Headlines News :
.
Home » , » Game 6 MSL 2012 : Selangor 1-1 Lions Xll

Game 6 MSL 2012 : Selangor 1-1 Lions Xll

Written By Unknown on Thursday, February 9, 2012 | 02:23

Bak kata sesetengah peminat Selangor, setiap kali ada siaran langsung di tv mesti Selangor seri, bila tiada boleh pula menang. Begitulah kesudahannya di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi apabila Selangor hanya mampu seri 1-1 dengan Singapore Lions Xll yang juga disiarkan secara langsung di Astro Arena.

Nasib terus tidak menyebelahi pasukan Selangor apabila gagal menyempurnakan peluang2 keemasan yang tercipta dihadapan mata. Turun tanpa tonggak import dimana Ramez Dayoub telah digantung satu perlawanan sementara penyerang yang baru dimiliki Bosko Balaban pula masih belum mendapat sijil perpindahan antarabangsa, Selangor masih lagi mampu menguasai perlawanan walaupun sesekali mereka diserang balas oleh anak buah V. Sundramoorthy.

Dalam kealpaan barisan Selangor menyerang, mereka gagal untuk memperkemaskan kembali kubu pertahanan dan akhirnya pelawat berjaya mendapatkan gol awal dari keadaan perangkap offside yang tidak menjadi. Shahril Ishak berjaya memperdayakan pertahanan sebelum melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Selangor pada minit ke -42.

Walaubagaimanapun selang beberapa minit kemudian, Selangor bingkas  menyamakan kedudukan hasil gol cantik melalui K. Gurusamy. Guru yang mendapat umpanan dari Amri melepaskan rembatan dari luar kotak penalti dimana bola tersebut hanya mampu dilihat sahaja oleh penjaga gol Lions. Separuh masa kekal dengan 1-1.

Separuh masa kedua, Selangor terus mengandakan asakan. Memasukkan Amirulhadi untuk mengantikan Azidan nampak seakan memberi sinar harapan untuk Selangor menambah jaringan. Malangnya kebuntuan dan kegugupan dihadapan gol, Selangor terpaksa juga untuk menerima kenyataan, hanya satu mata sahaja diperolehi untuk terus kekal ditangga ke -5 liga.

Gol-gol jaringan perlawanan Selangor VS Lions Xll


KEDUDUKAN CARTA LIGA SUPER - PERLAWANAN KE-6


p/s: Sabtu nanti pasukan adik bertemu abang. Harap Selangor tidak bermasalah untuk menundukkan Selangor PKNS pada perlawanan nanti. Viva Selangor.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger