Akhirnya badi kekalahan empat perlawanan berturut2 musim lalu berjaya juga dihapuskan pada perlawanan malam tadi. T-team terpaksa akur dan merelakan rekod cemerlang keatas Selangor lebur dihalaman sendiri Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Red Giant telah membuktikan mereka sudah kembali bangkit untuk menewaskan T-Team 1-2.
Gol Selangor berkunjung tiba pada minit ke 35 hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh pemain importnya Ramez Dayoub. Walaubagaimanapun jaringan tersebut berjaya disamakan oleh Zairo Anuar Zailani seawal babak kedua bermula. Tetapi telah tersurat kemenangan bakal berpihak kepada Selangor, Azidan Sarudin telah menjadi wira untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke 77. Dengan keputusan ini Selangor telah melonjak ke tangga 5 liga dengan memungut 8 mata.
Selepas ini, pasukan selangor akan mengadakan aksi persahabatan bersama skuad Olimpik negara pada hari Selasa nanti. Pada perlawanan ini juga Skuad Selangor akan menguji 2 pemain import baru untuk mengantikan Lelo Mbele yang telah ditamatkan kontraknya akibat kecederaan yang masih belum sembuh. Dua pemain import tersebut ialah Amadou Konte, 31, dari Mali yang pernah beraksi bersama Cambridge United, Hibernian dan Al Hilal serta Bosko Balaban, 34, dari Croatia yang pernah menyarung jersi Dinamo Zagreb, Aston Villa dan FC Ingolstadt 04.
Game 5 MSL 2012 - T-Team 1-2 Selangor
Written By Unknown on Sunday, January 29, 2012 | 03:14
Labels:
21. Selangor,
Liga Super
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !