Headlines News :
.
Home » , » Hari pertama Alya Batrisyia di Darjah satu.

Hari pertama Alya Batrisyia di Darjah satu.

Written By Unknown on Wednesday, January 4, 2012 | 23:45

Alya Batrisyia bersama Zahara Aishah
Hari ini selesailah sudah semua urusan mengenai pendaftaran sekolah dan sedikit tunjuk ajar mengenai permulaan persekolahan kepada anak sulong SG Alya Batrisyia. Dua sesi persekolahan dalam satu hari, sememangnya memberi kejutan budaya baru kepada Alya dan semua pelajar tahun 1. Jika sebelum ini berada di pra sekolah (PASTI AsSalam kampung Bandar) , hanya waktu pagi saja sesi pembelajarannya. Jadi selepas tengahari bolehlah bermain2 dan tido. Tapi kini tidak lagi. Pagi perlu belajar di Sekolah Kebangsaan Bandar, petang pula di Sekolah Rendah Agama Kampung Bandar.

Mewarna ketika program orientasi
 Sebenarnya untuk sesi pagi, semalam telah pun bermulanya sesi pendaftaran dan orientasi bagi pelajar tahun 1. Alya telah pun ditempatkan di kelas 1 G (Gemilang). Walaupun melangkah masuk kedalam kelas dengan sedikit kekok, tetapi setelah melihat teman2 lamanya dari pra sekolah, Alya gembira. Mengikut maklumat SG, program orientasi ini adalah tahun kedua dilaksanakan. Pada pandangan SG sememangnya elok ia dilaksanakan kerana pendedahan awal untuk mengenal sekolah barunya. Pendaftaran sesi petang pula SG membayar selepas pulang dari selesai program sekolah pagi.

Sesi perhimpunan di hari pertama persekolahan
 Hari permulaan sekolah, Alya terlambat sedkit pergi kesekolah pagi. SG yang selepas subuh baru tidur akibat menyaksikan perlawanan bola, dan isteri terlajak bangun, membuatkan Alya tiba kesekolah tepat2 jam 7.20 pagi sewaktu perhimpunan besar sudah dimulakan. Ingat Alya saja yang lambat, rupanya ramai lagi yang kantoi. Disebabkan Alya terus menyertai perhimpunan, maka terpaksalah SG mengalas begnya dan menunggu sehingga habis perhimpunan pada pukul 8 pagi. Sesudah mengekori Alya masuk ke kelas dan memastikan wang sakunya ada, SG pulanglah untuk cover balik tidur.

Aksi berbaju sekolah Agama (sesi petang)
Habis waktu sekolah sesi pagi ialah pada pukul 12:50 tengahari. Kali ini isteri SG yang mengambilnya. Saja SG suruh ambil untuk mengenal sekolah dan kelas anaknya ini. Sesi sekolah petang pula, sekali lagi SG menyuruh isteri menghantar. Jadi isterilah yang menguruskan Alya untuk masuk kelas dan mancari tempat sesuai untuk tempat duduknya. Apa yang pasti, tempat duduknya tetap bersama teman sekolah paginya. Inilah teman akrab dari pra sekolah lagi. Petang teapt jam 5:30 barulah SG yang menjemput Alya pulang.

Sekembalinya Alya kerumah, beliau dah mengeluh letih. Selepas Maghrib, Alya terpaksa menyiapkan kerja sekolah yang diberi iaitu mewarna. Setelah selesai, terus diajak makan. Sambil2 tengok Master Chief, sedar2 Alya dah dibuai mimpi indah. Kesian dia. Biasalah, kejutan budaya di awal persekolahan. Lama2 esok serasilah dia.

pengsan keletihan...
p/s: Bila SG memasuki kedua2 sekolah Alya ini, teringat SG kenangan2 indah sewaktu bersekolah disekolah ini. Zaman2 belajar yang banyak memberi kenangan indah. Walaupun 90% gurunya tidak SG kenal, tetapi sedikit sebanyak suasana sekolah itu sendiri mengamit kisah2 silam. Semoga kedua2 sekolah ini dapat memeberi sesuatu yang terbaik dan berguna untuk Alya dalam perkembangan ilmunya. Terima kasih Sek. Keb. Bandar dan Sek. Ren. Agama Kampung Bandar.
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger