Headlines News :
Home » , » Final Carling Cup 11/12 - Liverpool juara

Final Carling Cup 11/12 - Liverpool juara

Written By saleehs gerrard on Monday, February 27, 2012 | 05:04

Siapa yang mengaku peminat setia Liverpool tak sesak nafas tengok game tadi. Rasanya mahu ada yang kena serangan jantung tengok game yang penuh dramatik, fantastik dan mendebarkan. 130 minit masa perlawanan ditambah sepakan penalti, barulah Liverpool ditabalkan sebagai juara piala Carling merangkap koleksi ke-8 dalam kabinet di Anfield.


Seperti y ang dikatakan dulu, Cardiff City sememangnya Liverpool tidak boleh pandang rendah terhadap kemampuan mereka. Mungkin dari beberapa kesilapan kecil, akhirnya perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan 30 minit sebelum penentuan sepakan penalti dilangsungkan. Sebagai suatu pasukan, sememangnya kita tidak menyalahkan hanya sesorang pemain sahaja, tetapi kesemuanya memainkan peranan penting dalam membina kejayaan. Walaupun ditingalkan dengan jaringan awal Cardiff, Skrtel menjadi penyelamat seketika untuk keputusan 1-1 hingga tamat waktu sebenar perlawanan.


Strategi Kenny memasukkan Kuyt pada babak2 masa tambahan sememangnya dipuji tinggi. Ketika pemain2 Liverpool seakan sudah keletihan, Kuyt yang digelar Mr. Duracell memberi sinar baru apabila berjaya menjaringkan gol untuk mendahului dengan 1-2. Malangnya 2 minit terakhir, Liverpool gagal mengekang kemaraan pemain2 Cardiff. 2 sepakan sudut berturut2 menjadikan Ben Turner berjaya mengikat kedudukan menjadi 2-2. Terlepas kembali piala digenggaman disaat akhir.


Apabila sepakan penalti bermula, Gerrard dan Adam gagal menyempurnakannya menjadikan Liverpool ketinggalan seketika. Pandangan ramai, sudah pasti Liverpool pulang dengan kekecewaan. Tetapi 3 sepakan selepas itu berjaya disudahkan dengan baik oleh Kuyt, Downing dan Johnson. membuatkan Liverpool ditabalkan juara setelah sepakan terakhir yang diambil oleh sepupu Gerrard juga tersasar. Apapun, Cardiff memang pasukan terbaik setanding pasukan Liverpool. Hanya nasib tidak menyebelahi mereka.


Tahniah Liverpool. Koleksi musim 11/12 baru bermula. Ayuh lengkapkan lagi dengan piala FA pula.. YNWA...


Scoring Summary

Cardiff City Liverpool
Joe Mason (19')Martin Skrtel (60')
Ben Turner (118')Dirk Kuyt (108')

Match Stats

Cardiff City                        Liverpool
11(7) Shots (on Goal) 39(19)
11 Fouls 14
3 Corner Kicks 19
1 Offsides 5
47% Time of Possession 53%
2 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
12 Saves 8

Shootout Snapshot

 0 - 0Steven Gerrard (miss)
Kenny Miller (miss) 0 - 0 
 0 - 0Charlie Adam (miss)
Don Cowie (pen) Goal1 - 0 
 1 - 1Dirk Kuyt (pen) Goal
Rudy Gestede (miss) 1 - 1 
 1 - 2Stewart Downing (pen) Goal
Peter Whittingham (pen) Goal2 - 2 
 2 - 3Glen Johnson (pen) Goal
Anthony Gerrard (miss) 2 - 3 

Share this article :

2 comments:

  1. seronok giler tengok kepuasan pada muka Gerrard. Sangat jelas kelihatan bahawa beliau amat terdesak untuk memnangi gelaran.. YNWA!!

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger