Headlines News :
.
Home » , » Game 4 MSL 2012 - Selangor 0-0 Sarawak

Game 4 MSL 2012 - Selangor 0-0 Sarawak

Written By Unknown on Sunday, January 22, 2012 | 12:11

Sama hebat, sama kuat dan sama hampeh. Itu sahaja yang boleh diungkapkan mengenai perlawanan diantara Selangor menentang Sarawak di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Perlawanan yang berkesudahan dengan seri tanpa jaringan membuktikan kedua2 pasukan masih buntu untuk mencari jaringan.

Selangor yang terus dilanda masalah penjaring, gagal memanfaat kesempatan bermain dihalaman dan dihadapan penyokong sendiri apabila banyak melepaskan peluang2 yang terhidang. Tuah terus tidak menyebelahi Selangor apabila sepakan percuma yang cantik dari Asrarudin Putra hanya sekadar menyinggahi palang gol. Begitu juga percubaan Amri Yahya dari jarak 50 meter dan percubaan jauh Bunyamin berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Sarawak.


Melalui 4 perlawanan. Selangor kini menduduki tangga ke -8 dengan memungut 5 mata, 5 mata ketinggalan dengan pendahulu liga Kelantan. Minggu hadapan Selangor akan bertandang pula ke Kuala Terengganu untuk menentang pasukan T-Team. Tugas yang pasti mencabar perlu digalas oleh anak2 buah Irfan Bakti untuk mengembalikan kepercayaan penyokong dimana rekod musim lalu, Selangor tidak pernah menang ketika menentang pasukan ini. Harap segala bakal berubah. Viva Selangor.

Kedudukan Carta Liga Super (4 perlawanan)

Share this article :

1 comment:

  1. 2ehands webwinkel beginnen webwinkel online

    Feel free to surf to my webpage :: cursus webwinkel Beginnen

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger