Headlines News :
.
Home » , , » Preview : Final Carling Cup 11/12 - Cardiff City VS Liverpool

Preview : Final Carling Cup 11/12 - Cardiff City VS Liverpool

Written By Unknown on Saturday, February 25, 2012 | 15:59

"WALK ON TO WEMBLEY". Ketika ini kata2 pembakar semangat terus berkumandang menjelangnya pertemuan akhir piala Carling ataupun dikenali juga dengan piala liga. Tengah malam esok sudah pastinya mata seluruh peminat bolasepak diseluruh dunia terutamanya di England dan Wales akan tertumpu distadium Wembley yang bersejarah untuk menyaksikan perlawanan hebat diantara kelab berlainan negara iaitu Cardiff City dan Liverpool.

Diatas kertas sememangnya kita sedia maklum bahawa Liverpool adalah calon yang paling layak untuk menjuarai piala bagi musim 2011/2012 ini. Tetapi itu hanyalah pandangan mata kasar berdasarkan taraf kedudukan kelab, sejarah dan pemain2 bintang yang dimiliki oleh Liverpool berbanding Cardiff. Jika dilihat dari sudut prestasi pula, Liverpool masih belum lagi boleh mendabik dada dengan rekod semasa yang telah dicipta. Sebaliknya Cardiff yang bermain dalam liga Championship seharusnya di hormati dengan kebolehan mereka. Bayangkan sebuah kelab yang kecil dan dimiliki oleh jutawan Malaysia, boleh berada dipentas akhir dengan menafikan kelab2 besar diperingkat awal saingan. Disini kita boleh membayangkan bahawa semangat juang serta keazaman mereka untuk menumpaskan Liverpool sememangnya terlalu tinggi. Sekiranya Liverpool tidak berhati2 dan bersikap memandang rendah terhadap pasukan ini, sudah pastinya Liverpool akan pulang ke Anfield dengan kekecewaan.


"Pedulikan rekod saya. Hanya kemenangan yang kita cari". Itulah kata2 Dalglish untuk meredakan tekanan kepada anak2 buahnya. Dalglish sendiri tahu, impian pemain malahan peminat setia yang dahagakan piala setelah kali terakhir piala yang didakap ialah pada tahun 2006 iaitu piala FA. Jika kemenangan esok dimiliki oleh Liverpool, sudah pastinya Liverpool menambah lagi koleksi piala Carling ini menjadi yang ke 8. Lebih manis lagi sudah tentulah Dalglish kerana beliau menjadi pengurus yang ketiga dalam England yang berjaya memungut semua piala yang di pertandingkan selepas Jose Mourinho dan Alex Ferguson. Tetapi Dalglish juga kena hormati rakan sejawatnya di Cardiff Malky Mackay yang telah mengemudi pasukannya dengan cemerlang. Walaupun pengurus muda ini kita boleh ibaratkan masih belum sempurna, tetapi tidak ramai yang mengetahui strategi yang bakal diguna pakai nanti. Yang pastinya jika Dalglish tersalah strategi yang diturunkan, peluang untuk kalah adalah lebih besar.


Yang menariknya pada perlawanan esok sudah pastinya kelibat dua orang sepupu berlainan pasukan bakal bertembung dan bermusuh dalam masa 90 minit perlawanan. Mereka ini sudah tentulah kapten Liverpool Steven Gerrard dan sepupunya Anthony Gerrard. Steven yang bakal membantu bahagian serangan Liverpool terpaksa berhadapan Anthony dibahagian benteng Cardiff. Tetapi dalam bolasepak, persaudaraan  dan sahabat terpaksa diketepikan demi memenuhi kehendak majikan masing2. Kehadiran semula Bellamy dan Agger dari kecederaan sedikit sebanyak melegakan kita tetapi ia juga memeningkan kepala Dalglish kerana terlalu banyak pilihan untuk diturunkan. Harap Dalglish tidak tersalah pilih pemain dan formasi yang diguna pakai nanti.

Apapun, hanya kemenangan malam esok mampu menutup mulut2 mereka yang tiada insurans mengutuk kelab kesayangan kita ini.  Peminat Liverpool tidak lagi mampu untuk berpuasa dari menikmati kejayaan dan piala untuk dimiliki. Semoga pemain2 yang bakal diturunkan nanti dapat memberi sesuatu hadiah yang istimewa untuk Dalglish dah seluruh peminat setia Liverpool walaupun dimana mereka berada. You'll Never Walk Alone.....


p/s: Kalaulah SG kini berada di England, sudah pasti tak akan SG lepaskan untuk berada dalam stadium Wembley yang penuh sejarah untuk menyaksikan perlawanan hebat ini. Zam-zam alakazam.....

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger