Secara profesionalnya, walaupun saya adalah peminat setia Liverpool, tidak semestinya saya akan menyokong penuh 100% setiap apa yang dilakukan oleh pemain dan pengurusan Liverpool adalah betul. Dalam kes Suarez ini, sebenarnya banyak cara untuk menyelesaikan konflik tersebut. Tidak semestinya di pihak Liverpool, di pihak Manchester United juga perlu mengambil sesuatu pendekatan terbaik untuk sama2 menyelesaikan masalah tersebut. Setiap pemain sememangnya ada tahap keegoan masing2. Disini bukan sahaja Suarez bersifat sedemikian, malah kita boleh lihat Mario Balotelli, Carlos Teves, dan Evra sendiri juga mempunya keegoan yang sukar direntap. Disini sudah pastinya sahabat2 dan pihak kejurulatihan perlu memainkan peranan penting untuk memulihkan kembali semangat dan matlamat sebenar bolasepak.
Dipihak Liverpool sendiri sebenarnya perlu untuk lebih memandang jauh kehadapan. Tugas untuk memperbaiki kedudukan serta prestasi semasa adalah lebih penting dari melayan provokasi musuh. Kita boleh lihat bagaimana aksi pemain2 Liverpool sendiri terlalu goyah ketika perlawanan tempohari akibat sejak awal2 lagi sudah termakan provokasi yang dilancarkan. Siapa yang tidak kenal dengan Alex Ferguson?. Selain dari cemerlangnya beliau membawa kejayaan pasukan setan, beliau juga antara pengurus2 yang paling berjaya bermain api terhadap pasukan lawan. Mungkin sejak musim lalu dan musim ini, kita tidak nampak beliau menembak Dalglish baik pun Roy Hudgson, tetapi anda ingatkah di zaman Rafael Banitez. Bagaimana mereka sering bertengkar mulut akibat provokasi murahan yang dilancarkan. Bukan sahaja Rafa, malah Arsene Wenger, Jose Mourinho juga pernah terlibat sama dalam konflik menjelang dan selepas perlawanan. Jadi buat apa nak layan orang tua nyanyuk tu. Biarkan saja beliau menjadi anjing yang menyalak bukit.
Seperti laporan media, apa yang mereka nyatakan bahawa Liverpool akan menjual Suarez adalah sukar diterima akal. Seperti yang perkatakan tadi, bukan sahaja Suarez mempunyai masalah disiplin, malah ramai lagi. Jika Ferguson menyatakan tingkahlaku Suarez sungguh memalukan kelab dan sepatutnya dijual adalah tidak masuk akal. Beliau sepatutnya menjadi perantara untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya menambah burukkan lagi keadaan. Jika kita tanya kembali kepada Ferguson, apa tindakan beliau terhadap pemain2 yang pernah menyarung jersi setan yang mempunyai masalah disiplin dan skandal. Banyak contoh yang kita boleh kaitkan disini mengenai masalah keruntuhan ahlak pemain2 setan. Antaranya:
- Eric Cantona - telah mengkungfukan penonton pasukan Crystal Palace - Tak jual pun, masih disimpan dan terus bermain.
- Wayne Rooney - Dengan skandal membooking pelacur - Makin naik gaji paling tinggi dalam pasukan ada ler.
- Ryan Giggs - Memprojek adik ipar sendiri - Sambung kontrak sampai dianggap legenda lagi tu.
- Rio Ferdinand - menjadi Doktor sendiri. (Hisap dadah) hanya gantung 9 bulan dan diterima semula dalam pasukan.
Tetapi :
- Bila Suarez dengan keenganannya untuk bersalam - suruh jual.
- Ferdinand pun tak mau salam juga. So boleh jual jadi besi buruklah.
- Bagaimana pula nasib ketua pasukan yang terloncat2 dengan terang2an untuk niat mengejek. Bukankah Kapten perlu menunjukkan disiplin yang baik untuk menjadi contoh kepada pemain lain.
Disebabkan kisah 3 orang ini terlibatlah, FA tidak akan mengambil sebarang tindakan. Mengapa? Pemain2 dan pengurusan MU adalah kebal dari segala tindakan. Untuk mengelakkan pertikaian kes Ferdinand dan Evra dikaitkan, lebih baik FA mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.
Tetapi pada pandangan saya tentang keadaan bolasepak Inggeris kini, Suarez tidak akan dijual, tetapi beliau sendiri akan meminta untuk berpindah ataupun dijual. Bukan disebabkan malu dengan insiden ini, tetapi memandangkan bolasepak Inggeris penuh dengan mainan politik kotor dan tindakan berat sebelah membuatkan beliau kurang selesa untuk terus berada di bumi England. Apa guna terus mencari rezeki dibumi yang huruhara melainkan membawa diri kesuatu tempat yang lebih aman dan damai. Apapun ini sebagai andaian saja. Dalam bolasepak macam2 boleh jadi. Hanya kita sahaja perlu bersedia untuk menerima sebarang kejutan kelak.
p/s: Alex Ferguson tak akan bermain api terhadap Kenny Dalglish. Ini kerana kedua2 mereka ini adalah rakan senegara dan setempat iaitu berasal dari Glasgow, Scotland. Jadi mustahil mereka akan bergaduh membuat pasal. renung2kan.
kalu da nama setan tu smpi bla2 pon mmg setan la...
ReplyDelete