Kali ini sekali lagi Liverpool diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah dan ia menjadikan yang ketiga berturut dalam kejohanan piala FA musim ini. Lawan yang bakal berkunjung ke stadium Anfield pada kali ini adalah pasukan yang pernah kita tentang di dalam pusingan ke 3 piala Carling pada musim ini. Pasukan dari division satu ini ialah pasukan Brighton & Hove Albion.
Diatas kertas ia nampak seperti laluan mudah bagi Liverpool. Tetapi berdasarkan prestasi pasukan Liverpool kita seharusnya berhati2 dengan pasukan ini. Ketika pertemuan di piala Carling lalu, Liverpool telah berjaya mengalahkan Brighton dengan 2-1 melalui jaringan Bellamy dan Kuyt. Dengan berpandukan keputusan tersebut. kita dapat membayangkan bahawa menentang pasukan bawahan bukanlah satu tugas yang mudah kerana, pada perlawanan tersebut, Liverpool gagal untuk memberi persembahan terbaik untuk menjaringkan gol yang lebih banyak. Sekiranya Liverpool tidak berhati2 sudah pasti nasib sama seperti Newcastle United yang dikalahkan oleh Brighton bakal berulang kembali.
Perlawanan ini dijangkakan akan dilangsungkan pada 18 dan 19 Februari 2012 nanti. Kita berharap pasukan Liverpool tidak bermasalah untuk melangkah ke pusingan ke enam dan seterusnya mencipta sejarah berganda ke Wembley pada musim ini selepas Piala Carling. YNWA
Berikut adalah keputusan undian pusingan ke 5.
Liverpool VS Brighton & Hove Albion
Everton VS Blackpool OR Sheffield Wednesday
Chelsea VS Birmingham City
Crawley Town VS Stoke City
Stevenage VS Tottenham Hotspur
Norwich City VS Leicester City
Sunderland OR Middlesbrough VS Arsenal
Millwall OR Southampton VS Bolton Wanderers
liv ni vs team bwh jd lembik geram!
ReplyDelete