Beberapa insiden telah berlaku sebelum, semasa dan selepas perlawanan ini. Ia bermula apabila perlawanan seakan bakal ditunda disebabkan kabus tebal yang melanda wilayah Anfield. Walaubagaimanapun, kabus kembali pulih menjelangnya waktu perlawanan. Kemudian Harry Redknapp yang sibuk dengan urusan turun naik mahkamah, terkandas dilapangan terbang apabila pesawat yang sepatutnya beliau naiki menangguhkan penerbangan juga disebabkan kabus tebal yang melanda bandar London. Akibatnya terpaksalah pembantunya Kevin Bond dan Joe Jordan mengalas tugas Redknapp ditepi padang.
Tidak habis dengan itu, sewaktu awal perlawanan dilangsungkan, tiba2 pula seekor kucing yang berwarna penyokong Tottenham ini, berlari2 kedalam padang. Perlawanan terpaksa dihentikan buat seketika untuk memberi laluan kepada pasukan keselamatan menangkapnya. Akhirnya selepas tamat perlawanan pula, Shrek merangkap Wayne Rooney telah kembali bermain api kemarahan apabila mengeluarkan komen di Twitternya bahawa terjahan Suarez terhadap Scott Parker sepatutnya diberikan kad merah. Pendapat ini juga disokong oleh bekas pencacai MU, Gary Neville yang mengulas di Sky Sports.
Pasukan Liverpool buntu untuk mencipta gol dimana peluang yang dimiliki oleh Carroll, Kelly, Suarez, Johnson dan Spearing gagal disempurnakan dengan baik. Tidak banyak percubaan yang menarik dari kedua2 pasukan dan bola kebanyakkannya hanya berada disekitar tengah padang. Suarez hanya sekadar menjadi pemain gantian sahaja dimana beliau hanya masuk untuk menggantikan Kuyt pada minit ke 66. Walaubagaimanapun kegembiraannya diberi pelepasan untuk bermain hanya seketika, apabila 4 minit selepas dimasukkan, Suarez dilayangkan kad kuning gara2 terjahannya terhadap Parker. Harap2 Suarez jangan buat perangai lagi. Nanti dapat cuti panjang lagi pula. huhuhuh.
Kesimpulannya, walaupun perlawanan ini dikuasai oleh Liverpool, tetapi kesilapan2 pemain2 sering terjadi membuatkan Tottenham dapat membuat tindak balas pantas. Spearing perlu lebih berhati2 untuk membuat hantaran kerana setiap kali menghantar bola ke rakan, seringkali jugalah bolanya tersangkut dikaki lawan. Begitu juga Carroll perlu lebih fokus terhadap permainan dari mengharapkan belas ikhsan pengadil dan kurang2kanlah panas baran tu. Apa pun satu mata sudah memadai bagi Liverpool dari terus berputih mata dibumi sendiri. YNWA.
p/s : Pasukan MUnyet sudah memulakan provokasinya dengan berharap Suarez akan digantung kembali selepas insidennya terhadap Scott Parker. Nampaknya Rooney sudah mula terasa bahang ketakutan dengan kehadiran semula Suarez menjelang pertemuan di Old Krepot pada hari Sabtu nanti. Ingat tanpa Suarez pun, Liverpool dah laukkan mereka. Inikan ada Suarez, siaplah mereka akan dikerjakan nanti.
Scoring Summary
Liverpool | Tottenham Hotspur |
---|
Match Stats
17(4) | Shots (on Goal) | 10(3) |
8 | Fouls | 14 |
8 | Corner Kicks | 4 |
1 | Offsides | 0 |
52% | Time of Possession | 48% |
2 | Yellow Cards | 2 |
0 | Red Cards | 0 |
3 | Saves | 4 |
Teams
Liverpool | Tottenham Hotspur |
---|---|
25 Pepe Reina | 24 Brad Friedel |
5 Daniel Agger | 26 Ledley King |
37 Martin Skrtel | 20 Michael Dawson |
2 Glen Johnson | 32 Benoit Assou-Ekotto |
34 Martin Kelly | 28 Kyle Walker |
20 Jay Spearing | 8 Scott Parker |
26 Charlie Adam | 29 Jake Livermore |
8 Steven Gerrard | 10 Emmanuel Adebayor |
39 Craig Bellamy | 14 Luka Modric |
9 Andrew Carroll | 3 Gareth Bale |
18 Dirk Kuyt | 21 Niko Kranjcar |
Substitutes | |
23 Jamie Carragher | Louis Saha 15 |
6 Fabio Aurelio | Carlo Cudicini 23 |
19 Stewart Downing | Ryan Nelsen 33 |
32 Doni | Bongani Khumalo 36 |
7 Luis Suárez | Danny Rose 25 |
14 Jordan Henderson | Cameron Lancaster 53 |
16 Sebastián Coates | Massimo Luongo 45 |
Substitutions | |
Luis Suárez for Dirk Kuyt (66) | Louis Saha for Emmanuel Adebayor (72) |
Stewart Downing for Craig Bellamy (73) | Danny Rose for Niko Kranjcar (88) |
Yellow Cards | |
Luis Suárez (70) | Scott Parker (39) |
Martin Skrtel (76) | Gareth Bale (54) |
· Squads: Liverpool | Tottenham Hotspur |
si`cangkul' gagal mmbuat sebarang jaringan...kerap mmbuat cangkulan terhadap parker....lepas geram kat padang ker?...sebaik dilepaskn dari kurungan 8 games...hahaha
ReplyDeletelom apa2 lg da tkt...shrek ati kecik
ReplyDelete