Esok akan berlangsung pula perlawanan diantara adik dan abang dalam menentukan siapa yang lebih berkuasa di dalam Negeri Selangor ini. PKNS telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah untuk menerima kunjungan pasukan Selangor di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Rabu lalu, kedua2 pasukan ini hanya sekadar mampu seri ketika bertemu pasukan lawan masing2. Dipihak Selangor, ternyata timbul nada kecewa jurulatih Irfan Bakti dengan masalah ketumpulan barisan jentera serangannya. Walaupun ketika bertemu Lions Xll tempohari, Selangor menguasai permainan, tetapi kegagalan penyerangnya untuk mencipta jaringan amat merisaukan. Penyerang import yang baru dimilik, Bosko Balaban masih belum diketahui nasibnya untuk diturunkan esok disebabkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) masih belum berkunjung tiba. tetapi kehadiran semula Ramez Dayoub dari pengantungannya sedikit sebanyak memperkukuhkan lagi barisan pertahanan Selangor.
Rekod pertemuan kedua2 pasukan ini menunjukkan sama hebat dan sama kuat. 2 pertemuan terakhir pada musim 2010 di Piala FA, dimenangi oleh PKNS 1-0 pada perlawanan pertama sebelum Selangor memenangi perlawanan kedua dengan 2-0. Tetapi itu fakta lama yang tidak boleh diambil pakai kerana kini skuad PKNS sudah mantap dari segala segi. Apapun kita mengharapkan pasukan Red Giants mampu untuk mengutip 3 mata penuh pada perlawanan malam esok untuk merapatkan jarak kedudukan dengan empat kelompok teratas. Viva Selangor.
Preview : Game 7 MSL 2012 - Selangor PKNS VS Selangor
Written By Unknown on Friday, February 10, 2012 | 16:20
Labels:
21. Selangor,
Berita
bleh ke? hehehhee
ReplyDelete