Oldham terlebih dahulu berjaya membuat kejutan apabila Robbie Simpson berjaya melakukan penyudah untuk menewaskan Reina melalui rembatannya dari luar kotak penalti. Walaubagaimanapun, selang 2 minit kemudian, Craig Bellamy berjaya membuat sentuhan berbisa apabila menguis masuk bola hasil rembatan Shelvy. Tidak cukup dengan itu, di penghujung babak pertama Liverpool dihadiahkan sepakan penalti setelah Maxi Rodriguez dikasari dalam petak penalti. Kapten kesayangan kita berjaya menyudahkan sepakan tersebut untuk menamatkan separuh masa dengan keputusan 2-1.
Shelvy yang dikatakan bakal pengganti Lucas, juga telah mencipta nama sebagai penjaring. Gerakan yang dihantar oleh Bellamy singgah tepat dikaki Shelvy untuk membuat rembatan kemas menewaskan penjaga gol Oldham. Dipenghujung perlawanan, memasukkan Downing dan Carroll untuk mengantikan Bellamy dan Kuyt telah membuahkan hasil yang lumayan. Carroll telah membuktikan tidak sememstinya dia hanya menggunakan kepala sahaja untuk menjaringkan gol, tetapi kali ini rembatan dari luar kotak penalti juga membuahkan hasil. Downing yang dikatakan prestasinya agak merundum juga telah menjaringkan gol pada minit2 terakhir perlawanan. Gol Shelvy dan Downing pada perlawanan ini adalah gol peribadi pertama mereka pada musim ini.
Satu insiden telah berlaku antara penyokong Liverpool dengan pemain Oldham Tom Adeyemi. Kelihatan Kuyt dan Gerrard cuba untuk menenangkan Adeyemi. Apa puncanya SG sendiri tak pasti. Walaubagaimanapun, kes ini sedang disiasat oleh Liverpool FC dan pihak Polis.
Kesimpulannya, mengguna pakai hantaran pendek dan bola bawah banyak memberi manfaat kepada Liverpool. Tanpa mengharapkan hantaran tinggi seperti yang biasa dipamerkan, corak sebeginilah yang sebenarnya kita ingin lihat dan berubah2 mengikut kesesuaian pasukan lawan. Tahniah Liverpool kerana layak mara ke pusingan keempat dan menunggu undian seterusnya untuk mengetahui pasukan yang akan ditentang. YNWA...
p/s: Terpaksa tengok game ini melalui live streaming. Bila tengok ASTRO guide tiada pun jadual siaran langsung, so bila sampai waktu memang tak buka pun tv tu. Walaupun adakalanya siaran sedikit terganggu disebabkan buffering jer, tapi boleh ler dari tak dapat tengok game langsung...
Highlights gol perlawanan ini.
Scoring Summary
Liverpool | Oldham Athletic |
---|---|
Craig Bellamy (30') | Robbie Simpson (28') |
Steven Gerrard (pen 45') | |
Jonjo Shelvey (68') | |
Andrew Carroll (89') | |
Stewart Downing (90') |
Match Stats
18(9) | Shots (on Goal) | 10(4) |
8 | Fouls | 3 |
3 | Corner Kicks | 6 |
5 | Offsides | 1 |
50% | Time of Possession | 50% |
0 | Yellow Cards | 1 |
0 | Red Cards | 0 |
3 | Saves | 5 |
Teams
Liverpool | Oldham Athletic |
---|---|
25 Pepe Reina | 1 Alex Cisak |
23 Jamie Carragher | 5 Alexander Diamond |
6 Fabio Aurelio | 2 Jean Yves Mvoto Owono |
34 Martin Kelly | 18 Chris Taylor |
16 Sebastian Coates | 4 James Wesolowski |
8 Steven Gerrard | 8 Dean Furman |
11 Maxi Rodrรญguez | 19 Kieran Lee |
33 Jonjo Shelvey | 11 Tom Adeyemi |
20 Jay Spearing | 32 Shefki Kuqi |
39 Craig Bellamy | 10 Robbie Simpson |
18 Dirk Kuyt | 20 Luca Scapuzzi |
Substitutes | |
32 Doni | Dean Bouzanis 13 |
38 John Flanagan | Paul Black 3 |
37 Martin Skrtel | James Tarkowski 16 |
19 Stewart Downing | Filipe Morais 7 |
26 Charlie Adam | Josh Parker 17 |
14 Jordan Henderson | Matt Smith 14 |
9 Andrew Carroll | Andreas Mancini 30 |
Substitutions | |
John Flanagan for Fabio Aurelio (71) | Josh Parker for Luca Scapuzzi (54) |
Stewart Downing for Craig Bellamy (74) | Matt Smith for Robbie Simpson (74) |
Andrew Carroll for Dirk Kuyt (87) | Filipe Morais for James Wesolowski (74) |
Yellow Cards | |
Tom Adeyemi (84) | |
· Squads: Liverpool | Oldham Athletic |
kalu liv kt persada liga sure ada live telecast kn?
ReplyDelete