Headlines News :
Home » , » Pusingan 1 Piala FA 2012 - Shahzan Muda 0-4 Selangor

Pusingan 1 Piala FA 2012 - Shahzan Muda 0-4 Selangor

Written By saleehs gerrard on Monday, February 20, 2012 | 09:40

Selangor melangkah bergaya ke pusingan ke 2 Piala FA selepas mudah mengalahkan kelab liga FAM, Shahzan Muda 4-0 pada aksi pusingan pertama di Stadium Mini temerloh. Dua jaringan Safiq Rahim serta satu masing2 dari Bosko Balaban dan Amri Yahya sudah memadai untuk Selangor menempah pertemuan dengan bekas jurulatih Selangor, K. Devan yang mengendali Johor FC di Stadium Pasir Gudang yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mac depan.


Pada aksi semalam, perlawanan terpaksa dimulakan lewat akibat padang yang banjir ditakungi air hujan pada waktu sebelah petangnya. Setelah mendapat kata sepakat, perlawanan diteruskan juga selepas 20 minit dari waktu asal jadual perlawanan. Selangor memperolehi gol pertama hasil dari jaringan Balaban yang membuat rembatan deras terbias kaki pertahanan Shahzan Muda pada minit ke 21. Gol kedua pula menyusul hasil dari sepakan penalti yang dijaringkan oleh Safiq. Sepakan penalti ini diperolehi setelah penjaga gol Shahzan Muda, Khairul Azhan Khalid menarik Amri Yahya dari menjaringkan gol dikala pintu gol telah terbuka luas. akibatnya juga, Khairul telah dilayangkan kad merah.


Menentang 10 pemain, Selangor terus mendominasikan perlawanan dan hasilnya pada minit ke 72, hantaran lambung yang cantik dari Azidan Sarudin mudah ditanduk masuk oleh Safiq. Amri mencipta gol ke 4 merangkap gol ke 100 peribadinya apabila berjaya menanduk masuk hantaran K. Soley pada minit ke 83. Kedudukan ini kekal hingga tamat perlawanan.


Selepas ini Selangor akan bertemu Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman pada 3 Mac nanti. Dua minggu cuti rehat untuk memberi laluan skuad kebangsaan diharap dapat digunakan oleh pemain2 Selangor memantapkan lagi prestasi masing2. Viva Selangor.
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger