Headlines News :
Home » , , » Preview : Game 23 BPL 11/12 - Wolverhampton VS Liverpool

Preview : Game 23 BPL 11/12 - Wolverhampton VS Liverpool

Written By saleehs gerrard on Tuesday, January 31, 2012 | 12:35

Moral serta kegembiraan menyambut kemenangan terhadap dua pasukan adik beradik Manchester minggu lalu masih segar dalam ingat. Walaubagaimanapun kita terpaksa melupakan untuk seketika kejayaan tersebut demi menghadapi semula cabaran Liga Barclays yang akan berlangsung esok pagi.

Berkujung ke Molineux stadium untuk menentang skuad tuan rumah Wolverhampton Wanderers, Liverpool sudah pasti akan mengambil ikhtibar dari kejadian dibelasah oleh skuad Bolton untuk lebih berhati2 dalam setiap perlawanan. Seperti yang kita sedia maklum, dari segi prestasi semasa, Liverpool sememangnya hebat apabila bertembung dengan pasukan kelas atasan, tetapi akan lemah gemalai apabila bertembung pasukan kelas bawahan. Sikap pemain dan prestasi sebeginilah yang membuatkan kita pening kepala, bahkan Dalglish juga mengakui kelemahan ini dan telah pun memberi amaran keras kepada pemain untuk menjual mana2 pemain yang gagal memberi sumbangan maksimum.


Dalam seminggu ini, sudah pastinya Video perlawanan menentang Bolton sentiasa dikaji oleh Mick McCarthy dimana ilmu yang telah diturunkan oleh Owen Coyle bakal dicuba pakai sekali lagi. Mungkin akan ada rasa sedikit gentar dihati McCarthy dengan kebangkitan Liverpool apabila menumbangkan dua pasukan berjiran. Tetapi seharusnya ia bukan satu alasan mudah untuk Liverpool memperlekehkan kebolehan anak serigala ini. Gagal memungut 3 mata, ini membuatkan kita sudah boleh melupakan tempat ke Champion League. Harap kita tidak terus berputih mata.

Perlawanan ini adalah perlawanan terakhir Luis Suarez digantung. Diam2 sudah lapan perlawanan Liverpool lalui tanpa Suarez. Malam ini adalah perlawanan kesembilan dimana lebih satu perlawanan Suarez digantung akibat tingkah lakunya ketika menentang Fulham awal Disember tahun lalu. Apapun tanpa Suarez bukan alasan kita lemah, diharap kuda2 tua Liverpool dapat membuat keajaiban lagi untuk memberikan peluang Liverpool terus bersaing mengejar empat kelompok terbaik liga. YNWA.

Siaran Langsung di:
Channel : ASTRO SuperSport 3 (817)
              : ASTRO SuperSport HD (831)
Live Streaming : Link 1  Link 2  Link 3
Tarikh : 1 February 2012 (pagi Rabu)
Kick Off : 03:45 pagi
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger