Headlines News :
.
Home » , , » tamatnya kontrak adidas di Anfield

tamatnya kontrak adidas di Anfield

Written By Unknown on Thursday, January 19, 2012 | 03:32

Dengan rela hati terpaksa penyokong Liverpool menerima hakikat bahawa bermula musim 12/13, tiada lagi jersi Adidas berlambangkan Liverpool. Adidas secara rasminya tidak menyambung kontrak lanjutan setelah tempoh kontraknya tamat pada akhir musim ini. Secara rasminya syarikat dari Amerika Warrior Sports akan mengambil alih penjenamaan barangan Liverpool.

Kita akui, sememangnya jenama Adidas sentiasa menjadi gilaan ramai apalagi dengan designnya yang amat menarik hati. Setiap jersi seperti ada kekurangan sekiranya tiada 3 jalur disisi. Tapi apaguna design dan kualiti bagus sekiranya pandangan seorang lembaga pengarahnya terlalu keji buat Liverpool. Beliau telah menyatakan bahawa :-

" Adidas tidak menyambung kontrak jenama pakaian dan peralatan Liverpool disebabkan prestasi pasukan Liverpool yang tidak meningkat"

Bolehkah anda terima alasan sedemikian?. Memang bangang betullah pengarah ni. Tidakkah beliau sedar bahawa jersi Liverpool terjual hampir 900 ribu setahun yang menjadikan antara kit jualan keempat tertinggi didunia selepas Manchester United, Barcelona dan Real Madrid dimana Liverpool hanya memperolehi sekitar £ 12 juta setahun dari Adidas. Berbaloikah royalti yang dibayar ini?

Sebenarnya Adidas tak mampu nak membida harga yang Liverpool minta. Kita masih ingat bagaimana Carlsberg pun bagi royalti rendah gak sebelum diambil alih oleh Standart Chartered. Kini dengan Warrior Sports Liverpool dapat 2 kali ganda iaitu £ 25 juta setahun. Rekod terbaru liga Inggeris selepas menewaskan nike yang menaja MU sekitar £ 23.5 juta setahun. Bayangkan dengan penjenamaan semula berapa banyak kelab memperolehi keuntungan.

Contoh Warrior Sports Design

Apapun alasan Adidas, pergi jahhanamlah dia sebab musim depan dah keluar design baru. SG boleh saja terima apapun jenama( walaupun cap ayam). Selangor yang sebelum ini Adidas dan kini Kappa pun SG beli gak. So tiada masalah cacat tanpa 3 jalur disisi.

p/s: Kalau tak silap Swansea dan Stoke City pun Adidas taja gak. So kelab2 tu meningkat sangat ke naiknya. Banyak sangat ke bagi untung kat mereka. Otak nak melingkup bisnes. huhuhuhuhu

Tinggal kenangan
Share this article :

1 comment:

  1. nmpk nyer kena la rembat selai nnt...means yg ori...wat kenangan...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger