Headlines News :
Home » , , » FA Cup 11/12 - Undian Suku Akhir

FA Cup 11/12 - Undian Suku Akhir

Written By saleehs gerrard on Monday, February 20, 2012 | 12:31

Seperti skrip piala Carling, selepas bertemu dan mengalahkan Brighton, Liverpool telah diundi untuk bertemu pula Stoke City. Bezanya pertemuan di piala Carling adalah pada pusingan ke -4 manakala dalam piala FA ini pula di peringkat suku akhir ataupun pusingan ke 6. Selain itu Liverpool terus mendapat tuah apabila sekali lagi menjadi tuan rumah dan ini menjadikan kesemua peringkat dalam saingan Piala FA musim ini, Anfield menjadi gelanggang utama pertarungan.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Stoke, kedua2 pasukan ini telah bertemu sebanyak 3 kali musim ini. Pada pusingan pertama liga Liverpool tewas 0-1 di Britannia Stadium yang mengakibatkan kekalahan pertama dalam liga. Kemudian Liverpool berjaya membalas dengan kemenangan 1-2 juga di Britannia Stadium dalam piala Carling sekali gus memusnhakan badi kekalahan disini. Walaubagaimanapun, pusingan kedua liga di Anfield, Liverpool sekadar seri tanpa jaringan walaupun perlawanan dikuasai oleh Liverpool.

Kesimpulannya, Soke City ini bukanlah suatu pasukan yang boleh diambil mudah. Kita boleh lihat ketiga2 perlawanan tersebut, kesemua perlawanan Liverpool berjaya menguasai permainan. Hanya lalai dan tiada penyudah yang berkesan membuatkan kita sering kecewa dengan pasukan pengacau ini. Apapun 17 mac 2012 nanti adalah penentu untuk Liverpool terus menghampiri Wembley sekali lagi atau tidak. Diharap Liverpool tidak bermasalah untuk menundukkan anak buah Tony Pulis ini. YNWA.

Keputusan penuh Undian Suku Akhir @ pusingan -6
  • Liverpool VS Stoke City
  • Chelsea OR Birmingham VS Leicester City
  • Stevenage OR Tottenham VS Bolton Wanderrers
  • Everton VS Sunderland
p/s: Sekiranya ikut skrip undian Piala Carling, jika Liverpool memenangi perlawanan ini, Liverpool akan diundi untuk bertemu Chelsea. Chelsea yang masih bergelut dengan prestasi tidak menentu terpaksa menjalani perlawanan timbal balik setelah hanya mampu seri 1-1 dengan Birmingham. Harap Liverpool menang dan jumplah pasukan selain Everton dan Tottenham. Kedua2 pasukan ini amat liat sekali ketika bertemu Liverpool. Apapun tugas untuk menstrokkan Stoke City lebih utama dari undian Separuh akhir akan datang.
Share this article :

2 comments:

  1. tp yg x best SF nnt away...kalu seri okey jg timbal balik men kt anfield...

    p/s ntah knape sy rs thn ni liv akn dpt 2 piala Carling dan FA cup... ;-)

    ReplyDelete
  2. Untuk pengetahuan, Semi Final nanti diadakan di Wembley kalau x silap. so tiada timbal balik. main sampai ada pemenang...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger