Headlines News :
.
Home » , , » BR1M - Rezeki ayah

BR1M - Rezeki ayah

Written By Unknown on Sunday, February 26, 2012 | 18:48

Hari ini terpaksa SG bekerja half day. Inilah gara2 nak bawa ayah SG untuk menerima sumbangan kerajaan Malaysia sebanyak RM500 melalui skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Niat dihati nak je ambil cuti terus satu hari, tetapi memandangkan teman sepejabat pula nak cuti sekerat hari sebelah petangnya jadi terbantut jugalah untuk SG beragenda lain.

Bukan nak banyak songeh dan juga bukan nak puji melambung tinggi, tetapi mengenai pemberian BR1M ni sedikit menjadi tanda tanya kepada SG. Pelik juga apabila kawasan nak mengambilnya lebih jauh dari kawasan sekitar tempat kediaman. Mengikut pemerhatian SG, didalam DUN SG ni ada juga tempat yang membuat majlis penyerahan voucer tersebut. IKBN Kuala Langat hanya terletak lebih kurang 5 km dari rumah SG, tetapi kenapa pula dihantarnya ke DUN Sijangkang  iaitu di Sekolah Kebangsaan Kebun Bharu. Memanglah semenjak jalan pintas dimana jambatan menghubungkan Telok Panglima Garang telah dibuka dan jaraknya hampir jauh sedikit sahaja, tetapi lebih elokkan kalau diberi mengikut DUN ataupun kawasan mengundi.

Sebenarnya bapa SG pada mulanya memang tak nak pun memohon bantuan ni. Macam2 alasan dia bagi. Disebabkan disuruh mengisi borang secara paksa oleh orang kampung, dia mengalah juga. Layak ke tak, dia tak kisah pun memandangkan bila dah tahap warga emas ni, duit pencen pun cukup. SG?... tak layak kot nak memohon. So kalau dikira pendapatan bersama wife, nasib2 je boleh dapat. Senang cerita tak payahlah nak sibuk2 ambil. Bagi saja pada mereka yang benar2 layak dan memerlukan.

SG sampai di sekolah tersebut sekitar jam 9.30 pagi. Ramai tu memang adatlah. Nak buang duit pun boleh ramai, inikan nak dapat duit. SG berkira2 mahunya 2,3 jam baru boleh balik ni. Sambil2 menunggu ayah, SG disapa oleh seorang makcik. Bukan main membebel dia sebab susah sangat nak mencari tempat ni. Dia pun pelik kenapa dia dihantar kesini sedangkan tempat tinggalnya di Bandar Saujana Putra. Memanglah kalau dikira alamatnya, Saujana Putra tu dalam daerah Kuala Langat, tetapi secara geografinya kawasan yang terletak ditepi highway KLIA ni, memang terpencil dari daerah ini. Kenapa mereka tidak buat saja dikawasan tersebut untuk orang2 disana. Emmmm.. sabar ler makcik, dapat RM500 ni pun dah terlebih berbaloi dari kepenatan mencari destinasi ni.

Seronok juga melihat gelagat mereka2 yang dah dapat duit ni. Ada yang dah kena pau le oleh anak2 dan adik beradiknya minta belanja. Mungkin ada juga yang dah mengarang nak tukar tayar kereta baru dan sebagainya. Maklumlah masing2 senyum sampai ketelinga dapat durian runtuh. Dalam masa setengah jam, ayah SG dah pun keluar. Aikk... cepatnya. OOO.. patutlah ada lorong warga emas rupanya. Terima kasihlah kerana menghargai mereka untuk tidak mendera dengan beratur panjang menjela2 dan berjam2. Didalam kereta ayah pun berceritalah kisah semasa nak ambil duit tu tadi. Yang menggelikan hati SG, ada orang pesan kat ayah "Lepas ni ingat2 le kita yer pakcik". Statement yang memang SG dah agak dari dulu lagi. Apa ni bro, ni pemberian ikhlas ke, ada udang sebalik mee. Hahahahha.

Apapun niat pemberian mereka, SG ucap terima kasihlah kepada kerajaan Malaysia. Ingat ye, KERAJAAN MALAYSIA bukan Kerajaan Barisan Nasional. Kan sama je tu cuma bunyi je yang lain. Memanglah sama, tetapi ia membawa maksud yang berlainan. Kerajaan Malaysia untuk semua rakyat tanpa mengira fahaman politik dan bersikap bebas. Kerajaan Barisan Nasional pula lebih kepada kepartian. Bukanlah SG nak kata terlalu pro pada Pakatan Rakyat, tetapi dinegeri Selangor sendiri SG lebih senang memanggil kerajaan negeri dari kerajaan Pakatan Rakyat. Harap anda faham dengan istilah tersebut. So tak perlulah BN ke PR ni nak menonjolkan parti masing2 ketika nak beri sesuatu. Hakikatnya rakyat dah faham, parti apa yang pegang kerajaan persekutuan dan parti apa yang pegang kerajaan negeri. Bila ditonjol2kan parti ni, sebenarnya rakyat lagi menyampah. Kira masih mengharapkan pembalasan disebalik pemberian.

p/s: Sampai rumah, ayah bagi RM100 kat anak SG. Rezeki lebih katanya. Buat beli baju. Hahahahhah... TQ ayah...
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger