Headlines News :
.
Home » , » Statistik Liverpool separuh musim 11/12

Statistik Liverpool separuh musim 11/12

Written By Unknown on Monday, January 2, 2012 | 23:28

Sebelum memulakan kempen di tahun 2012 merangkap pusingan kedua musim 11/12 ini, mari kita tinjau2 aksi dan statistik kemajuan pasukan kesayangan kita Liverpool FC. Seperti yang kita sedia maklum, Liverpool meninggalkan tahun 2011 dengan perlawanan yang amat membanggakan kita sebagai peminat setia. Menang keatas Newcastle 3-1 pada perlawanan terakhir tahun 2011 yang juga merangkap perlawanan terakhir bagi pusingan pertama musim 11/12.

Walaupun hanya sekadar menduduki tangga keenam pada carta Premier League, tetapi sebenarnya kedudukan ini jika dibandingkan dengan kedudukan separuh musim 10/11 adalah amat membanggakan. Mencipta 9 kemenangan, 7 seri dan 3 kekalahan, ia menampakkan pembangunan semula pasukan Liverpool hampir berjaya walaupun masih belum ditahap yang memuaskan.

Apa yang membuatkan kita sedikit kurang berpuas hati ialah masalah kekurangan gol yang dijaringkan oleh pemain2 kita. Setakat ini, skuad ini hanya menjaringkan 24 gol daripada 19 perlawanan yang telah dilangsungkan. Jika dilihat secara purata, hanya 1.2 gol sahaja dijaringkan pada setiap perlawanan tetapi perlu diingat 3 gol antaranya adalah sumbangan gol sendiri pemain pihak lawan. Dari segi bolos pula pasukan kita telah melepaskan 15 gol (purata 0.7 gol) dimana 2 gol antaranya adalah sumbangan gol sendiri oleh pemain Liverpool, Charlie Adam dan Daniel Agger.

Dalam pertandingan merebut piala Carling pula, Kita terus berbangga dengan kejayaan pasukan ini keperingkat separuh akhir. Daripada 4 perlawanan yang dilalui. 9 gol telah terhasil dan bolos 3 gol. Walaupun bertemu pasukan Manchester City pada perlawanan separuh akhir nanti, sebenarnya kita masih lagi mempunyai kelebihan dari segi venue. Ini kerana Liverpool akan bertandang ke Etihad terlebih dahulu pada sebelum timbal balik di Anfield. Ini bermakna, Liverpool perlu mencari gol ditempat lawan dengan banyak untuk dibawa sebagai bekalan di Anfield nanti.

Perlawanan pertama bagi tahun 2012 ini akan berlangsung awal pagi esok (4/1/2012 - 4:00 pagi). Perlawanan Premier League pusingan kedua (game 20) bermula dengan bertemu Manchester City di Etihad. Kemudian bermulalah pula kejohanan Piala FA, dimana Liverpool dijadualkan akan bertemu Oldham Athletic di Anfield dalam pusingan ketiga pada 7/1/2012 jam 4:00 pagi. Seterusnya pada pagi Khamis minggu hadapan (12/1/2012 - 3.45 pagi) pula dilangsungkan perlawanan Separuh Akhir pertama piala Carling menentang Manchester City di Etihad. Sememangnya memasuki tahun 2012 ini jadual agak sedikit ketat tetapi Liverpool masih bernasib baik kerana semua jadual hanya berkaitan perlawanan tempatan sahaja kerana tidak bertanding sebarang kejohanan Eropah.

Apapun diharap pada tahun 2012 ini, Liverpool mampu mengorak langkah lebih jauh untuk mengejar kedudukan 4 terbaik liga, menjuarai piala Carling serta FA yang disertai. Semoga pengalaman yang ditimba pada tahun 2011, dapat digunakan sebaik2nya untuk memastikan misi musim 11/12 ini tercapai.. YNWA...
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger