Headlines News :
.
Home » , » Preview : Game 1 MSL 2012 : N. Sembilan VS Selangor

Preview : Game 1 MSL 2012 : N. Sembilan VS Selangor

Written By Unknown on Tuesday, January 10, 2012 | 11:15

Malam ini bermulalah perlawanan sulong skuad Selangor FC pada aksi Liga Super dalam musim 2012 ini. Berkunjung ke stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Red Giants membawa misi 3 mata penuh untuk dibawa pulang. Menentang skuad Negeri Sembilan yang baru sahaja dinobatkan Juara Piala Sultan Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih, ia sedikit pun tidak mengentarkan jurulatih baru Selangor Irfan Bakti.

Mungkin ramai yang teruja dengan persembahan penyerang import mereka Effa Owona yang telah berjaya menjaringkan 2 gol pada perlawanan Sumbangsih tempoh hari. Tetapi bagi Irfan sekiranya permain pertahanan Selangor yang diketuai Ramez Dayoub dan Nasriq Baharom dapat mengekang Effa, sudah pastinya beliau akan buntu untuk menjaringkan gol.

Pada malam ini, Selangor masih lagi tidak dapat menurunkan penyerang importnya Lelo Mbele yang masih belum cukup cergas. Mempertaruhkam Amri Yahya dibahagian serangan bergandingan dengan R. Surendren sudah memadai buat Irfan bagi memulai musim 2012 ini.

Apapun diharap Selangor dapat memulakan rentak permainan dengan kejayaan diawal musim ini. Berlandaskan skuad yang baru dan mantap, sudah pastinya ia memberi keazaman baru kepada skuad Selangor musim ini untuk menebus kembali piala2 yang telah terlepas pada musim lalu. Viva Selangor.

Pemain bermesra bersama Dato Abdul Mokhtar dalam majlis penyerahan kontrak

Siaran Langsung perlawanan ini di:
Channel : Astro Arena (801)
Live Streaming : Astro Arena live
Preview : 08:00 malam
Sepak Mula : 08:45 malam
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger