Headlines News :
.
Home » , » Game 8 MSL 2012 - Selangor 2-1 Kelantan

Game 8 MSL 2012 - Selangor 2-1 Kelantan

Written By Unknown on Wednesday, February 15, 2012 | 00:11

Siapa sangka, badi kekalahan terhadap pasukan Kelantan, badi asyik seri ketika siaran langsung perlawanan berakhir pada perlawanan malam ini. Dengan keadaan pasukan yang masih terumbang ambing, Selangor bangkit untuk mengecewakan pasukan tangga teratas liga super Kelantan dengan 2-1.


Selangor seperti biasa terus mempamerkan aksi yang terbaik untuk menguasai perlawanan pada malam ini. Akibat berjayanya pertahanan Kelantan membuat perangkap offside, Selangor terpaksa berputih mata pada separuh masa pertama untuk menjaringkan sebarang gol. Walaubagaimanapun, selepas digosok hebat menggunakan clorox oleh Irfan Bakti di waktu rehat, Selangor berada dihadapan seawal minit ke 46 apabila Safiq Rahim berjaya membuat rembatan deras ke penjuru gol untuk menewaskan Khairul Fahmi.


Selepas gol tersebut, Kelantan tersentak dari lamunannya. Mereka mula kembali untuk menguasai perlawanan tetapi malang untuk mereka berterusan. Safiq Rahim yang bijak membuka ruang telah mengumpan bola cantik kepada Bosko Balaban untuk disudahkan dengan baik sekali. Walaupun begitu Kelantan dapat juga gol saguhati hasil dari sepakan Subramaniam yang terkena P. Gunalan. Gol berpunca dari keadaan huru hara didalam kotak penalti setelah pertahanan Selangor gagal untuk mengeluarkan bola dari kawasan merbahaya.


Apapun kehadiran Bosko Balaban menampakkan masalah penyerang sudah menemui jalan noktahnya. Dalam debut pertama bersama Selangor, Balaban telah berjaya menjaringkan gol kedua merangkap gol pertama peribadinya. Sesungguhnya umur bukan menjadi penghalang kepada Balaban untuk beraksi dengan baik. Kita hanya tunggu lagi kebangkitan pada perlawanan akan datang setelah keserasian antara Balaban dan pemain2 Selangor mula terjalin. Alhamdulillah Selangor menang juga akhirnya..... Viva Selangor.


p/s: Dari segi permainan pasukan Kelantan, kita dapat merasakan mereka memandang rendah dengan kebolehan Selangor. Akhirnya dengan corak yang sambil lewa, Selangor menghukum kealpaan mereka.. Tahniah Red Giants..

Jom kita layan lagu ini. Semangat Merah Kuning....

Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger