Seminggu ini, teman2 semusuh pasukan EPL sibuk bercerita pasal jadual EPL. Apa barang wei cerita EPL. Kelab SG 3 minggu tutup kedai pasal EPL. Minggu lepas kita orang buka kedai FA, minggu ni pula tengah sibuk buka pintu kedai di Wembley. Biasalah nak stanby celebrate menang piala Carling. Minggu depan je ler SG join dengan korang nak cerita EPL ni. Sorry ye kalau terasa hati. Maklumlah pasukan korang tak layak ke final ler katakan.
Piala CIKAI? Peduli apa SG dengan apa pun tanggapan korang. Korang nak kata piala kayu ke, piala budak2 tadika ke, yang penting Liverpool last step nak julang piala ni. Itu ler yang sebenarnya membuatkan korang dengkikan. Maklumlah cemburu dengan terujanya kami nak collect piala pertama musim ini. Korang nak tau, SG hampir dah nak pegi stadium Wembley ni. Tetapi dengan beberapa masalah teknikal yang melanda, terpaksa juga dibatalkan hajat tu.
Mesti korang pun nak tau jugakan apa penyebab yang melanda SG tu. Pertama SG dah try nak booking tiket final ni, tapi last transaction untuk payment, diaorang reject pula kad kredit SG. Sebabnya, dah over limit. Try pula guna CIMB clicks, pun sama gak sebab diaorang tak terima bank luar. Huhuhuhu. Tapi SG tak putus asa, SG nak juga pergi. Manalah tau kat Wembley nanti kot2 ada ulat2 yang nak jual tiket last2 minit. So SG pun check ler tiket flight. Amboi mak, mahalnya. Tak ada diskaun atau promosi tambang murah ke? Ooooo.. Patutlah, final nanti bukannya kelab QPR yang main. Macam manalah Tony Fernandez nak bagi diskaun. Dahlah Airasia dengan MAS dia yang punya. Jadi kempunanlah juga.
Dipendekkan cerita, terpaksa jugalah SG tengok di Malaysia je. Banyak tempat ada wat live viewing. Mungkin boleh lepak kat D'stall Corner ker. Paling teruk pun tengok kat rumah sudah. Boleh gak sorak2 & menjerit2. Bila gol je boleh peluk2 wife sambil goleng2 merayakan jaringan. Bila dah menang pula, boleh lambung2 anak membayangkan SG sedang julang piala. Memang terbaik dari family LFC. Sehati sejiwa dan sehidup semati. "You'll never walk alone" ler katakan. Family setan ada ke?. Lagi memecah belahkan ada ler....
Apapun dimana sekalipun penyokong Liverpool berada nanti, sudah pastinya kita seolah2 seperti berada di stadium Wembley. Merealisasikan piala liga untuk mengumpul koleksi ke 8 ini membuatkan kita tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan pada tengah malam hari Ahad nanti. Semoga Liverpool berjaya menakluki Wembley nanti. YNWA..
p/s: Tiba2 K. Rajagobal bersuara: "Rakyat Malaysia tidak patriotik kerana menyokong Liverpool. Sepatutnya mereka kena sokong Cardiff sebab jersi mereka warna biru kemudian siap ada nama Malaysia lagi tu". Lollllllll.......
Langkahan bersemangat ke Wembley
Written By Unknown on Thursday, February 23, 2012 | 10:40
Labels:
18. Liverpool,
Carling Cup,
News,
Preview
apa kelazzzz tgk kt mesia hehehehe
ReplyDeletejom la g wembley sempat lg tu hehehe
family setan? hahaha.. ayat per'kaum'an tu bro.. ko tak takot ke geng setan merah lapor kat FA sebab cube membezakan antara manusia dan setan;p
ReplyDelete