Headlines News :
.
Home » » Berubahlah wahai Bangsa Melayu...

Berubahlah wahai Bangsa Melayu...

Written By Unknown on Tuesday, February 7, 2012 | 01:20

Semakin hari kita semakin kerap pula dihidangkan dengan suasana politik yang menjijikkan. Begitulah situasinya apabila pilihanraya semakin hampir. Segala fitnah, ugutan dan tuduh menuduh mula mewarnai lanskap politik negara. Masing2 mahu menunjukkan mereka betul. Masing2 juga menyatakan bahawa merekalah penyelamat bangsa melayu. Tetapi hakikatnya masih kosong belaka.

Melayu? Apa ada pada bangsa melayu kini. Tiada siapa yang berani memberi jawapan tepat mengenai kelebihan melayu sekarang. Melayu sudah terpinggir akibat dipergunakan oleh pihak2 tertentu. "Takkan Hilang melayu di dunia" hanya tinggal sebagai slogan yang tak boleh pakai. Mengapa ia terjadi sedemikian.

Saya berterima kasih apabila saya dilahirkan dalam bangsa melayu dan saya bersyukur apabila saya telah diislamkan semenjak kali pertama saya melihat dunia ini lagi. Mungkin ada orang kata, beragama Islam secara keturunan membuatkan seseorang itu leka kerana kurang penghayatan. Tetapi jika dari usaha mengislamkan diri sendiri ia lebih cenderung untuk memahami kehidupan Islam yang sebenar. Apapun tanggapan orang, itu adalah urusan antara Allah dan umatnya dan bukannya kita untuk menilai tahap keislaman seseorang itu.

Menyentuh kembali bangsa Melayu, kita berbangga apabila tanah air ini adalah hak mutlak kita. Tapi itu dulu, kini tanah air ini semakin hari sedikit demi sedikit mula dijaja oleh mereka yang mempunyai kepentingan. Hanya berslogankan " hidup melayu" kita terus ditabur janji yang manis2 oleh pelbagai pihak tetapi hakikatnya ada agenda disebalik menawan hati melayu.

Mengapa melayu masih mundur dan gagal untuk bersaing dengan bangsa lain. Memang kita tidak boleh terima melayu mundur, tetapi itulah hakikat sebenarnya yang terjadi kini. Kita terus diselindungkan dan diputar belitkan tentang  kisah sejarah yang sebenar. Adakah kita pernah terfikir kita sebenarnya masih lagi dikongkong oleh bayangan British. Tidak ramai dalam bangsa melayu yang suka membuat kajian dan mengenai analisis kehidupan yang sebenar. Mereka hanya termakan kata2 hanya pada mereka yang difikirkan betul sahaja tetapi pada mereka yang salah terus dijatuhkan hukum tanpa ada usul periksa. Untuk menjadikan bangsa melayu yang lebih berkuasa, sepatutnya kita perlu ubah corak pemikiran kita. Kita perlu ingat, politik kini adalah lebih cenderung kepada kuasa untuk mencipta kekayaan dari membantu melayu untuk maju. Mereka hanya memerlukan sokongan ketika diperlukan dan apabila kuasa sudah mereka miliki, kehidupan kita terus dipinggirkan.

Apakah cara melayu untuk berubah.

Adakah kita sebagai bangsa melayu akan merusuh dan berperang apabila suatu hari nanti, perdana menteri di Malaysia ini adalah bukan dari bangsa melayu. Berkemungkinan akan berlaku kerana kita membayangkan hak2 melayu bakal terhakis dah seterusnya terhapus. Tetapi tahukah anda, didalam perlembagaan Malaysia tiada pun mengatakan bahawa hanya melayu sahaja boleh menjadi perdana menteri. Yang terkandung diperlembagaan ialah sesiapa sahaja boleh menjadi perdana menteri asalkan beliau rakyat Malaysia. Jadi seandainya parti kerajaan sekarang benar2 mahu menjaga hak melayu, kenapa tidak saja digubal undang2 dalam perlembagaan tersebut dengan menyatakan hanya melayu islam sahaja yang layak. Fikir2kanlah.


Siapa yang telah melepaskan kuasa melayu di Pulau Pinang. Mengapa UMNO sendiri yang sudi memberi kerusi yang banyak kepada Gerakan di Pulau Pinang untuk bangsa Cina berkuasa. Sedangkan UMNO itu sendiri kononnya membela nasib melayu, tetapi hakikatnya hak melayu sudah digadai. Mengapa kini setelah DAP menguasai Pulau Pinang baru terdengar suara2 melayu bahawa hak mereka telah terabai. Kenapa tidak dimasa Gerakan lagi berkuasa sedangkan ketika itu lagi sedikit demi sedikit hak melayu mula terhakis.

Bagaimana cara untuk mengembalikan kuasa di Pulau Pinang kepada melayu?. Bolehkah melayu memiliki kembali kuasa diPulau Pinang? Jawapanya sudah tentu boleh. Mengikut permainan dan silap mata politik, melayu boleh kembali bangun untuk berkuasa. UMNO sebenarnya sudah tidak relevan kepada bangsa melayu. Jadi mengapa ahli2 UMNO sendiri tidak melompat parti untuk menyertai Gerakan ataupun DAP. Ooooo.. itu parti kaum Cina, orang Melayu tak boleh join. Sebenarnya anda silap. Di Malaysia hanya parti UMNO, MIC dan MCA yang berprinsipkan parti kaum. Selainnya adalah parti berbilang kaum. Apabila ahli2 UMNO ini melompat parti beramai2 dan memonopoli parti baru seperti DAP ataupun Gerakan, buat pemilihan untuk menjadikan Melayu lebih berkuasa dalam parti. Sememangnya ia tugas sukar, tetapi lambat laun ia akan berjaya juga. Akhirnya apabila parti2 tersebut memerintah, Melayu juga yang berkuasa.

Begitu juga kisahnya mengenai perlantikan Menteri Besar di negeri2 Persekutuan. Kita kena ingat, undang2 negeri hanya meletakkan syarat hanya melayu yang beragama islam sahaja boleh menjadi MB tanpa mengira dari parti politik manapun mereka datang. Jadi tidak semestinya ahli DAP tidak boleh menjadi MB. Ini kerana sekiranya mereka meletakkan calon melayu yang beragama islam sudah pastinya ia layak. Kesimpulanya disini, sekiranya kita sayangkan Melayu, kita kena bersatu walauapapun parti yang kita sertai dengan menaikkan kembali orang2 melayu dalam apapun parti. Tidak sememestinya hanya UMNO saja parti memperjuangkan melayu, tetapi melayu sendiri boleh berjuang tanpa UMNO.

Akhir kata maaf dari saya seandainya artikel ini menyinggung perlbagai pihak. Walaupun saya cetek pengetahuan politik tetapi saya suka mengkaji dan membuat perbandingan pada setiap parti. Berfikiran terbuka serta membuat keputusan logik tanpa mengira fahaman politik akan membuatkan melayu lebih matang dan kuat untuk berkuasa pada suatu hari nanti. Tak semestinya sayang melayu wajib sayang UMNO. Hanya melayu sahaja boleh membuat perubahan pada bangsa melayu yang kita sayangi ini. Renung2kan dan selamat beramal.

p/s: belajar2lah memahami undang2 perlembagaan. Disitu barulah kita akan fahami dimana kedudukan kita yang sebenar.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger