Headlines News :
Home » , » Game 21 BPL 11/12 - Liverpool 0-0 Stoke City

Game 21 BPL 11/12 - Liverpool 0-0 Stoke City

Written By saleehs gerrard on Monday, January 16, 2012 | 00:52

Kali ini SG terlambat sikit untuk mengulas mengenai perlawanan Liverpool menentang Stoke City. Akibat hari minggu pun kena kerja dan opis pula sudah block server untuk mengedit blog, jadi terpaksalah SG melewatkanya sesudah 24 jam perlawanan.

Semakin lama SG semakin pelik dan hairan mengenai tektikal Dalglish ini. Apabila bermain dengan pasukan yang bertahan, Dalglish pun ikut sama menurunkan pemain bertahan, begitu juga sebalik keadaannya. Perlawanan yang sepatutnya boleh menang, terus dilukai dengan keputusan seri. Seperti yang SG katakan sebelum ini, Liverpool agak badi apabila bertemu pasukan bawahan lagi2 bermain di Anfield.


Adakah kita terus nak menyalahkan takdir akibat bola tidak mahu menerjah ke gawang gol pihak lawan? Sampai bila Dalglish akan sedar bahawa pasukannya mempunyai masalah penjaring gol? Tidak guna menguasai 70% perlawanan tetapi gagal menyumbang 3 mata penuh. Sememangnya kita sedikit terkilan akibat pengadil Howard Web tidak memberi sepakan penalti diatas beberapa insiden yang berlaku. Tetapi sampai bilakah kita terus nak berharap dengan sepakan penalti? Sewaktu SG menulis artikel ni, Newcastle telah pun kembali memintas Liverpool selepas menewaskan QPR 1-0. Kini Liverpool telah kembali menghuni tempat lamanya ditangga ke 7 liga.

Perlawanan liga masih lagi berbaki 17 perlawanan. Jika musim lepas, waktu2 inilah bermulanya kembali kebangkitan Liverpool setelah diaibkan oleh Roy Hodgson. Adakah Dalglish ingin sekali lagi melakukannya seperti musim lepas. Tunggu dan lihat apa yang bakal dilakukan oleh Dalglish. Yang pasti target untuk menduduki kelompok 4 liga susah untuk tercapai sekiranya Dalglish masih mengekalkan prestasi yang sama sahaja.


Scoring Summary

Liverpool    Stoke City

Match Stats

Liverpool                         Stoke City
15(1) Shots (on Goal) 3(1)
6 Fouls 11
11 Corner Kicks 1
3 Offsides 0
69% Time of Possession 31%
0 Yellow Cards 3
0 Red Cards 0
1 Saves 1

Teams

Liverpool Stoke City
25 Pepe Reina29 Thomas Sorensen
23 Jamie CarragherRobert Huth
16 Sebastián Coates17 Ryan Shawcross
37 Martin Skrtel12 Marc Wilson
26 Charlie Adam39 Jonathan Woodgate
Steven Gerrard24 Rory Delap
José EnriqueGlenn Whelan
Glen Johnson40 Wilson Palacios
18 Dirk Kuyt26 Matthew Etherington
19 Stewart Downing19 Jonathan Walters
14 Jordan Henderson25 Peter Crouch
Substitutes
39 Craig BellamyRicardo Fuller 10
Fabio AurelioDean Whitehead 18
38 John FlanaganJermaine Pennant 16
32 DoniAndy Wilkinson 28
Andrew CarrollKenwyne Jones 9
33 Jonjo ShelveyCameron Jerome 33
34 Martin KellyAsmir Begovic 1
Substitutions
Andrew Carroll for Stewart Downing (59)Dean Whitehead for Wilson Palacios (62)
Craig Bellamy for Jordan Henderson (74)Andy Wilkinson for Jonathan Woodgate (79)
 Ricardo Fuller for Matthew Etherington (87)
Yellow Cards
 Ryan Shawcross (29)
 Thomas Sorensen (83)
 Jonathan Walters (90)
· Squads: Liverpool | Stoke City
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger