Headlines News :
Home » , , » Preview : Pusingan 2 Piala FA 2012 - Johor FC vs Selangor

Preview : Pusingan 2 Piala FA 2012 - Johor FC vs Selangor

Written By saleehs gerrard on Thursday, March 8, 2012 | 21:46

Dua minggu berturut2 pasukan Red Giants terpaksa melalui perjalanan yang jauh untuk menuju ke gelanggang pasukan lawan. Dari utara di Stadium Darul Aman, Alor Star pada minggu lalu, Sabtu ini Selangor terpaksa pula menuju ke selatan tanah air untuk bertandang di Stadium JCorp Pasir Gudang. Nasib baiklah Selangor ini terletak ditengah2 tanah air, jadi taklah terlalu penat menghabiskan masa dalam perjalanan.

Kita lupakan tragedi ngeri yang menimpa pasukan Selangor minggu lalu apabila tewas 1-0 kepada Kedah dalam liga super. Fokus Sabtu ini adalah kemenangan yang lebih penting untuk menjamin kemaraan pasukan ke pusingan suku akhir dalam kejohanan Piala FA bagi musim 2012 ini. Bertemu pasukan yang dibimbing oleh bekas jurulatih merangkap bekas pengurus Selangor musim lalu K. Devan, satu tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh pemain2 kita. Pemain2 Selangor perlu mencipta kemenangan kerana dengan cara ini sahaja mereka boleh membuktikan bahawa kemerosotan pasukan Selangor musim lalu adalah berpunca dari Devan dan bukannya dari masalah pemain.

Rekod pertemuan dengan Johor FC musim lalu masih berpihak kepada Selangor. Seri 0-0 di Pasir Gudang dan menang 3-2 di Shah Alam dalam liga super 2011. Dalam pertemuan persahabatan pra musim ini pula, Selangor tewas 2-4 digelanggang sendiri. Jika kita melihat kepada rekod pertemuan, sudah semestinya Selangor tidak bermasalah untuk membenam pasukan Johor FC ini. Tetapi berdasarkan apa yang telah terjadi pada musim ini, Selangor tidak boleh mendabik dada berpandukan rekod pertemuan. Kedah, PKNS FC dan Felda United yang kita anggap sayur pada mulanya, telah pun mengajar erti permainan bolasepak yang sebenar. Adakah sejarah itu bakal terus berulang. Tepuk dada tanya selera, kalau bernafsu untuk menjaringkan gol, pasti kemenangan milik Selangor. Sekiranya gagal, selamat tinggal piala FA 2012. Harap janganlah terjadi sebegini.


Sekiranya kemenangan diperolehi, di pusingan suku akhir nanti USM ataupun Sime Darby bakal menanti. Nampak sedikit mudah laluan pada peringkat tersebut. Tetapi ia masih jauh, selesaikan dulu permainan pada hari Sabtu ini. Kami percaya Irfan Bakti mampu mengubah pasukan untuk lebih digeruni kembali. InsyaAllah... VIVA Selangor....

Live Streaming TV1

p/s: Setakat ini masih lagi samar2 samaada ada siaran langsung atau tidak di TV1 pada malam minggu nanti. Ini berikutan kemungkinan TV1 akan membuat siaran langsung kejohanan Badmintan All England pada waktu tersebut. Jika All England jadi pilihan, sudah pastinya siaran tertunda bakal disajikan. Harap All England ditayangkan di TV2 ye. huhuhuhu




Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger