Bulan ini adalah bulan yang sukar telah melanda barisan skuad Liverpool. Seperti sudah hilang selera untuk memburu kejayaaan, anak2 buah Dalglish terus menunjukkan prestasi yang jauh dari nilai pelaburan sebenar. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku dalam skuad bimbingan Dalglish ini. Adakah ia berpunca dari kesilapan Dalglish atau pemain itu sendiri.
Kecederaan pemain
Apabila kita mengkaji semula dengan melihat statistik prestasi Liverpool, sebenarnya kecederaan pemain adalah antara penyumbang terbesar dalam hari kejatuhan Liverpool. Kita dapat merasakan sewaktu ketiadaan Lucas lagi yang cedera sejak dari pertengahan musim ini. Disaat prestasinya menjadi sandaran utama untuk mengemudi barisan tengah, beliau telah disahkan cedera lutut ketika menentang Chelsea pada saingan Carling Cup untuk berehat panjang sehingga penghujung musim ini.
Untuk tahun ini pula, kehilangan Agger, Johnson dan Bellamy yang juga terlibat dalam cuti sakit yang panjang menambahkan lagi kesengsaraan skuad Liverpool. Kehilangan Agger yang menjadi gandingan mantap bersama Skrtel membuatkan Dalglish terpaksa mengguna pakaikan kuda tua Carragher yang kurang bermaya sebagai galang gantinya. Tetapi kehadiran Kelly dalam kesebelasan utama adalah penyelamat untuk buat seketika dikala Johnson juga masih tidak pulih2. Tetapi bertambah malangnya lagi, kini Kelly pula mengikut jejak langkah Johnson. Apa yang pasti masalah untuk membariskan pemain posisi pertahanan ini tidaklah menjadi masalah sangat. Ini kerana, selain Carragher untuk menjadi bidang terjun, Liverpool masih lagi mempunyai pemain muda seperti Flanagan untuk di beri peluang. Bagi Bellamy pula, ketiadaan beliau sememangnya amat dirasakan. Disaat keupayaannya menjadi mesin gol sangat dperlukan, beliau tewas dengan kecederaan dan ketika ini tiada siapa lagi yang boleh diharapkan.
Moral dan prestasi pemain yang menjunam
Selepas berjaya menjuarai piala Carling pada peghujung bulan Februari lalu, Pemain2 terus dibuai mimpi indah. Akibatnya kealpaan dengan kejayaan lalu dan terlalu memandang rendah terhadap pihak lawan terutamanya pasukan bawahan telah memakan diri sendiri. Keadaan sedemikian berulang kembali setelah prestasi sama ditunjukkan pada awal tahun ini. Akibatnya Dalglish terpaksa mengeluarkan amaran lisan untuk menjual kepada pemain2 yang gagal menunjukkan prestasi sebenar. Akibatnya pemain2 kembali bangkit untuk beberapa perlawanan sebelum kini kecundang kembali.
Sejak awal bulan Februari tahun ini Liverpool hanya mampu mengutip 4 mata sahaja dari 7 perlawanan liga Premier dimana hanya mencipta 1 kemenangan, 1 seri dan 5 kekalahan. Mungkin kita boleh memaafkan diatas kekalahan terhadap pasukan Manchester United 2-1, Arsenal 1-2 dan seri 0-0 dengan Tottenham kerana mereka adalah antara pasukan terbaik ketika ini. Tetapi tewas kepada Sunderland 1-0 dan dua pasukan yang hampir dicampak ke liga Championship musim depan amatlah memalukan. Tewas kepada QPR 3-2 dan terkini Wigan 1-2 di Anfield membuatkan kita terlalu kecewa terhadap pemain dan Dalglish setelah tempat di kelompok empat liga semakin tipis untuk dikejar.
Kesilapan Dalglish
Tektikal dan Formasi yang gagal
Mungkin kita sedikit gembira dengan kehadiran Dalglish setelah menukar corak permainan dari corak lebih kepada bertahan dizaman Roy Hodgson kepada corak menyerang. Walaupun begitu kita sebenarnya agak terkilan dengan beberapa formasi serta strategi yang diguna pakai oleh Dalglish. Bijak membuat kejutan ketika bertemu pasukan kuat tetapi gagal mengatur strategi ketika bertemu pasukan yang lemah. Buktinya dari 10 kekalahan yang telah dicipta, 6 kekalahan adalah ketika bertemu pasukan bawahan. Itu belum lagi dikira dari segi keputusan seri yang juga membuatkan kita banyak kehilangan mata berharga.
Selain itu Dalglish juga gagal menggunakan pemain2 mengikut posisi mereka yang sebenar. Henderson pada asalnya adalah pemain diposisi tengah menyerang, seringkali diarahkan untuk bermain di posisi sayap kanan. Begitu juga dengan Adam dimana adakalanya beliau yang juga bermain seposisi Henderson diarahkan untuk bermain sayap kiri. Mereka berdua bukanlah pemain yang boleh diiktiraf serba boleh seperti Steven Gerrard dan Kuyt yang boleh diletakkan dimana2 sahaja. Ini akan membuatkan kosenstrasi terhadap permainan akan terganggu.
Pemain yang dimanjakan dan dianaktirikan.
Kesilapan paling besar Dalglish adalah terlalu memanjakan dan mempercayai pemain2nya. Pepe Reina semakin lama semakin teruk mutu permainannya. Begitu juga Jose Enrique yang adakalanya sering membuat kesilapan bodoh dalam perebutan bola. Sebenarnya kedua2 pemain ini adalah anak emas kepada Dalglish dimana posisinya langsung tidak pernah digugat oleh pemain2 lain. Pepe Reina yang sudah merasakan posisinya selamat kerana kesemua perlawanan yang berlangsung tidak sekalipun membenarkan Doni beraksi membuatkan beliau bertambah ego dan alpa untuk berusaha lebih cemerlang. Aurelio bukanlah langsung tidak boleh bermain, tetapi dengan sikap Dalglish lebih mempercayai Enrique juga menjadi punca mengapa Enrique bersikap sama seperti Reina.
Alangkah ada baiknya jika pemain2 yang ada seperti Maxi Rodriguez, Aurelio dan Doni sering kali diturunkan untuk bertukar2 kesebelasan utama bagi menjamin corak permainan yang berlainan. Inilah juga punca pihak lawan dengan mudah dapat membaca corak permainan Liverpool akibat Dalglish kerap menurunkan pemain yang hampir sama sahaja. Tidak itu sahaja, ramai lagi pemain2 muda yang boleh diterapkan dalam skuad utama seperti Jonjo Shelvey, Raheem Sterling dan Flanagan untuk diberi pendedahan disamping persaingan sihat antara pemain dalam mengejar kesebelasan utama. Adakah Dalglish masih terus mempertahankan polisi pemain yang hanya disayang olehnya?
Apapun Dalglish sepatutnya sedia membuat perubahan besar2an dalam mengapai hala tuju yang sebenar. Tidak membeli pemain baru pada perpindahan Januari lalu mungkin 1 kesilapan besar dikala pemain2 sedia ada gagal untuk membuat penyudah yang berkesan.Testimoni yang gagal dan diharap dapat di mantapkan lagi pasukan dalam sisa2 perjuangan musim ini.
ya setuju 100
ReplyDelete