Headlines News :
.
Home » , , » Preview : Semi Final 2 Carling Cup 11/12 - Liverpool VS Man. City

Preview : Semi Final 2 Carling Cup 11/12 - Liverpool VS Man. City

Written By Unknown on Wednesday, January 25, 2012 | 01:19

Misi selangkah lagi untuk ke Wembley akan diteruskan lagi pada awal pagi esok. Menerima kunjungan anak2 buah Mancini  di Anfield sudah pastinya Liverpool terpaksa bekerja dengan lebih keras lagi bagi memastikan layak ke slot perlawanan akhir.

Bekalan 1 gol yang dibawa dari Etihad sebenarnya masih belum menjamin tempat yang kukuh ke perlawanan akhir. Seperti yang kita ketahui, prestasi pemain2 bertaraf bintang yang dimiliki Mak Siti ini sememangnya amat merisaukan kita. Sudah 3 kali kedua2 pasukan ini bertemu dimana sama2 setaraf kedudukannya. Menang, seri dan kalah sekali. Tetapi jika dikira dari segi jaringan, sudah tentunya Mak Siti boleh berbangga kerana berjaya membenam pasukan kita dengan 3-0 pada perlawanan liga dan hanya tewas 1-0 pada kempen Carling Cup.

Setakat ini, stadium Anfield masih kukuh dari diruntuhkan oleh pasukan lawan yang datang bertandang. Walaupun rekod bermain di sini kebanyakannya hanya berkesudahan dengan seri, tetapi kita yakin, Liverpool akan memperolehi tonik yang mujarab apabila bertemu pasukan top 6 liga. Jika kita kaji semula prestasi Liverpool musim ini, kita banyak membuang mata pada kelab bawahan, tetapi, kita telah berjaya menundukkan keangkuhan kelab atasan. Harap2 ia akan terus berulang.

Diharap dengan ketiadaan dua beradik Toure yang sedang bermain piala Afrika, Kompany yang masih digantung serta kemungkinan besar Baloteli juga digantung 4 perlawanan,akan memberi kita sedikit ruang untuk mencipta jaringan. Kita mula nampak apabila tiadanya Kompany dibahagian pertahanan dan digantikan Savic, memang nampak sedikit kegoyahan dan semoga kecacatan ini dapat digunakan sebaik mungkin.

Akhir kata, majulah Liverpool untuk melangkah ke Wembley serta mengembalikan moral yang tercalar disebalik kekalahan kepada Bolton tempohari. Kutip kemenangan untuk menambahkan semangat menjelang pertemuan skuad Setan Merah pada hari Sabtu nanti. YNWA..

p/s: Lama lagi nak lawan MUnyet, tapi budak2 scum dia telah memulakan provokasi murahan. Tak layan pun mereka2 ni, just fokus Carling Cup dulu. Berjaya ini, maka berjaya jugalah piala FA. pergi jahanam ko setan....
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger