Headlines News :
.
Home » , » Game 22 BPL 11/12 - Bolton 3-1 Liverpool

Game 22 BPL 11/12 - Bolton 3-1 Liverpool

Written By Unknown on Sunday, January 22, 2012 | 13:02

Apa komen anda tentang perlawanan ini. Buat pertama kalinya SG malas nak komen lebih2 tentang prestasi Liverpool yang terus merundum. Rekod cemerlang 7 perlawanan tidak pernah tewas dengan Bolton, akhirnya berkecai apabila diaibkan oleh anak2 buah Owen Coyle 3-1 di Stadium Reebok.

Sebenarnya memang nampak nyata pembelian Liverpool  musim ini sememangnya pembaziran besar kecuali pembelian Bellamy dan Jose Enrique. Walaupun sudah boleh digelar kuda tua, tetapi Bellamy juga yang nampak menyerlah dan telah mengumpul 7 gol bersama Liverpool musim ini. Carroll, macam main polis sentri jer kat atas. Charlie Adam semakin lama semakin hampeh. Downing dan Henderson masih tercari2 rentak yang diterapkan oleh Dalglish. Dipendekkan cerita membariskan pemain2 British adalah keputusan yang tak boleh pakai. Kalau tak percaya tengoklah macamana permainan pasukan England. Hanya gah pada nama bintang2, tetapi hakikatnya korang fikirlah sendiri.


Dalglish dah kena tukar plan B, buang egonya untuk tidak mengulangi nasib serupa pasukan dibawah Pakcik Roy. Biar beli pemain2 cikai macam Wenger buat, tapi berbaloi2 pada pasukan dari membeli bintang2 yang mahal, tapi malap tak bersinar. Se ngok2 Ngog sikit punya bagus dia main untuk Bolton. Masa kat Liverpool, tak ada siapa yang tahu nak gilap. Ingatkan Gary Cahill dah kena jual ke Chelsea, bolehlah nak mengigit Bolton, rupanya Liverpool pula kena sengat.

Selepas ini dua perlawanan maut menanti Liverpool. Kedua2nya perlawanan penting hidup mati pasukan. Bertemu Mak Siti pada pagi Khamis dalam timbal balik separuh akhir piala Carling dan Bapak Setan Merah pada hari Sabtu dalam pusingan ke-4 piala FA . Walaupun berkelebihan 1 gol tempat lawan ketika menentang Mak Siti nanti, tetapi nak bangga sangat pun takut makan diri. Harap kedua2 perlawanan itu nanti Liverpool tidak diaibkan dihalaman sendiri.

p/s: Tiba2 SG teringatkan Rafa Banitez, Adakah Liverpool masih memerlukan khidmatnya lagi. (Rindukan Suarez dan Lucas)..



Scoring Summary

Bolton Wanderers Liverpool
Mark Davies (3')Craig Bellamy (36')
Nigel Reo-Coker (29') 
Gretar Rafn Steinsson (50') 

Match Stats

Bolton Wanderers            Liverpool
16(5) Shots (on Goal) 11(5)
10 Fouls 15
5 Corner Kicks 5
0 Offsides 5
39% Time of Possession 61%
0 Yellow Cards 2
0 Red Cards 0
4 Saves 2

Teams

Bolton Wanderers Liverpool
Adam Bogdan25 Pepe Reina
12 Zat KnightDaniel Agger
31 David Wheater37 Martin Skrtel
18 Samuel RickettsJosรฉ Enrique
Gretar Rafn SteinssonGlen Johnson
Fabrice Muamba26 Charlie Adam
19 Nigel Reo-CokerSteven Gerrard
16 Mark Davies11 Maxi Rodrรญguez
10 Martin Petrov14 Jordan Henderson
Chris Eagles39 Craig Bellamy
24 David NgogAndrew Carroll
Substitutes
14 Kevin DaviesJamie Carragher 23
Tuncay SanliDirk Kuyt 18
21 Darren PratleyStewart Downing 19
25 Dedryck BoyataDoni 32
36 Michael O'HalloranJonjo Shelvey 33
39 Joe RileyMartin Kelly 34
43 Jay LynchSebastiรกn Coates 16
Substitutions
Kevin Davies for David Ngog (88)Dirk Kuyt for Maxi Rodrรญguez (64)
Tuncay Sanli for Chris Eagles (90)Stewart Downing for Charlie Adam (65)
Yellow Cards
 Josรฉ Enrique (63)
 Dirk Kuyt (90)
· Squads: Bolton Wanderers | Liverpool
Share this article :

2 comments:

  1. arghhh budak budak shrek mesti sedang mengembangkan hidung masing masing sekarang nie . bencilah macemni!

    ReplyDelete
  2. pembelian yang ternyata busok... dah lah mahal tak sedap lak tu

    20 juta untuk player yang main mcm umur 32 tahun

    sangat tak berbaloi baloi

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger