Headlines News :
.
Home » , , » Preview : Game 25 BPL 11/12 - Man. United VS Liverpool

Preview : Game 25 BPL 11/12 - Man. United VS Liverpool

Written By Unknown on Saturday, February 11, 2012 | 12:10

"North_West Derby". Pertembungan dua musuh tradisi ini sememangnya amat dinanti2kan oleh peminat kedua2 pasukan bahkan peminat bolasepak diseluruh dunia. Cabar mencabar, kontroversi2 serta percakaran yang berlaku diantara pasukan bahkan peminat2 setianya sendiri menjadikan ia suatu pertemuan yang hangat diperkatakan. Inilah dua pasukan gergasi Inggeris, Manchester United dan Liverpool yang bakal bertembung di Old Trafold pada waktu makan tengahari waktu Eropah dan makan malam waktu kita di Malaysia hari ini.

Pada perlawanan ini, sudah pastinya mata peminat2 bolasepak akan tertumpu kepada dua pemain yang telah mengamatkan bolasepak dunia dengan kes perkauman. Suarez akan bertemu kembali musuh luar dan dalam padangnya Evra setelah tamatnya dari hari2 penggantungannya. Suarez yang telah dianiaya oleh Evra pada mulanya telah menyatakan pendiriannya bahawa tiada pintu kemaafan bagi Evra tetapi dengan desakan beberapa pihak, akhirnya Suarez terpaksa juga untuk bersalaman dengannya sebelum perlawanan bagi menjamin sukan adalah tempat mengeratkan persaudaraan dan bukannya perselisihan.

"Saya perlu beritahu mereka - mereka akan mendorong saya untuk lebih berusaha bersungguh2 jika mereka terus mengejek saya". Itulah ungkapan Suarez menyatakan persediaannya terhadap caci maki dari penyokong2 Manchester yang cuba melemahkan semangat beliau semasa perlawanan. Penyokong Manchester sudah pasti cuba membalas dendam dengan apa yang telah terjadi kepada Evra di Anfield pada perlawanan Piala FA lalu dimana mereka tewas 2-1 kepada Liverpool.


Mengikut prestasi semasa Liverpool, sebenarnya kita tidaklah terlalu gusar dengan perlawanan pada hari ini. Liverpool nampak semakin mantap dimana Adam telah kembali menemui skil2nya, Carroll semakin menunjukkan kesungguhan disamping Bellamy terus menjadi sandaran untuk menjadi pemusnah. Dengan kehadiran Suarez ini, sememangnya ia menjadi pelengkap kepada jentera serangan Livepool yang selama ini ketandusan dalam menjaringkan gol. bak kata Dalglish, 'jaringan pasti akan tiba, hanya nasib masih belum berpihak kepada kita. Harap latih tubi menyepak bola kedalam jaring telah di tekankan dalam latihan harian pemain.


Apapun, kita berharap rekod bersih tanpa kalah kepada Manchester United pada musim ini akan terus tercipta. Disamping kita dapat menyambut kejayaan nanti, kita juga dapat menutup mulut2 MUnyet sumbang mahram yang masih tak sedar2 diri walaupun setelah dibenam pada saingan piala FA. Jadi buat penyokong2 MUnyet, "AWAS dengan amukan THE REDS bersama kembalinya SUAREZ." You'll Never Walk Alone.

p/s: apa menu makan malam kita hari ni. Siakap bermacam2 rasa? Ayam golek? Cencaru makan malam?. Tak kisahlah berapa jaringan pun yang penting kita mahu MENANG........



BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL

REINA
KELLY - SKRTEL - AGGER - JOHNSON
KUYT - ADAM - GERRARD - BELLAMY
CARROLL - SUAREZ
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger