Bukan ingin memperkecilkan Selangor, tetapi memandangkan situasi terkini yang agak terumbang ambing, sedikit sebanyak ia amat merisaukan kita.


Jika dibandingkan 6 perlawanan terakhir kedua2 pasukan pada musim ini, Sabah hanya memperolehi 2 kemenangan, 1 seri dan 3 kekalahan. Manakala Selangor pula memungut 3 kemenangan, 1 seri dan 2 kekalahan. Tetapi ia hanyalah keputusan lalu. Apapun kita mengharapkan Red Giants akan terus bangkit untuk melakar kejayaan.. Viva Selangor.

Prestasi Liverpool menurun. Siapa yang bersalah?

Written By Unknown on Wednesday, March 28, 2012 | 22:20


 Bulan ini adalah bulan yang sukar telah melanda barisan skuad Liverpool. Seperti sudah hilang selera untuk memburu kejayaaan, anak2 buah Dalglish terus menunjukkan prestasi yang jauh dari nilai pelaburan sebenar. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku dalam skuad bimbingan Dalglish ini. Adakah ia berpunca dari kesilapan Dalglish atau pemain itu sendiri.

Kecederaan pemain

Apabila kita mengkaji semula dengan melihat statistik prestasi Liverpool, sebenarnya kecederaan pemain adalah antara penyumbang terbesar dalam hari kejatuhan Liverpool. Kita dapat merasakan sewaktu ketiadaan Lucas lagi yang cedera sejak dari pertengahan musim ini. Disaat prestasinya menjadi sandaran utama untuk mengemudi barisan tengah, beliau telah disahkan cedera lutut ketika menentang Chelsea pada saingan Carling Cup untuk berehat panjang sehingga penghujung musim ini.



Untuk tahun ini pula, kehilangan Agger, Johnson dan Bellamy yang juga terlibat dalam cuti sakit yang panjang menambahkan lagi kesengsaraan skuad Liverpool. Kehilangan Agger yang menjadi gandingan mantap bersama Skrtel membuatkan Dalglish terpaksa mengguna pakaikan kuda tua Carragher yang kurang bermaya sebagai galang gantinya. Tetapi kehadiran Kelly dalam kesebelasan utama adalah penyelamat untuk buat seketika dikala Johnson juga masih tidak pulih2. Tetapi bertambah malangnya lagi, kini Kelly pula mengikut jejak langkah Johnson. Apa yang pasti masalah untuk membariskan pemain posisi pertahanan ini tidaklah menjadi masalah sangat. Ini kerana, selain Carragher untuk menjadi bidang terjun, Liverpool masih lagi mempunyai pemain muda seperti Flanagan untuk di beri peluang. Bagi Bellamy pula, ketiadaan beliau sememangnya amat dirasakan. Disaat keupayaannya menjadi mesin gol sangat dperlukan, beliau tewas dengan kecederaan dan ketika ini tiada siapa lagi yang boleh diharapkan.

Moral dan prestasi pemain yang menjunam

Selepas berjaya menjuarai piala Carling pada peghujung bulan Februari lalu, Pemain2 terus dibuai mimpi indah. Akibatnya kealpaan dengan kejayaan lalu dan terlalu memandang rendah terhadap pihak lawan terutamanya pasukan bawahan telah memakan diri sendiri. Keadaan sedemikian berulang kembali setelah prestasi sama ditunjukkan pada awal tahun ini. Akibatnya Dalglish terpaksa mengeluarkan amaran lisan untuk menjual kepada pemain2 yang gagal menunjukkan prestasi sebenar. Akibatnya pemain2 kembali bangkit untuk beberapa perlawanan sebelum kini kecundang  kembali.


Sejak awal bulan Februari tahun ini Liverpool hanya mampu mengutip 4 mata sahaja dari 7 perlawanan liga Premier dimana hanya mencipta 1 kemenangan, 1 seri dan 5 kekalahan. Mungkin kita boleh memaafkan diatas kekalahan terhadap pasukan Manchester United 2-1, Arsenal 1-2 dan seri 0-0 dengan Tottenham kerana mereka adalah antara pasukan terbaik ketika ini. Tetapi tewas kepada Sunderland 1-0 dan dua pasukan yang hampir dicampak ke liga Championship musim depan amatlah memalukan. Tewas kepada QPR 3-2 dan terkini Wigan 1-2 di Anfield membuatkan kita terlalu kecewa terhadap pemain dan Dalglish setelah tempat di kelompok empat liga semakin tipis untuk dikejar.

Kesilapan Dalglish

Tektikal dan Formasi yang gagal

Mungkin kita sedikit gembira dengan kehadiran Dalglish setelah menukar corak permainan dari corak lebih kepada bertahan dizaman Roy Hodgson kepada corak menyerang. Walaupun begitu kita sebenarnya agak terkilan dengan beberapa formasi serta strategi yang diguna pakai oleh Dalglish. Bijak membuat kejutan ketika bertemu pasukan kuat tetapi gagal mengatur strategi ketika bertemu pasukan yang lemah. Buktinya dari 10 kekalahan yang telah dicipta, 6 kekalahan adalah ketika bertemu pasukan bawahan. Itu belum lagi dikira dari segi keputusan seri yang juga membuatkan kita banyak kehilangan mata berharga.


Selain itu Dalglish juga gagal menggunakan pemain2 mengikut posisi mereka yang sebenar. Henderson pada asalnya adalah pemain diposisi tengah menyerang, seringkali diarahkan untuk bermain di posisi sayap kanan. Begitu juga dengan Adam dimana adakalanya beliau yang juga bermain seposisi Henderson diarahkan untuk bermain sayap kiri. Mereka berdua bukanlah pemain yang boleh diiktiraf serba boleh seperti Steven Gerrard dan Kuyt yang boleh diletakkan dimana2 sahaja. Ini akan membuatkan kosenstrasi terhadap permainan akan terganggu.

Pemain yang dimanjakan dan dianaktirikan.

Kesilapan paling besar Dalglish adalah terlalu memanjakan dan mempercayai pemain2nya. Pepe Reina semakin lama semakin teruk mutu permainannya. Begitu juga Jose Enrique yang adakalanya sering membuat kesilapan bodoh dalam perebutan bola. Sebenarnya kedua2 pemain ini adalah anak emas kepada Dalglish dimana posisinya langsung tidak pernah digugat oleh pemain2 lain. Pepe Reina yang sudah merasakan posisinya selamat kerana kesemua perlawanan yang berlangsung tidak sekalipun membenarkan Doni beraksi membuatkan beliau bertambah ego dan alpa untuk berusaha lebih cemerlang. Aurelio bukanlah langsung  tidak boleh bermain, tetapi dengan sikap Dalglish lebih mempercayai Enrique juga menjadi punca mengapa Enrique bersikap sama seperti Reina.


Alangkah ada baiknya jika pemain2 yang ada seperti Maxi Rodriguez, Aurelio dan Doni sering kali diturunkan untuk bertukar2 kesebelasan utama bagi menjamin corak permainan yang berlainan. Inilah juga punca pihak lawan dengan mudah dapat membaca corak permainan Liverpool akibat Dalglish kerap  menurunkan pemain yang hampir sama sahaja. Tidak itu sahaja, ramai lagi pemain2 muda yang boleh diterapkan dalam skuad utama seperti Jonjo Shelvey, Raheem Sterling dan Flanagan untuk diberi pendedahan disamping persaingan sihat antara pemain dalam mengejar kesebelasan utama. Adakah Dalglish masih terus mempertahankan polisi pemain yang hanya disayang olehnya?


Apapun Dalglish sepatutnya sedia membuat perubahan besar2an dalam mengapai hala tuju yang sebenar. Tidak membeli pemain baru pada perpindahan Januari lalu mungkin 1 kesilapan besar dikala pemain2 sedia ada gagal untuk membuat penyudah yang berkesan.Testimoni yang gagal dan diharap dapat di mantapkan lagi pasukan dalam sisa2 perjuangan musim ini.

Game 30 BPL 11/12 - Liverpool 1-2 Wigan

Written By Unknown on Sunday, March 25, 2012 | 05:21

Seperti yang SG perkatakan pada preview perlawanan ini kelmarin. Bila lihat statistik rekod perlawanan kedua2 pasukan ini, memang dah agak kalau tak seri kalah. Perlawanan dengan Wigan ni dari dulu lagi memang melingkup memanjang. Siapa lagi yang wajib dipersalahkan.

Seawal permainan dah boleh agak, langsung tak mengancam dan berselera untuk menang. Semangat Henderson semacam yoyo yang sekejap naik, sekejap turun. Tektikal Dalglish semakin lama semakin mengarut. Gol pertama memang tak boleh nak disalahkan Skrtel. Tapi elok juga dia pergi kungfu mamat tu. Puas hati walaupun kena penalti.

Ingat sinar baru muncul selepas kemasukan Carroll dimasa kedua. Ialahkan, baru 2 minit perlawanan bersambung dah Suarez buat jaringan penyamaan. Rupanya episod malang berterusan. Selepas gol kedua Suarez yang dibatalkan akibat menggunakan tangan, Liverpool serba serbinya lembik. Rasanya lengkong tu pun lagi keras. Ini Anfield wei.. Bukan DW Stadium. Gol kedua Wigan 100% SG salahkan pertahanan termasuklah Reina. Mana perginya semua pertahanan sehingga si Carroll boleh pula jadi lastman. Nak harapkan Reina yang semakin lama semakin mengarut, entahlah memang langsung tak boleh diharap. Itulah padahnya kalau posisi penjaga gol langsung tak di cabar oleh Doni. Inilah kesilapan besar Dalglish terlalu mempercayai Reina.

Sejak kekalahan kepada MUnyet dalam perlawanan liga, Liverpool terus kalah lagi menjadikan 5 kekalahan dari 6 perlawanan dan seri 1. Apapun tak boleh. Yang bagusnya pada perlawanan ini, Dalglish turunkan ramai muka2 baru.seperti Flanagan, Jonjo Shelvey dan juga raheem Sterling. Rasanya memang elok pun selepas ini setiap kali perlawanan liga bagi saja muka muda2 main. Dah memang tak dapat pun nak kejar tempat keempat liga untuk ke Champion League musim depan. Yang otai2 guna sahaja ketika FA cup. Kalau yang otai2 ni pun masih tak sedar diri gak, bagi saja budak2 muda yang main gak. Biar puas hati sebab dia orang ni suka main-main.

Apapun SG tetap menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. Rekod Dalglish memang tak boleh pakai dah. Penghujung musim lepas, Liverpool pun tiba2 gak jatuh selepas bangkit dari tangga bawah liga. Musim ni sekali lagi terjadi. Nasib baik tiket ke UEFA cup dah terjamin. Kalau tak berputih matalah lagi..

Scoring Summary

Liverpool Wigan Athletic
Luis Suรกrez (47')Shaun Maloney (pen 30')
 Gary Caldwell (63')

Match Stats

Liverpool                   Wigan Athletic
19(5) Shots (on Goal) 8(2)
17 Fouls 10
6 Corner Kicks 0
2 Offsides 1
57% Time of Possession 43%
1 Yellow Cards 2
0 Red Cards 0
0 Saves 4

Teams

Liverpool Wigan Athletic
25 Pepe Reina26 Ali Al Habsi
37 Martin SkrtelGary Caldwell
23 Jamie CarragherAntolรญn Alcaraz
Josรฉ Enrique31 Maynor Figueroa
38 John Flanagan17 Emmerson Boyce
Steven GerrardJames McCarthy
14 Jordan Henderson10 Shaun Maloney
20 Jay Spearing16 James McArthur
18 Dirk Kuyt22 Jean Beausejour
19 Stewart DowningFranco Di Santo
Luis Suรกrez11 Victor Moses
Substitutes
Fabio AurelioChris Kirkland 1
32 DoniAlbert Crusat 7
Andrew CarrollRonnie Stam 23
33 Jonjo ShelveyHendry Thomas 6
36 Nathan EcclestonJordi Gรณmez 14
16 Sebastiรกn CoatesConor Sammon 18
31 Raheem SterlingBen Watson 8
Substitutions
Andrew Carroll for Jordan Henderson (45)Albert Crusat for Victor Moses (42)
Jonjo Shelvey for Stewart Downing (73)Ben Watson for Jean Beausejour (63)
Raheem Sterling for Dirk Kuyt (85)Conor Sammon for Franco Di Santo (82)
Yellow Cards
Luis Suรกrez (54)Franco Di Santo (43)
 Maynor Figueroa (53)
· Squads: Liverpool | Wigan Athletic



Menonton Live streaming bola sepak

Written By Unknown on Saturday, March 24, 2012 | 21:41


Untuk kali ini, SG akan menyentuh perkara bagaimana dan apakah link website yang sesuai untuk digunakan untuk menonton siaran langsung secara Streaming. Setiap kali berlangsungnya perlawanan, mesti ada sahaja peminat yang memohon link streaming untuk disiarkan dalam page Facebook. Bukanlah satu masalah kepada SG untuk menyiarkan link streaming berkenaan kerana tanpa anda pinta pun SG adakalanya akan menyiarkannya untuk tidak membiarkan peminat-peminat bolasepak terlepas menyaksikan perlawanan tersebut.

Live streaming adalah cara terkini pelayar2 internet masa kini untuk menonton sesuatu rancangan atau perlawanan bolasepak hanya dihadapan komputer sahaja. Mungkin dengan ketidakmampuan untuk memiliki ASTRO yang mahal, ataupun ada ASTRO tapi sedang bekerja dan juga kepada student-student yang duduk menyewa. Jadi tiada masalah bagi anda untuk menonton siaran langsung sebenarnya melainkan tiada penghubung internet dikawasan anda ketika itu.

Untuk mendapatkan siaran streaming yang baik, sebaik-baiknya anda perlulah dibekalkan kelajuan internet sekurang-kurangnya 1mb. Bukan kata 348kb & 512kb tak boleh digunakan, tetapi kurang sesuai disebabkan akan selalu terjadinya buffering. Sebenarnya memang banyak website-website yang menawarkan live streaming dengan cara percuma ataupun berbayar. Bagi kita sudah tentulah mahukan yang percuma. Tetapi yang masalah percuma ni, banyak sangat iklan-iklan menganggu siaran. Sabar je ler.

Iklan2 kecil yang menyemakkan mata 

STADIUM ASTRO

Tahukah anda ASTRO sebenarnya ada juga menyediakan live streaming untuk perlawanan-perlawanan bolasepak di Eropah. Hari ini saya akan membongkar rahsia bagaimana untuk anda streaming bersama ASTRO dengan gambar yang lebih cantik dan tiada pun gangguan iklan-iklan kecil yang muncul. Yang pastinya ia 100% percuma tiada yuran terselindung melainkan bil ASTRO tu je yang anda kena bayar.

  • Stadium ASTRO menyediakan live streaming hanya untuk perlawanan liga 'BARCLAYS PREMIER LEAGUE' (BPL), 'LA LIGA' (Liga Sepanyol) dan 'BUNDESLIGA' (Liga Jerman) sahaja. FA cup, Carling cup, Champion League, ASTRO ARENA tidak disediakan disini.
  • Pastikan anda mempunyai akaun ASTRO yang melanggan pakej sukan. Kalau tiada anda pinjamlah sapa2 punya akaun pun. 
  • Anda perlu register akaun Astro ini. Itu sebabnya anda perlu sediakan No. Akaun Astro tersebut. Kenapa perlu register?. Sebabnya ASTRO hanya menyediakan streaming ini hanya untuk ahli sahaja. Ini bagi menjamin server mereka tidak sesak diserbu oleh umum yang boleh menganggu siarannya. Untuk mendaftar sila ke halaman ASTRO disini.


  • Isikan segala butiran anda. Apa yang dia minta isi saja, bukan kena bayar lagi pun. Yang tak di minta jangan nak sibuk-sibuk tanya yer. 
  • Dah siap semua, dia akan hantar email dalam inbox. Sila check dan verify link yang diberikan.


  • Lihat pada bulatan yang saya tandakan pada gambar. Itulah sebenarnya Link-link streaming untuk anda klik dan saksikan. Tapi sebelum anda nak tengok, anda akan diarahkan untuk mendownload software Microsof Silverlight. Sekiranya sudah ada, automatik dia terus masuk ke site menonton.

Apabila ada live streaming, link2 akan disertakan disini. 

  • Bila dah keluar logo BPL Player tu, apa lagi, layanlah... semoga terhibur.

Inilah gambar LIVE STREAMING yang bakal anda saksikan. 

FREE WEBSITE LIVE SREAMING

Sekiranya anda tetap tidak berpeluang untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh ASTRO ini ataupun ingin menyaksikan perlawanan lain yang tiada diadakan live Streaming, disini kami juga menyediakan website-website percuma untuk anda. Dibawah ini kami menyediakan beberapa website diantara yang terkenal dan sering digunakan oleh pelayar streaming. terpulanglah kepada anda untuk memilih mana yang sesuai.

LIVE Sport TV Channel 
*TIPS FREE CHANNEL - Seelok-eloknya anda pilihlah channel-channel yang kurang popular. Ini kerana pada kebiasaanya yang kurang popular ini kurang orang layari. Jadi server pun cantik tak sibuk yang boleh membuatkan buffering ataupun channel di banned.

Semoga anda berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. Sekiranya anda masih juga tidak dapat menyaksikan perlawanan, anda jangan khuatir. Pastikan anda tidak terlepas bersama PAGE KPLM di Facebook kerana setiap perlawanan kami akan sentiasa update status permainan. 'Anda tidak akan berjalan keseorangan'-YNWA


Preview : Game 30 BPL 11/12 - Liverpool vs Wigan

Selepas diaibkan oleh pasukan QPR pada hari Khamis lalu, hari ini seharusnya pemain2 Liverpool kembali berpijak di bumi yang nyata. Mengharungi perlawanan ke-30 liga pada musim ini, Liverpool pada hari ini sekali lagi dijadualkan bertemu pasukan yang sedang bergelut ditangga kedua bawah liga. Wigan Athletic atau nicknamenya Latics akan berkunjung ke Anfield dengan berkeinginan besar untuk mengikut jejak seperti QPR.

Tiada apa yang mustahil sekiranya keinginan Wigan itu bakal terjadi sekali lagi. Seperti sudah tertulis, Liverpool adalah sebuah pasukan yang gah ketika bertemu pasukan hebat, tetapi layu terkubur ketika menentang pasukan lemah. Bukanlah SG disini sudah tidak percaya langsung kepada kesebelasan pemain Liverpool, tetapi disebalik rasa terlalu yakin Liverpool akan menang, ada eloknya biarlah kita berfikir keburukan demi tidak merasa terlalu kecewa apabila ditimba musibah.


Berdasarkan rekod pertemuan lalu, Wigan sebenarnya adalah badi kepada Liverpool. Semenjak tahun 2009 lagi, 6 pertemuan telah berlangsung dimana Liverpool hanya mampu mengutip 1 kemenangan dan 1 kekalahan sahaja. Selebihnya sudah tentulah 4 kali seri termasuk perlawanan pada pusingan pertama musim ini yang berkesudahan seri tanpa jaringan. Persoalannya, mampukah Liverpool kembali memberi sesuatu keputusan terbaik malam ini. Bagi SG tidak terlalu berharap. Dapat seri dah kira baik berbanding kalah memandangkan pintu ke Champion League semakin tertutup untuk kita.

Perkhabaran terbaru, Kelly dan Adam hanya bakal menjadi pemerhati di ruang penonton akibat kecederaan yang diterimanya dari hasil pemberian pemain2 QPR. Nampaknya sekali lagi Dalglish akan mempertaruhkan kelibat pelibas gunting Liverpool, Sebastian Coates untuk bergandingan dengan Skrtel dan Carragher pula bermain disebelah kanan. Carrol bakal digandingkan dengan Suarez dari awal selepas tidak menjadi pilihan sebagai skuad utama pada perlawanan menentang QPR lalu. Downing sudah pasti akan kembali menduduki tempatnya semula dan Henderson pula sayap kanan. Tengah sudah tentulah Abang long Gerrard bersama adiknya Spearing yang dilihat semakin lama semakin serasi bersama. Tetapi Dalglish mungkin ada cara lain untuk menentang skuad seliat getah ini. Harap jangan sampai formasi serta tektikalnya memakan diri kembali.


Apapun, nak harap 3 mata, takut malam ni kukecewa lagi. Jadi dipendekkan cerita, apa saja keputusan malam ini, SG akan terima dengan seadanya. Sekiranya menang > bersyukur, Seri > rela, kalah > pasrah. Apapun anda tidak akan berjalan keseorangan. YNWA.

Siaran langsung dari Anfield:
Channel : ASTRO STAR Sports (813)
Live Streaming : LINK1  LINK2  LINK3  LINK4  LINK5  LINK6
Tarikh : Sabtu - 24 Mac 2012
Waktu : 11:00 malam

Game 29 BPL 11/12 - QPR 3-2 Liverpool

Written By Unknown on Thursday, March 22, 2012 | 20:55

Penyakit lama pasukan Liverpool berjangkit kembali. Begitulah kisahnya ketika menentang skuad kelas bawahan seperti QPR yang sebelum perlawanan menduduki tangga ke 18 liga. Seperti satu trend kepada Liverpool apabila menjadi harimau ketika menentang pasukan pilihan, tetapi hilang taring bila bertemu kelab2 lemah. Adakah sikap terlalu memandang rendah dan terlalu yakin terhadap pasukan bawahan ini menjadi punca kegagalan.

Sebelum perlawanan lagi, ramai yang mempertikaikan kesebelasan utama Liverpool. Adam diletakkan diposisi sayap kiri sementara Downing sebelah kanan dan Kuyt bergandinagn dengan Suarez. Seperti yang kita ketahui, sejak akhir2 ini, Adam sudah tidak lagi dipercayai oleh peminat2 semenjak kehadiran Spearing bergandingan dengan Gerrard. Begitulah yang terjadi apabila Adam terus gagal mempamerkan aksi terbaiknya.

Ni saja buat penawar duka. Gol tercantik dari Coates.

30 minit pertama Liverpool seakan dapat menjaringkan sekurang2nya 2 gol. Tetapi kegopohan  di hadapan gawang, menyebabkan kita berputih mata sebelum QPR kembali bangkit untuk menjadikan perlawanan lebih seimbang. Sebastian Coates yang masuk mengantikan Kelly yang cedera, telah menjaringkan gol tercantik pada masa kedua. Rembatan guntingnya terus menerjah jaring tanpa dapat diselamatkan oleh Patrick Kenny. Dirk Kuyt yang telah membuat penampilannya ke 200 bersama Liverpool pada perlawanan ini juga tidak menghampakan apabila menjaringkan gol kedua. Gol berpunca dari bola muntah Kenny hasil dari rembatan deras Stewart Downing terus disudahkan oleh kuyt untuk menjadikan kedudukan 0-2.

15 minit terakhir segalanya berubah. Mengeluarkan Suarez untuk digantikan Carrol telah memakan diri sendiri. Pemain2 QPR tiba2 seakan mendapat tenaga baru apabila terus mengasak untuk menjaringkan 3 gol. Dua gol melalui tandukan Patrick Kenny dan Djibril Cisse menjadikan seakan2 keputusan seri bakal tercipta. Malangnya diwaktu2 kecederaan, Jamie Mackie menjadi wira QPR apabila menghukum kesilapan Jose Enrique yang gagal menyepak kemas bola lalu disudahkan dengan cemerlang sekali dikala Reina sudah tidak mampu berbuat apa2. Malam yang menduka citakan. Itu sahaja yang mampu diungkap.

Ni ler keje Adam, lain yang disuruh buat, lain pula yang dipraktikkan.

Berbaki sembilan perlawanan, adakah masih mampu Liverpool untuk mengejar kelompok 4 terbaik liga sambil mengharapkan kekalahan yang bakal berlaku pada pasukan tangga teratas. Harap kita jangan bermimpi disiang hari. Lupakan Champion League untuk musim depan. Fokus kepada Piala FA yang lebih cerah masa depan. YNWA...

p/s: Terasa lebih siksa bila kalah pada perlawanan yang dilangsungkan ketika waktu pagi berbanding malam. Dahlah kalah, mengantuk nak pergi kerja lagi. Itu belum lagi ditambah dengan bengang dan kutukkan kawan2. Apa ler nasib....




21-03-12 by thekopinth

Scoring Summary

Queens Park Rangers Liverpool
Shaun Derry (77')Sebastiรกn Coates (54')
Djibril Cissรฉ (86')Dirk Kuyt (72')
Jamie Mackie (90')

Match Stats

Queens Park Rangers       Liverpool
12(5) Shots (on Goal) 19(7)
8 Fouls 7
7 Corner Kicks 17
1 Offsides 4
43% Time of Possession 57%
0 Yellow Cards 0
0 Red Cards 0
5 Saves 2

Teams

Queens Park Rangers Liverpool
Patrick Kenny25 Pepe Reina
35 Anton Ferdinand37 Martin Skrtel
42 Nedum Onuoha23 Jamie Carragher
13 Armand TraoreJosรฉ Enrique
18 Luke Young34 Martin Kelly
Samba Diakitรฉ26 Charlie Adam
Shaun DerrySteven Gerrard
Adel Taarabt20 Jay Spearing
17 Joey Barton18 Dirk Kuyt
52 Bobby Zamora19 Stewart Downing
23 Djibril CissรฉLuis Suรกrez
Substitutes
32 Shaun Wright-PhillipsFabio Aurelio 6
10 Jay BothroydJohn Flanagan 38
Daniel GabbidonDoni 32
24 Radek CernyAndrew Carroll 9
34 Taye TaiwoJonjo Shelvey 33
14 รkos BuzsรกkyJordan Henderson 14
12 Jamie MackieSebastiรกn Coates 16
Substitutions
Taye Taiwo for Armand Traore (45)Sebastiรกn Coates for Martin Kelly (34)
Jamie Mackie for Joey Barton (62)Jordan Henderson for Charlie Adam (45)
รkos Buzsรกky for Djibril Cissรฉ (88)Andrew Carroll for Luis Suรกrez (82)
· Squads: Queens Park Rangers | Liverpool

Preview : Game 29 BPL 11/12 - QPR vs Liverpool

Written By Unknown on Wednesday, March 21, 2012 | 03:46

Awal pagi esok, dua minggu berturut2 peminat liverpool di Asia akan berjaga pagi untuk menyaksikan perlawanan ke-29 Liga Premier musim ini menentang pasukan yang dimiliki oleh jutawan kapal terbang dari Malaysia Tony Fernandes. Queens Park rangers atau sinonimnya lebih dikenali dengan QPR akan menjadi penghalang untuk Liverpool merapatkan kedudukan kelompok 4 terbaik liga. Loftus Road menjadi medan pertembungan kali ni.

Rekod pertemuan pada pusingan pertama lalu di menangi oleh Liverpool 1-0 di Anfield melalui jaringan Luis Suarez. Tetapi harus diingat, ketika itu QPR masih dibawah bimbingan Neil Warnock. Kini dibawah kendalian Mark Hughes kita masih lagi memikirkan apa tektik yang bakal diguna pakai oleh beliau.


Pembelian bekas pemain Liverpool Djibril Cisse oleh Hughes sedikit sebanyak bakal merisaukan kita. Seperti yang kita ketahui, Cisse adalah pemain serba boleh yang amat merbahaya sekiranya gagal diawasi dengan kemas. Tetapi pemain QPR yang bakal menjadi perhatian kita sudah tentu kapten mereka Joey Barton. Barton yang terkenal dengan aksi ganas dan panas barannya sudah pasti akan menjadi ancaman besar kepada pemain2 kita.

Di pihak Liverpool pula, Glen Johnson dan Craig Bellamy terus menyambung MC dengan kecederaannya masih belum pulih sepenuhnya. Nasib Martin Kelly dan Luis Suarez masih belum diketahui tahap kecergasan mereka. Setelah dibelasah teruk oleh pemain2 Stoke City pada perlawanan Suku Akhir FA cup lalu, masih tiada berita samaada mereka dapat diturunkan atau tidak. Jika Kelly tidak dapat diturunkan, sudah pastinya Carragher akan memikul tanggungjawab di posisi tersebut sementara Coates akan berpasangan dengan Skrtel. Apapun, kita terus mengharapkan J. Spearing dii beri kepercayaan lagi untuk bergandingan dengan Gerrard. Prestasinya yang semakin lama semakin baik, menjadikan beliau lebih dipercayai kini berbanding Adam.

Apapun tiga mata berharga perlu dibawa pulang ke Anfield pagi esok. Walaupun nampak tiga pasukan diatas seperti Arsenal, Chelsea dan Newcastle terus memperolehi kejayaan, masih ada ruang untuk Liverpool memintas dalam mengisi slot ke Champion League musim hadapan. YNWA...

Live and Exclusive From Loftus Road.
CHANNEL : ASTRO Super Sport 3 (817) 
LIVE STREAMING : LINK1  LINK2  LINK3  LINK4  LINK5  LINK6
TARIKH : Khamis - 22  Mac 2012
KICK OFF : 04:00 pagi (waktu Malaysia)


Game 11 MSL 2012 - Lions XII 1-1 Selangor

Selangor gagal meneruskan kecemerlangannya apabila sekadar seri 1-1 dengan kelab dari Singapura Lions XII. Beraksi di padanag rumput tiruan di Stadium Jalan Besar Singapura sedikit pun tidak merencatkan rentak permainan Selangor. Ini terbukti sejak dari separuh masa pertama lagi anak2 buah Irfan Bakti telah berjaya menguasai perlawanan dengan mencipta beberapa gerakan merbahaya. Malangnya mereka gagal memanfaatkan peluang yang terhidang untuk mencipta jaringan.

Disebalik penguasaan Selangor, Lions XII bangkit untuk membuat kejutan awal apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-61 melalui Sufian Anuar. Gol berpunca dari hantaran lintang Safirul Sulaiman dari sebelah kiri dan berjaya ditanduk oleh Sufian yang memperdayakan P. Gunalan dan juga penjaga gol Selangor G. Jevanathan. Menyedari ketinggalan satu gol, hasil dari sepakan percuma berhampiran kotak penalti, Bosko Balaban berjaya membuat rembatan terus menerjah jaring pada minit ke-81.


Walaubagaimanapun Selangor seharusnya mendapat 3 mata penuh pada perlawanan ini. Malangnya tandukan Balaban dimasa-masa terakhir sebelum tamat perlawanan berjaya ditepis cantik oleh penjaga gol Lions XII Hyrulnizam Jumaat untuk menjadikan keputusan kekal 1-1 hingga tamat perlawanan.

Disebabkan malam tadi hanya satu perlawanan liga sahaja yang berlangsung, walaupun hanya berkongsi satu mata, Selangor berjaya melonjak ke tangga ke-5 untuk memintas Perak dengan hanya dipisahkan perbezaan jaringan. Begitu juga dengan Lions XII telah berjaya memintas Terengganu untuk menduduki tangga kedua dibawah Kelantan. Selepas ini skuad Selangor akan berehat panjang untuk memberi laluan pusingan Suku Akhir piala FA dilangsungkan sebelum berkunjung ke negeri Di Bawah bayu pada 31 Mac 2012 nanti.

Video gol jaringan Sufian Anuar (Lions XII) dan Bosko Balaban (Selangor)




Preview : Game 11 MSL 11/12 - Lions Xll vs Selangor

Written By Unknown on Tuesday, March 20, 2012 | 12:28

Hari ini hanya satu perlawanan Liga Super sahaja yang akan berlangsung dimana perlawanan membabitkan skuad Selangor menentang kelab dari Singapura Lions Xll. Perlawanan ini yang dijadualkan berlangsung di stadium Jalan Besar Singapura sudah pastinya menjadi medan perjuangan untuk Selangor meneruskan kebangkitan dalam memperbaiki lagi kedudukan di Liga Super.

Selepas mencipta kemenangan bergaya terhadap skuad warga kota Kuala Lumpur 3-0 Sabtu lalu, Selangor perlu terus bangkit dari aksi2 kejatuhan sebelum ini. Peluang untuk memintas Perak di tangga ke-5 liga dapat direalisasikan sekiranya kemenangan terhasil malam ini. Rekod pertemuan lalu, Selangor hanya sekadar mampu seri 1-1 dalam aksi pertama liga musim ini. Kemampuan jurulatih V. Sundramoorthy yang dilihat amat berkesan telah berjaya membawa Lions Xll menduduki tanggan ke-3 liga ketika ini dengan mengumpul 20 mata dari 10 perlawanan.


Pertahanan import Selangor dari Lubnan Ramez Dayoub  serta Bunyamin Omar kembali untuk memperkuatkan lagi skuad setelah menjalani pengantungan perlawanan sebelum ini. Selain itu kudrat penjaga gol Selangor G. Jeevanathan yang beraksi cemerlang ketika menentang Kuala Lumpur, pastinya akan ditagih kembali untuk terus menjadi benteng terakhir kubu Selangor. Irfa juga berasa lega apabila Bosko Balaban telah kembali menemui sentuhan golnya serta mendapat keyakinan diri dalam menjadi penggempur harapan Selangor. Pengalaman berlatih di padang MSN sebelum ini menjadikan Selangor lebih bersedia untuk bermain di padang tiruan stadium Jalan Besar ini.

Apapun kita mengharapkan Selangor berjaya menjinakkan Singapura pada perlawanan malam ini walaupun berbagai rintangan terpaksa dihadapi. Hanya 3 mata sahaja mampu memberi kejayaan berharga kepada seluruh peminat Merah Kuning. Viva Selangor.

Saksikan siaran langsung perlawanan ini :
Channel : ASTRO ARENA (801)
Tarikh : Selasa - 20 Mac 2012 - 07:30 malam.
 

