Headlines News :
.
Home » , , » Preview : Separuh Akhir 1 Carling Cup 11/12 - Man City VS Liverpool

Preview : Separuh Akhir 1 Carling Cup 11/12 - Man City VS Liverpool

Written By Unknown on Wednesday, January 11, 2012 | 11:03

Awal pagi esok, sekali lagi Liverpool akan bertandang ke stadium Etihad untuk bertemu pasukan Mak Siti dalam perlawanan pertama separuh akhir piala Carling. Memori luka dipalit kekalahan 3-0 kepada pasukan tuan rumah dalam perlawanan Premier League minggu lalu, masih segar dalam ingatan. Walaubagaimanapun kekalahan lalu bukan menjadi kayu pengukur kemampuan sbenar Liverpool pada perlawanan ini.

Walaupun kelebihan masih terus berpihak kepada Mak Siti kerana bermain dihalaman sendiri, tetapi itu bukan alasan bahawa Liverpool tidak boleh mendapatkan lebih gol untuk bekalan pada perlawanan kedua nanti. Sebenarnya The Reds mampu melakar kemenangan mutlak apabila Mak Siti telah hilang beberapa tonggak utamanya.  Pengantungan perlawanan terhadap Kompany selepas menerima kad merah pada perlawanan menentang MU tempohari. Juga Pengantungan Gareth Barry dengan kad merah semasa menentang Liverpool minggu lepas. Kemudiannya dua adik beradik Kolo dan Yaya Toure yang terpaksa bermain untuk negaranya Ivory Coast dalam kejohanan Afrika.

Sememangnya Mak Siti mempunyai ramai lagi bintang yang boleh mengisi kekosongan tersebut, tetapi sekurangnya2 Liverpool boleh menggunakan kesempatan ini untuk menjahanamkan Mak Siti. Yang penting Dalglish tidak mengulangi kesilapannya dengan menurunkan kesebelasan utama ketika menentang Mak Siti minggu lalu. Pastikan David Silva, Aguero, Nasri, Milner dan Dzeko dapat dikekang kelincahan mereka. Bellamy, Maxi dan Gerrard pula dapat menyempurnakan peluang yang terhidang. Semoga pagi esok milik Liverpool. YNWA

Siaran Langsung di :
Channel : ASTRO SuperSport 3 (817)
Live Streaming : Link 1, Link 2 , Link 3
Date : 12/01/2012 (pagi Khamis)
Kick Off : 03:45 pagi
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger