Jaringan tunggal Safiq Rahim pada minit ke-23 sudah cukup untuk memberi Selangor tiga mata menumbangkan Perak yang mengejutkan Terengganu 1-0 di Ipoh, Selasa lalu.
Babak pertama jelas memperlihat penguasaan Selangor yang melancarkan serangan penuh variasi sambil Perak sesekali mendapat peluang tetapi disekat kekebalan benteng pertahanan Selangor diketuai Ramez Dayoub.
Gol Selangor terhasil pada minit ke-23 menerusi penyudah kemas Safiq dalam kotak penalti selepas menyambut baik lambungan Amri Yahyah yang terdahulu melakukan gerakan solo melepasi empat pemain Perak.
Bersambung babak kedua, anak buah Norizan Bakar mula dilihat berjaya mengimbangi penguasaan permainan pasukan tuan rumah kendalian Irfan Bakti Abu Salim namun ketumpulan jentera serangan Perak diketuai Lazar Popovic menghampakan.
Selangor lebih mencipta banyak peluang terbaik antaranya menerusi Amri pada minit ke-74 dan Amirulhadi, lima minit kemudian.
Peluang terbaik Perak menyamakan kedudukan hanya hadir pada minit ke-84, namun sepakan penyerang gantian, Failee Ghazali sedikit tersasar walaupun penjaga gol Selangor, Norazlan Razali sudah tertewas.
SELANGOR : Norazlan Razali, Razman Roslan, Ramez Dayoub, Asraruddin Putra Omar, P. Gunalan, Amirulhadi Zainal, K. Gurusamy, Azidan Sarudin (R. Surendran -69'), K. Soley (Fitri Shazwan Raduwan -75'), Safiq Rahim (Bunyamin Umar -90'), Amri Yahya (C)
PERAK : Nasril Nourdin, Hazrul Mustafa, Khairi Zainudin, Shahrom Kalam, Badrul Azam Zamri, Fazrul Hazli Kadri (Syazwan Roslan -77'), Sharul Nizam Mustafa (C), Michal Kubala, Fahrul Razi Kamarudin, Akhmal Rizal Rakhli (Failee Ghazali - 63'), Lazar Popovic
CARTA LIGA SUPER (2 perlawanan)
p/s: Dengar cerita diluar stadium telah berlaku pergelutan antara penyokong Selangor dan Perak. Apa punca tidak dapat dipastikan kerana mengikut sumber2 yang boleh dipercayai, penyokong Seladang telah memulakan provokasi. Rileks ler kawan, bolasepak ni adalah sukan untuk mengeratkan persaudaraan. Bukan nak menggalakkan permusuhan. Menang kalah adat bertanding. Yang penting kita happy...
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !