Tanpa kelibat Gerrard yang direhatkan akibat kecederaan yang melanda ketika menentang MU Sabtu lalu, Liverpool mempertaruhkan kelibat Jay Spearing untuk menjadi defensive Milfielder dalam menangkis segala asakan lawan. Sememangnya kepercayaan yang diberi dibalas dengan baik sekali. Charlie Adam kembali memberi persembahan terbaiknya mengemudi serangan bersama Henderson.
Formasi 3 serangkai penyerang sememangnya membuahkan hasil yang lumayan, dimana setiap penyerang kita telah menyumbangkan gol untuk pasukan serta diri masing2. Sememangnya separuh masa pertama kita sedikit kecewa akibat kegagalan penyerang kita untuk membuat sebrang jaringan. Walaubagaimanapun, selepas waktu rehat, Carroll yang selama ini dikritik hebat, muncul sebagai penjaring pertama dimana hantaran lintang Adam singgah tepat ke kakinya untuk disudahkan dengan sempurna.
Kuda tua merangkap mesin gol Liverpool Bellamy, menambah jaringan kedua melalui gerakan solonya melepasi 3 pertahanan Wolves sebelum merembat masuk menewaskan penjaga gol Wolves Wayne Hannesesey. Tidak cukup dengan itu, seorang lagi kuda tua Kuyt yang mengalami zaman kejatuhan diawal musim, juga melengkapkan jaringan ketiga Liverpool dimana situasinya hampir sama keadaannya seperti jaringannya ketika menentang MU tempohari. Terima kasih diucapkan kepada Adam kerana sekali lagi melalui gerakan 1-2 bersama kuyt berjaya membuka ruang kepada Kuyt untuk menyudahkannya.
Kesimpulannya, kejayaan terus bersama pasukan Liverpool. Memang ada nampak kesan yang mendalam terhadap diri pemain selepas kena amaran lisan oleh Dalglish. Sekiranya corak permainanan sedemikian diteruskan, disamping kemunculan semula Luis Suarez dan Gerrard, sudah pasti misi mengapai kelompok 4 terbaik liga, Piala Carling dan Piala FA akan tercapai. Mudah2an Liverpool mampu mengatasi segala cabaran di lain perlawanan pula. YNWA
Video jaringan Carroll, Bellamy & Kuyt
Wolverhampton Wanderers | Liverpool |
---|---|
Andrew Carroll (52') | |
Craig Bellamy (61') | |
Dirk Kuyt (78') |
rs kelakar plak bla a.carroll score
ReplyDelete