FA Cup 11/12 - Undian Separuh Akhir

Written By Unknown on Monday, March 19, 2012 | 04:19

Selepas perlawanan diantara Liverpool dan Stoke malam tadi telah diadakan pula cabutan bertuah bagi pasukan yang sudah dan bakal layak ke pusingan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Wembley pada 14 dan 15 April 2012 nanti.

Seperti yang kita ketahui, dua pasukan telah pun mengesahkan pasukan masing2 mara ke saingan separuh akhir iaitu Chelsea yang telah membenan Leicester 5-2 dan Liverpool yang menewaskan Stoke City 2-1. Walaubagaimanapun kedudukan 4 pasukan lagi masih menjadi tanda tanya untuk merebut 2 slot terakhir yang disediakan. Pasukan tersebut ialah Everton seri 1-1 dengan Sunderland sementara perlawanan diantara Tottenham dan Bolton (1-1) ditangguhkan akibat kejadian Fabrice Muamba tiba2 mengalami serangan jantung sewaktu sedang bermain di separuh masa perlawanan. Kedua2  perlawanan semula ini akan dilangsungkan pada 27 Mac 2012.

Hasil undian menunjukkan bahawa Liverpool bakal menentang antara pasukan musuh setempat iaitu Everton ataupun Sunderland sementara Chelsea diundi untuk bertemu Tottenham ataupun Bolton. Cuma yang kurang menariknya tarikh perlawanan separuh akhir nanti bertembung dengan hari memperingati peristiwa Hillsborough pada 15 April. Adakah Liverpool akan bermain pada 14 April ataupun meminta untuk dipinda ke tarikh yang lain. Kita tunggu sahaja pengumuman dari FA England kelak. YNWA.

Dalglish akan pastikan tidak perlawanan separuh akhir membabitkan Liverpool tidak akan dilangsungkan pada 15 April 2012 

Update : FA england mengesahkan bahawa perlawanan separuh akhir di Wembley membabitkan Liverpool akan dilangsungkan pada 14 April 2012.

Suku akhir FA Cup 11/12 Liverpool 2-1 Stoke City

Tahniah untuk semua keluarga Liverpool. Sekali lagi Liverpool melangkah ke Stadium Wembley untuk kali kedua pada musim ini. Selepas berhempas pulas untuk menewaskan Stoke City 2-1 pada perlawanan suku akhir di Anfield malam tadi, Liverpool berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung di stadium berkecuali iaitu stadium Wembley.

Jika pertemuan kedua2 pasukan sebelum ini secara kasarnya Liverpool menguasai serangan, tetapi pada perlawanan tadi Stoke yang terkenal dengan corak bertahannya telah menukar corak permainan mereka seiring Liverpool. Stoke yang tidak mahu dikecewakan lagi seperti ketika pusingan ke-4 piala Carling, berusaha bersungguh2 dalam keinginan beraksi di pentas separuh akhir.


Setelah lama ketandusan jaringan, Luis Suarez mencipta nama sebagai penjaring apabila membuat percubaan deras dari luar petak penalti tanpa dapat diselamatkan oleh penjaga gol Stoke Thomas Sorensen. Walaubagaimanapun Peter Crouch dapat menyamakan kedudukan selang 3 minit kemudian. Gol ini berpunca apabila Pepe Reina telah dihalang oleh pemain Stoke dan ia smenjadikan kerja Crouch lebih mudah untuk menanduk bola ke dalam gawang tanpa dicabar. Mengikut undang2 bolasepak, sekiranya berlaku halangan pemain lawan terhadap penjaga gol, sepakan percuma akan diberikan. Malangnya pengadil K. Friend membenarkan jaringan tersebut.


Stewart Downing muncul wira Liverpool apabila berjaya menjaringkan gol kedua untuk membawa Liverpool mara ke perlawanan separuh akhir. Downing yang menerima bola back kill dari Gerrard mengelecek beberapa pertahanan Stoke seblum membuat rembatan deras yang gagal diselamatkan oleh Sorensen. Kehadiran Maxi nampak sedikit goyah di sebelah kiri mungkin disebabkan terlalu lama melepak dibangku simpanan. Walaubagaimanapun, kemasukkan Kuyt untuk mengantikan Maxi, mengembalikan Downing keposisi asalnya dan menjadikan permainan lebih menarik tercipta. Apapun hanya 2 gol sahaja mampu dihasilkan oleh Liverpool dan ia sudah memadai untuk liverpool layak. YNWA...

p/s: Malam tadi semua pemain dan bekas Liverpool yang dah lama ketandusan jaringan mula menunjukkan taring. Suarez dan Downing (Liverpool), Peter Crouch (Stoke City), Torres dan Meireles (Chelsea) telah menjaringkan gol untuk pasukan masing2. Adakah Torres akan terus meletup ataupun sekadar menjadi gunung berapi yang kehabisan lahar. Tunggu dan lihat...






Scoring Summary

Liverpool Stoke City
Luis Suรกrez (23')Peter Crouch (26')
Stewart Downing (57')

Teams

Liverpool Stoke City
25 Pepe Reina29 Thomas Sorensen
23 Jamie Carragher28 Andy Wilkinson
37 Martin SkrtelRobert Huth
Josรฉ Enrique17 Ryan Shawcross
34 Martin Kelly30 Ryan Shotton
Steven GerrardGlenn Whelan
19 Stewart Downing18 Dean Whitehead
11 Maxi Rodrรญguez26 Matthew Etherington
20 Jay Spearing12 Marc Wilson
Andrew Carroll25 Peter Crouch
Luis Suรกrez19 Jonathan Walters
Substitutes
32 DoniCarlo Nash 27
38 John FlanaganMatthew Upson 20
16 Sebastian CoatesRory Delap 24
26 Charlie AdamJermaine Pennant 16
33 Jonjo ShelveyWilson Palacios 40
14 Jordan HendersonKenwyne Jones 9
18 Dirk KuytCameron Jerome 33
Substitutions
· Squads: Liverpool | Stoke City

Game 10 MSL 2012 - Selangor 3-0 Kuala Lumpur

Written By Unknown on Sunday, March 18, 2012 | 10:24

Red Giants kembali mempamerkan aksi yang memberansangkan pada perlawanan menentang Kuala Lumpur malam tadi selepas mengalami aksi2 buruk minggu lalu. Bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor telah berjaya membenam pasukan warga kota ini dengan keputusan 3-0 melalui jaringan Bosko Balaban, P. Gunalan dan AmirulHadi Zainal. Ksemeua gol tersebut telah dijaringkan pada separuh masa kedua.

Pada perlawanan ini buat pertama kalinya musim ini Irfan tidak menurunkan penjaga gol Norazlan Razali setelah berang dengan aksi beliau pada saingan piala FA minggu lalu. Posisi ini di galas oleh G. Jeevanathan yang telah berjaya beraksi cemerlang untuk menafikan beberapa percubaan pemain Kuala Lumpur. Sepatutya Selangor mapu untuk lebih kenduri besar malam tadi, tetapi kegagalan Amri Yahya, Balaban dan Gunalan menyudahkan peluang dihadapan mata membuatkan Selangor cukup berpuashati dengan 3 gol sahaja.


Kini Selangor telah melonjak 2 anak tangga ke tangga ke-6 liga dengan memungut 15 mata setelah mengharungi 10 perlawanan. Selasa nanti Selangor akan berkunjung ke Singapore untuk menghadapi perlawanan ke-11 dalam liga. Semoga Selangor dapat meneruskan kecemerlangannya dengan menjadikan Lions Xll sebagai mangsa baru seiring kata2 Singapore dilangar todak. mudah2an...

Video gol2 perlawanan


Preview : Suku Akhir FA Cup 11/12 - Liverpool vs Stoke City

Written By Unknown on Saturday, March 17, 2012 | 18:50

Laluan ke stadium Wembley untuk kali kedua berturut2 semakin hampir bagi Liverpool musim ini. Setelah merealisasikan impian untuk berada dipentas Final dan menjuarai piala Carling, esok Liverpool akan berada dilandasan suku akhir dalam cabaran piala FA bertemu skuad yang penuh muslihat Stoke City.

Musim ini sahaja sudah 3 kali pertemuan berlangsung antara kedua2 pasukan ini dimana 2 kali pertemuan dalam liga yang menyaksikan Liverpool tewas pertama kali dalam liga musim ini 0-1 di Britannia Stadium dan seri 0-0 di Anfield. Tetapi nasib ketika di pusingan ke-4 piala Carling sememangnya menyebelahi Liverpool apabila berjaya mengalahkan Stoke 2-1 di Britannia. Stoke City yang kita ketahui adalah satu pasukan yang tiba2 boleh menjadi sekuat harimau apabila menentang pasukan kita. Tetapi apabila bertemu pasukan bawahan ataupun setaraf dengan mereka, permainan sambil lewa sering berlaku dan adakalanya pasukan ini menjadi pasukan belasahan bagi kelab2 lain.


Pada perlawanan esok, sudah pastinya sekali lagi Stoke akan mengamalkan formasi bertahan untuk menangkis segala asakan yang bakal dijelmakan oleh Liverpool diketuai Steven Gerrard. Membuat kubu sekuat tembok berlin, bakal mengundang masalah kepada penyerang2 kita yang sememangnya ketandusan jaringan. Tetapi sibuk2 bertahan, bakal terjadi secara diam2 serangan hendap sekilas halilintar menyambar dijelmakan oleh pemain2 Stoke. Inilah sebenarnya yang sering terjadi kepada barisan pemain2 Liverpool musim ini. Disebalik rancak menyerang, pemain2 kita gagal untuk kembali mengemaskan benteng dan akibatnya kesempatan itulah yang digunakan oleh pasukan seperti Stoke ini menghukum karmakan Liverpool.


Sebenarnya kita tidak perlu risau dari segi prestasi pemain2 Liverpool pada ketika ini. Untuk beberapa siri perlawanan yang lepas, Liverpool berjaya menguasai permainan tetapi hanya penyudah sahaja yang tumpul. Kemenangan keatas Everton Selasa lalu, membuktikan bahawa pasangan antara Gerrard dan Spearing nampak  lebih bertenaga berbanding Adam yang sering gagal untuk mengemudi barisan tengah dengan baik. Kita  juga mengharapkan agar Kelly sekali lagi diberi kepercayan untuk menggalas posisi pertahanan kanan kerana kita nampak prestasinya juga semakin meningkat.

Peluang untuk melangkah ke pusingan Separuh Akhir terbentang luas. Perjalanan ke Wembley semakin hampir untuk Liverpool jika berjaya menstrokekan Stoke malam esok. Jadual Separuh akhir yang bakal dilangsungkan di Wembley sudah pastinya menjadi idaman bagi mana2 pasukan dan seterusnya melangkah ke aksi akhir juga di Wembley. Dengan nasihat walauapun pemain2 kita mengasak dan menyerang untuk mengusai permainan, tetapi apabila kena serang janganlah dibiarkan teman dibawah bertahan seorang diri terutamanya Carragher yang kita ketahui sedikit mengelupur apabila ditinggalkan keseorangan. Hanya itu sahajalah senjata yang bakal diguna pakai oleh Stoke dalam menghukum kelalaian pemain Liverpool. Semoga Liverpool dapat melangkah ke Separuh Akhir piala FA musim ini. YNWA...


Live and Exclusive From Anfiled
CHANNEL : ASTRO STAR Sports (813)
                   : ESPN HD (832)
LIVE STREAMING : LINK1  LINK2  LINK3  LINK4  LINK5  LINK6
DATE : Monday - 19 Mac 2012
KICK OFF : 12:00 am





wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger