Selamat tahun baru 2012 dan selamat tinggal 2011 dalam lipatan sejarah. Hari ini bermulanya hari baru pada tahun baru dengan semangat yang berwajah baru. Dipendekkan cerita segala2nya baru. Terasa macam hari raya pulakan. Apapun kita mulakan langkahan 2012 yang bakal penuh dengan cabaran mengundang dan meninggalkan kenangan 2011 sebagai pengajaran, pengalaman dan kenangan pahit manis yang sukar dilupakan.
Aku.....
Alhamdulillah bersyukur SG terhadap Allah yang maha esa kerana telah memberi peluang terhadap diri ini untuk terus menikmati anugerahnya bagi tahun 2012 ini. Tiada gunanya hidup ini jika terus mengejar keduniaan tanpa memikirkan bekalan hari kemudian dan sentiasa bersyukurlah dengan pemberiannya walaupun ia sebesar zarah.
Memulakan hari baru pada tahun baru sudah pastinya ia memberi keceriaan kepada setiap insan. Azam baru sudah pastinya tersemat dijiwa masing2 untuk mengharungi badai 2012. Bagi SG tiada apa pun azam baru yang ingin disematkan. Cukuplah berazam pada awal tahun Maal Hijrah yang lalu kerana tahun islam adalah lebih baik dari segalanya. Apa ertinya jika sering berazam tetapi gagal dilaksanakan. Tiada maknanya azam jika sering berubah dan bertambah tetapi gagal memberi kesan yang mendalam terhadap diri sendiri. Melaksanakan yang belum tercapai adalah lebih baik dari terus menambahkan beban yang tak mampu untuk dipikul.
2011 sudah pastinya bagi SG lebih banyak cerita sedih dari gembiranya. Selepas perginya ibu mertua menyahut seruan illahi pada bulan Julai lalu, menyusul pula Ibu kandung SG mengikut langkah pada bulan November. Kini SG dan isteri bergelar "anak yatim". Emmmm.. boleh ke macam tu. Takkan dah tua2 pun masih anak yatim. Terpulanglah pada pendapat masing2. 2011 juga tahun mula membina kehidupan semula dari segi organisasi, ekonomi, kerjaya, masalah dalaman dan sebagainya. Walaupun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki, tetapi sedikit sebanyak hati ini berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai. Apa yang pasti, 2012 ini sudah pastinya bakal mengundang kehidupan yang lebih mencabar dalam mengejar impian dan cita2 serta matlamat untuk memperbaiki diri dan keluarga. Keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, sudah pastinya ia memberi tamparan hebat kepada kita dalam menjalani kehidupan dibumi yang bertuah ini. Hanya berpegang kepada perinsip "Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal", InsyaAllah tuhan akan memeperkenankannya. "Bukan senang untuk menjadi senang, dan bukannya susah untuk menjadi susah" kerana kehidupan ini umpama roda yang seketika berada diatas dan seketika juga berada dibawah. Pengajarannya, memanfaatkan, beringat dan bersyukur ketika senang adalah lebih baik dari merintih dan insaf ketika susah.
Selangor.
Musim 2011 ditinggalkan dengan tiada sebarang piala didakap. 2 piala yang didakap pada musim 2010 hilang dalam genggaman membuatkan Red Giants tempang dimata peminat tempatan. SG tidak menyalah 100% kegagalan ini dibahu bekas pengurus merangkap jurulatih Selangor K. Devan. Walaupun umum tahu punca kemerosotan sebenar Red Giants adalah berpunca dari keegoan K. Devan, tetapi sebagai sebuah pasukan yang penuh dengan lageda dan tradisi, sudah pastinya setiap insan yang diamanahkan untuk mewakili pasukan harus dipersalahkan. Ini kerana jika sikap lama seperti memboikot, menyalahkan orang lain tetap menjadi agenda utama, tiada maknanya ungkapan "profesional" dilaung2kan. Memajukan diri sendiri adalah asas utama sebelum memajukan sesuatu yang lain.
Musim 2012 bakal bermula pada pada 10 Januari ini. Penampilan muka2 baru dalam Selangor FA sudah pastinya membuatkan kita tidak sabar ingin menyaksikan Red Giants kembali gah dipersada bolasepak tempatan. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (tok uban) sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengurus pasukan setelah melepaskan jawatan ini pada tahun 2003. Kehadiran Irfan Bakti yang penuh dengan tektikal dan kejayaan sebagai jurulatih sudah pasti ia membuatkan peminat menarik nafas lega. Memang tidak banyak pemain2 baru yang agak ternama diambil oleh Irfan. Tetapi harus diingat, Irfan adalah seorang jurulatih yang telah berjaya melahirkan muka2 baru menjadi bintang. Dengan persiapan rapi musim 2012 ini, diharap Irfan dapat membawa sekurang2nya 1 piala sebagai permulaan tugasnya dimusim pertamanya bersama Selangor. Viva Selangor....
Liverpool.
Separuh perjalanan musim 2011/2012 ini masih menampakkan terumbang ambingnya pasukan bimbingan Daglish ini. Perlaburan besar pada musim perpindahan lalu masih belum menampakkan ia benar2 berbaloi. Jika msuim 2010/2011 kita dipalitkan dengan masalah pengurus serta pemilik kelab, tetapi nampaknya musibah pemain pula mengundang ketika ini. Disebalik kecederaan kapten pasukan Steven Gerrard yang tidak menentu, Lucas yang telah menunjukkan prestasi terbaik pula MC sehingga habis musim. Masalah ketandusan gol sudah menjadi perbualan hangat peminat2 serta kem Liverpool sendiri. Ketika Suarez tiba2 sahaja ketandusan idea untuk menjadi mesin gol, beliau pula telah menjadi mangsa kekejaman FA England dengan pengantungan 8 perlawanan. Carroll, sudah pastinya peminat sudah tawar hati terhadap beliau. Nilai 35 juta pembeliannya gagal dibalas dengan kejayaan yang cemerlang. Jadi siapakah harapan kita untuk menjadi mesin gol pada musim ini.
Kecaman dan ejekkan terus melanda kelab kesayangan SG ini. Walaupun digelar pasukan yang hanya membanggakan sejarah "History Channel", ia tidak sedikit pun memadamkan minat terhadap Liverpool. 2012 telah berkunjung tiba dan secara umunya jendela perpindahan Januari juga sudah dibuka. Siapakah bakal dibeli dan siapakah bakal dijual mula menjadi topik hangat. Pencarian penyerang yang berbisa sudah pastinya menjadi tumpuan utama Dalglish untuk menyelesaikan ketandusan jaringan. Padolski, Higuin adalah antara nama2 yang disebut untuk dimiliki. Berbaki 19 perlawanan liga untuk menempatkan diri ke kelompok 4 dalam kelayakan Liga Juara2, ia amat merisaukan kita jika Liverpool pemain terus gagal dihadapan gol. Adakah kita mengharapkan tiket automatik dengan mengejar kejuaraan Carling Cup yang ketika ini diperingkat separuh Akhir. Menentang Manchester City adalah sesuatu halangan besar yang harus diselesaikan. Jika juara pun, ia hanyalah untuk tiket (Liga Eropah). Mungkin juga piala FA yang baru bermula di pusingan ketiga. Juara sudah tentu ke Liga Juara2. Tetapi perjalanan masih jauh. macam2 boleh jadi.
Hakikatnya, walauapapun terjadi SG rela menerima dengan tabah. Mengguna pakaikan teori kebangkitan Manchester City, 3 tahun program pembangunannya barulah mereka mengecapinya pada musim ini. Diharapkan suasana bakal berubah tahun ini. Apa orang nak kutuk, kutuklah. Ada aku kisah. Ada peluang SG pula akan kutuk mereka balik... hahhahahha
p/s: memang dah dapat peluang pun.. Bila Liverpool menang 3-1 keatas Newcastle semalam, Pasukan Setan Merah direjam pula tergolek dilaman sendiri dengan keputusan 2-3 dikerjakan Blackburn. Tak sempat nak tiup lilin Fuckinson untuk sambut besdaynya ke 70. hahhahhaa
funguson br tiup lilin pastu 'hangusitamterbakar' sian...tergolek2...
ReplyDeleteslmt thn br buat SG sekeluarga
hohoh.....tak aci nih....amik wall orang erk....hahaha
ReplyDeleteShoutMix Free ko dah expired. Sila tukar dgn Shoutbox lain..
ReplyDeleteSusah nanti kawan2 nak menjerit...
hahhahah.. br perasan ler.. dah lama x BW.. huhuhu
ReplyDelete